Wednesday, February 16, 2011

Kadar Kompaunseragam bagi kesalahan lalu lintas bermula 1 Mac 2011

Kerajaan hari ini mengumumkan penyelarasan kadar kompaun dan penyusunan semula kategori kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan polis, Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2010), berkuatkuasa 1 Mac ini.

Penyelarasan kadar tersebut dibahagikan kepada empat kategori yang membabitkan kadar yang berbeza bagi motosikal 250cc ke bawah dan kelas kenderaan lain (lebih 250cc). Kadar kompaun baru itu hanya dilaksana terhadap saman yang dikeluarkan mulai 1 Mac ini mengikut prinsip "lebih lambat membayar, lebih tinggi kadar kompaun".

Sistem baru juga akan mengenakan kompaun berganda kepada pesalah trafik yang melakukan kesalahan berulang dalam tempoh dua bulan dari tarikh kesalahan pertama dilakukan.

Sistem kompaun baru itu turut menawarkan lebih banyak pengurangan kadar kompaun sekiranya pesalah lalu lintas melunaskan bayaran lebih cepat iaitu dalam tempoh 15 hari pertama, 15 hari kedua dan 30 hari berikutnya kecuali bagi kesalahan serius dalam kategori pertama.

Saman lalu lintas yang tidak dibayar selepas hari ke-60 ia dikeluarkan akan terus didaftarkan sebagai kes di mahkamah dan tidak ada kompaun dikenakan sebaliknya hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah mengikut akta berkenaan.

Diharap dengan langkah ini ianya mampu mengurangkan rungutan orang ramai mengenai kadar saman trafik yang berbeza mengikut agensi. Selain itu ianya juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang masih tinggi terutamanya di musim perayaan.

"Pandu Cermat Jiwa Selamat"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...