Saturday, February 19, 2011

Kedai Gunting Rambut

Bagi sesetengah orang, kepala adalah tempat yang dianggap sensitif untuk dipegang atau dijadikan bahan gurauan. Begitu juga dalam pemilihan kedai gunting. Tak semua orang boleh tukar2 kedai gunting rambut, jika kita telah biasa dengan seseorang tukang gunting maka kita akan menjadi pelanggan tetap kedai tersebut.

Ari nie aku telah memotong rambut aku yang telah panjang. Kedai yang semestinya menjadi pilihan aku adalah Kedai Gunting Lovely... tak ingat nama penuh. Tukang gunting dia special sikit, Bukan apa, bagi aku susah untuk jumpa kedai gunting yang kita selesa. Tukang gunting yang bernama Muhamad ... tak ingat juga nama penuh dia, berasal dari Bombay India.

Cara mamak nie gunting cantik dan kemas tu yang aku suka, satu lagi dia nie muslim, so aku yang selalu gunting dengan tukang gunting melayu rasa selesa ler. Kalau aku p kedai dia, mesti mamak nie ajar aku cakap Hindi tapi aku nie x ingat2. Dia selalu bercerita mengenai kisah dia pernah kerja di Kuala Krai, Kelantan. Mamak nie cakap dia suka kerja sana sebab penduduk dia peramah. Satu lagi mamak nie selalu bercerita mengenai Shah Rukh Khan, so aku riki2 rupanya dia pernah gunting rambut si pelakon hindi tersebut, betul tak jagan tanya aku ler.

Kembali kepada tajuk asal, kalau korang rasa nak gunting rambut, boleh ler ke Kedai Gunting Rambut Lovely... di Taman Kota Perdana Seri Kembangan. Yang mana2 tinggal jauh tu tak dapat ler ya ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...