Friday, March 18, 2011

Syarat baru permohonan kad kredit

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syarat baru bagi permohonan kad kredit. Syarat yang berkuat kuasa serta merta ini menyatakan kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000 setahun dimana ianya adalah terpakai bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang. Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.

Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. Pemegang kad sedia ada yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini.

Semoga langkah ini dapat membendung masalah kewangan yang banyak dihadapi oleh generasi muda sekarang yang kebanyakannya berpunca dari penggunaan kad kredit yang tidak terkawal. Agensi kewangan yang menyediakan kemudahan kad kredit juga diharap lebih amanah dan mengikut peraturan baru ini tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...