Thursday, March 10, 2011

Azman dan sms

"Man..Man..cepat ko talipon ambulan, bini kau Salmah dah nak beranak tu!" Jerit Dolah yang kelam kabut capai kapcai nak cari bidan. Azman yang sejak tadi asyik amik gambor pokok petai pakai henfon turut gelabah dan tergesa gesa cari nomo fon ambulan dalam Contact List henfonnya. Semasa dia scroll down keluar banyak pulak nama dan nomo tepon...

01X XXXX XXXX Abu Pak Mentuaku
01X XXXX XXXX Acai Telo Masin
01X XXXX XXXX Acik Spin
01X XXXX XXXX Acu Indon Karaoke
01X XXXX XXXX Adik Sepupu Sebelah Bini
01X XXXX XXXX Adik Sepupu Sebelah Aku
01X XXXX XXXX Adik Mak Mentua Nomo Satu
01X XXXX XXXX Adik Mak Mentua Nomo Dua
01X XXXX XXXX Adik Mak Mentua Nomo Tiga
01X XXXX XXXX Adik Mak Mentua Nomo Empat (mati dah!)
01X XXXX XXXX Afundi AF
01X XXXX XXXX Agak-agak sape nomo nih!
01X XXXX XXXX Ahmad Mee Mamak
01X XXXX XXXX Ahchai Taya Pancit
01X XXXX XXXX Aina Janda Sepon
01X XXXX XXXX Aini Awek Sekolah Rendah
01X XXXX XXXX Aiman Member Usop
01X XXXX XXXX AJK Mesjid Usup Rempit
01X XXXX XXXX AJKPIBG Bang La
01X XXXX XXXX Aku la ini
01X XXXX XXXX Alang Kedai Simen
01X XXXX XXXX Am Pak Tam Kedai Beskal
01X XXXX XXXX Amin Musuh Ketat Masa Tadika
0X XXXX XXXX Ambulan Senjon
0X XXXX XXXX Ambulan Hospitel
.......
......
......

Setelah agak lama scroll down, Azman jumpa nombor telefon ambulan dan terus buat panggilan. Lebih kurang setengah jam berlalu Dolah datang balik dengan Bidan Joyah di belakang moto. Dolah terkejut tengok Azman tercegat di situ.

"Oi Man, mana ambulan, dah setengah jam lebih ni, entah-entah bini kamu dah beranak kat rumah tu," kuatnya laung Dolah dapat di dengar sampai seberang tambak. Azman yang seperti baru tersedar terus jawab..

"Aku call dia tak angkat jadi aku SMS ..."Tolong Datang Segera Ke Kg Mantop, bini saya nak beranak dah - yang ikhlas Azman".... jap gi sampai ler tu ambulan yang ko pesan"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...