Monday, March 7, 2011

Jangan tunggu saat akhir untuk hantar E-Filing

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan kepada pembayar cukai supaya jangan menunggu sehingga saat akhir untuk mengisi dan menghantar borang e-filing bagi mengelakkan kesesakan talian.

LHDN memaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut boleh dicapai melalui https://e.hasil.gov.my atau www.hasil.gov.my yang dibuka sejak 1 Mac lepas sehingga 30 April ini. Pembayar yang lewat mengemukakan borang penyata akan dikenakan penalti.

Untuk maklumat lanjut, pembayar cukai boleh hubungi 1-300-88-3010 atau callcentre@hasil.cov.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...