Saturday, December 25, 2010

Kadang-Kadang Kita

* Kadang-Kadang Kita lupa nak tanya khabar si dia...

* Kadang-Kadang Kita selalu ingat dia tak ingat kita...

* Kadang-Kadang Kita selalu lupa segala kenangan bersama...

* Kadang-Kadang Kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu...

* Kadang-Kadang kita hanya pandai berkata kata daripada melakukannya...

* Kadang-Kadang Kita tak sedar ada orang menyayangi kita...

* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita...

* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa...

* Kadang-Kadang Kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan...

* Kadang-Kadang Kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita...

* Kadang-Kadang Kita tak tau yang dia tak suka kita...

* Kadang-Kadang Kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius...

* Kadang-Kadang Kita tak respect pada kawan kita yang banyak membantu kita...

* Kadang-Kadang Kita akan hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan...

* Kadang-Kadang Kita akan lupa kawan ketika kita sedang gembira...

* Kadang-Kadang Kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita...

* Kadang-Kadang Kita akan menyalahkan orang lain walhal kesalahan itu berpunca dari kita...

* Kadang-Kadang Kita akan utamakan yang baru dari yang lama...

* Kadang-Kadang Kita akan tersentap kalau si dia menegur kita...

* Kadang-Kadang Kita cakap kita tak akan begitu padahal kita lakukan juga..

* Kadang-Kadang Kita cuba melakukan yang terbaik tetapi menyusahkan orang lain...

* Kadang-Kadang Kita suka memerhati daripada menegur...

* Kadang-Kadang Kita suka mengharap pertolongan tampa meluahkannya...
*
* Kadang-Kadang kita senantiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yang tahu...

* Kadang-Kadang kita senantiasa nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita...

* Kadang-Kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja...

* Kadang-Kadang kita selalu ingat kita saja betul...

* Kadang-Kadang kita sukar menerima pendapat orang lain...

* Kadang-Kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh temeh...

* Kadang-Kadang Kita terlalu singkat tampa memikirkan apa kesudahannya...

10 'K' dalam persahabatan

Beberapa tip untuk pembaca membina persahabatan yang murni.

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap, 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah.

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?
KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.

KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.

KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.

Sumber: Kosmo!

60 Petua Mendapatkan Pasangan

Harini terdetik dihati untuk kongsikan salah satu petua bagi mendapatkan pasangan dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang sememangnya amat kita kenali beliau sebagai seorang pakar motivasi yang terkenal. Semoga petua yang disampaikan disini akan kita pergunakannya dengan sebaik yang boleh ;).

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat
lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Suka mendengar, melihat pasangan bahagia tapi merasa sedih jika ada sebahagian dari keluarga terpaksa berpisah.. Apapun itu semua ketentuan ilahi.

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu.

4. Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikan mu.

5. Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya.

7. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu.

9. Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu.

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.

Wassalam….

{Petikan “bimbingan Mu’min’- Imam Ghazali}

14 Fakta rahsia alam

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo)

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat dibumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

Lelaki = Kucing Jantan?

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan dan cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan dan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasi
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.


8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia.

Tentang Lelaki

Bagi sesetengah wanita, agak janggal apabila bercakap mengenai hati dan perasaan insan bernama lelaki. Namun harus diingat lelaki juga manusia biasa yang diberi perasaan sama seperti mereka, cuma sikap lelaki itu sendiri yang sering mempertahankan egonya, sebab itulah perasaan tersebut tidak ditunjukkan secara langsung. Ini mungkin kerana sikap lelaki itu sendiri yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan lebih senang menganggap apa yang berlaku itu berlalu begitu sahaja.



Sebagai wanita, pastinya kamu akan berasa gembira dan bahagia apabila bertemu dengan lelaki yang memiliki sifat yang baik. Kamu juga mungkin mengharapkan lelaki tersebut akan mengakhiri perhubungan itu dengan sebuah ikatan. Sifat yang dimiliki oleh lelaki baik adalah jujur, sensitif, baik hati, penuh kasih sayang, tulus dan sabar. Paling penting adalah si dia selalu berada di samping kamu di saat kamu memerlukannya.

Bukan sedikit lelaki yang tidak pernah terikat pada perempuan. Tetapi mereka ini hanya akan membuat komitmen jika merasa sudah menemui apa yang mereka cari. Hanya kamu sahaja yang tahu adakah si dia itu benar-benar sesuai untukmu dan sudah bersedia untuk membina hubungan yang serius denganmu. Kamu boleh mempertimbangkannya jika si dia pernah menjalinkan hubungan jangka panjang sebelum ini. Si dia bertanggungjawab terhadap ekonominya dan mempunyai kerjaya tetap. Selain itu, pastikan si dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan bekas kekasihnya.

Di samping itu, pastikan si dia mempunyai sikap yang sihat dan positif terhadap perempuan serta boleh mengendalikan kemarahannya. Jika si dia yang menjadi pilihan kamu itu mempunyai sifat-sifat tersebut, sebaiknya jangan dilepaskan dan usahakan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan hubungan tersebut. Jangan sesekali biarkan lelaki berhidung belang mengaburi mata kamu kerana kesempatan itu hanya datang sekali dalam seumur hidup.

Selidik sikap buruknya
Kamu yang sudah mabuk cinta pastinya tidak peduli walaupun si kekasih berlaku tidak jujur. Sebenarnya kamu mempunyai naluri untuk mengetahui perkara tersebut, tetapi kamu tidak pernah mendengar kata hati kamu. Ada beberapa ciri lelaki yang tidak layak untuk kamu dekati yang boleh kamu lihat dan pelajari.

Pertama, apakah si dia sering menghabiskan waktunya untuk meraih perhatian perempuan, meskipun kamu ada bersamanya. Lelaki ini termasuk dalam golongan si perayu fanatik dan terus menerus memerlukan keyakinan tentang kejantanannya.

Ada juga lelaki ideal yang fobia komitmen. Biasanya, si dia akan berterus-terang bahawa dia tidak mahu terikat, tetapi tetap ingin berfoya - foya bersamamu. Paling menghairankan, kamu akan selalu dilimpahi dengan pelbagai hadiah dan si dia tetap mempunyai banyak alasan mengapa tidak mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Apabila ada lelaki yang termasuk dalam kategori ‘kuat berangan’, dia akan berusaha untuk tampil tenang dan baik, walaupun dia sebenarnya berasa ragu terhadap dirinya sendiri. Dia mempunyai semua jawapan, tetapi tidak pernah menjurus seiring dengan tujuan hidupnya, termasuk hubungan cintanya dengan kamu. Berbeza dengan lelaki yang mempunyai sifat seperti gunung berapi, dia sedang memendam kemarahannya sehingga boleh meledak pada bila-bila masa sahaja. Si dia memang kuat dan tenang, tetapi selalu menyalahkan kamu sebagai orang yang sering menaikkan api kemarahannya, meskipun kamu tidak tahu apa alasannya.

Sumber inspirasi
Lelaki yang mempunyai sifat serba-serbi sempurna memiliki penampilannya yang rapi dan sentiasa menepati waktu. Kamu mungkin mengira si dia adalah lelaki yang senang diajak ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga besar kamu. Tetapi, jangan tersilap langkah, dia akan mencari sehingga ke akar umbi untuk membuatkan kamu berubah. Kritikannya yang terus menerus akan membuatkan kamu tidak tahan untuk terus bersamanya.

Jika kamu menemui lelaki yang genius, artistik mungkin kamu adalah inspirasinya serta menjadi sumber idea-ideanya. Hidupnya penuh dengan kekecewaan sehinggalah kamu hadir. Biasanya, hubungan kamu berdua akan menemui banyak halangan serta kekecewaan. Dan kamu harus sabar mengatasinya. Mungkin sukar untuk menolak daya tarikan seorang lelaki yang mempunyai sikap buruk, tetapi kamu boleh membebaskan diri dan tidak terjebak dengan cara mendengarkan naluri kamu.

Mengimpikan lelaki idea yang begitu mencintaimu adalah lumrah, tetapi janganlah hanya kamu sahaja yang lebih-lebih sedangkan si dia biasa-biasa sahaja kerana jika kamu mengabaikan kenyataan dari perilakunya yang cukup menyakitkan itu, ini bermakna kamu akan berisiko untuk disingkirkan dan terus disakiti pada bila-bila masa sahaja.

Perempuan Kalau tak Jelita

Kalau si jelita buat jahat..
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman, kesiannya!
Kalau si jelik buat jahat..
Lelaki akan cakap: dah la muka tak lawa, perangai pon sama gak!

Kalau si jelita pendiam..
Lelaki akan kata: wow! Inilah cirri-ciri isteri idaman, pendiam tu pemalu maknanya.
Kalau si jelik pendiam..
Lelaki akan cakap: tak reti nak komunikasi langsung. Macam sombong pon ada!

Kalau si jelita menolong seseorang lelaki..
Lelaki akan kata: inilah heroin sejati!
Kalau si jelik menolong seseorang lelaki:
Lelaki akan cakap: ala…taktik nak mengurat la tu..

Kalau si jelita dapat lelaki kacak sebagai kekasih..
Lelaki akan kata: ok lah tu..bagaikan pinang dibelah dua.
Kalau si jelik dapat lelaki kacak sebagai kekasih..
Lelaki akan cakap: tak padan langsung! Kena bomoh agaknya?

Kalau si jelita ditinggalkan kekasih..
Lelaki akan kata: buta ke mamat tu? Dapat awek cun pun lepaskan..meh la kasi kat aku!
Kalau si jelik ditinggalkan kekasih..

Lelaki akan cakap: patut la kena reject, tak menepati piawaian langsung!

Kalau si jelita memandu BMW..
Lelaki akan kata: mesti ada sugar daddy!
Kalau si jelik memandu BMW..
Lelaki akan cakap: ala…ni mesti anak orang kaya!

Kalau si jelita enggan bergambar..
Lelaki akan kata: pasti takut gambar-gambarnya tersebar.
Kalau si jelik enggan bergambar..
Lelaki akan cakap: sedar pon diri.

Kalau si jelita menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan kata: caring sungguh.
Kalau si jelik menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring ler tu..

Kalau si jelita bersedih hati..
Lelaki akan cakap: don’t worry, I will make you happy forever.
Kalau si jelik bersedih hati..
Lelaki akan cakap: sikit-sikit nak nangis! Mengada-ngada.

Kalau si jelita masak..
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu..
Kalau si jelik masak..
Lelaki akan cakap: entah sedap ke tak..???

Kalau si jelita main-main missed call..
Lelaki akan kata: taka pa, dia suka bergurau.
Kalau si jelik main-main missed call..
Lelaki akan cakap: kau ni tak ada kerja lain ke..? Sibuk ni tau!

Kalau si jelita hantar e-mel..
Lelaki akan kata: sukanya…
Kalau si jelik hantar e-mel..
Lelaki akan cakap: balik-balik e-mel dia..boring..!!

Jadilah seorang KETUA , bukannya TUAN

Ketua memberi inspirasi kepada mereka
Tuan mengerah orang bawahannya

Ketua bergantung kepada semangat muhibah
Tuan bergantung kepada kuasa

Ketua mencerna kemesraan
Tuan membangkit ketakutakan

Ketua sentiasa berkata kita
Tuan sentiasa berkata saya

Ketua menunjuk apa yang salah
Tuan menunjuk siapa bersalah

Ketua memberitahu cara sesuatu kerja berjalan
Tuan tahu sesuatu kerja berjalan

Ketua diberi penghormatan
Tuan menuntut penghormatan

Lelaki kalau Tak Handsome!

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap:
memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap:
wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...
(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

MISTAKES

If a barber makes a mistake,
It's a new style...

If a driver makes a mistake,
It's an accident...

If a engineer makes a mistake,
It's a new venture...

If parents makes a mistake,
It's a new generation...

If a politician makes a mistake,
It's a new law...

If a scientist makes a mistake,
It's a new invention...

If a tailor makes a mistake,
It's a new fashion...

If a teacher makes a mistake,
It's a new theory...

If our boss makes a mistake,
It's our mistake......

If an employee makes a mistake,
It's a "MISTAKE"!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...