Wednesday, December 29, 2010

Cara Pengurusan Masa Pengukur Martabat Manusia

BIJAK pandai ada mengatakan, masa itu emas. Sejak zaman dulu manusia mengakui emas begitu berharga dan bernilai. Memiliki emas sama ada sebagai harta atau barang perhiasan turut menjadi kebanggaan. Melihat mahalnya nilai emas di pasaran dan sukar pula untuk memperolehnya tanpa ikhtiar serta usaha, maka nilaiannya disandarkan kepada masa. Walaupun emas tetap mahalnya, namun jika dibandingkan dengan masa, nilainya tidak sama. Emas dan masa sama berharga serta tidak ternilai tetapi masa tidak dapat disamakan dengan harta benda dan wang ringgit kerana masa tidak boleh ditukar ganti, dibeli dan dikembalikan jika ia sudah berlalu. Hukama mengibaratkan masa sebagai pedang.

Jika manusia tidak berusaha untuk mendahului masa dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului menyebabkan manusia mengalami kerugian membiarkan masa berlalu tanpa diisi perkara bermanfaat.

Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya, masa memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada tugasan serta urusan harus diselesaikan.

Majikan akan menilai keberkesanan tugasan pekerja dengan memperuntukkan tempoh waktu tertentu untuk menyiapkan tugasan.
Jika tugasan disiapkan pada tempoh ditetapkan, maka pekerja sebeginilah yang benar-benar memahami dan menghayati pentingnya mengikut ketetapan masa kerana setiap detik masa berlalu, tidak akan dapat diulang kembali.

Islam mengajar cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan antaranya ialah membuat perancangan teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan penting bagi mengelakkan berlakunya pembaziran masa.

Kerja perlu disiapkan mengikut tempoh ditetapkan bagi mengelak kerja bertangguh dan tidak sistematik.

Nabi Allah Ibrahim menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya seharian untuk bermunajat (berzikir) kepada Allah, bermuhasabah diri, berfikir mengenai ciptaan Allah serta memenuhi keperluan hidup seperti makan dan minum.

Umat Islam yang sentiasa inginkan kemajuan untuk diri, masyarakat, bangsa dan negara hendaklah menjadi orang yang sentiasa menepati masa untuk mengelak hal negatif berpunca daripada kecuaian menepati masa. Kata-kata hikmat: “Jangan tangguh kerja hari ini sehingga hari esok”.

Jangan membazir masa kerana orang yang benar-benar menghargai masa akan sentiasa memenuhkan harinya melakukan perkara bermanfaat serta mengelak terjebak dalam aktiviti negatif yang merugikan.

Menjaga kualiti masa juga antara cara mengendalikan masa dengan berkesan. Kualiti masa bagi seseorang tentunya berbeza namun Islam menyusunnya mengikut batas tertentu yang pasti sesuai dan perlu diambil perhatian semua umat muslimin.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati.”

Berdasarkan hadis itu, manusia dituntut berlumba meningkatkan kualiti dan produktiviti. Firman Allah dalam surah al-Maidah yang bermaksud: “Hendaklah kamu berlumba-lumba melakukan kebaikan.”

Selain itu hendaklah istiqamah dalam melakukan pekerjaan. Kekuatan untuk mengekalkan semangat dan usaha untuk beristiqamah apabila diberi tugasan akan lahir dengan sendiri dalam diri apabila seseorang itu menganggap apa yang dilakukan adalah ibadat kepada Allah.

Setiap pekerjaan atau tugasan dilakukan tidak semuanya akan menghasilkan kejayaan seperti diharapkan, namun Islam menuntut supaya sentiasa menjadikan masa silam sebagai guru dan pengalaman untuk menilai kembali kekuatan serta persediaan menghadapi tugasan.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya telah berlaku sunnah Allah sebelum dari kamu, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Rasul-Nya.” – (Surah al-Imran, ayat 137)

Martabat manusia dinilai melalui cara mereka memenuhi masa seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya.”

Allah berfirman yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah al-Asr)

Golongan manusia yang tidak akan rugi ini adalah yang melakukan kerja dan tugasan hidup menepati kehendak syariat. Oleh itu, orang beriman dan beramal salih akan berusaha memenuhi masa melakukan pekerjaan bermanfaat demi mendapat keredaan Allah.

Manusia yang untung ini juga akan sentiasa memohon kepada Allah untuk menguatkan semangat menghadapi kehidupan serta berusaha membantu saudara mereka dengan memberi pesanan berguna untuk sentiasa patuh kepada suruhan Allah.

Orang yang sentiasa dalam keuntungan ialah:

Orang yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua ajaran dibawa junjungan Rasulullah adalah benar belaka.

Dia juga membuat kebajikan yang mendatangkan manfaat kepada umum serta membawa orang lain ke arah jalan diredai.

Sentiasa berpesan dengan kebenaran, berpegang kepada ajaran al-Quran yang menjadi asas kepada sebarang tindakan orang mukmin dan sunnah Rasulullah yang menjadi penerang kepada ketetapan kalamullah.

Orang beriman juga berpesan supaya dirinya dan orang lain sentiasa teguh hati dan bersabar dalam hidup kerana orang kurang sabarnya akan mudah dihasut syaitan yang membawa manusia ke jalan kesesatan.

capai ketenteraman, elak kejahatan

1- Rajin mengerjakan solat. Ibadat solat apabila dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan.

2- Sebelum tidur setiap hari, seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan, seelok-eloknya tiga kali.

3- Sewajarnya setiap Muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.

4- Mendengar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa.

5- Individu Muslim juga dinasihat memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja baik, syaitan akan memastikan anda sibuk dengan kerja negatif.

6- Berdoa kepada Allah, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan.

7 Cara Untuk Gembira

Petikan Dari Majalah Remaja 2009

Bagaimana hendak menikmati keseronokan dalam hidup? Agar sentiasa ceria dan dikagumi? Begitulah antara persoalan yang kerap saya terima melalui DR-Apa-apa Aje! Lantas saya terfikir, bukan semua orang sentiasa `happy go lucky`atau melalui hariharinya penuh bermakna. Problem, tension dan keliru, ada kalanya menjadi penyebab golongan remaja menjadi semakin `nakal` dan cuba membuat sesuatu luar dari batas jangkaan. Pada peringkat usia begini mereka suka `memberontak`demi mencari perhatian. Dan ada yagn lebih nekad, melepaskan tekanan dan mencari kebebasan cara tersendiri. Pasti kamu semua faham apa yang saya maksudkan?

Bagi mencari keceriaan dalam hidup, saya rangkumkan tujuh peraturan basik untu kamu amalkan. Sesuatu yang ringkas dan sedarhana tapi insyallah berkesan...

Pertama, jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos maupun guru dan pensyarah. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ibarat `api dalam sekam,` yang akan membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan.

Kedua, jangan bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian.. Dont worry be happy!

Ketiga, hidup secara sedarhana adalah tuntutan agama kita. Kesedarhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekuang-kurangnnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sedarhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengara di serata dunia.

Keempat, jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.

Kelima, banyakan memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihat ke jalan Allah.

Keenam, sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekat menurut kata pujangga. Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membautkan wajah anda nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkpakan penampilan anda dengan senyuman…

Ketujuh, perlu ada kawan rapat seperti saya. Ooop maksudnya, bukan saya tapi REMAJA! Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan… Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan sms bertanya kabar dan menghabiskan hujung minggu bersamasama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang diketogerikan sebagai `good friend`.

Jumpa lagi..

Richie Rachman

who are you?

Siapakah orang yang sombong

- Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya

- Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita - cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya

- Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat

- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah

- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil

- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta

- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli

- Orang yg tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik namun tidak di endahkannya.

Siapakah orang yang sibuk

- Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya

- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini". sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara

- Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya

- Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan> apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yg miskin

- Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai

- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh

- Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya

- Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya

- Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu

- Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saje yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi

- Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu di tipu

- Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik

- Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas

- Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi di himpit

- Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal

- Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yg tidak berakal

- Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka itu tempat azab dan siksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.

Bagaimana Memberi Respon Pada Kritikan

Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan Anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan Anda. Dalam situasi lain, seseorang mengkritik Anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan Anda di khalayak ramai. Jika Anda dikritik, apa yang sepatutnya perlu dibuat supaya Anda kekal bermotivasi?

Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif pada kritikan-krtikan negatif.


1. Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.

Kemaafan adalah cara paling penting untuk membuat Anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.

Lupakan kata-kata yang mengkritik Anda, ambil sebagai satu pengajaran saja, lepas tu jangan ingat. Jadikan kritikan sebagai cara Anda mempelajari sesuatu. Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar Anda buat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat Anda tidak bermotivasi.

2. Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.

Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati Anda membara, panas sebab dikritik, telinga Anda pedas mendengar suara si pengkritik.

Turunkan ego Anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik. Untuk Anda kekal bermotivasi, Anda perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan cara untuk memberitahu Anda bahawa tindakan Anda salah, hingga tidak memenuhi ‘standard’. Tekad untuk berbuat lebih baik lagi di lain kali, apabila ada peluang.

3. Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Berubah Perbaiki Diri.

Sehebat manapun Anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri Anda lebih bagus dari orang lain. Sembunyikan kehebatan.

Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan. Bentuk dir Anda jadi semakin baik dari sehari ke sehari! Pelajari cara yang betul, kemudian buat. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya Anda berpuas hati dengan apa yang Anda berjaya capai. Dengan itu, Anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian lebih tinggi. Jika Anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, Anda akan sakit hati apabila dia semakin maju. Anda tidak akan bersemangat sebaba Anda rasa iri hati, dengki dan tidak puas hati dengan kemajuanya. Cara paling baik adalah set matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat tu!

Mindset persaingan membunuh semangat. Mindset berusaha mencapai matlamat menyuburkan semangat. Anda akan sentiasa bermotivasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...