Monday, March 21, 2011

Dapatkan keputusan SPM 2010 pada 23 Mac 2011 (Rabu) ini

Kepada calon SPM 2010 yang lepas, jangan lupa untuk mengambil keputusan peperiksaan anda yang akan diumumkan pada 23 Mac 2011 (Rabu) ini. Anda boleh mendapatkan keputusan di sekolah pada jam 10 pagi pada hari tersebut.

Kepada calon persendirian, keputusan anda akan dimaklumkan melalui pos, atau anda boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat anda mendaftar sebelum ini.

Jika ibu bapa atau anda sendiri tidak sabar untuk mengetahui keputusan SPM tersebut, anda boleh mebuat semakan menerusi perkhidmatan mySMS 15888. Anda boleh menaip SPM SEMAK [noKP] [AngkaGiliran] dan sms ke 15888. Perkhidmatan ini bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam 23 Mac nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...