Friday, January 28, 2011

5 Sikap Positif Perlu Anda Bina

1. Berhenti mengomplen.

Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. Jika Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.

2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.

Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda bagus, pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain.

3. Banyak berfikir memperbaguskan diri

Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga hal orang. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan hidup mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri sendiri lalu berusaha memperbaikinya.

4. Hormati, kagumi, sanjungi.

Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi.

Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Anda akan bermotivasi memajukan hidup Anda lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya

5. Doakan orang lain selalu supaya mereka jadi berjaya.

Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.

Thursday, January 27, 2011

Lelaki Tak Suka:

* Wanita yang suka mengumpat

* Sombong dan bongkak

* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki

* Hisap rokok

* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…

* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki

* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian

* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”

* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”

* Wanita yang hipokrit

* Pembohong dan suka mencari alasan

* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki

* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka

* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang

* Pengotor dan pemalas

* Tak bertanggungjawab langsung

* Tak pandai mengemas

* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan

* Kuat berleter walau hal remeh temeh

* Boros berbelanja

* Tak tahu memasak

* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati

* “Queen Control” atau suka mengarah-arah

* Tak pandai bergaya atau selekeh

* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli

* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu

* Panas baran

* Kuat merajuk dan sukar dipujuk

* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi

* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Lelaki suka:

* Sikap kelakar

* Budi pekerti dan kesopanan

* Murah hati

* Senyuman manja

* Pandai memasak

* Pandai dalam mengenakan pakaian

* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya

* Tak mudah naik angin

* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak

* Tak terlalu seksi dalam berpakaian

* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”

* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya

* Berwawasan atau bercita-cita tinggi

* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.

* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira

* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi

* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki

* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

* Sikap keibuan

* Sukakan kanak-kanak

* Suara lembut tanpa dibuat-buat

* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun

* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat

* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki

* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut

* Tahu bersyukur

* Pandai berjimat-cermat

* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?

Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH

Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!

Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.

Suami : Contohnya?

Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?


Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?

Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.


Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.

Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu

Hakikat Seorang Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran Dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau Ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan Cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
Akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan
Dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah IA dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah IA dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah IA dengan akhlak.

Suburkanlah IA kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian Dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih Dan sayang
Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, Dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu Dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru
Hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-Mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Ghibah (mengumpat) yang dibenarkan

Ghibah (mengumpat) yang dibenarkan

Ghibah adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah (mengum-pat/menggunjing).

Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria masalah apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah.

Definisi Ghibah

Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)

Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut. Wallahu a’lam bishshawab

Wednesday, January 26, 2011

Suatu Kebahagiaan

Ada seorang lelaki yang telah berumur, meskipun dia buta tetapi mempunyai selera tinggi, kepercayaan diri, dan bangga akan dirinya sendiri. Dia selalu berpakaian kemas saban hari dengan rambutnya yang teratur rapi.

Isterinya baru sahaja meninggal dunia. Kerana hidupnya kini sebatang kara mentelah lagi telah uzur dimamah usia, dia tiada pilihan melainkan harus menginap dirumah tumpangan orang-orang tua. Setelah menunggu dengan sabar selama beberapa jam di lobi, dia tersenyum manis ketika diberitahu bahawa kamarnya telah siap.

Ketika dia berjalan dipimpin oleh petugas menuju ke elevator, dia menggambarkan keadaan kamarnya yang kecil dan jendela menghadap ke sebuah taman.

” Saya menyukainya ” katanya dengan antusiastik seperti seorang anak kecil berumur 8 tahun yang baru saja mendapat hadiah.

” Pak cik belum melihat bilik tersebut, tahan dulu perkataan tersebut ” kata si petugas.

” Perkara ini tidak ada hubungannya ” orang tua itu menjawab.

Sambungnya lagi ” Kebahagiaan adalah sesuatu yang kamu putuskan dari awal. Apakah aku akan menyukai kamarku atau tidak, tidak tergantung dari bagaimana perabutnya diatur tetapi bagaimana aku mengatur fikiranku. Aku sudah memutuskan menyukainya. Itu adalah keputusan yang kubuat setiap pagi ketika aku bangun tidur.

Aku mempunyai sebuah pilihan; aku boleh menghabiskan waktu ditempat tidur menceritakan kesukaran-kesukaran yang terjadi padaku kerana ada sebahagian dari tubuhku yang tidak dapat berfungsi lagi, atau turun dari tempat tidur dan berterima kasih atas bahagian-bahagian lain yang masih berfungsi.

Setiap hari adalah hadiah, dan selagi mataku ‘terbuka’, aku akan memusatkan perhatian pada hari yang baru dan semua kenangan indah dan bahagia yang pernah kualami dan kusimpan. Hanya untuk kali ini dalam hidupku. Umur yang sudah tua adalah seperti simpanan di bank. Kita akan mengambil dari yang telah kita simpan.

Jadi, nasihatku padamu adalah untuk menyimpan sebanyak-banyaknya kebahagiaan di bank kenangan kita. “

Terima kasih padamu yang telah mengisi bank kenanganku. Aku sedang menyimpannya.

Ingat-ingatlah lima peraturan sederhana untuk menjadi bahagia :

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.

2. Bebaskan fikiranmu dari segala kekhuatiran.

3. Hiduplah dengan sederhana.

4. Give more

5. Expect less

Kecantikan Luar & Dalam

Gembirakah diri apabila menjadi idaman lelaki? Apatah lagi menjadi idaman lelaki baik dan cerdik, yang memang menjadi pujaan ramai.

Barangkali lebih berasa gembira bila menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama.

Ada kalanya, jauh di sudut hati terfikir cara menjadi wanita idaman sedangkan diri tidak mempunyai kulit seputih kapas, wajah secantik model jelita atau seindah bulan purnama.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati kamu.” (Daripada Abu Hurairah ra)

Ramai wanita mengimpikan memiliki pasangan jejaka kacak, beragama bahkan berpendidikan tinggi serta berharta.

Sekiranya jejaka mengimpikan untuk memiliki gadis jelita selain aspek penting yang menjadi perkiraannya dalam mencari pasangan atau jodoh, wanita juga berhak untuk mencari pasangan yang ada ciri sebagaimana diimpikan.

Dalam hal ini, wanita disarankan supaya memiliki kecantikan diri, lemah-lembut selain perawakan dan penampilan hebat.

Bagi melihat sejauh mana mulianya aspek diri untuk menjadi kebanggaan sekali gus mencapai keredaan Allah, selidik diri untuk mencari kemuliaan yang dimaksudkan.

Antara perkara yang perlu diperhatikan dan diperbaiki adalah hati, pemikiran, luaran dan hal berkaitan diri.

Mungkin dengan cara meneliti soal itu, anda akan menemui beberapa aspek menarik dan perlu dicantikkan dari semasa ke semasa.

- Hati. Inilah yang paling penting. Hati hendaklah dibersihkan. Hati perlu dihidupkan selalu dengan sentiasa mengingati Allah, kenal Allah serta yakin dengan hakikat yang kita hamba Allah.

Hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan daripada sampah mazmumah.

Harus diingat, untuk membersihkan hati bukannya mudah. Hendaklah bermujahadah kerana apabila hati tunduk pada Allah, bersih daripada kekotoran maka buah akhlak akan muncul.

Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati yang suci murni.

- Luaran. Kalau sudah dapat menutup aurat dan mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut.

Dia yang menciptakan semua makhluk, Dia lebih tahu apa yang baik untuk ciptaanNya.

- Pemikiran. Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. Dengan kata lain, dia sentiasa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat.

Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul serta bertunjangkan al-Quran dan sunnah.

Bagaimanapun, apa juga yang dilakukan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan dan pujaan masyarakat tetapi untuk memenuhi kewajipan sebagai hamba Allah yang mendiami bumiNya.

Tidak dinafikan untuk menjadi gadis idaman bukan mudah tetapi harus berusaha. Benda yang mahal memang payah untuk dimiliki, umpama intan dan kaca.

Kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan dan hakikatnya, intan jauh lebih mahal daripada kaca. Intan jualah yang tetap menjadi idaman manusia di dunia ini.

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda?

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.

Tuesday, January 25, 2011

Suami yang kedekut..

Sepasang suami isteri, dah lama kahwin. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami

"Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh. .mahalnya, tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ. "Baiklah, kalau bayarannya kurang dr RM30, kita naiklah" kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama
juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?" "Aku cuma nak bayar bawah RM30 jer" jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"

"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td sambil tersenyum.

"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. Dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia
tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer.

Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu. "Ehh? mana isteri encik?" tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh apasal tak cakap" "Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Free

Satu hari samad telah membawa anaknya berjalan-jalan di bandar. samad seorg ayah yg penyayang tapi beliau juga sorang yg amat kedekut. kalau boleh semua benda dia nak free aje... so, dah penat berjalan seharian samad pun membawa anaknya ke sebuah gerai ditepi jalan. lalu dtg la pelayan utk mengambil order.

pelayan: nk minum aper bang?
samad: coke brp?
pelayan: singgit enam posen.
samad: air kosong?
pelayan: free je bang.
samad: bagi air kosong je la.
pelayan: makan bang?
samad: nasik berapa?
pelayan: singgit sepinggan.
samad: kalau keraknye?
pelayan: hmmm...bg free je bang.
samad: bagi dua pinggan ye. Nak kerak lebih.
pelayan: nak lauk aper bang?
samad: ayam masak kicap tu berapa pulak?
pelayan: seketul ayam singgit bang.
samad: kalau ambik kuah je?
pelayan: tak kira bang, free je.
samad: oklah...nk kuah je...
maka makanla samad anak beranak secara free...

Oleh kerana ari dah nak petang samad pun pergila ke stesen bas utk balik ke rumah. dia pun bertanya pada driver bas yg dah nk jalan tu.

samad: bang pegi batu 6 brp bang?
driver: dua ringgit sorg.
samad: kalau budak2 kira tak?
driver: kanak2 free je.
samad: okayla... saya tumpangkan anak saya je ye...
lepas tu samad pun berlari dibelakang bas utk balik kerumahnye.... hahahaha...

Monday, January 24, 2011

[FAKTA] Common

COMMON EXCUSE FOR HAIR LOSS:

Ajinomoto

COMMON INSTANT FOOD:
Maggi Mee

COMMON BREAKFAST:
Nasi Lemak

COMMON LUNCH:
Nasi Ayam

COMMON SUPPER:
Roti Canai & Teh Tarik

COMMON EXCUSE FOR BEING LATE:
Traffic Jam

COMMON FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION:
Pineapple

COMMON FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN):
Food Poisoning

COMMON FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN):
Menstrual Pain

COMMON CURE FOR DIARRHOEA(cirit-birit ) :
- Cap Kaki Tiga. Down one bottle with warm water and you are all "dried up".
- pil Chi-Kit Teck Aun - one sechet for adult and 10 pil for children below 6

COMMON CURE FOR HEADACHES:
Panadol.. The "cure for all". If it fails we have another secret
weapon - Tiger Balm.

COMMON CURE FOR NAUSEA :
Moh Fah Kor.

COMMON CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.

COMMON CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES):
Happy Hours.

COMMON INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES):
The sight of a police road block.

COMMON RICE COOKER :
Pensonic Rice Cooker

COMMON RUBBISH DUMP:
Anywhere. As long as it is not your house.

COMMON MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
Carrefour. Sometimes even pronounced as Carry 4!

COMMON EXCUSE FOR BEING NICE:
Running For Election

COMMON ANSWER FOR "WHERE ARE YOU"?:
-on the way.

COMMON OFFICIAL TIME FOR BEING LATE:
-10 minutes Sure ah???

COMMON REASON FOR PRICE INCREASE:
Petrol naik lagi kawan... semua barang pun kena naik ler...
inclusive of chicken meat?

COMMON REASON FOR PETROL INCREASE:
Still cheaper than other country la....

COMMON EXCUSE FOR CAUSING TRAFFIC JAM:
there was accident on the other side of the road.. of course
must slow down and tengok-tengok, kaypoh-kaypoh lah!

COMMON REASON WHEN REJECTING INVITATION ?
'I got some work to do la..u all go first la..'

COMMON REASON FOR COLLAPSED BUILDINGS & LEAKY PARLIAMENT ROOFS:
An act of God. Definitely nothing to with greased palms and
poor quality control. Nope, none whatsoever.

COMMON EXCUSE FOR IRRESPONSIBLE POLITICAL STATEMENTS:
None. We were misquoted.

COMMON REASON FOR INCREASING TOLL RATES:
Orang cakap mau naik mesti mau naik lah! Lu ingat ini jalan saya punya bapak punya kah?!

COMMON REASON FOR HAVING BIG ONION DOMES ON TAXPAYER-FUNDED PUBLIC
BUILDINGS:
....dunno. (It's not as if we're anywhere near the middle east.)

COMMON REASON FOR SPURNING BAILOUT PACKAGES FROM FOREIGN CAR COMPANIES:
We're about to unveil another badly designed low budget car, which,
coupled with our notorious customer service and corporate mismanagement,
will see us bankrupt again within the next 5 years. And so we have absolutely
no need for the Germans and their silly car-making and market-positioning
know ho w, thank you very much.

COMMON EXCUSE FOR JUMPING QUEUE (TRAFFIC JAM OR WHAT EVER QUEUE):
...... everybody doing what lah............

COMMON EXCUSE NOT PAYING SAMAN ACCORDING TO DUE DATE:
Relax ler... government will give discount one of these days

COMMON EXCUSE TO BRIBE (ANY CONDITION):
........ give them minum kopi lar......



Blogger Mampu Untung RM1 Juta

Pendapatan yang mampu diraih jika trafik ke sesuatu blog itu tinggi dan pengunjung klik pada iklan yang ada.





Sunday, January 23, 2011

[FAKTA] Women's check list for Mr. Right...

What I Want in a Man, Original List (age 22)

1. Handsome
2. Charming
3. Financially successful
4. A caring listener
5. Witty
6. In good shape
7. Dresses with style
8. Appreciates finer things
9. Full of thoughtful surprises
10. An imaginative, romantic lover

What I Want in a Man, Revised List (age 32)
1. Nice looking (prefer hair on his head)
2. Opens car doors, holds chairs
3. Has enough money for a nice dinner
4. Listens more than talks
5. Laughs at my jokes
6. Carries bags of groceries with ease
7. Owns at least one tie
8. Appreciates a good home-cooked meal
9. Remembers birthdays and anniversaries
10. Seeks romance at least once a week

What I Want in a Man, Revised List (age 42)
1. Not too ugly (bald head OK)
2. Doesn't drive off until I'm in the car
3. Works steady - splurges on dinner out occasionally
4. Nods head when I'm talking
5. Usually remembers punch lines of jokes
6. Is in good enough shape to rearrange the furniture
7. Wears a shirt that covers his stomach
8. Knows not to buy champagne with screw-top lids
9. Remembers to put the toilet seat down
10. Shaves most weekends

What I Want in a Man, Revised List (age 52)
1. Keeps hair in nose and ears trimmed
2. Doesn't belch or scratch in public
3. Doesn't borrow money too often
4. Doesn't nod off to sleep when I'm venting
5. Doesn't retell the same joke too many times
6. Is in good enough shape to get off couch on weekends
7. Usually wears matching socks and fresh underwear
8. Appreciates a good TV dinner
9. Remembers your name on occasion
10. Shaves some weekends

What I Want in a Man, Revised List (age 62)
1. Doesn't scare small children
2. Remembers where bathroom is
3. Doesn't require much money for upkeep
4. Only snores lightly when asleep
5. Remembers why he's laughing
6. Is in good enough shape to stand up by himself
7. Usually wears some clothes
8. Likes soft foods
9. Remembers where he left his teeth
10. Remembers that it's the weekend

What I Want in a Man, Revised List (age 72)
1. Breathing
2. Doesn't miss the toilet

Cara untuk bina blog

Telah ramai yang bertanya pada saya bagaimana untuk membina blog. Ada juga yang bertanya susah ker nak bina blog nie. Disebabkan tidak tahu membina blog, ramai yang berminat mematikan hajat mereka untuk berkarya di blog.

Sebelum anda membina blog, anda perlu tahu bahawa terdapat pelbagai jenis domain blog percuma. Contohnya wordpress dan juga blogspot. Namun masih terdapat banyak percuma berdasarkan kegunaan atau tujuaannya.

Kali ini saya akan mengaar bagaimana untuk membina blog dengan menggunakan blogspot. Tetapi sebelum itu anda perlu mempunyai akaun email gmail. Bagi yang telah ada boleh gunakan email sedia ada tersebut.

Bagi yang belum mempunyai akaun gmail, boleh ke http://www.google.com/ untuk mendaftar. Sila Klik pada sign in.

Seterusnya anda boleh mendaftar email gmail anda dengan klik pada link seperti paparan dibawah.

Setelah anda mempunyai akaun gmail. Sila ke http://www.blogger.com/ dan klik pada butang get started.
Anda perlu mengisi maklumat blog seperti mana paparan dibawah.




Setelah anda mengikuti langkah pendaftaran akaun blog. Blog anda telah siap dibina. Untuk akan datang saya akan tunjukkankan bagaimana untuk customize blog anda. Selamat mencuba...

Berhubung melalui bahasa tubuh

Melahirkan apa yang tersurat dan tersirat dalam fikiran kadang kala tidak perlu menggunakan perkataan sebaliknya boleh 'dibaca' melalui gerak tubuh seseorang.


Malah dalam sesebuah perhubungan, bahasa tubuh atau body language kadang kala memberi 'impak' lebih kuat berbanding kata-kata atau suara untuk meluahkan sesuatu.

Cara gerakan tubuh kita boleh menjadi isyarat bagi memberitahu orang lain mengenai sejauh mana kita boleh didekati untuk berinteraksi dan sejauh mana kita berminat terhadap apa yang lain sedang katakan.

Oleh itu, jika mahu memberi isyarat kepada orang lain bahawa anda sekarang berkeadaan relaks, selesa, terbuka dan berminat terhadap apa yang ingin disampaikan oleh orang lain, mungkin hanya perlu 'menyampaikannya' melalui beberapa bahasa tubuh seperti:


Senyuman

Senyuman merupakan cara paling penting untuk memberi isyarat tentang kesediaan atau keterbukaan anda untuk memulakan sesuatu perbualan atau sebagainya.

Jika anda gagal untuk senyum, orang mungkin akan berfikir anda tidak berminat atau anda sememangnya tidak berperasaan dan sombong. Senyuman yang mesra seolah-olah anda menggantung papan tanda 'selamat datang', bagi menjemput orang untuk mengenali anda.


Tegas

Dalam perbualan atau perbincangan, untuk memberi isyarat bahawa anda faham atau setuju tanpa perlu berkata-kata (non-verbal) ialah melalui anggukan kepala atau nada suara yang tegas. Jika anda tidak menegaskan dengan cara itu, dia mungkin mengandaikan bahawa anda tidak suka atau tidak berminat dengan apa yang dia katakan.


Membongkokkan badan ke depan

Membongkokkan badan ke arah seseorang yang sedang bercakap dengan anda menunjukkan bahawa anda berminat untuk meneruskan perbualan dengannya. Tetapi hanya bongkokkan sedikit saja kerana jika terlalu mendorong tubuh ke depan itu sudah dianggap kasar.


Mengunci tubuh

Gerakan-gerakan seperti berpeluk tubuh, menekap kedua belah tapak tangan atau menyilangkan kaki adalah isyarat bahawa anda cuba bersikap 'mengunci diri' atau menutup sebarang bentuk interaksi. Buka atau longgarkan postur tubuh untuk lebih terbuka bagi berkomunikasi.


Sentuhan

Sentuhan menggambarkan anda peduli. Jika anda ingin menunjukkan anda seorang yang mesra dan peduli, letakkan tangan kiri anda di atas tangan kanan rakan anda ketika berjabat salam, sentuh lengannya, tepuk belakang atau berikan pelukan. Sentuhan fizikal merupakan syarat bahawa anda bersedia untuk mendengar luahan emosi. Tapi kalau ko lelaki jangan pula ko sentuh orang perempuan, tu ambik kesempatan namanya.


Pandangan mata

Mata merupakan anggota tubuh yang paling mudah untuk menunjukkan perasaan. Renungan mata boleh menjadi interaksi sosial. Pandangan mata isyarat paling berkuasa untuk mendapatkan perhatian dan penghormatan. Tapi awas nanti anda jatuh cinta jika yang dipandang itu teruna atau dara.

Ia seolah-olah menyatakan, "Ketika ini saya lebih berminat terhadap anda daripada perkara-perkara lain."

Jika anda cuba mengelak daripada melihat individu yang bercakap dengan anda, dia mungkin akan berfikir bahawa anda cemas, tidak jujur atau tidak berminat untuk berbual.

Ketika sedang berbual, cuba bertentang mata antara satu hingga 10 saat.

10 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Facebook

SATU
kalau muke kowunk 2 dah buruk..
takyah la post gamba pas2 letak caption
"saya lawa","saya hot".
sape nak pecaya haa?
hahaha


DUA
sape yg ada 25000 kawan..biar betul?
ade ke owg yg bleh kawan dgn 25000 owg?
bek ko jadi wakil rakyat.
kowunk nak kumpul kawan yang kowunk tak penah kenal?
hahahaaha.


TIGA
Pastu kalau kawan kowunk dah banyak sangat,
jgn la merungut ckp
"ei..si budak nih tak abes2 anta comment bukan2 ,msg mengarut"
standart la..kawan kowunk kan ramai..
so terima la comment dan msg yg bukan2 tuh.


EMPAT
pastuh kalau kowunk nih dah
mmg lawa takyah la tulis caption
"i'm ugly","saya hodoh".
publisiti yang sgt murahan namenye...
hahaha..


LIMA
xde owg pedulik ugutan dalam internet.
xyah nak berlagak gangster.
menang pun bukan dapat duit!!
xder yg akan respek korunk.


ENAM
sehari nak bwat 20 status cakap korunk ade gambar baru.
Pastu merayu suruh owg comment..
buat skali je sudeh dan owg
yg btul2 ambil berat akan comment..


TUJUH
kalau gambar korunk sume sama,
xyah letak ar... letak laa kepelbagain sket.
sape nak tgk?
muke korunk dari posisi berlainan...
hahaha


LAPAN
kalau owg tak nak approve friend request kowunk dah la..
takyah la merayu soh approve.
pasti ade alasan tersendiri
kenapa owg tuh tanak approve.
senang cite.. carik la orang laen yang
nak kawan ngan kowunk..


SEMBILAN
Budak2 kecik darjah 6
yg ade facebook dan berlagak macam dot dot dot.
dah tutup komputer tu,  pegi main congkak lg baik daa...


SEPULUH
yang berchatting kat status...
STATUS BUKAN TEMPAT BERCHATTING!!
gune facebook tawu tapi tak reti ke bezakan status ngan tempat berchatting?
gune la chat yang kat bawah tu ke! YM ke...msn ke..mirc ke!
bwat semak je!
sekali dua takpe..
ney berbalas-balas...
kawan-kawan yang sangap !!

Saturday, January 22, 2011

Juling...

satu hari samad ke bandar B kerana ada urusan sedikit. setelah selesai semua urusannya, samad pun cepat2 ke stesen bas utk balik ke rumah nya di bandar A... "takut tertinggal bas plak nanti", bisik hati samad...

sampai di stesen bas, hanya tinggal beberapa buah bas sahaja yg hendak ke bandar A... samad ada satu masalah... masalah besar la jgk... masalah antara hidup dan mati kata hati kecilnya. tambang ke bandar A dari bandar B adalah RM10. Dan dia cukup maklum, di walletnye hanya ada sekeping note kaler hijau bernilai RM5 sahaja... "ades... nak buat mcm mana ni, takkan nak belari plak balik rumah kan. Jauh tu", keluh hati kecilnya sekali lagi.

Sedang dia berkira-kira bgmana utk mendapatkan lagi RM5, dia terpandang seorg konduktor bas yg juling matanya... "haaa... ini peluang keemasan ni... mesti double vision ni..." hati samad kegirangan... mesti konduktor tu akan nampak note RM5 nye itew menjadi 2 keping...yelah juling la katakan... so samad pun naik la bas itu dgn senyuman manis dan konfidennya...

setelah semua penumpang dah cukup, konduktor tu pun mulalah memungut tambang. semua org membayar RM10 dan bila tiba giliran samad, dia pun menghulurkan duit RM5 tadi dgn selambanya. konduktor bas tu memandang lama pada duit samad tadi..."tak cukup ni bang". samad dah gelabah..."alamak, kantoi ke". bisik hati samad.

"betul la tu bang, kan note 5 ringgit ni dua keping...10 ringgit la... aper tak betul ke??" samad cuba memanipulasi keadaan...chewah..

"mmg la 10 ringgit tapi awak tu kan DUA ORANG... kurang 2 keping lagi ni..."

Kuang..kuang..kuang... kantoi jgk akhirnya... dipendekkan citer terpaksa la samad berlari balik ke rumahnya sekali lagi... hahaha

Suamiku ahli politik

Seorang "Janda" yang sudah 3 kali kawin-cerai sedang berjumpa doktor. Waktu dokter hendak memeriksanya, terjadi percakapan.


Janda : "Hati-hati periksanya ya dok, saya masih 'perawan' ...!"

Dokter: "hah? Katanya puan sudah kawin-cerai 3 kali, mana boleh masih perawan ...?"

Janda : "Gini lah dok, sebenarnya suami saya yang pertama ternyata mati pucuk."

Dokter: "Oh gitu, tapi suami puan yang ke-2 tak mati pucuk kan?"

Janda : "Betul dok, cuma dia gay, jadi saya tak diapa-apakan dia."

Dokter: "Lalu suami puan yang ke-3 bukan mati pucuk dan bukan gay kan?"

Janda : "Betul dok, tapi ternyata dia itu orang 'parti politik'...."

Dokter: "Lalu apa hubungannya dengan keperawanan puan ...?"

Janda : "Dia cuma janji-janji saja dok, 'tak pernah direalisasikan!!!"

Dokter: "?!?!?!?!????"

Jenis-Jenis budak Universiti

Mat Pau ialah manusia yang bijak dan manipulatif. Dari mingu orientasi lagi otak dia dah mula mecari-cari mangsa yang senang dipau. Diorang tahu masa first weeklah kita nak buat baik dengan semua orang. Bila Mat Pau datang mintak rokok sebatang atau meggi sebungkus kita pun bagi la pasal nak beramah mesra. Mat Pau mengepau dari pelbagai sumber dan selalu make sure yang dia tak pau dari area yang sama. Kalau hari ni dia pau dari tingkat 3 Block A , esok dia pau dari tingkat 2 Block D. Mat Pau ada attack plan yang dirancang rapi. Hari ni pau meggi esok pau rokok tulat pau Milo 3 in 1. You got to admire their ability to hide their tracks. Mat Pau hanya akan kantol kalau mangsa kebetulan ter-mention aktiviti mengepau diorang.


“Mana Amat? Engkau tak ajak dia makan sekali ke?”

“Aku dah bagi dia meggi sepeket tadi.”

“Aik.. baru semalam aku bagi dia Mee Cintan”

“Makan free sial”

Tiba-tiba member “C” mencelah;

“Amat? Dua malam lepas dia mintak aku rokok sebatang”

Member “D” pulak tiba-tiba nak join sekali;

“Aku dengar engkau mention Amat.. last week dia pau ganja aku 2 ketul”

Camtu la baru korang tahu perangai dan aktiviti mengepau diorang. Lepas dah kantol semua boikot tak nak bagi dia barang lagi. Paling best sekali ialah Mat Pau ni selalunya ada je alasan bila kita nak pau dia balik. Mintak pandai tapi nak share balik tak reti. Hamjad punya manusia!

MACAM MANA NAK KENAL MAT PAU?

Mulut manis dan ramah orangnya. Satu batch dia kenal. Selalu claim takde duit tapi bila outing bandar dia belanja sakan. Most of the time pegi bandar pun solo pasal tak nak orang tahu dia berduit!


Mat Jiwang ialah kasanova legenda di universiti kamu. Dia terkenal dari tahun pertama sampai la tahun akhir sebagai kaki betina. Mat Jiwang yang paling super duper ialah Mat Jiwang yang dari minggu suai kenal dah dapat tackle sorang awek. Gila babi la skill dia. Kelas belum start lagi dah dapat awek teman lepak dekat kafe. Mat Jiwang selalunya ialah lelaki kacak yang kaya dan 70% of the time ada “Chinese Look”. Rambutpun stylo pasal orang perempuan senang benar tertarik dengan rambut yang unik. Aku sendiri tak paham tarikan seksual yang ada pada rambut? Apa yang cute sangat rambut pacak macam Aidil Zaquan tu?Apa yang buat kamu merembek bila tengok lelaki melayu yang “Chinese look” ? Apa malay look tak cukup hensem ke? Adakah ini kesan negative selepas awek melayu tengok filem Sepet? Semuanya dreaming nak balak muka macam Jason? Mat Jiwang jugak jarang campur dengan budak lelaki satu batch. Most of the time lepak dengan awek dia 24 jam. Kalau awek dia satu fakulti , buat assignment pun dalam satu group. Ada alasan stay up dekat kafe sampai pagi nuta. Bila kena tegur dengan pak gad boleh kata nak buat group discussion. Sial lah! Benda yang paling korang suka terjadi pada Mat Jiwang ialah bila dia clash dengan awek dia masa internship. Lepas balik internship baru la terhegeh-hegeh nak buat baik dengan jantan satu batch. Sebelum tu 6 semester bertegur pun tidak padahal housemate! Padan muka kau anjing. Jadilah dia kera sumbang takde member. HAHAHAH AH AH HA!!

MACAM MANA NAK KENAL MAT JIWANG?

Muka charming, rambut kemas, takde misai , Chinese look dan kontrol hensem. Dalam Facebook,MySpace dan Friendster Mat Jiwang korang akan perasan banyak ambik gambar sorang-sorang. Dekat picture description pulak dia letak ayat jiwang pujangga macam “alangkah indahnya jika aku ditemani insan bernama hawa” or “ kan best kalau dipantai ini ada awek teman” . Rasa macam nak lempang lak tahap kejiwangan diorang ni. Kalau check wall dia pulak, korang mesti perasan 95% message ditinggalkan datang dari awek. Phuiii!

Mat Pondan ialah spesis yang korang geli nak ngaku satu batch. Mat Pondan takkan tunjukkan kegay-an dia masa minggu suai kenal. Masa tu nampak jantan abis. Lepas dah satu sem baru dia berani tunjukkan kepondanan diorang secara berperingkat-peringkat. Bila lalu depan bilik Mat Pondan masa malam jumaat korang akan terbau haruman semerbak. Kalau tak tahu itu bilik Mat Pondan mesti jantung rasa nak tercabut pasal ingatkan ada Pontianak tengah melintas! Kuat gila bau bai. Bilik Mat Pondan pulak wajib ada teddy bear, poster Zach Efron (zaman aku dulu poster Joey Lawrence tak pun New Kids on The Block) , bed sheet merah jambu dan minyak urut. Bilik Mat Pondan selalu didatangi Mat Jiwang. Mat Jiwang buat baik dengan Mat Pondan pasal Mat Pondan baik dengan perempuan. Mat Pondan akan ceritakan segala kebaikkan Mat Jiwang kepada perempuan satu batch. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan simbiosis. Mat Jiwang dapat free propaganda dari pihak Mat Pondan ke pihak perempuan . Mat Pondan pulak dapat sentuh dan urut badan Mat Jiwang. Sometimes I wonder if Mat Jiwang is just a closeted gay.

MACAM MANA NAK KENAL MAT PONDAN?

Korang takkan jumpa diorang mandi satu time dengan korang. Kalau korang mandi pagi pukul 8 diorang mandi pukul 7. Kalau terserempak dalam communal toilet korang akannampak diorang berkemban tutup tetek siap dengan shower cap kalahkan betina. Lepas tu dalam tangan ada ada 7 jenis sabun dan losyen.


Minah Datin ialah Mak Datin in training. Minah Datin yang anda nampak sebelah Dato’ dan Pak Menteri memulakan evolusi kedatinan mereka dari spesis ini. Minah Datin seperti Mat Jiwang boleh dijumpai dari minggu suai kenal lagi. Awek lain pakai baju kurung dan kasut flats, dia akan pakai kebaya jarang dan high heels keletuk keletak. Mekapnya juga tebal lagi dari buku Harry Potter. Minah Datin masa minggu suai kenal suka berjalan seorang diri. That way dia akan nampak lagi meyerlah. Minah Datin juga adalah orang pertama yang akan dilihat naik motor abang senior merangkap fascilitator minggu aluan siswa. By the time dia masuk tahun ketiga 70% abang-abang yang famous dalam uni dah dia date. Kalau uni kamu ada local area network jangan terkejut kalau Minah Datin dapat jadi SOP MIRC atau Admin secara fast track. Ini adalah kerana abang admin dah jatun cintan dengan minah datin. Pada tahun ketiga sebelum praktikal minah datin akan mengeluarkan statement macam bagus seperti;

"Aku tak date budak satu batch pasal tak matang"

"Apa kelas date budak sama batch? Balak aku grad ,dah kerja dan boleh support aku"

Untuk tiga tahun pertama Minah Datin akan menjadi the hot stuff di uni. Semua orang kenal dan boleh dikatakan cerita tentang dia jarang yang enak didengar. Masuk tahun akhir saham Minah Datin akan jatuh macam saham Bernie Madoff kerana ada junior baru yang take over sebagai Minah Datin Alpha. Masuk fifth year bila dah lemau baru la sedar abang dia yang dah grad tu bukan tunggu dia pun. Semua dah kahwin budak setempat kerja. Jadi la Minah Datin ni single and tak laku-able. Believe it or not sebelum grad Minah Datin akan end up berkapel dengan budak satu batch jugak akhirnya. Most of the time it's the same dumb ass yang dah mendamba Minah Datin sejak first sem lagi tapi kena reject masa first year. HAW HAW HAW!

MACAM MANA NAK KENAL MINAH DATIN?

Mekap tebal, budak all girl school yang feymes , badan montok dan dress up kalahkan Gossip Girl. Later bila dah tak laku dia akan tone down tapi akan jadi manusia pertama yang tak puas hati kalau ada awek junior yang seksi. Dia juga lah yang akan mulakan cerita busuk pasal awek junior hot terkini tersebut.

Mat Gaming ialah manusia no life yang asik main game di uni. Pukul 2 petang dia akan main Counter Strike dekat 1000 kali. Pukul 3 pagi dia still akan menjerit “babi babi fire in the hole lancau” untuk kesekian kalinya. Mat Gaming yang paling dewa akan menjadi idola Mat-mat Gaming yang lain. Setiap skill beliau akan menjadi bualan macam orang bercerita tentang hikayat pengembaraan Illiad.

“Semalam Nam3L355 PWNS 6 CT sekali round pakai DE dekat DDUST. Aku try HE dia ikut bomb site A tapi dia HS aku pakai AK dari belakang CT spawn ”

If you can understand what I just wrote above, then you are a Mat Gaming yourself. Mat Gaming juga ada masalah menahan emo . Katakan ada teammate silap sikit dia akan jerit sampai satu blok dengar. Kalau teammate dia tutup pintu dia akan sepak pintu tu sampai puas hati;

“Sial la Ajil.. aku dah kata jaga radar pack sebelah kiri dengan Panzer. Apasal engkau respawn jadi medic. Tau la Soldier skill dah +4 tapi jangan la abandon sial. Next time spawn aku MG semua!”

Ini Mat Gaming spesis gila multi player. Ada jugak Mat Gaming yang muka tak malu. Mat Gaming yang suka main game tapi takde PC sendiri. Dia akan pergi PC orang pastu install game sesuka hati. Lepas tu melekat kat PC orang sampai kerusi yang dia duduk ada kesan peluh berbentuk bontot. Mouse pulak ada daki tebal.

But wait there's more! Spesis ketiga Mat Gaming ialah Mat Gaming peninggal taik. Dia akan main game kat PC orang lepas tu tinggalkan high score dia untuk tunjukkan dia power. Ini boleh dilihat dalam game macam Guitar Hero , Rock Band atau 3D Pinball Space Cadet.

MACAM MANA NAK KENAL MAT GAMING?

Pergelangan tangan sebelah kanan dia ada a patch of skin that is smoother than the rest. Kesan jangka panjang berjam-jam seret mouse atas meja. Sampai jadi kematu pun ada. Rig dalam bilik pulak mesti dah moded dan kalau anda roommate dia, pasti anda perasan akan ada orang melawat sekadar nak tengok dia main game. 50% dari Mat Gaming mesti at least extend satu sem. Most of the time orang tak tahu pun nama betul dia. Kalau jumpa kat luar bertegur sapa dengan nickname in game seperti Winters , Fatal1ty, Ayob_Skod , Craxtor, Vivre , Sta88er dan Nam3L355. Lame shit sial! Macam aku.


Mat Extend menjengkelkan pasal diorang ni tua kutuk tak sedar diri. Kalau extend satu sem takpe, ni extend 7 -8 sem. Orang lain dah habis masters dia still tak abis lagi degree. Diorang selalunya dah sediakan alasan kalau kena tanya kenapa tak abis-abis belajar;

“Aku saja je malas abis awal pasal kat luar tu bukan ada kerja pun skang”

“Aku tukar course pasal aku nak belajar semua benda..aku boleh je double major”

Padahal semua orang yang kenal tahu dia ni pemalas, kaki mendak, main game, layan TV series, layan hentai dan uselessjunk! Not surprisingly walaupun dia warga emas dekat uni, dia still antara orang yang paling famous dan banyak kawan. Cakap je nama dia semua orang kenal. Orang lain pergi kelas dia duduk merempat dekat MIRC layan chat.Tak pun sentiasa kelihatan di forum-forum internet sepanjang masa kumpul postcount. Mat Exend jugak orang yang paling banyak cerita negative pasal lecturer-lecturer yang ada dalam uni kamu.

“Engkau ambik Fluid Mech dengan Ir Matori eh? Habis la engkau. Mamat tu ngajar macam lakhanat! Tak paham aku”

Tapi bila kamu ambik kelas yang sama kamu rasa ok je dia ngajar. Paham je segala benda yang dia tulis dalam notes dan white board. Apa Mat Extend ni bebel sial? Tapi walaupun diorang ni jengkel dan nampak busuk korang berkawan jugak dengan diorang. Nak tahu kenapa? Pasal Mat Extend warga emas ni la yang jaga network korang, troubleshoot PC korang kalau rosak , ajak maple malam buta, organize gathering komuniti , tokan ganja , tokan udang galah jepang dan mesra talak sombong. Segala hal takde masalah dengan Mat Extend. Diorang ni ada aje masa terluang untuk layan kerenah korang.

MACAM MANA NAK KENAL MAT EXTEND?

* Muka dekat kad matrik tak sama dengan muka diorang sekarang pasal gamba tu ambik 7 tahun lepas

* Saiz pinggang tak kurang dari 34 inci

* Admin dan SOP dalam kolej. Kemungkinan besar network server DC++ uni kamu dia yang punya

* Mat Extend ialah brader paling awal dating dengan Minah Datin. kungfu queen ass sungguh!

* Bila dia hilang one fine day dari kolej korang terfikir. Dia tu dah grad ke kena tendang? HAHAHAHHA



Thursday, January 20, 2011

Daging berkecai di 'paya hangus'

Sumber Kosmo
http://www.kosmo.com.my/

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.


ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.


"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.




Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

 
NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.


Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.



Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.

"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.


Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.


Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.

MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.


Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.

"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.


Suara jeritan
Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad 'menceroboh' masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.

 
SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.


Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.

"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.

"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.

Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.

Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.



Hati-Hati Beri Dan Terima Pujian

SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: "Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam." (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Memuji Allah dengan lafaz 'Alhamdulillah'; mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.

Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah' maka ‘Alhamdulillah' yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang hamba berkata, "Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: "Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: "Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya: "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan." (Hadis riwayat Ahmad)

Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun." Surah an-Nisaa, ayat 49)

Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya. Mereka juga berkata: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar." (Surah al-Baqarah, ayat 111)

Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri." (Hadis riwayat Muslim)

Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: "Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka." (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)

Mimpi seorang Nabi

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba...

bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Mengubati penyakit rohani

Abu Laits as-Samarqandi (seorang ahli fiqh yang masyur) berkata, jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai sepuluh perkara yang tercela.

# Apabila seseorang itu minum arak, kedudukannya seperti orang gila, akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak-kanak dan tercela dia bagi orang yang berakal.

# Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.

# Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.

# Minum arak akan menghalangi seseorang itu mengingati kepada Allah dan akan menghalangi dia daripada mengerjakan solat.

# Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin dengan mudah menceraikan isterinya tanpa disedarinya.

# Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.

# Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.

# Orang yang minum arak wajib dihad, dihukum dengan 80 sebatan, kalau dia tidak dipukul di dunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan temannya.

# Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.

# Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.

Semua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati. Selepas itu, dia akan menghadapi pula seksa akhirat nanti.

Wednesday, January 19, 2011

Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

“Hoi..Hoi!!”

Adoi, sedapnya bahasa memanggil orang tu kan, “hoi..hoi!!” Dalam movie Do Re Mi, Kata Do pada Mi yang bercakap kasar pada seorang lelaki bangsa Singh. “Bahasa menunjukkan Bangsa tau”

Di sini, apa yang saya nampak ‘P.Ramlee’ maksudkan BANGSA adalah bukan bangsa Melayu, Cina, India mau pun Singh. Tetapi, maksud sebenar dia adalah sesiapa yang berbahasa dengan cara yang tidak elok, maka dia ini dari bangsa…

•Bangsa kurang ajar - “Oi bodoh, kau ingat ini bapak kau punya?!”
•Bangsa sombong - “Pakaian aku yang mahal je, tak main lah macam kau”
•Bangsa suka menghina - “Taraf kau ni, nak glamor muka tak malu jangan perasan laa”

Haaa…ada berbagai-bagai bangsa lagi kalau nak kita fikirkan. Bangsa bodoh sombong, Bangsa pemalas, Bangsa baran, Bangsa terlampau cerdik, Bangsa perasan bagus…

So, hakikatnya, BAHASA yang kita guna itulah yang menunjukkan BANGSA apakah kita ini. Cuba kita renungkan semula , apakah kita berada di dalam mana-mana bangsa yang diperkatakan tadi? Hehe…harap-harapnya tak adalah. Sebab…kerana mulut badan binasa beb!

Mungkin selama ini ramai yang tidak sukakan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin selama ini orang-orang disekeliling kita hanya berlakon baik berkawan dengan kita, hakikatnya semua membenci mulut kita, pernah anda terfikir? Malah kita pelik, mengapa kita susah memiliki kawan apatah lagi cinta. Ini mungkin kerana bahasa yang keluar dari mulut kita beb

Ramai juga sesetengah orang yang begitu bangga dengan diri sendiri yang suka berterus-terang, “I ni cakap lepas je, tahan lah ya.” - tapi bila kena kat dia, tak tahan pulak tu. Hmm rasanya tak ada masa orang lain nak tahan dengan mulut kita yang cakap tak berlapik tu…
BANYAK lagi cara untuk menegur dengan bersopan, Banyak lagi percakapan yang lebih mesra dalam memberi kritikan yang membangun. Sesungguhnya, ramai yang mahu berubah apabila mendapat teguran dengan lebih lemah lembut dan penuh kemesraan.

You see, dari percakapan kita, pertuturan dan cara bahasa yang kita gunakan itulah yang menunjukkan dalaman kita.

Apabila kita mengata, menghina, mengeji seseorang …kita terlupa melihat diri kita yang juga tida sempurna. Kita terlupa, jika diri kita pula yang dihina, dikeji… boleh tahan ke?

Saudara mara atau adik beradik kita pula yang kena bahasa yang kurang ajar…bagaimana?

Obviously, jika bahasa kita kotor, cara kita kasar, cakap tidak berlapik…dalaman kita juga begitu. So bagaimana kita nak memikat sebuah cinta? Or even to have good friends? Bagaimana orang ramai nak sukakan kita kalau bahasa kita menyakitkan hati orang? Malah langsung tak mesra? Suka mengkirtik saja… boleh belah la kan.

Semalam kita persoalkan tentang Personaliti diri. Yang mana jika kita mahu diri kita disukai ramai, jika kita mahu memiliki sebuah cinta sejati. Kita kena berubah! UBAH imej kita! Ubah cara, berpakaian, penampilan dan pertuturan, ubah yang menjadikan ramai orang sukakan kita!

You see, satu-satu personaliti yang terbaik merangkumi 3 perkara penting! Cara berpakaian, Corak penampilan dan Pandai bergaul.

Tuesday, January 18, 2011

Mengapa Allah tak makbulkan doa kita?

Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya?

Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul ?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”

Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.

Beliau menjawab, “ Ada lapan perkara, diantaranya:

Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)

Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)

Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”


Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan.

Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya.

Monday, January 17, 2011

Teknik Belajar Untuk belajar

Sebenarnya tidak ada teknik khusus dan tersusun. Namun ada tip penting untuk kita belajar.

[1] Ikhlas

Ini adalah poin terpenting. Hendaklah kita menuntut ilmu ikhlas kerana Allah. Jika kita menuntut ilmu untuk menggapai keuntungan duniawi, untuk menjaga nama baik, untuk perlagakan sesama ulama', merendahkan orang lain dan sebagainya, ia tidak akan menghasilkan kejayaan yang hakiki di sisi Allah.

Kita mungkin berjaya di sisi ukuran kita dan memperoleh sanjungan sebahagian manusia tetapi di sisi Allah ia adalah sesuatu yang buruk dan bakal memperoleh azab-Nya di Akhirat nanti.

[2] Minat.

"Minat" (Interest) adalah faktor yang dapat menyelesaikan separuh pertama hajat seseorang. Separuh kedua ialah berusaha untuk membenarkan hajat tersebut.

"Minat" seseorang kepada sesuatu perkara mampu membawa dia ke tahap yang sebelum itu tidak terbayang olehnya.

Minat seseorang ke bidang komputer umpamanya mampu menjadikan dia seorang programmer atau juru teknik komputer tanpa dia sendiri pada asalnya memiliki apa-apa kelulusan formal dalam bidang tersebut.

Oleh itu seseorang itu perlu "minat" dalam ilmu-ilmu agama jika dia mahu mendalaminya. "Minat" ini boleh diterapkan dalam diri seseorang dengan memikirkan manfaatnya kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, ditambahi dengan ganjaran Allah di Hari Akhirat nanti.

[3] Bersabar.

Tidak ada short cut dalam menuntut ilmu. Tidak boleh duduk dan angan-angan diri sendiri umpama sebuah komputer: letak sahaja cdrom dan install, program terus berjalan.

Menuntut ilmu harus berperingkat dan bertahap-tahap. Bagi setiap individu peringkat dan tahap berbeza-beza kerana manusia memiliki kemampuan yang berbeza di dalam mencerna ilmu-ilmu yang diterimanya. Ada yang cepat, ada yang sederhana dan ada yang lambat.


Yang pentingnya manusia itu berusaha dengan kemampuan yang dimiliki oleh. Kemampuan itu sendiri sesuatu yang tidak tetap (not fixed), ia sentiasa dinamis selari dengan kadar usaha seseorang itu.

Oleh itu yang penting ialah berusaha dan bersabar di atas usaha tersebut.

Dalam sebuah hadisnya, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas Muslim." Baginda tidak bersabda, umpama: "Menjadi pandai adalah wajib ke atas Muslim."

Bererti yang dituntut oleh Islam ialah berusaha menuntut ilmu dan bukannya menjadi pandai tanpa berusaha terlebih dahulu.

[4] Berani menghadapi kegagalan.

Seorang bayi tidak akan dapat berjalan jika dia enggan menerima risiko terjatuh ketika berlatih berjalan.

Seorang penunggang basikal akan cepat bangun apabila terjatuh jika sebelum itu dia sudah biasa terjatuh, berbanding dengan seseorang yang sebelum itu tidak pernah jatuh.

Seorang pemain skate board akan berani membuat stunt di papan lunsur jika sebelum itu dia telah berlatih dan menerima hakikat bahawa jatuh itu adalah salah satu metode latihan yang akan membawa dia ke kejayaan.

Demikian juga seorang penuntut ilmu tidak akan berjaya jika sebelum itu dia enggan menerima risiko tersilap atau terkeliru.

Sebahagian orang menuntut ilmu kerana ingin menjadi mujtahid yang maksum dan menulis buku yang 100% betul umpama al-Qur'an. Termasuk dalam kategori ini adalah orang yang enggan menerima teguran atau pembetulan.

Orang-orang sebagaimana di atas tidak akan mencapai kejayaan yang sebenar kerana mereka sendiri pada asalnya takut untuk mencapai kejayaan tersebut.

[5] Mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu.

Manusia menerima dan memproses ilmu dengan pelbagai cara. Jika seseorang itu hanya mengikat dirinya kepada satu cara, maka dia akan terikat selama-lamanya dengan cara itu sahaja. Apabila cara itu hilang, maka dia tidak akan lagi dapat memperoleh apa-apa ilmu.

Contohnya ialah orang yang hanya mahu belajar secara face to face dengan seorang guru. Apabila gurunya tiada, dia tidak lagi dapat mempelajari apa-apa ilmu.

Selain itu, termasuk dalam "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari cara-cara menyampaikan ilmu. Apakah gunanya ilmu yang banyak apabila ia tidak boleh dikongsikan kepada orang ramai yang memerlukannya ?

Sebagai contoh, banyak orang yang berilmu tetapi tidak tahu menggunakan MS Word sehinggakan kertas kerja 10 mukasurat mengambil masa sebulan untuk siap. Itupun dengan macam-macam kesilapan format dsbgnya. Banyak juga yang berilmu tetapi tidak tahu untuk bercakap (Public speaking) sehingga akhirnya tinggallah orang yang pandai bercakap tetapi sikit ilmu yang memenuhi jadual ceramah di masjid dan surau.

Termasuk juga dalam kategori "mempelbagaikan cara berinteraksi dengan ilmu" ialah mempelajari tentang diri manusia sendiri daripada orang-orang yang kerja mereka memang mengkaji manusia.

Orang-orang seperti ini, yang juga dikenali sebagai "Self improvement guru" adalah mereka yang memiliki keahlian dalam mengkaji tabiat manusia dan cara-cara untuk memperbaikinya.

Banyak hasil kajian mereka yang dapat kita manfaatkan seperti susunan masa yang efektif (7 Habits of Successful people), daya ingatan (Brain power), kaedah membaca (speed reading), pengendalian tekanan hidup (stress management) dan lain-lain.

[6] Menjauhkan perkara yang sia-sia.

Mustahil untuk berhimpun di dalam satu jasad perkara-perkara mungkar dan ilmu-ilmu agama kerana kedua-duanya adalah sesuatu yang saling bertentangan.

Bukan sekadar perkara yang mungkar, yang sia-sia dan samar-samar juga adalah sesuatu yang bertentangan.

Oleh itu hendaklah dijauhi segala yang sia-sia (al-Laghw) atau samar-samar seperti muzik, URTV, rokok, mendengar/melihat/mencari kesalahan orang dan lain-lain.

Semua di atas digantikan dengan zikir, solat sunat dan bacaan al-Qur'an. Perlu dingatkan bahawa 3 di atas adalah sebagai pengisi masa lapang ketika berehat daripada mengkaji ilmu-ilmu agama.

[7] Berdoa dan Tawakkal.

Mencapai kejayaan dalam Islam memiliki beberapa langkah:

[a] Berhajat (cita-cita), [b] berusaha, [c] BERDOA, [d] TAWAKKAL dan [e] menyemak semula.

Ini adalah sesuatu yang straight forward tanpa memerlukan ulasan lanjut.

Menyemak semula adalah satu poin yang tidak kurang pentingnya kepada ilmu adalah satu perkara yang tidak memiliki titik noktah. Ilmu sentiasa bergerak dan dinamis sehingga menjadi satu kelaziman di kalangan para ilmuan mereka meralat pendapat mereka yang awal.

Sekian 7 point atau teknik yang dapat saya gariskan pagi ini. Semoga bermanfaat, wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...