Friday, December 31, 2010

“I miss you…”

Oleh: Brother Love.. for sharing

Apabila terlanjur beberapa hari tidak menulis mengikut rutin di blog Brother Love ni, rasa rindu mulai menyelubungi jiwa. Rasa seperti ada yang tidak kena… dalam studio, library, even masa travelling pun, terfikir “Eh apa lagi yang belum aku lakukan?” Bila letakkan kepala ke bantal, “Alaaaa…aku belum tulis lagi artikel terbaru!”

Can you guys imagine? Kita belum pernah bersama, belum pun berjumpa, jauh sekali membelangkaskan diri kita…NAMUN, rasa rindu menyentuh kalbu…even menulis di blog sendiri pun bagai rindu untuk berhubung… I’m very-very sure, ramai yang begitu…

Bukan ada hubungan, bukan kenal…tapi rindu. Berchatting tiap masa, namun belum jumpa, belum kenal, katanya, “I miss you” Hanya kenal pada suara, bergelak ketawa di talian mobil… habis saja perbualan itu, rasa rindu mencengkam kalbu, “Ahhh…I miss you so much, I miss your voice!” Ramai juga yang melihat dari jauh, kenal dari sekitar, tapi… “Oh God…I miss you.” Malah, ada yang sudah putus cinta…sudah hilang lama, tapi masih… “I miss you”

Bagi Bro Razzi…itulah indahnya rindu! Tanpa jumpa, tanpa bersama, tanpa sentuhan, tanpa kucupan, rasa rindu dari kesepian yang tercipta dari keindahan cinta itu bisa membuatkan kita mengucapkan, “I miss you…”

Kawan-kawan dan teman pasti marah, pasti cuba menasihati,

“Eh pasal apa kau nak rindu dia? Dia tak rindu kau pun.”
“Kau kenal dia pun tak, boleh kau rasa sayangkan dia? Rindu dia?”
“Dia sudah lama pergi, buat apa kau nak merindui dia lagi?”

Well, to me…jika anda tidak merindu, maka keringlah hati anda, jika susah untuk mengucapkan “I miss you…” well, you’re such a boring person!

hey, apa salahnya merindu? Apa salahnya I miss you? Rindu pada suaranya, rindu pada kata-katanya, rindu pada gelak ketawanya yang selalu mencuit hati, rindu pada manjanya…rindu pada caranya mengambil berat, rindukan sentuhannya. APA SALAHNYA? …its sweet though, Go ahead babe!

Pabila ujud rasa rindu dalam diri kita, biar pun hanya kita sendiri….Itulah tandanya kita punya perasaan yang sangat suci dan berkualiti kerana kita menghargai seseorang beb.

What a great person we are!!

…Kita rinduinya, hargai dirinya, kita kagumi caranya! Itu sesuatu yang sangat mulia di sisi Tuhan yang Esa! Kalau sudah begitu, masa bisa ianya tidak baik? Pasti, rindu adalah sesuatu yang amat baik!

Asalkan ia tidak memudaratkan kita, maka it’s better for us to miss someone daripada merintih sedih. Take it missing the loved ones tu sebagai keindahan kita, nikmat kita dalam cinta. Biarlah dia sudah pergi, biarlah dia kecewakan kita, tetapi kita treasure the moment!

“Biarlah kita belum betul kenal, belum jumpa lagi… namun itulah kita, itulah perasaan kita, itulah diri kita yang sangat mulia, amat prihatin dan penuh dengan kasih dan sayang…penuh dengan keindahan cinta, Treasure it!!”


Now the question remain is, “Do you even miss someone?”

dikecewakan

“Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”

Beberapa soalan khas untuk semua wanita:-
- Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
- Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
- Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah meminta maaf, dan lakukan apa saja?
- Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
- Mengapa sudah tidak semesra dulu?
- Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
- Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??

Sebenarnya, kesemua soalan ini hanya ada 1 jawapan sahaja.

Apakah jawapannya?? I yakin jauh dilubuk hati you all, pun tahu mengapa, kan?
Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.

Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan anda ialah…
“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”
Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

In my further opinion :-
Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan anda. Ingat, makin lama umur anda semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.
Memang susah jika anda masih solo. Ianya lebih mudah jika anda mulai membuka hati dan meluaskan pandangan anda. Yang penting, anda mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, anda kenalah mencuba, barulah anda tahu itu jodoh anda atau tidak. Kemudian, usahakannya.

Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.

ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
Apabila break aje…MOVE ON!
Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

Rahsia Pemikiran Perihal Seorang Lelaki

Perihal Lelaki #1

"Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. "

Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.

Bgi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!

Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun...jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It's big bonus!

Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.

Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.

Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!


Perihal Lelaki #2

"Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya."

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.

Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.

Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe...

"adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?... bertahan? sabar? Tak payahla... buat sakit hati dia je beb!"

Tak usah lah sayamg... buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu...boring la beb.

MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus...Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh...ini tip aaaa..."manyak mahal wo!"


Perihal Lelaki #3

"Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!"

So, jangan cepat perasan! Hehehe...Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Amacam??... sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu...dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.

Tapi kalau yang tak cantik tu...tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe...cool tak?!


Perihal Lelaki #4

"Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi... "

Lelaki curang??...jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali...well, yang kedua dan seterusnya is easy!

So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua...this is reality!

Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain...

Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka...

Please faham ya...lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa 'mengayat' anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!

Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas...hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.

So, kerja anda sekarang ialah...bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru...


Perihal Lelaki #5

"Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal."

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.

Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,

"wa jeles bangat tau!!...ingat tak terseksa batin ke?!!... cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??"

Hahahaha...kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni...kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat...okey ke tak? Kalau anda boleh terima then...too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you...kena ngap sayot! wakakaka...

Meranalah dia sorang-sorang hehehe...salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu...

Tips Bagaimana Memilih Sahabat

Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik.

Tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.

Para pembaca semua, ketahuilah, mencari sahabat yang baik itu adalah dituntut oleh agama kita. Maka cari dan pilihlah sahabat yang baik-baik akhlaknya.

Artikel di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana untuk pilih sahabat.
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).

Ketiga

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya, baik pegangan agamanya, baik tutur katanya dan baik budi bahasanya. Pilihlah sahabat yang boleh memahami kita dan yang dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Itulah ciri sahabat sejati.

Akhir kata, untuk mendapat sahabat yang baik, kita sebenarnya perlulah terlebih dahulu menjadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain.

Sekiranya diri kita dianggap sebagai seorang sahabat baik, maka kita nanti akan dikurniakan sahabat yang baik oleh Allah Ta’ala. Yakinlah.

Maka tanyalah diri anda, adakah diri anda sekarang ini boleh dianggap sebagai seorang sahabat yang baik??? Fikir-fikirkan…

kita di mata orang lain?

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?“


Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dngan kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.
Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga.”
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi pada mata@pandangan Ilahi.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.
Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal, kerana sesungguhnya diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita semua di sisi Allah adalah sama saja. Yang membezakan kita ialah KETAQWAAN kepadaNya. Siapa yang lebih bertaqwa, maka dia lah yang lebih baik.

Muneer anggap diri kembali Muslim

Sumber: Utusan Malaysia

PENGARAH Urusan, Asia Source Consulting Sdn. Bhd, Muneer A. Rasheed, 50, dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Anak ketiga daripada lima adik-beradik ini memeluk Islam kira-kira 10 tahun lalu iaitu pada 1997 di Taiwan.

Pertemuan yang diatur di sebuah coffee house berhampiran kediamannya yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini membongkar latar belakang dan kisah penghijrahan akidah beliau.

Ikuti temu bual wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurugambar RASHID MAHFOF bersama beliau yang kini sudah menetap di Malaysia. Sungguhpun sibuk dengan urusan syarikat, beliau tetap menerima jemputan mana-mana pihak untuk berkongsi sekali gus berdakwah.

SEJARAH saya mendekati agama bermula pada 1961 apabila kami sekeluarga buat pertama kalinya menghadiri kelas Katolik di kawasan kediaman. Pada masa itu, perkhidmatan dakwah agama Katolik dikendalikan dalam bahasa Latin. Jadi kami tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh paderi dalam kelas tersebut.

Ia bertahan kira-kira dua tahun, kemudian ibu membuat keputusan tidak mahu lagi ke gereja Katolik kerana dua sebab. Pertama, kerana masalah bahasa dan kedua, terpaksa melakukan pengakuan di atas dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Sejak itu, ibu memberi kebebasan kepada kami lima beradik, sama ada meneruskannya atau mencari haluan kepercayaan sendiri. Lantaran itu, beberapa tahun kami tidak mempraktikkan mana-mana pegangan agama.

Hinggalah pada 1975, yang mana pada masa itu saya menggelarkan diri ‘dilahirkan semula Kristian’. Kumpulan kami ini bergerak menyampaikan dakyah agama Kristian terutamanya di institusi-institusi pendidikan. Saya bergiat aktif sebelum berhijrah ke Taiwan pada 1987. Pada masa itu, tujuan saya ke sana ialah untuk mempelajari bidang bahasa terutamanya bahasa Cina.

Selepas tiga bulan, saya kembali ke Amerika Syarikat (AS) namun setahun kemudian saya kembali semula ke Taiwan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran. Sejak itu, saya menetap di sana selama 18 tahun.

Sepanjang tempoh itulah saya terlibat dengan kerja-kerja mubaligh di samping melakukan tugas hakiki iaitu perunding cara. Saya mengajar Injil dan ada ketikanya menyampaikan ceramah.

Namun pada 1996, berlaku satu perubahan besar dalam diari kehidupan saya. Apa yang berlaku, semasa saya sedang mentelaah kitab Injil, terpacul satu persoalan di minda tentang memakan daging babi.

Saya mula tertanya adakah Nabi Isa makan babi atau tidak? Jadi saya mula mencarinya di dalam kitab Injil dan diperkukuhkan dalam Old Testiment di mana Allah mengharamkan pemakanan daging itu. Sejak itu, saya tidak lagi ‘menyentuh’nya. Perubahan saya ini mengejutkan ramai pihak terutamanya ahli gereja.

Pada masa yang sama timbul persoalan tentang konsep Triniti. Sekali lagi, saya berusaha untuk mencari kebenaran dan kesahihannya. Melalui Old Testament dan New Testament, akhirnya saya menyedari bahawa apa yang dilakukan selama ini hanyalah mengulangi semula maklumat yang diterima dari dulu hingga sekarang daripada orang yang mahukan konsep sedemikian. Sejak itu saya tidak lagi bercakap tentangnya.

Saya mulai mencari ketelusan perihal dosa semula jadi di mana di dalam kitab Injil menyebutkan bahawa setiap manusia dilahirkan dalam dosa. Penyelidikan saya membawa kepada kebenaran yang begitu mengejutkan. Hakikatnya setiap individu itu bertanggungjawab ke atas diri masing-masing.

Timbul pula dilema kerana saya masih terlibat secara aktif dengan kerja-kerja di gereja sedangkan keimaman saya kepada agama tersebut mula goyah. Jauh di sudut hati, ada sesuatu di dalam agama Islam yang mula menarik perhatian saya.

Pada 1997, saya menziarahi seorang teman di Taiwan. Dia mempunyai rakaman video yang satu daripadanya mewakili Elijah Muhammad, Ketua The Nation of Islam di Amerika Syarikat. Pada awalnya saya tidak berminat kerana terlalu banyak perkara negatif tentang umat Islam Amerika yang didengari.

Saya mula tertanya di dalam diri, mengapa perlu takut? Saya memberanikan diri mendengar dan menonton video itu sehingga tamat. Akhirnya, saya mula mengakui setiap butiran yang diperkatakan.

Mulai dari situ, semangat saya untuk mendalami Islam berkobar-kobar. Kebetulan dalam satu urusan perniagaan di AS, saya berkenalan dengan seorang anggota The Nation of Islam, yang menguasai kitab Injil dan al-Quran bernama Terry Mohammad. Perkenalan itu berlarutan tanpa mengira batasan masa, tempat dan medium. Menariknya Terry tidak pernah memaksa saya untuk menerima ataupun memeluk Islam.

Saya ke AS sekali lagi dan perasaan saya terhadap Islam terlalu kuat. Saya menghubungi Terry dan mempelawanya bersarapan bersama. Belum pun sempat meluahkan hasrat untuk memeluk Islam, Terry lebih dahulu mengetahuinya kerana melihat keghairahan saya tentang Islam.

Ketika di Taiwan, saya akan berlari ke masjid selepas menghadiri khidmat di gereja. Pada masa itu, topik kami tertumpu kepada soal akidah Islam, praktikal solat, wuduk dan bermacam-macam perkara dengan Imam Ishak.

Kesungguhan Imam Ishak melayan segala pertanyaan dan permintaan saya jelas terpancar di wajahnya. Ini kerana beliau seronok melihat satu-satunya orang Kristian yang berminat dengan Islam apatah lagi saya seorang Amerika di masjid Taiwan. Ditambah pula dengan kepetahan saya berbahasa Mandarin. Akhirnya saya mengucap dua kalimah syahadah.

Sungguhpun telah bergelar muslim, saya masih meneruskan aktiviti di gereja tapi yang pasti, lidah saya kelu untuk menyanyikan lagu-lagu yang menjadi kebiasaan bagi pengikut Kristian.

Semakin lama, saya tidak mampu lagi menyembunyikan pengislaman diri, lalu saya membuat pengakuan kepada seorang teman baik bahawa saya telah memeluk Islam. Dia terkejut besar.

Saya akui semenjak itu, orang yang rapat sebelum ini dengan saya, sudah mula menjauhkan diri. Tidak kurang juga yang datang bertemu dan bertanyakan keadaan saya kerana mereka lihat perubahan mendadak saya terutamanya dalam menyampaikan dakwah.

Akhirnya saya sedar, tukul itu boleh berfungsi dua hala. Ia boleh memusnahkan atau membinasakan sesuatu. Lantaran itu, nasihat saya agar maklumat yang dimiliki umat Islam jangan disalahgunakan tetapi gunakanlah ia secara membina untuk membantu mereka memahami kebenaran Islam. Insya-Allah.

Kesan daripada perubahan ketara itu, ketua paderi di situ menyuruh saya agar tidak kembali semula ke gereja.

Memandangkan latar belakang saya yang jauh berbeza dengan penduduk setempat serta fasih berbahasa Mandarin, maka saya diundang beberapa masjid dan pertubuhan di Taiwan untuk berkongsi pengalaman pengislaman.

Perhubungan baik dengan Elijah Muhammad dan Zair Muhammad menambah gambaran yang jelas tentang Islam di AS dan ibadat-ibadat bagi seorang Muslim. Di samping itu baru saya tersedar, sejarah membuktikan nenek moyang kami dahulunya adalah beragama Islam tetapi disebabkan perhambaan, latar belakang agama Islam yang dianuti sebelum itu hilang begitu sahaja. Lantaran itu, saya lebih suka menggunakan perkataan `kembali menjadi Islam’ berbanding masuk atau peluk Islam.

Sebenarnya, saya bukanlah yang pertama memeluk Islam di dalam keluarga kami. Abang saya adalah orang yang pertama, cumanya saya yang pertama menjadi Kristian. Sayangnya, abang tidak pernah membincangkan tentang Islam dengan saya. Insya-Allah, berkat perbincangan secara terbuka dan pembacaan menerusi bahan daripada The Nation of Islam, saya berharap benar mereka juga kembali menjadi Islam.

Alhamdulillah, apabila saya memeluk Islam, keluarga terutamanya ibu tidak terkejut kerana beliau memahami bahawa apa juga keputusan yang saya buat ia adalah melalui proses penyelidikan dan bukannya suka-suka.

Kekesalan saya yang teramat, apabila menyedari bahawa sayalah yang bertanggungjawab menyebabkan ahli keluarga kembali menghadiri kuliah Ahad di gereja. Kini saya terpaksa melakukannya semula agar mereka kembali kepada nur Islam.

Bagaimana saya berada di Malaysia? Dua tahun lalu, seorang perwakilan dari Malaysia datang ke Taiwan, Datuk Abdul Rahim Bakri (kini Ahli Parlimen Kudat, Sabah).

Beliau ternampak kisah saya tersiar di sebuah majalah terbitan tempatan dan menemui saya di masjid. Beliau menganjurkan adakah saya akan menimbangkan untuk ke Malaysia?

Secara jujur, saya langsung tidak terlintas mengenainya. Saya dipelawa datang ke Malaysia, kebetulan pada masa itu sedang berlangsung Perhimpunan Agung UMNO di mana menyaksikan ucapan terakhir bekas Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apabila berada di sini dan melihat keharmonian kehidupan berbilang bangsa rakyat Malaysia, saya terus jatuh cinta dan bertekad inilah destinasi pilihan terbaik untuk saya menetap

Pada Oktober tahun lalu, saya berpindah ke Malaysia dan meraikan Ramadan pertama. Alhamdulillah, hubungan mesra dengan beberapa kenalan baik seperti mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said sekurang-kurangnya mencambahkan lagi usaha ke arah penyebaran syiar Islam.

Berkongsi pengalaman manis sepanjang berada di Malaysia, akui Muneer, perkara pertama yang mententeramkan jiwa apabila melihat saudara sesama Islam di negara ini. Masjidnya masih kuat berkumandang laungan azan. Malah eluang untuk mendapatkan ilmu Islam itu mudah, terpulang kepada individu itu sendiri.

Terlalu banyak perkara yang menyentuh hati saya sepanjang berada di sini. Ahad lepas sewaktu menyampaikan ceramah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, saya diperdengarkan dengan bacaan al-Quran oleh kanak-kanak berusia 10 tahun. Sungguhpun saya tidak faham tetapi ia menyentuh naluri kecil saya. Senario itu menyegarkan kembali aspek kerohanian dan minda.

Biarpun apa yang dialami begitu mudah seperti melihat anak-anak sekolah bertudung, ini adalah bukti atau testimoni nyata tentang siapakah diri mereka.

Dalam berdakwah, saya menggunakan kaedah yang sama sewaktu masih beragama Kristian. Kita tidak perlu menceritakan tentang sejarah Islam, penerangan al-Quran, hadis atau apa yang Islam boleh dan tidak kerana cara sebegini sukar sampai kepada orang bukan Islam.

Apa yang penting, kita perlu berbincang dengan mereka dalam situasi yang ada sekarang. Kita perlu ubah cara berdakwah secara tradisional tetapi perlu mendekati golongan sebegini serapat boleh seperti membantu dan mengutamakan nilai kasih sayang dan tolong menolong. Hakikatnya untuk melaksanakannya tidaklah susah kerana ia terlalu asas dalam kehidupan seharian setiap manusia.

Saya tidak melihat usaha untuk berdakwah kepada pelbagai golongan dari sudut mencari kepuasan kerana hakikatnya itulah tanggungjawab setiap khalifah di muka bumi ini.

Saya gembira dapat membantu organisasi dalam melaksanakan sesuatu perkara atau berbicara dengan individu tentang pelbagai topik semasa yang membawa kebaikan kepada mereka. Biarpun ia sekadar menjawab soal remeh temeh, ia sudah cukup menggembirakan.

Saya masih ingat ungkapan kata-kata Elijah Muhammad, sekiranya kita menerima Islam kita akan memperoleh duit, rumah kediaman dan persahabatan. Setelah sekian lama, barulah kini saya sedar akan kebenaran kata-katanya itu.

Semakin saya muhasabah diri semakin banyak nikmat dan rahmat-Nya. Malah segala perjalanan kehidupan saya sehingga bergelar Muslim adalah kehendak-Nya Yang Maha Esa, katanya mengakhiri perbualan.

Michael Majid Wolfe tertawan dengan ibadat solat

Susunan ZUARIDA MOHYIN
Sumber: Utusan Malaysia

“AGAMA kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit dan susah untuk difahami.

Agama itu tidak memerlukan manusia perantara. Malahan, ia tidak menentang perkara tabii seperti seks.

“Dalam agama itu juga perlu ada ritual atau amalan harian agar kesedaran diri dapat dipertajamkan dan minda dapat didisiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu menggantikannya dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam, semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari,” tegas pendirian pemenang Anugerah Wilbur 2003, Michael Majid Wolfe.

Kenyataan itu dipahat pada buku berjudul Taking Back Islam: American Muslims Reclaim Their Faith yang dikategorikan sebagai buku terbaik bertemakan keagamaan.

Hakikatnya, penonjolan beliau dalam dunia penulisan sama ada di media cetak mahupun media elektronik adalah kerjaya yang tidak dapat disangkal lagi. Antara buku-buku Majid Wolfe yang mendapat perhatian ialah The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca (1993) dan One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage (1997).

Majid Wolfe sedang menyiapkan novel berjudul, Just Look At You Now dan baru menamatkan jilid keempat puisi bertajuk, Digging Up Russia. Beliau sekali sekala menulis dalam sebuah laman web iaitu Beliefnet.

Pada April 1997, beliau pernah ke udara dari Mekah melaporkan perkembangan ibadah haji di televisyen ABC. Program ini memenangi Anugerah Media daripada Majlis Perhubungan Awam Muslim. Pada Februari 2003, beliau berkhidmat dengan CNN International dan menerbitkan dokumentari setengah jam mengenai ibadat haji.

Sementara pada 1999, Majid Wolfe membantu penubuhan sebuah institusi media pendidikan yang memfokus kepada usaha mempromosikan keamanan menerusi media Unity Productions Foundation (UPF). Pada 2002, UPF berjaya menerbitkan filem pertama berjudul, Muhammad: Legacy of a Prophet, sebuah dokumentari televisyen selama dua jam mengenai sirah hidup baginda Rasulullah s.a.w.

Filem di bawah tanggungjawab Majid Wolfe itu berjaya ditayangkan di siaran National Geographic International. Kerja keras beliau berbaloi apabila usaha getir beliau mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Khas Juri bagi Dokumentari Profesional Terbaik.

Pada tahun ini juga, Majid Wolfe berjaya menyiapkan pembikinan dua filem berjudul: Cities of Light: The Rise anda Fall of Islamic Spain yang ditayangkan pada Ogos lalu. Ia diikuti filem yang dipetik daripada sebuah kisah benar perjuangan pembebasan seorang putera dari Afrika yang diberi judul, Prince Among Slaves.

Majid Wolfe dilahirkan pada 3 April 1945 di Amerika Syarikat (AS). Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Natijah daripada perkahwinan campur itu, beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian.

Pun begitu, kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi) dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula baginya diselimuti pelbagai misteri.

Beliau bukan sahaja seorang penyajak dan penulis malah Presiden serta Penerbit Eksekutif UPF. Selain itu, Majid Wolfe juga ialah pensyarah tetap terutamanya dalam menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu Islam di beberapa buah universiti sekitar AS termasuk di Harvard, Georgetown, Stanford, SUNY Buffalo dan Princeton. Beliau merupakan pemegang ijazah pengajian klasik dari Universiti Wesleyan.

Pengetahuan beliau tentang agama Islam bermula selepas banyak melakukan pengembaraan dan menulis di utara dan barat Afrika. Itupun kerana menerima biasiswa daripada Amy Lowell Traveling Poets pada 1970. Sepanjang dua tahun itulah, Majid Wolfe melahirkan buku puisi How Love Gets Around and World your Own, buku fiksyen berjudul, Invisible Weapons dan buku kisah pengembaraannya, In Morocco.

Pada tahun 1980-an, beliau kembali beberapa kali ke utara Afrika dan selepas bergelar Muslim, beliau menunaikan ibadat haji pada 1990.

“Di Afrika, sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam hidup saya dapat dilihat. Ia sekali gus mencelikkan hati dan minda saya tentang kecantikan Islam, iaitu dalam Islam tidak timbul soal perbezaan warna kulit dan bangsa. Saya boleh berlaga bahu dengan pelbagai puak meskipun kami berbeza warna kulit dan bangsa seperti orang Arab, Berbers dan juga orang Eropah yang beragama Islam.

“Mereka tidak seperti yang diamalkan oleh masyarakat Barat yang terlampau fanatik dengan hal-hal berkaitan ras, warna kulit dan status sosial. Namun tanggapan umat Islam dalam hal ini jauh berbeza, kepercayaan dan tingkah laku mereka lebih dipandang. Di dalam Islam, Allah tidak melihat seseorang itu menerusi kekayaan, penampilan atau faktor luaran tetapi ketakwaan dan keimanan kepada Pencipta itulah yang lebih dipandang,” katanya faktor inilah adalah sesuatu yang unggul dan baru bagi dirinya.

Malah akui Majid Wolfe, kata-kata Malcolm X suatu waktu dulu kembali segar dalam ingatannya iaitu yang berbunyi, “Amerika mestilah memahami Islam, kerana inilah satu-satunya agama yang tidak membezakan sesuatu bangsa itu. Manusia itu semuanya sama di sisi Allah. Mereka yang beriman dan bertakwalah yang lebih di pandang oleh-Nya”.

Lantaran itu, Majid Wolfe kembali ke Maghribi pada 1981 dan 1985 kerana merasakan berada di sana banyak mengembalikan memori indahnya sepanjang mengenali masyarakat Islam di Afrika. Apatah lagi, mempercayai agama Islam itu tidaklah bermakna beliau terpaksa melepaskan kebudayaan lamanya, asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Selain itu, pengalaman menyaksikan umat Islam menunaikan solat meninggalkan kesan kerohanian di dalam dirinya. Sejak itu, lokasi kegemarannya bila bercuti ialah Maghribi dan kalau tiada berkemampuan, buku-buku tentang negara tersebut akan dibaca.

Akui Majid Wolfe, semakin beliau mempelajari tentang Islam, semakin beliau akur dengan dirinya sebelum ini.

Molly Carlson Sembunyi Menjalankan Ibadah Puasa

Sumber: Eramuslim.com

Bulan Ramadan tahun 2005, Molly Carlson baru tujuh bulan menjadi seorang muslimah. Saat itu ia masih tinggal bersama ibunya dan belum punya keberanian untuk menceritakan keislamannya. Jadilah Ramadan tahun 2005 itu menjadi Ramadan tak terlupakan bagi Molly, karena ia harus sembunyi-sembunyi berpuasa karena khawatir ketahuan sang ibu.

"Waktu itu saya sudah bekerja dengan jam kerja penuh sehingga saya bisa berpuasa saat tidak berada di rumah. Saya memberitahu boss saya bahwa saya berpuasa beserta alasanya. Saat jam makan siang, saya menyelinap ke ruang salat dan mendengarkan ceramah agama dan berusaha melupakan betapa hausnya saya siang itu," ungkap Molly mengenang puasa Ramadan pertamanya.

Hal yang paling berat bagi Molly adalah saat sahur, karena ia harus mencari alasan yang rasional bagi ibunya mengapa ia harus bangun jam empat dinihari, memasak dan makan kecuali ia harus menjelaskan bahwa ia sedang berpuasa Ramadan sebagai seorang muslim.

Untuk menghindari pertanyaan ibunya, Molly akhirnya membeli persediaan air galon, roti, selai kacang dan kue kering oatmeal. Makanan-makanan itu ia bungkus dalam satu kantong plastik besar dan ia sembunyikan di kolong tempat tidurnya.

"Saya memasang alarm agar terbangun pada waktu sahur. Begitu alarm berbunyi, saya membuka makanan-makanan itu, memakannya. Saat waktu subuh, saya ke kamar mandi untuk wudhu. Semuanya saya lakukan pelan-pelan agar tidak menimbulkan suara yang bisa membangunkan ibu saya," tutur Molly.

"Tapi beberapa kali ibu saya bangun dan saya tertangkap. Dan saya berusaha meyakinkannya dengan mengatakan bahwa saya agak susah tidur malam itu," sambungnya.

Saat berada di pejabat, Molly tidak menemui masalah berarti saat menjalankan ibadah puasa. Petang hari, saat waktu berbuka, Molly bersama beberapa temannya berbuka puasa di masjid dan menunaikan salat tarawihnya di masjid itu. Masalah timbul kembali saat hari cuti.

"Ibu saya akan memperhatikan mengapa saya tidak makan siang dan tidak mau sarapan pagi bersamanya. Pernah dua kali saya terpaksa membatalkan puasa karena keluarga kami mengadakan perayaan dan saya tidak dapat menghindar," ujar Molly.

"Tapi Allah Maha Tahu dan Maha Penyayang. Di bulan Ramadan, saya sering menghabiskan hari-hari saya dengan satu keluarga asal Pakistan. Hubungan kami sudah dekat, mereka sangat baik dan memberikan semangat pada saya seperti anak perempuan mereka sendiri," ungkap Molly.

Hari terus berganti. Tak terasa, bulan Ramadan sudah memasuki 10 hari terakhir. Ketika itu Molly harus mengantarkan ibunya ke rumah sakit untuk menjalani pembedahan rutin. Di dalam kendaraan sepanjang perjalanan ke rumah sakit, Molly gelisah untuk segera menceritakan pada ibunya bahwa sekarang ia seorang muslim. Molly takut sesuatu yang buruk menimpa ibunya saat menjalani operasi dan ibunya tidak pernah tahu puterinya sudah pindah agama ke Islam, sesuatu yang penting diketahui sang ibu.

Molly akhirnya memutuskan untuk menceritakan semuanya dalam perjalanan itu. Tapi di luar dugaan, sebelum Molly sempat mengatakan apapun, ibunya tiba-tiba berkata,"Tak perlu menceritakannya padaku, kamu seorang muslim bukan?" tanya sang ibu.

Molly syok mendengarnya. Ibunya mengatakan bahwa dirinya sudah menduga bahwa Molly sudah masuk Islam. Meski tidak terlalu menyukainya, Ibu Molly menyatakan menghormati keputusan itu dan akan tetap mencintai Molly sebagai puterinya.

"Sejak hari itu, ibu menjadi segalanya buat saya. Ia mendukung semua keputusan saya dan selalu berada di samping saya dalam situasi apapun," ujar Molly bahagia.

Sepuluh hari terakhir Ramadan dijalani Molly dengan lebih mudah. Ia tak perlu sembunyi-sembunyi lagi saat sahur. Kadang sang ibu ikut membantu menyiapkan makanan untuk berbuka puasa Molly. Pada hari raya Idul Fitri, ibunya juga menyampaikan ucapan selamat.

"waktu beberapa tahun buat saya untuk memberitahu seluruh keluarga bahwa saya seorang muslim. Syukurlah mereka semua menerimanya dengan terbuka. Pada akhirnya, orang yang bagi saya paling penting mengetahui saya seorang muslim adalah ibu saya," ucap Molly.

Usah Ungkit Kisah Silam

DALAM mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang serta keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Bukan semua rumah tangga yang didirikan tidak pernah ‘bergegar’.

Kebanyakan mereka yang bahagia mungkin pernah melalui suka duka dalam rumah tangga bahkan pernah melalui saat yang teramat sukar. Namun, kebijaksanaan menanganinya menjadikan ia bagaikan syurga buat suami dan isteri serta tempat anak-anak berlindung yang mendamaikan.

Oleh itu, berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda. Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan menjadi ganjaran yang tidak ternilai harganya.

Terimalah kenyataan mengenai diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.

- Berterus terang dengan pasangan

Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri mengenai diri dan perasaan pasangan anda. Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.

Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan. Sebaliknya, anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.

- Lakukan segala-galanya bersama

Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda.

Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian.

Jika si dia gemar membeli-belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

- Faham memahami dan bertolak ansur

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah kerana hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah.

Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan juga kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.

- Tunjukkan cinta buat si dia

Belikan minyak wangi, jam tangan, bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masak hidangan istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya.

Anda tidak perlu menunggu hari tertentu seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan untuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.

- Hormat antara satu sama lain

Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda. Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya.

Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri sama ada pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya serta tidak menjadikannya satu bahan jenaka mahupun sindiran.

- Lupakan peristiwa lalu

Jangan suka mengungkit masa silam pasangan anda. Jangan sesekali bercerita keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia boleh menyebabkan kekeliruan.

Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba untuk menyambung kembali hubungan yang terputus.

- Buang sikap cemburu

Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga.

Kalau anda sering menyelongkar barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.

- Tunjukkan komitmen anda pada pasangan

Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.

- Jujur

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.

Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.

motivasi

“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.

Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.

Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.

Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.

Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.

Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran.

Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.

Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...