Friday, March 18, 2011

Kejayaan bermula dengan langkah kecil

Kita takut untuk memulakan sesuatu sebab kita anggap apa yang kita nak mulakan tu sesuatu yang besar, susah dilakukan atau mungkin akan gagal.

Kita takut mendepani apa yang akan terjadi nanti andai kata kita silap, atau apa yang kita buat tak berhasil. Mungkin juga kita akan malu berdepan sanak saudara jika apa yang kita usahakan lari dari perancangan.

Untuk melawan rasa takut, mulakan tindakan dengan langkah yang kecil. Kejayaan besar bermula dengan langkah-langkah kecil, one little step at a time.

Dari setiap langkah, Anda belajar sedikit demi sedikit. Selepas itu, pelajari pekara baru kemudian perbaiki apa yang dah dipelajari sebelum ni.

Lama kelamaan Anda akan semakin mahir lalu menjadi semakin konpiden. Anda akan semakin optimis yang usaha Anda boleh berhasil.

Secara saikologinya, kita cukup bagus melakukan sesuatu apabila kita melakukannya dalam jumlah yang kecil, difokuskan satu-persatu. Sejarah Islam sendiri pun ada cakap, Nabi Muhammad s.a.w. dulu berdakwah secara kecil-kecilan (diam-diam) sebelum Baginda berdakwah secara besar-besaran (terbuka).

Kejayaan Islam menjadi salah satu agama yang paling ramai penganut di dunia hari ni bermula dengan langkah-langkah kecil dimulai oleh seorang Rasul bernama Muhammad s.a.w.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...