Wednesday, February 16, 2011

Keputusan STPM 2010



Bagi calon-calon yang telah mengambil STPM pasti akan merasai debaran apabila diumumkan bahawa keputusan peperiksaan STPM 2010 akan dikeluarkan pada 21 Februari 2011.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan tersebut di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari dan keputusan bagi calon persendirian pula akan dihantar melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (mySMS) dengan menaip STPM [JARAK][NO. KAD PENGENALAN]dan hantar ke 15888.


Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM (keputusan STPM 2010 secara online) di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Pada tahun lalu, sekitar 53 ribu pelajar menduduki peperiksaan STPM 2010.

Semoga berjaya kepada calon-calon STPM 2010.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...