Monday, March 14, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol A (BPA) di haramkan

KKM telah mengeluarkan kenyataan bagi mengharamkan penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol A (BPA).

Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.


Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

a.Nombor 7
b.Nombor 7 dan PC


c.Nombor 7 dan ‘other’



Klik pada gambar untuk besarkan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...