Saturday, March 19, 2011

jenis-jenis manusia

Jenis Kamus Dewan
Individu yang berada dlm golongan ini merupakan antara individu yangboleh dikatakan skema. Golongan ini boleh dikatakan seorang individu yang baik dan boleh dipercayai-macam kamus dewan, mana ader tipu2 punya. Cuma mungkin jugak boleh dikatakan sensitif...


Jenis Ensiklopedia
Okay, jenis ni pulak merupakan individu yang penuh dengan fakta dan boleh dikategorikan sebagai orang yang bijaksana. Selalunya terbahagi kepada dua- ada yang suka memberi ilmu, ada yang kedekut ilmu. Anda bertuah sekiranya ketemu orang yang suka memberi atau berkongsi ilmu yang ada dengan anda. Tapi kalau satu spesis lagi, mintak ampun la banyak2 sebab mungkin dia gunakan ilmu yang ada untuk 'jatuhkan' orang lain. Jangan tak percaya, jangan cuba nafikan...orang macam ni mmg adakat dunia...huhhuhuhu

Jenis Komik
Erm... individu yang ni pulak mmg macam buku komik...mudah menarik perhatian orang ramai dengan jenaka yang tak putus. Amat menyenangkan tapi amat tidak selesa dengan golongan yang boleh dikatakan skempos.Entahlah...daripada pengamatan aku, mmg macam tu. Diorg mudah rasa rimas kot..ekekekeke, tapi lain orang, lain pulak penerimaan kan.Erm..susah nak tgk golongan ni serius..tapi jangan tak tau, golongan ni adalah individu yang sensitif...tapi tak tunjukkan depan korang jer...

Jenis Majalah Mistik
Erm... ni mmg kes khas sebab nampak misteri jer... kadang2 orang takleh nak predict kelakuan orang macam ni. Kadang2 suka menyendiri dan kadang2 orang tgk dia nih macam menakutkan ajer... Mempunyai hati yangkeras dan ada sifat ingin tahu yang tinggi....

Jenis Majalah Hiburan
Individu jenis ini biasa suka duduk dalam satu geng dia. Kalau kat opis2, individu jenis ini kebiasaannya terdiri dari makcik2 atau akak2. Tapi ramai juga yang muda2 joint sama. Kalau nak tahu apa2 cerita atau gosip boleh ler merujuk individu jenis ini. Individu jenis ini suka menambah2 cerita yang dia orang dengar dan rutinnya dia orang nie suka mengutuk atau memburukkan orang lain.

Jenis Katalog
Individu jenis ini biasanya ahli mana2 produk kecantikan atau apa2 sistem pemasaran jenis keahlian. Kita boleh kenal orang jenis katalog nie bila ramai orang kenal dia dan dia semestinya kenal ramai orang. kalau kat pejabat mereka nie akan jadi bendahari atau tukang beli barang bagi apa2 event. Di opis2 meja Katalog nie biasa penuh jer dengan client2 dia dan biasanya transaksi dilakukan secara ansuran bulanan sama ada secara Murabahah atau Mudahrebah.

Jenis Flayer Iklan
Jenis nie ada juga kat opis2. Mereka nie memang jenis mulut manis (cara nak tarik pelanggan). Dia orang nie lebih kurang macam Katalog juga tapi produk yang dibawa biasanya MLM atau produk insurance. Dia orang nie jenis individu yang bermotivasi atau dengan kata lain buat2 bermotivasi. Biasa kalau orang individu jenis nie, mereka akan buat U-Turn secepat Mac laren.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...