Sunday, March 20, 2011

Strategi Negara Barat untuk menakluk berjaya

Strategi negara barat yang diketui Amerika Syarikat dan Britain untuk menakluk negara di Asia Barat berjaya setelah Libya menjadi negara pertama masuk ke perangkapnya. Washington melaporkan bahawa tentera Amerika Syarikat dan Britain menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya yang merupakan pengeluar minyak terbesar di Afrika.

Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pergolakan yang secara tiba-tiba terjadi di negara Arab. Apa yang peliknya, pergolakan terjadi di negara arab yang kebanyakannya kaya dengan minyak. Kekacauan yang terjadi ini berkemungkinan didalangi pihak luar yang berkepentingan dan mempunyai agenda tertentu. Negara barat tidak berjaya untuk mencampuri urusan di beberapa negara sebelum ini apabila rakyat di negara tersebut dapat menyelesaikannya sendiri.

Wakil Angkatan Tentera Amerika memberitahu  roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya. Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis.

Serangan Barat ini dikutuk oleh Ketua Perlimen Libya, Abbul Qasim al-Zuai yang menyifatkannya sebagai tindakan 'tidak bertamadun'. Menurutnya lagi Negara Barat kini melancarkan serangan udara di beberapa kawasan di Tripoli dan Misrata, menyebabkan kemunsahan yang besar ke atas orang awam dan kemudahan asas dan bertenterangan dengan kehendakan rakyat Libya yang mahu gencatan senjata.

Siaran TV semalam memaparkan Presiden US mengumumkan bahawa US tidak akan menghantar tentera daratnya ke Libya. Adakah US takut mimpi ngerinya di Iraq atau Afganistan berulang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...