Sunday, December 19, 2010

[kLk] 10 perkara wanita benci

Kebanyakan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

Remaja



Oleh NURUL IZZAH SIDEK

"JOHAN, mari kita ke rumah Pak Ramli. Ada kenduri doa selamat," ujar ayah Johan, Pak Abu.

"Malaslah, Johan penat," balas Johan yang sedang leka menonton televisyen.

"Penat tengok televisyen? Apa nak jadilah anak ayah ni. Susah betul kalau nak ajak pergi kenduri atau ke majlis. Kalau pergi membeli-belah terutama sekali barang permainan komputer, dialah yang paling cepat tunggu dalam kereta. Nak-nak lagi kalau kawan dia ajak keluar," ujar Pak Abu sambil menggeleng-geleng kepala.

"Takpelah ayah. Kalau Johan tak datang pun, mereka pun tak rugi, kan?" selamba Johan menjawab sambil tersengih-sengih.

"Kau kena belajar hidup bermasyarakat, Johan. Kita tidak boleh selama-lamanya hidup seorang diri dan hanya terlingkup selesa dalam golongan kawan-kawan sahaja. Melalui bermasyarakat kita kenal siapa jiran, siapa kawan. Meluaskan pergaulan yang sihat dapat meluaskan kotak pemikiran. Tak lah terkongkong dengan pemikiran yang sama sahaja".

"Kalau tak nak pergi, sudahlah. Tapi ibu tak masak juga, ibu ada kat sana sejak pagi tadi, bantu masak. Pandai-pandailah cari makan. Ayah pergi dahulu," kata Pak Abu kepada Johan.

"Ohh.. laparlah saya…" keluh Johan.

Pasti Pak Abu ada tujuan di sebalik ajakan kepada Johan, bukan hanya setakat mengajak makan sehingga kenyang, kemudian balik. Tetapi ajakan seorang ibu atau bapa sudah tentunya membawa tanggungjawab sosial untuk hidup bermasyarakat. Namun, ramai remaja yang tidak faham akan kepentingan hidup bermasyarakat dan pentingnya peranan mereka dalam masyarakat.

Pentingnya Hidup Bermasyarakat

Pergaulan secara sihat amat dituntut oleh Islam. Bahkan Islam tidak menganjurkan pemeluknya mengasingkan diri daripada masyarakat. Dalam konteks remaja, mereka secara umumnya memiliki dorongan untuk bergaul dengan manusia lain agar dapat hidup berdampingan dengan sesamanya.

Untuk itu, remaja perlu memiliki kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. Remaja menghabiskan sebahagian besar waktunya di dalam kelompok yang seusia dengan mereka serta mempunyai pola pemikiran yang lebih kurang sama.

Pergaulan sosial adalah suatu proses perubahan pada diri remaja dalam rangka penyesuaian diri dalam kehidupan bermasyarakat. Justeru, setiap individu akan menjalani proses tersebut sepanjang hidupnya, melakukan penyesuaian terus menerus dalam kehidupannya sebagai anggota masyarakat.

Dalam pandangan Islam, sebuah masyarakat adalah kumpulan individu yang berinteraksi secara berterusan, memiliki satu pemikiran, satu perasaan dan di bawah aturan yang sama agar terjalin hubungan yang aman dan harmoni.

Apabila ada sebahagian anggota masyarakat yang menderita, maka individu yang lain menolongnya dengan semampu mungkin. Begitu juga ketika ada salah seorang anggota masyarakat yang melakukan kesalahan ada individu yang lain menegur dan menasihatinya.

Masyarakat Melayu umpamanya menjadikan tempat berkenduri, majlis-majlis adat serta majlis agama di masjid bukan hanya sebagai tuntutan ibadat dan adat. Tetapi juga sebagai lapangan untuk mereka bertemu sesama sendiri dan bertanya khabar.

Interaksi sosial sebegini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan, tetapi juga memperkembangkan ruang lingkup pemikiran dan mendapat pengetahuan baru, hasil daripada percakapan, pengalaman dan tingkah laku seseorang anggota masyarakat yang lain.

Terdapat pelbagai peranan dalam setiap kelompok sosial. Dalam suatu organisasi, terdapat peranan sebagai ketua, pengurus, setiausaha dan sebagainya. Di keluarga terdapat fungsi sebagai ayah, ibu, anak. Di sekolah ada pengetua, guru, penjaga sekolah, pegawai pentadbiran dan sebagainya. Setiap peranan memiliki hak dan kewajipan yang berbeza.

Masa remaja merupakan suatu tahap yang menuntut remaja untuk melakukan penyesuaian sosial dari sudut pergaulan dengan teman-teman dan orang-orang di sekelilingnya ke arah pergaulan sebagai orang dewasa. Ini yang dikatakan sebagai transisi sosial.

Oleh itu, remaja perlu belajar agar kelak mampu menjalankan peranan yang sesuai dengan kedudukannya di suatu kelompok sosial. Ketika ia berada di sekolah, haruslah menjalankan peranannya sebagai pelajar. Tetapi ketika berada di rumah, peranan sebagai anak tidak boleh dilupakan. Apabila ia terlibat di suatu organisasi, maka peranan dan tanggung jawabnya di organisasi perlu dilakukan sebaik-baiknya.

Remaja dewasa ini harus memahami kepentingan hidup bermasyarakat. Mereka perlu diberi peluang menikmati kehidupan bermasyarakat, memahami masalah masyarakat dan mengambil bahagian dalam proses pembangunan sosial masyarakat.

Remaja seharusnya mampu membina kebolehan menabur khidmat untuk komuniti sebagai generasi baru yang mempunyai kesedaran terhadap tanggung jawab sosial, berkesedaran sivik dan mengutamakan solidariti masyarakat.

Namun begitu terdapat batas-batas yang perlu dipatuhi selama bersosial sesama anggota masyarakat dengan sihat tanpa merugikan satu sama lain. Justeru, Islam menganjurkan dalam bermasyarakat, hendaklah sentiasa bersifat ihsan, berakhlak mulia dan sentiasa memahami antara kehendak dan keperluan masing-masing.

Amat penting juga untuk menitikberatkan peranan nasihat dan sabar dalam hidup bermasyarakat. Ini kerana bergaul atau berinteraksi dengan orang lain, sudah tentu akan mengakibatkan munculnya perasaan yang berbeza-beza pada setiap peribadi.

Lantaran itu, ukhuwah yang benar dan baik adalah saling memberikan nasihat kebaikan. Firman Allah SWT: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan saling berpesan-pesan kebenaran dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran. (al-Asr: 1-3)

Kesimpulan

Pembinaan watak remaja amat berkait rapat dengan masyarakat sekelilingnya. Anggota masyarakat yang baik dan beramanah akan membina masyarakat yang hidup dalam keadaan rukun dan harmoni serta membentuk generasi yang berdisiplin, bersemangat waja dan berketerampilan.

Masyarakat yang mempunyai budaya hidup yang kucar-kacir akan mencetuskan kecelaruan dan kekeliruan dalam anggotanya. Oleh itu, ibu bapa dan anggota masyarakat sangat berperanan dalam mendidik remaja agar dapat menyesuaikan diri dengan anggota masyarakat dan menerapkan nilai-nilai murni dalam hidup bermasyarakat.

Kisah Rumah Tangga



10 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.

Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang
drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi
emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua
cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat
meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar
bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

“Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.”

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

“Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur - mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

“Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.”

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

“Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.”

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

“Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan
mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan
memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?”

Jangan Ada Benci



Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

“Abang, sayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”.

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Sayang akan mulai dulu ya”, kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat …

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan suminya tertunduk dan sedikit airmata bergenang di sisi matanya… mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakannya sebelum ini tanpa disedari…

“Maaf bang, apakah sayang harus berhenti ?” tanyanya.
“Oh tidak, teruskan …” jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran abang pula membacakan senarai abang..Sayang sedia mendengarnya” .

Dengan suara perlahan dan tersekat-sekat suaminya berkata, “Maafkan abang…Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas abang. Abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna di sisi abang, dan abang tidak ingin mengubah akan diri sayang. Sayang adalah diri sayang sendiri. Sayang cantik dan baik di sisi abang. Tiada satupun daripada peribadi sayang yang dapati dapati kurang…Abang sayang dan cintakan isteri abang yang dulu dan sekarang dan selama-lamnya selagi hayat abang…..”

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya… bahawa isSuaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis…

——————————–
Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki…..

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita….

Tanda Lalu Lintas Cinta

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sehaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru

PEJALAN KAKI
Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.

JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!

Cari Jodoh




Memasuki tahun baru mungkin ada yang sudah berazam untuk menamatkan hubungan dengan teman lelaki atau wanita melalui ikatan pernikahan.

Persoalannya, adakah teman anda atau anda sendiri telah bersedia untuk memberi komitmen kepada satu ikatan yang kekal atau masih dilanda fobia untuk melepaskan gelaran bujang.

Bagi wanita, sekarang ini mungkin masanya untuk melihat sama ada teman lelaki anda benar-benar sudah bersedia dan mempunyai matlamat yang sama.

Beberapa panduan ini mungkin boleh menolong untuk mengetahui sama ada lelaki sudah bersedia untuk memberi komitmen pada satu ikatan perkahwinan.

1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin

Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin.

Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.

2. Kewangannya stabil

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.

3. Dia mula mendesak anda

Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.

4. Dia bersedia untuk menunggu

Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.

5. Mengambil berat ketika anda sakit

Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.

6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda

Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam.

Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.

7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'

Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.

Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.

8. Dia tidak takut berkompromi

Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda.

Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.

9. Dia tidak perlu berdalih

Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.

10. Dia suka pada hubungan jangka panjang

Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen.

Kalau Berpacaran



Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa ‘ajaib’ itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya.

Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang dicintai

Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali – kali bermain cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa d! an perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapayang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta keran terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.

Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang

Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua–duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku. Semuanya seolah–olah halal hanya kerana cinta. Racun – racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan – bohsia, bohjan, buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda – tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan – peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.

Tetapi bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka – suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat – niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya – cinta monyet!

Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilarang antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas, seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain – lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja seharusnya tidak mengeluh, “cintakah namanya ini, jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun–racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu pasti membawa ke gerbang perkahwinan.

Zon Larangan Cinta

Percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kamu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkan sifat kamu yang sebenar dan percayalah orang yang mencintai kamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara ini dalam hubungan kamu.

1. Bercinta kerana simpati dan kasihan
Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.

2. Melirik kepada jejaka/gadis lain
Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.

3. Bersikap hipokrit
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan dia tersinggung dengan kritikan kamu.

4. Sanggup menyerah kalah
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.

5. Terima semua kesalahan
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan kamu berdua.

6. Harus sentiasa bersama
Orang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain menganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.

7. Rapat dengan sahabat karib si dia
Kamu sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan si dia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya, kamu tidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.

8. Berpura-pura tidak cemburu
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

9. Terlalu menerima sikap si dia
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan insiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

10. Biarkan si dia sahaja membayar
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

Tuntutlah Ilmu



Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

Ah bosannya belajar! Hari-hari tengok buku, tengok cikgu. Kan seronok kalau hari-hari cuti.."

"Eh kau ni Din, kenapa tiba-tiba mengeluh ni? Tak baik tau. Cikgu kita bersungguh-sungguh mengajar supaya kita jadi pandai".

"Aku bukan apa Mat, ni haa.. sekolah dah nak mula balik lepas cuti seminggu. Liat pula rasanya nak belajar balik. Aku seronok la balik kampung pergi mengail dan menjala, hehe..."

"Mmm sebab tu rupanya.. Ok lah aku fahamlah perasaan kau tu dapat menikmati kehidupan di kampung, memang menarik. Tapi tak baik la kau cakap yang kau bosan belajar semata-mata kerana cuti sekolah dah habis.."

Bersyukur lahir di Malaysia

"Iskk..Ok, ok la aku minta maaf. Aku tak sengaja la Mat.."

"Din..Aku ni bukan apa, tapi aku rasa kita patut bersyukur pada Allah sangat-sangat sebab lahir di Malaysia ni. Makan minum kita melimpah ruah, pendidikan percuma pun dapat sampai ke peringkat menengah tau."

"Mmm..."

"Cuba kau bandingkan dengan nasib rakyat negara lain, umpamanya di Bangladesh, masih ramai yang hidup susah. Mereka yang sebaya dengan kita ada yang tidak dapat menikmati persekolahan kerana tiada kemudahan dan kemampuan."

"Sesetengah yang bersekolah, ada yang berhenti separuh jalan kerana perlu bekerja demi membantu keluarga. Yang kau ni Din, macam nak berhenti belajar lak sebab begitu teruja nak mengail..ish..ish.."

"Ehehe.. Jangan la cakap camtu kuat-kuat Mat, malu aku.. Tapi aku tak bermaksud nak berhenti belajar tau.. Err sambung lagi cerita kau tu Mat.."

"Kita perlu sedar, Din. Pendidikanlah sebagai jalan untuk kita mengubah nasib kehidupan kita. Dengan pergi ke sekolah, kita dapat menimba ilmu. Kalau kita tidak berpelajaran, entah bagaimana kita hendak melalui cabaran kehidupan moden hari ini."

"Tapi pendidikan bukan sekadar demi memenuhi keperluan material sahaja, malah pemikiran dan akhlak yang baik akan dapat terbentuk melalui proses pendidikan yang kita lalui."

"Waah..Hebat sekali kata-kata kau tu, Mat. Macam seorang profesor, tapi memang betul apa yang kau cakapkan tu. Kita ke sekolah ni bukan setakat nak belajar untuk lulus cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja tapi juga untuk membentuk keperibadian diri yang unggul berteraskan nilai-nilai kehidupan yang sejahtera, kan".

"Yaa..Kau memang bijak, Din. Dapat tangkap maksud sebenar ayat aku tadi. Bagi aku kau pun sebenarnya tajam pemikiran, tapi kalau orang lain tengok mesti mereka anggap kau jenis yang suka bermain-main.. Hehe.."

"Hehe.. Nak buat macam mana, Mat. Ni memang karekter aku sejak kecil. Tapi sebenarnya dalam hal-hal pelajaran aku tetap ambil berat. Walaupun kehidupan kita sekarang ini sudah senang, soal pelajaran ni memang penting supaya masing-masing jadi orang berguna kelak".

"Betul tu. Lagipun kita golongan remaja inilah yang bakal mewarisi negara kita kelak. Kalau tidak ada ilmu, kemahiran dan keterampilan yang berkualiti, macam mana kita nak terajui negara kita."

"Kita ni juga makin lama makin dewasa. Lama kelamaan tamatlah pengajian kita di sekolah menengah. Lepas tu kita perlu ada hala tuju baru pula. Insya-Allah peluang untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi itu ada asalkan ada asas kelayakan seperti SPM beserta keputusan yang baik."

Ilmu di persekolahan memandu cita-cita

"..Tapi kalau ada yang berminat untuk terus bekerja, berniaga, atau menjadi usahawan, asas ilmu yang kita pelajari sejak sekolah rendah hingga ke sekolah menengah itu tetap penting untuk kita untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi..."

"...Umpamanya jika minat berniaga, ilmu Matematik yang kita pelajari membolehkan kita membuat perhitungan jual beli, untung baki dalam perniagaan kita. Ilmu agama yang kita pelajari dalam Pendidikan Islam pula menjadi panduan kepada kita agar kita menjadi peniaga yang jujur, amanah, ikhlas, adil serta menunaikan zakat."

"Dan buat kau pula, Din. Kalau kau memang berminat memancing dan nak jadikannya sebagai kerjaya, kau boleh menjadi usahawan ternakan ikan air tawar kelak. Tapi kau tetap akan perlukan ilmu asas seperti Matematik serta BM dan BI untuk berinteraksi dengan pelanggan kau."

"Hmm... Ye tak ye juga. Nampaknya ilmu yang kita pelajari di sekolah amat penting untuk masa depan. Memang rugi kalau tak menguasainya semasa di sekolah, lebih-lebih lagi kalau ponteng sekolah. Berlibur ke sana sini bukannya mendatangkan hasil, malah mungkin kita boleh terjebak ke dalam kegiatan yang tidak bermoral".

"Apabila kita bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, hal ini juga dapat mendatangkan kegembiraan buat ibu bapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita selama ini. Bagi ibu bapa, kejayaan kita dalam pelajaran itu adalah sebenarnya untuk diri kita sendiri jua, dan mereka tumpang gembira atas kejayaan kita."

"Apatah lagi sekiranya kita turut berakhlak mulia serta menghormati ibu bapa. Hal ini insya-Allah mampu membawa keberkatan dalam hidup kita. Din, kau masih ada kedua-dua ibu bapa, aku harap kau hargailah pengorbanan mereka dengan berbakti kepada mereka. Aku ni hanya punyai nenek tercinta. Dengan dialah kasihku tercurah."

"Mat... bersabarlah ye... Insya-Allah aku sentiasa akan berbakti buat kedua-dua ibu bapaku. Buat kau, semoga amal perbuatan kau sentiasa dapat mendatangkan kegembiraan buat nenek. Perjuangan kita dalam pelajaran ini bukan sahaja untuk diri kita dan keluarga, tetapi juga demi umat Islam, bangsa dan negara."

"Aku turut sedih melihat nasib umat Islam masa kini. Ada yang ditindas dan diserang. Pada masa yang sama ada juga yang hanyut jauh daripada panduan hidup sebagai Muslim. Lumba haram, dadah, mabuk, pergaulan bebas.. Yang peliknya statistik menunjukkan ramai yang terlibat adalah di kalangan umat kita sendiri."

"Itulah yang aku turut risaukan. Entah bagaimana nasib umat kita nanti kalau kita tidak menyumbang untuk memperbaiki keadaan. Aku harap aku dapat melakukan sesuatu untuk membangunkan umat. Tapi buat masa ini, aku rasa perjuangan kita untuk cemerlang dalam pelajaran sekarang ini adalah cara terbaik yang mampu kita lakukan."

"Betul tu, Mat. Iyeaahh! Sekarang aku rasa lebih bersemangat untuk menghadapi pelajaran! Terima kasih buat kau ye atas kata-kata perangsang kau tadi."

"Sama-sama. Terima kasih atas pandangan kau juga. Semoga kita berjaya dalam pelajaran kelak. Mmm, tapi ada satu perkara yang kau kena lakukan, atas keterlanjuran keluhan bosan kau mula-mula tadi, nampaknya kau perlu meminta maaf kepada semua cikgu di sekolah kita hehe..."

"Erkk.. Begitu ke.. Adeihh!"

isteri cerdik yang solehah





1. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.

2. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.

3. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.

4. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.

5. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya.

6. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintai dan menyayangi keluarganya sendiri.

7. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.

8. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara-perkara yang tidak sihat dan mungkar.

9. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.

10. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa memberikan layanan dan kasih saying yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.

11. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.

12. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menjadukan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.

13. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’.

14. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat.

15. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.

16. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.

17. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.

18. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.

19. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap.

20. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya.

21. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan.

22. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazir

Sahabat





Dalam era serba mencabar ini, kita perlu berhati-hati ketika memilih sahabat. Jika bercampur dengan orang yang salah, besar kemungkinan hidup kita juga akan tidak tenteram dan dilanda pelbagai masalah yang berpunca daripada sahabat toksik itu.

Jadi, di sini diperturunkan beberapa tips untuk memilih sahabat.

1) JANGAN PILIH YANG BAKHIL

Sahabat yang bakhil adalah dari mereka yang kedekut. Kedekut untuk berbelanja, tidak mahu bertolak ansur. Sering memikirkan kesusahannya sahaja, tidak pernah memikirkan kesusahan anda. Dia lebih banyak meminta-minta daripada memberi. Jika anda bercerita tentang kesulitan anda,dia akan dulu mengatakan bahawa dia mempunyai kesulitan yang lebih besar dari anda. Satu sen duitnya seperti roda kereta lembu. Jika berbelanja, dia lebih riang jika anda yang mengeluarkan perbelanjaan untuk dirinya. Tidak guna anda teruskan persahabatan dengan orang yang sebegini, hanya akan merugikan duit anda sahaja.

2) JANGAN PILIH YANG BODOH

Bersahabat dengan orang yang bodoh akan membuat anda tidak bersemangat. Dia akan hanya menurut sahaja apa yang anda fikirkan. Tidak memberi pendapat yang boleh mendorong kehidupan anda untuklebih maju. Ceritanya hanya di sekitar dirinya sahaja. Tidak pernah bercerita tentang sesuatu yang baru yang boleh membuka minda anda. Dia seorang yang pak turut yang mengikuti sahaja cadangan anda dan tidak memikirkan baik dan buruknya.

3) JANGAN PILIH YANG PENIPU

Sahabat jenis ini selalu sahaja membawa cerita bohong kepada anda. Jika anda lalai saja, dia akan kenakan anda dengan kebijaksaannya. Jika berjanji, nampak bersungguh-sungguh tapi tidak menepatinya. Dia membuat pelbagai janji yang berbagai-bagai tetapi tidak satu pun yang ditepatinya.

4) JANGAN PILIH YANG PENAKUT

Sahabat yang penakut adalah yang tidak pernah memikirkan masa depannya, dia juga berkira untuk meningkatkan prestasi kerjayanya. Dia masih berada ditakuk lama walaupun masa telah begitu jauh meninggalkannya. Anda harus sedar orang yang penakut tidak perlu dijadikan Sahabat jika anda tidak mampu menjadikan dia berani.

5) JANGAN PILIH YANG PENGKHIANAT

Sahabat seperti ini bermuka manis dan bermulut manis tetapi hatinya tidak ikhlas terhadap kita. Sahabat jenis ini akan menikam anda dari belakang. Maksudnya, walaupun dia begitu baik terhadap anda tetapi ada sahaja muslihatnya untuk menjatuhkan anda.

Sumber: Yoyooh.com

Makna Cinta




Hanya mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.

Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita




Manusia tidak boleh hidup bersendirian dan sentiasa mengharapkan orang lain. Oleh itu, manusia memerlukan teman untuk mengharungi kehidupan serta menghadapi cabaran suka duka di dunia ini.

Itulah antara hikmah di sebalik penciptaan manusia pelbagai bangsa, agama serta latar belakang.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Islam sebagai agama yang syumul lagi lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia tidak ketinggalan menyentuh persoalan teman atau sahabat yang sewajarnya menjadi pilihan umat Islam.

Apatah lagi pakar psikologi dan ulama tasauf sering menekankan teman mampu mempengaruhi perwatakan dan pembawaan diri temannya yang lain.

Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umatnya supaya berhati-hati memilih teman. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama sahabatnya, oleh itu seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat." (Hadis riwayat Ahmad)

Jelas daripada mafhum hadis itu, jika temannya itu orang yang baik dan salih, maka dia akan membantunya menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim di samping memelihara hak serta kewajipan dalam konteks persahabatan.

Sebaliknya, jika temannya itu teman yang jahat, maka akibatnya sudah pasti dia berada dalam kancah kejahatan. Akhirnya, dia akan menyesal seperti kisah yang dirakamkan Allah mengenai orang yang tersilap memilih teman ketika di dunia.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata: Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul! Kecelakaan besarlah bagiku semoga (dulu) tidaklah aku menjadikan si polan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada al-Quran ketika al-Quran ini datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." (Surah al-Furqan, ayat 28 - 29)

Sehubungan itu, Islam meletakkan garis panduan untuk kita memilih teman yang salih dan sejati. Rasulullah SAW mengajar supaya memilih sahabat yang mendorong ke arah kebajikan dan amal salih. Ini kerana setiap kita mudah terpengaruh dengan sifat, agama dan peribadi temannya itu.

Teman yang baik budi pekerti dan salih penting untuk merangsang kita berakhlak mulia sepertinya. Begitulah sebaliknya, teman yang jahat hanya akan mendorong ke arah kejahatan dan kemaksiatan yang dimurkai Allah.

Ditinjau situasi masyarakat dewasa ini, dapat diperhatikan betapa anak muda tidak begitu mengambil endah akan hal memilih teman yang baik. Maka tidak hairanlah, ramai daripada kalangan muda mudi begitu mudah terjebak dalam kancah gejala sosial dan jenayah yang dilarang.

Menurut kajian dijalankan, antara punca utama menyebabkan mereka mudah terjerumus ke kancah itu ialah pengaruh sahabat dan teman sebaya. Mereka dengan tidak segan silu bergurukan teman rapat berbanding ibu bapa.

Akibatnya, berlakulah kes derhaka kepada kedua ibu bapa, rumah tangga bercerai-berai dan lari dari rumah. Sekarang tiada guna menuding jari meletakkan kesalahan kepada sesiapa kerana ia sudah pun berlaku dan paling penting ialah berusaha mengatasi kemelut yang meruncing daripada mengakari serta melarat dalam masyarakat.

Islam menekankan pemantapan akhlak terpuji dan pengisian rohani dengan keimanan tulus kepada Allah dalam diri Muslim. Institusi keluarga adalah benteng pertama dan juga unit terpenting dalam satu-satu masyarakat yang melahirkan generasi terbilang untuk kepemimpinan Islam akan datang.

Justeru, tanggungjawab sebenarnya digalas setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh anak sebagai insan yang salih dan bertakwa kepada Allah. Apalah gunanya kekayaan dan harta benda bertimbun sedangkan anaknya terbabit dalam gejala sosial yang hanya akan mendatangkan masalah serta ancaman kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, masyarakat juga sewajarnya peka dan prihatin terhadap anggota masyarakatnya terutama muda-mudi yang masih mentah dengan rentak kehidupan ini. Untuk itu, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan memantau segala gerak geri muda- mudi dengan menggalakkan amalan bermanfaat serta mencegah amalan dilarang Allah.

Ini adalah ciri masyarakat Islam yang baik seperti terungkap dalam firman Allah yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran, ayat 110)

Teman sejati dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Ibarat teman yang baik itu adalah seumpama seorang yang membawa haruman kasturi. Walaupun kamu tidak dapat memilikinya, namun kamu dapat juga menghidu bau harumnya dan bandingan teman yang jahat itu seperti seorang (tukang besi) yang menggunakan alat hembusannya. Biarpun kamu tidak terkena habuknya yang hitam, akan tetapi kamu terkena juga asapnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Persahabatan dengan teman yang salih lagi bertakwa akan menjulang temannya itu ke mercu kemuliaan dan kesejahteraan, manakala persahabatan dengan teman yang jahat pula hanya membawanya ke lubuk kehinaan dan kecelakaan yang tiada penghujungnya.

Sebagai renungan bersama, seorang ahli hikmah pernah menyatakan: "Sesiapa yang ingin bersahabat dengan lapan jenis manusia, maka akan bertambah lapan pula akibatnya. Pertama, sesiapa yang berkawan dengan orang kaya, maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.

Kedua, sesiapa yang bersahabat dengan orang fakir miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan reda dengan rezeki diperolehnya. Ketiga, sesiapa yang bertemankan pemimpin, maka akan bertambahlah kecongakan dan kesombongannya.

Keempat, sesiapa yang bersahabat dengan wanita, maka akan bertambahlah kebodohan dan nafsu syahwatnya. Kelima, sesiapa yang bergaul dengan anak-anak atau kanak-kanak, maka akan bertambahlah sifat suka bermainnya dan membuang masa.

Keenam, sesiapa yang bersahabat pula dengan orang fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah. Ketujuh, sesiapa yang suka bergaul dengan orang salih, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah. Akhirnya, sesiapa yang suka berkawan dengan ulama, maka akan bertambahlah ilmu dan sifat waraknya."

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Hidup Tanpa Cinta

Ekspresi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah.
Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.

Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.

Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.

Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.

Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.

Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.

* Latih minda melupakan kenangan pahit

Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.

Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.

# Buang sikap risau

Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.

Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.

# Belajar bersyukur

Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.

Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

# Belajar jadi pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.

Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.

Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

# Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.

Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

# Ubah fikiran

Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.

Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.

Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.

# Hati mesti 'keras'

Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.

Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.

Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.

memikat hati wanita bijak

1. Pastikan anda menjaga kebersihan diri. Wanita bijak mungkin tidak terlalu terpengaruh dengan rupa, tapi kebersihan masih menjadi keperluan utama.

2. Berkelakuan baik. Bergurau ringkas tidak mengapa, tapi tetap berhati-hati agar tidak membuatkan mereka terasa atau berkecil hati.

3. Elakkan mencarut atau melontarkan kata-kata kesat di depan mereka. Perbuatan ini langsung tidak cool.

4. Jangan ambil kesempatan. Walaupun mereka mungkin memberi isyarat yang mereka juga minat kepada anda, tidak bermakna anda boleh semudah-mudahnya menyentuh atau mengambil kesempatan terhadap mereka.

5. Sekali-sekala berikanlah pujian ikhlas anda, jika tidak kepada fizikal mereka, apa salahnya memuji sikap atau personaliti mereka. Tapi ingat, pujian harus jujur!

6. Jangan cuba-cuba mengkhianati hubungan kerana mereka akan mudah menganggap anda lelaki tidak berguna.

7. Jadi lelaki budiman. Bukan hanya pada wanita yang anda suka, tapi kepada semua yang ada di sekeliling anda.

8. Jadi pelindung dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri mereka.

9. Jadikan mereka percaya kepada anda. Simpan rahsia, luahan emosi atau apa saja yang mereka kongsi bersama anda.

10. Babitkan diri dalam perbualan intelek. Bukan hendak menunjuk pandai, tapi buktikan anda juga memiliki kekuatan intelek dan boleh diajak berbincang. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang.

Ayat power orang kawin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...