Sunday, February 20, 2011

Rokok

Isu mengenai rokok tidak pernah berkesudahan. Ada sahaja isu yang timbul dan langkah kerajaan menaikkkan cukai rokok tidak mampu mengurangkan jumlah penagih rokok kerana mereka ini disajikan dengan rokok tempatan yang dikatakan dijual dengan yang murah.


Selain itu langkah kerajaan mewajibkan kotak rokok diletak dengan gambar kesan merokok juga tidak berhasil kerana perokok kebiasaannya tidak menggunakan kotak rokok yang asal. Rokok yang dibeli akan dimasukkan kedalam kotak rokok khas yang boleh diguna semula. Adakah kerajaan perlu mengharamkan penjualan kotak rokok sebegini?


Selain itu pewartaan kawasan larangan merokok juga tidak memberi kesan kepada perokok ini kerana undang-undang yang digubal oleh kerajaan dipandang sepi. Bahkan Jumlah denda yang bakal menanti juga tidak merisaukan mereka. Antara kawasan yang diwartakan sebagai kawasann larangan merokok adalah semua premis kerajaan seperti hospital,pejabat kerajaan, sekolah dan lain2. Hotel atau restoren berhawa dingin dan banyak lagi. Hasil pemerhatian, walaupun kebanyakan pejabat kerajaan tertakluk kepada peraturan larangan merokok, masih ramai yang berdegil dan tetap merokok.


 Namun adakah perokok tahu apakah hukum merokok?

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-merokok

Fatwa Tentang Merokok


1995/37/3Sosial/Syariah

Keputusan:

(1) Merokok adalah haram

(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.

(3) Bagi maksud fatwa ini , ' rokok ' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Status Penwartaan: Diwartakan

Nombor Rujukan: JAI.Sel 8014/7 Jilid IV;P.U.Se

Akta/Enakmen: Sel. P.U. 51.
 
Negeri: Selangor


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI


Merokok Dari Pandangan Islam


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan (English):

Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.

Keterangan/Hujah:

1.Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

2.Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.

3.Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.

4.Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.

5.Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.

6.Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut:

(a)Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus “

(b)Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.

(c)Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.

(d)Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:

Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...