Thursday, December 23, 2010

Membantu pasangan mencapai potensi diri

Salah satu tanggungjawab besar kita sebagai insan di dunia ialah mencapai potensi diri dan membantu orang lain mencapai perkara yang sama agar kehidupan kita akan terus berada pada tahap terbaik.

Tidak kira sama ada kita bergelar ibu bapa, kekasih, rakan atau pemimpin, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu insan lain mencapai potensi terbaik hidupnya.

Dengan segala-gala yang kita kata dan lakukan, kita sebenarnya memberi pengaruh sama ada secara positif atau negatif terhadap orang yang kita sayangi.

Berikut ialah 10 cara bagi membantu orang yang kita sayangi melihat dan menyedari apa yang terbaik dalam diri mereka.

Percaya kepada mereka

Sebagai manusia kita memang sentiasa mempunyai sifat keraguan dari masa ke semasa.

Keyakinan kita mudah goyah. Sering kali kita kurang keyakinan dan kepercayaan pada bakat dan kebolehan kita sendiri untuk melakukan sesuatu yang besar.

Mempunyai seseorang yang percaya pada kita pada saat tersebut merupakan sesuatu yang cukup berharga. Sebenarnya di sebalik kejayaan besar seseorang tidak kira wanita atau lelaki adalah insan lain yang percaya pada dirinya.

Memberi galakan

"Anda boleh buat..." " Saya tahu anda boleh..." Ini merupakan kata-kata yang terlalu kerap diucapkan. Galakan yang ikhlas boleh membantu seseorang untuk terus maju dalam apa juga yang dilakukan. Jika lebih spesifik galakan itu akan lebih baiklah hasilnya. Sebagai contoh: "Saya ingat lagi hasil kerja keras tahun lepas, anda berjaya mengalahkan jualan orang lain. Saya yakin kali ini anda boleh melakukan lebih baik."

Memberi pengharapan tinggi

Kita selalu memberitahu orang lain agar jangan cepat mengalah. Kita galakkan mereka mempunyai harapan yang realistik. Tetapi apabila tentang membantu orang lain mencapai potensi terbaik mereka, kita kadang kala perlu meningkatkan lagi tahap harapan kita.

Ada ketikanya kita seolah tidak boleh melakukan perkara tertentu, tetapi apabila guru, ibu bapa atau kekasih terus memberi harapan tinggi kita akan lebih berusaha memenuhi cabaran tersebut.

Beritahu yang sebenar

Dan beritahu dengan penuh tulus ikhlas. Kita kerap mengelak daripada memberitahu yang sebenar kerana kita tidak mahu mengecewakan atau membuat orang mara. Kita mahu dilihat baik. Tetapi memberitahu yang sebenar merupakan satu tindakan yang menunjukkan sebenarnya kita sayang padanya. Anda boleh berterus-terang dengannya tanpa perlu mengasaknya.

Jadi role model

Salah satu cara paling baik untuk mempengaruhi orang lain ialah melalui tindak-tanduk kita.

Jangan fikir orang lain tidak memerhatikan anda. Mereka memerhati segala-galanya secara sedar atau tidak sedar. Kita secara automatik dan tanpa disedari menjadikan diri kita sebagai role model. Oleh itu jadilah role model yang baik.

Berkongsi dengan orang lain

Selalu terlalu kerap kita hilang nilai-nilai berkongsi perasaan dengan orang lain.

Kita tidak mahu kelihatan lemah jadi simpan semuanya. Dengan berbuat demikian sebenarnya kita menyekat orang lain untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan sifat-sifat kemanusiaan yang kita miliki.

Apabila kita berkongsi pengalaman kita - terutama kegagalan - anda meningkatkan nilai-nilai impati, lebih mudah didekati dan meningkatkan perkaitan dengan orang lain.

Cabar mereka

Perkataan 'cabar' mempunyai konotasi negatif. Maksud yang ingin kita sampaikan di sini ialah, menguji keupayaan dalam situasi yang mendesak.

Dari semasa ke semasa kita perlu mencabar diri sendiri.

Bertanya soalan yang baik

Terapi atau jurulatih yang baik tidak memberitahu pelanggan mereka yang perlu dibuat. Sebaliknya mereka bertanya soalan-soalan yang baik bagi membolehkan mereka memahami diri mereka dengan lebih baik sekali gus dapat melihat sesuatu itu dengan lebih jelas atau membuat pilihan yang baik.

Anda juga boleh buat perkara sama. Dengan memberi soalan yang baik, anda akan mendorong orang itu berfikir dan menghasilkan penyelesaian yang baik. Mereka akan menghargai anda.

Menghargai mereka

Anda akan temui perkara yang anda cari. Jika anda mencari perkara yang terbaik dalam diri seseorang itu, maka anda akan melihatnya. Begitu juga sebaliknya jika anda mencari kelemahan pada orang itu maka anda akan temui kelemahan.

Jika seseorang itu melakukan perkara yang betul, akui dan hargai tindakan mereka. Apabila kita mengakui kebaikan orang, mereka akan cenderung untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

Caranya tulislah nota atau hantar kad, atau hubungi dia dan puji dia di depan orang lain.

Habiskan masa dengannya

Dengan memberikan masa anda yang cukup berharga kepada individu lain, anda sebenarnya menunjukkan kepada dia bahawa anda benar-benar menghargai hubungan dengannya.

Kenali LELAKI

Petikan Majalah Yeszz


L : LAGAK
Lelaki adalah kaum yang dilahirkan dengan LAGAK dan penuh gaya. Mudahnya, lelaki suka menonjolkan dirinya di khalayak sebagai seorang yang hebat dan istimewa berbanding kaum hawa yang selalunya lebih low-profile. If you all tak percaya, cuba you all cuba lihat kekawan lelaki sekeliling you all. Lelaki sejati sememangnya eksen!

E : EGO
Lelaki merupakan kaum yang EGO. Dah puas ngan lagak, kita criter bab yang memang tak silap lagi milik lelaki. Keegoan yang tinggi hadir dalam jiwa lelaki kerana sifat semula jadi lelaki yang ingin dilihat sebagai hebat dan berbeza. Jangan marah kalau si lelaki ego kerana itulah lelaki beb!

L : LEMAH
Lelaki nampak macam hebat tetapi LEMAH pada kaum Hawa. Ini dah memang jadi fakta dalam diari kehidupan. Fasal itulah selalunya insan yang berpasangan memang risau bila si lelaki mula rambang mata dengan si jelita di sekeliling yang ada. Kaum Hawa bukan setakat mampu memporakperandakan dunia lelaki, tetapi lelaki pun boleh diperhambakan kaum Hawa jika
keadaan memaksa. You all pikirlah sendiri...

A : AZAM
Lelaki adalah kaum yang penuh AZAM dalam kehidupan. Tak kisah daripada segi apa tapi lelaki memang penuh dengan keazaman. Tiap awal tahun diari tahunan dah penuh dengan impian. Boleh dikatakan semua lelaki punya impian inginkan pasangan yang tercantik dan terhebat di mata ramai. Sifat ini wujud kerana lelaki itu punya LAGAK dan EGO yang tinggi. Tak mainla dapat awek yang kureng dari yang lain...ini ayat biasa pada lelaki...!

K : KASAR
Lelaki secara asasnya adalah seorang yang KASAR. Memang betul pun. Kalau dah namanyer lelaki dah pasti lebih kasar daripada pompuan. Pasal tu bila ada kaum Hawa yang lebih kasar ramai lelaki rasa geli geleman beb. Kot namanyer pompuan kenalah sifatnya lemah lembut dan feminin beb. Apa klas dapat awek yang kaki pukul dan berotot kental!!! Ngeri!

I : ILTIZAM
Lelaki adalah kaum yang punya ILTIZAM dalam kehidupan. Maksudnya lelaki punya tekad yang hebat dalam mencapai impian. Ini sedikit berbeza daripada AZAM kerana ILTIZAM disertai dengan tindakan dengan tekad yang tinggi. Ramai lelaki mencorakkan kehidupan dengan ILTIZAM yang terhebat agar pencapaiannya berbaloi untuk dibanggakan bagi memenuhi LAGAK dan EGO diri. Tak percaya, lihat keliling dan nilaikan....

Bad Mood?

Tiada siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.

Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.

Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.

Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.

Ketawa ubat terbaik

Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.

Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.

Terapi sentuhan

Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan.

Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa.

Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.

Jana 'hormon muda' anda

Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.

Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul

Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.

Hidu bauan yang sesuai

Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.

Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.

Khasiat bunga

Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama lima minit tanpa henti pada kekunci komputernya dan di tepinya pula terdapat jambangan bunga akan lebih rileks berbanding individu yang hanya mempunyai tumbuhan hijau biasa di tepi komputernya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...