Saturday, February 26, 2011

Drama Platun Harimau

RTM1 akan menayangkan drama Platun Harimau bermula 1 Mac 2011 ini sempena Hari Ulang tahun Tentera Darat ke-78. Drama 13 episod ini diadaptasikan dari sebuah novel perang karya Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid yang juga ketua skuad kombat terbabit. Drama itu bertujuan untuk menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang bertindak kejam kepada rakyat negara ini.


Drama Platun Harimau adalah cerita sebenar yang dilalui Tentera Darat melalui Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sekitar 1980-an yang menerima tentangan hebat pengganas komunis yang dikenali sebagai 'Black Jacket'.


Seramai 16 perajurit gugur di medan perang di Daerah Gubir, di utara Perak bersempadan dengan Betong (wilayah Siam) yang merupakan kawasan hitam pengganas komunis Black Jacket yang diketuai oleh Chong Woo.


Nantikan kemunculannya di RTM1.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...