Saturday, January 8, 2011

Hidup ini mencabar

Hidup ini sememangnya mencabar. Tapi, bagi setiap cabaran, mesti ada cara nak memenanginya.

Andai kita menganggap life is hard maka itulah yang menjadi mindset yang diserap oleh minda separa sedar kita.

Bila dalam fikiran suda terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan akan jadi sukar. Kesannya, Anda jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung menyalahkan takdir.

Semua yang keras, pasti ada cara melembutkannya.

Anda ada yang susah, mesti ada cara menukarkannya menjadi senang. Semua yang senang, pasti ada cara menjadikannya lebih senang dari senang yang biasa. Untuk menjadikan Anda seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada ‘power’.

Power ni datang dari beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan, semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus. Lebih banyak sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetik Anda jadinya.

Ramai orang berkata, knowledge is power. Itu betul, bahkan telah dibuktikan oleh orang-orang berjaya sebelum ni.

Mereka berjaya kerana mengaplikasikan apa yang mereka tahu. Seperti mereka, Anda juga menjadi lebih power bila mengaplikasikan apa yang Anda tahu.

Selain mengaplikasikan ilmu, Anda boleh berubah menjadi semakin power bila bersemangat tinggi, disamping membara dengan inspirasi setiap masa, setiap kali Anda bernafas bukan setakat sehari dua. Ini cara untuk memenangi cabaran hidup. Masalah, emosi down, perbalahan, pertengkaran, kesilapan dan kegagalan tetap akan muncul dalam proses kita menempuh cabaran. Tetapi, itu semua sementara.

Lama-kelamaan, semua yang sementara akan menghilang dan sesuatu yang lain akan menggantikan tempatnya, dengan syarat Anda mesti sanggup berubah terlebih dahulu. Bukan mahu, tapi mesti berubah!

Pandang hidup ini dari sudut yang positif. Cabaran membentuk Anda menjadi seorang yang kuat. Kuat di minda, emosi dan rohani.

Serap masalah menjadi cabaran lalu tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif. Berfikiran positif membolehkan diri Anda memenangi cabaran tu lalu menggenggam kejayaan di akhir garisan.

Dalam sejarah tak pernah ada orang berfikiran negatif menang setelah berdepan cabaran, semuanya kecundang.

Jadi, sematkan dalam hati, Anda tekad, BERANI berubah untuk kecemerlangan hidup!

Tips Untuk Semangat dan Bermotivasi Setiap Pagi

Perkara terbaik (9 perkara ) yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bangun dari tidur dengan mengingati dan bersyukur kepada ALLAH
Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan serta semangat untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.

2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

3. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi
bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH.
Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang, insyaAllah.

6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri.
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.
Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya.

Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

7. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood.
Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

8. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan Lepaskan segala yang dulu-dulu.
Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.

Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Beranikan diri anda untuk berubah untuk kecemerlangan hidup anda.

9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma’thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...