Wednesday, February 16, 2011

Petua Tok Wan

Mengharumkan bilik tidur
Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan. Letakkan ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau kasturi berkenaan.

Lilin tahan lama
Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik terputus.Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair.Jadi untuk menjadikan lilin ini menyala lebih lama,cubalah anda simpan lilin ini di dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan. Lihatlah hasilnya anda pasti kagum.

Hilangkan kesan karat pada pakaian
Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan pakaian terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan perahkan limau nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.

Menghalau semut halus
Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja semut halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah dengan menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan demkian semut halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis juga boleh ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...