Monday, March 7, 2011

3 hari lagi untuk jelaskan saman

Walaupun tempoh diskaun bayaran kompaun dilanjutkan sehingga 10 Mac 2010 (Khamis) ini, hanya 700, 000 saman dijelaskan oleh pesalah lalulintas. Jumlah berkenaan hanya 4 peratus dari keseluruhan saman yang dikeluarkan iaitu 17.3 juta saman.

Anda yang masih belum menjelaskan saman berkenaan dinasihatkan untuk membayar saman berkenaan secara online melalui www.myeg.com.my atau www.rilek.com.my. Anda juga boleh menyemak saman JPJ melalui www.jpj.gov.my dan saman PDRM melalui www.rmp.gov.my. Selain itu, saman juga boleh disemak melalui perkhidmatan gerbang sms kerajaan dengan menaip POLIS SAMAN  NoIC dan hantar ke 15888.

Bagi mengelakkan kesesakan talian, sila guna perkhidmatan berkenaan diluar waktu puncak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...