Tuesday, March 15, 2011

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk ISTERI

Kata orang orang tua-tua lebih dahulu makan garam dari kita, oleh itu mereka banyaklah pengalamannya. Banyak juga pesanan yang diturunkan dari generasi ke generasi untuk panduan hidup kita. Disini ada beberapa pesanan orang tua-tua untuk panduan wanita yang bergelar isteri, bakal isteri atau yang masih belum berpunya. Pesanannya "Cucu-cucu perlu ingat beberapa perkara bila bergelar isteri"

1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

3. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

4. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

5. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

"Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh cucu semua, InsyaAllah rumahtangga dan pergaulan cucu suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia".

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...