Friday, March 18, 2011

Juara Raja Lawak

Setelah berminggu berhempas pulas dalam gelanggang Raja Lawak, Man telah di nobatkan sebagai juara raja lawak musim ke 5 ini. Juara membawa pulang hadiah RM100 ribu manakala naib juara membawa pulang RM50 ribu dimenangi oleh kumpulan R2. Kumpulan Balas yang menduduki tempat ke 3 telah membawa pulang hadian wang tunai RM30 ribu. Disamping hadiah wang, juara raja lawak juga membawa pulang trofi raja lawak dan hadiah lain yang disediakan oleh penaja.

Man yang merupakan seorang kakitangan Pos Malaysia sememangnya layak dinobatkan sebagai raja lawak pada malam ini kerana lawak yang dibuat cukup menjadi dan Man juga nampak seolah-olah pelawak profesional. Oleh itu, raja lawak tidak kira musin ke 5 ini atau musim sebelumnya perlu membuktikan mereka sememangnya raja lawak yang sebenar.

Selamat maju jaya kepada semua pemenang raja lawak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...