Saturday, December 18, 2010

Cinta Magnet Pikat Pasangan

Perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka.

Bagaimana pula wanita memberi tafsiran mengenai cinta terhadap lelaki? Biarpun lelaki dan wanita diciptakan Allah dalam bentuk berbeza, hakikat cinta tidak mampu dinafikan sesiapa.

Renungi perkara berikut yang boleh mendorong seseorang itu untuk terpikat antara satu sama lain:

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan menanti yang biasanya tidak jauh daripada diri anda. Jarang seseorang itu bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insyaAllah akan menemukan diri dengan pasangan.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup dengan sempurna supaya diri menjadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan kepada diri anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati daripada perasaan negatif.


6. Untuk memudahkan orang menyayangi diri anda, bersihkan hati dengan menjaga ibadah, solat taubat, beristighfar, membaca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik kasih sayang kepada anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

8. Mereka yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, diri harus sentiasa menarik kerana tanggapan pertama adalah paling penting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

10. Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata dengan memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni terhadap pasangan dengan gelombang fikiran secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

14. Tidak salah bagi wanita memulakan usaha perkenalan. Lelaki akan sentiasa berasa mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya si wanita yang memulakannya.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan pada bakal pasangan.

16. Beri tumpuan pada minat dan perasaan pasangan. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera supaya si dia rasa selesa.

18.Semakin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain.

20. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, bersahaja, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki berkenaan.

21. Untuk lelaki, usah terlalu berjimat atau kedekut.

22. Lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan seperti perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

23.Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada si dia. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

10 Ciri Perempuan Pisau Cukur

1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila
usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.


Artikel ini diperolehi dari Virtual Friend

Tanda kekasih curang

Pernahkah terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:


Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

Tidak lagi rajin menelefon anda
Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Cinta Sejati

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan ~ Yahya Bin Muadz

Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai ~ Niller

Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta. ~Hukamak

Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga ~ Gorji Zaidan

Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat ~ Buckingham

Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.

Cinta sejati daripada seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki, sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu ~ Daer Oberderf

Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata ~ Kruger

Cinta Semakin Hambar

Di awal bercinta semuanya akan bahagia dan sempurna. Masing-masing boleh bertolak ansur. Setiap kesilapan yang berlaku begitu mudah untuk dimaafkan. Namun usia percintaan menjadi semankin matang ada diantara kamu yang perhubungan cintanya mula menjadi goyang. Pelbagai masalah yang dihadapi membuatkan kamu dan sidia pantang bertemu, pasti ada saja yang tidak kena. Semestinya kamu binggung menghadapi situasi begini. Mahu diputuskan didalam hati masih ada sayang dan cinta. Namun andai diteruskan ada hari yang merana dan sengsara. Usah bersedih, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya tetapi sebelum itu semak dulu perkara-perkara berikut yang sering menjadi punca hubungan jadi hambar.

1. Bosan

Setiap masa berjumpa kamu dan sidia tidak pernah ada aktiviti lain selain aktiviti yg selalu bila keluar kamu lakukan bersama seperti menonton wayang dan pergi makan. tidak pernah sekali pun kamu berdua mengambil inisiatif pergi ketempat yang lebih menarik, alasan yang diberikan tidak ada “budget” (budget ini boleh diatasi dengan cara bertolak ansur, kamu berdua bukankah sudah berkerjaya so apa kata kamu kongsi berdua, bukan untuk org lain tapi untuk kamu, si dia dan percintaan kamu tentu hidup kamu juga lebih meriah dan tidak bosan bukan )

2. Tidak Jujur

Di awal percintaan kerana mahu menjaga hati, kamu dan sidia tidak pernah berterus terang apa yang kamu dan sidia suka dan tidak suka pada perangai masing-masing, akibatnya apabila terlalu lama disimpan, sampai kesatu tahap tidak tahan dan mulalah diluahkan sikit demi sikit, namun mungkin agak terlewat untuk kamu memahami diri masing-masing..( tak salah jika kamu berterus terang tentang apa yg kamu tidak suka mengenai dirinya supaya kamu tidak menjadi hipokrit..itula yang terbagus dan sidia juga pasti menerima dgn positif kerana diawal lagi dia sudah tahu apa yg tidak elok harus berterus terang sekaligus dia juga tidak bersikap hipokrit)

3. Tidak bertolak ansur

Semakin lama bercinta semakin berani untuk bertegas dengan pendirian masing-masing, hal kecil seperti memilih tempat makan pun boleh menjadi perbalahan kerana kedua-dua tidak mahu mengalah, tidak salah tegas pada pendirian, namun harus juga ada perasaan tolak ansur seperti diawal-awal percintaan dulu barulah sentiasa aman… (x salah bertolak ansur, apakata kamu rancang bersama, jika sidia mahu ketempat yang dicadangkan tak salah kan jika kamu membawa nya ketempat yang kamu inginkan dilain hari, apapun perbincangan itu perlu, dan kamu boleh berkata pada sidia kali ini mengikut selera kamu dan next time cadangan saya pula. )

4. Terlalu cemburu

Sikap si dia yang sentiasa mengawal kamu membuatkan kamu menjadi rimas dan tertekan. mana kamu pergi semuanya harus diberitahu dulu. paling membosankan apabila terlalu banyak syarat yang ditetapkan pada kamu. Sampaikan menyimpan no telefon kawan-kawan pun dipantaunya ( sikap kamu yang tak jujur juga boleh membuatkan sidia hilang kepercayaan kepada kamu so diawal percintaan tak salahkan kamu bersikap jujur padanya)

5. Selalu mengungkit

Si dia amat menyayangi kamu tetapi apa saja yang sidia berikan pada kamu semuanya mengharapkan balasan. kalau tidak sidia akan mengungkit berkali-kali. begitu juga apabila berjanji si dia mahu kamu menepatinya walau apapun terjadi, andai kamu gagal menepati janji sidia akan mengungkit setiap masa.

Antara jalan penyelesaian pada hubungan yang semakin hambar

Break Off Dulu !!!!

Biarpun kamu menemui jalan buntu dengan sikap si dia namun jangan ambil jalan mudah dengan terus memutuskan hubungan yang telah lama terjalin, kalau dalam hati masih ada sayang dan cinta kamu masih ada harapan untuk menyelematkannya. Langkah paling baik ialah kamu dan si dia break off buat sementara waktu

- beri masa dan ruang untuk kamu dan sidia berfikir dengan tenang apakah kalian masih memerlukan diri masing-2

- Refresh semula perhubungan kamu dan sidia agar dapat kembali mesra seperti diawal-awal percintaan dulu

- Wujudkan perasaan rindu dalam diri masing-masing. Andai masih ada rindu pasti ada sayang.

- Uji diri hidup tanpa sidia disisi (adakah kamu mampu atau tidak)

Saat berpisah

Saat kamu dan si dia membawa haluan masing-masing buat sementara waktu jangan biarkan diri hanya duduk diam ataupun terperuk didalam rumah berfikir, kamu tidak akan menemui jawapannya, langkah yang sepatutnya kamu ambil ialah :-

1. Senaraikan keburukan dan kebaikannya
Setelah lama menjalinkan hubungan cinta kamu pasti sudah arif kebaikkan dan keburukkan sidia. Untuk lebih jelas kamu senaraikan satu persatu diatas kertas dan nilailah satu persatu adakah dia baik untuk kamu

2. Pergi bercuti
Pergi ketempat yang jauh dari kesibukkan adalah cara paling baik untuk berfikir dengan tenang. Beri masa untuk berehat supaya kamu boleh berfikir dengan lebih rasional serta tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luar

Ini adalah masa yang paling sesuai kamu melihat dan menguji kesetiannya. disaat kamu tidak ada di sisinya adakah si dia setia menanti kamu ataupun dia dengan selambanya berdampingan dengan orang lain…

Tidak salah kamu mencuba tips ini kerana apa yang pasti jodoh adalah ditangan Tuhan , cuma kita manusia kadang-kadang tak nampak apa yang ada didepan mata.

Artikel best nie diperolehi dari Virtual Friends

mengekalkan sebuah persahabatan

Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan…

Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.

Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Daya pemikat pada manusia

Jika kita melihat seorang lelaki yang pada pandangan kita bukan tergolong dalam kategori macho bersama pasangan yang cantik, pasti terlintas di fikiran kita "apa daya pemikat yang ada pada lelaki tersebut".

BEBERAPA tokoh terkenal di dunia membuktikan bahawa golongan lelaki tidak memerlukan wajah dan tubuh menarik untuk memperoleh wanita cantik sebagai isteri mereka.

Tokoh-tokoh terkenal itu yang berjaya membuktikan mereka tetap mendapat gadis jelita itu adalah ahli perniagaan Australia, James Parker, penyanyi terkenal, Billy Joel, penulis lagu, Lyle Lovett dan taikun Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Parker kini berkahwin dengan model jelita dan penyanyi, Erica Baxter manakala Joel yang berumur 55 tahun pada Oktober 2004 berkahwin dengan selebriti televisyen yang berusia 23 tahun, Katie Lee.

Lovett pula yang memiliki wajah tidak tampan pernah mendirikan perkahwinan dengan aktres jelita dan terkenal di dunia iaitu Julia Roberts.

Trump yang merupakan taikun terkenal selepas menerbitkan program realiti The Apprentice juga berjaya memikat gadis jelita, Melania Knauss dari Slovenia dan mereka mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2005.

Dalam satu kajian yang mendedahkan rahsia daya tarikan, para psikologi kini membongkar kesan kejayaan dalam permainan ‘temu janji.’

Bagi kebanyakan pihak, ia merupakan satu kejutan kecil.
Golongan wanita tidak semestinya terpikat dengan gaya fizikal lelaki tetapi lebih kepada pengaruh, kuasa, kekayaan dan status.

“Wajah tidak dianggap sebagai sesuatu yang penting kepada wanita.

“Mereka lebih melihat beberapa perkara lain seperti kewangan dan keselamatan,” kata seorang penulis buku dan pakar psikologi, Viren Swami.

Kajian itu yang terdapat dalam buku The Psychology Of Physical Attraction turut memuatkan daya tarikan lain yang terdapat pada bentuk pinggang.

Menurut buku itu, orang ramai yang terlibat dalam kemalangan dipercayai akan mudah diselamatkan jika mempunyai berat badan normal berbanding dengan rakan mereka yang memiliki berat berlebihan.

Bagaimanapun, untuk menjadi daya penarik untuk lelaki, tubuh badan langsing bukannya satu penentuan yang dianggap sebagai penting.

Apa yang lebih penting adalah nisbah pinggang dan pinggul seseorang wanita.

Seorang penulis buku, Andrian Furnham berkata, jika nisbah pinggang dan pinggul itu adalah rendah, daya tarikan itu akan menjadi lebih menarik seperti aktres Scarlett Johansson dan Marilyn Monroe.

Furnham berkata, masyarakat kini sudah berubah untuk menilai ketampanan seseorang lelaki dengan meninggalkan bentuk badan seperti watak Tarzan kepada bentuk tubuh aktor terkenal, Brad Pitt.

“Kita semua terlibat untuk mencari daya tarikan yang dimiliki oleh manusia.

“Bagaimanapun, petunjuk bagi mengiktiraf kecantikan sudah berubah sejak bertahun-tahun lalu,” katanya.

“Kami masih meneliti beberapa petunjuk lain seperti kesihatan dan wajah yang berbentuk simetri dianggap mempunyai daya penarik kerana orang ramai mengaitkannya dengan kesihatan selain mampu melahirkan anak-anak yang sihat.

“Ketika ini, kita menghakimi seseorang dengan hanya melihat tubuh badan mereka dan kemudian meneliti ciri-ciri kecantikan wajah yang dimiliki mereka,” tambahnya. – Agensi

Do U Love Me Or Not?

Love is like a river, or maybe a deep blue sea.
Love flows on forever, always and endlessly.
Love is something special, something you can't touch or see.
Love is amazing, this thing I feel for you and you for me.
I'm not afraid of death,
I'm not afraid of dying.
I'm not afraid of heartbreak
and I'm not afraid of crying.
The only thing I fear of ever really coming true,
is living this fearless life without you.

~ Elena Zamora

Lima Alasan Tinggalkan Si Dia

1. Tiada toleransi atau bertolak ansur.

Lelaki mesti sedar wanita bukan lagi seperti dulu yang banyak mengikut kata pasangan. Kebanyakan wanita sekarang ada pencapaian diri dan berpengetahuan luas.

Maka keyakinan diri mereka tinggi. Jadi, bagaimana wanita hendak meneruskan hubungan dengan pasangan yang tiada toleransi atau ingin mengikut kata mereka saja?

2. Tiada kepercayaan.

Dalam perhubungan, sifat percaya haruslah menjadi keutamaan. Pasangan yang sering syak wasangka dan tidak percaya akan menyebabkan wanita ‘tawar hati’ untuk memadu kasih.

3. Tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab.

Lebih-lebih lagi jika lelaki tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bukanlah bererti wanita bersikap materialistik, tapi seseorang lelaki harus membuktikan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab apabila hidup bersama kelak.

4. Tiada keikhlasan.

Apa gunanya menjalin hubungan dengan seseorang yang tidak ikhlas mencintai kita. Tiada ertinya kasih sayang andainya lelaki hanya mahu mempergunakan kita untuk sesuatu kepentingan atau mempermainkan perasaan saja.

5. Tidak matang.

Memanglah nampak comel jika seseorang lelaki ada sifat manja dan kebudak-budakkan. Tapi, janganlah pula mereka menunjukkan sikap tidak matang dalam semua perkara. Wanita perlukan lelaki matang dalam membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Takkanlah wanita pula yang perlu lakukan semua itu!

Mencari Cinta Sejati

Kecewa dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’.

Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya?

Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.

Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.

Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.

Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?

# Dia sahabat terbaik anda

Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.

Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.


# Punya banyak persamaan

Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap.

Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

# Kepentingan anda adalah segalanya

“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan).

Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.

Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari.

Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.

# Cinta tanpa syarat

Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda.

Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya?

Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.

# Sentiasa bersedia jadi pendengar setia

Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.

# Sering menepati masa

Untuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal.

Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.

# Gerak batin atau naluri

Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing.

Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.

Wanita Solehah Mengatasi Paras Rupa

Sabda Rasullah s.a.w:

“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.

Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.

Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.

Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya.

Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.

Melakukan Aktiviti yang Berfaedah

Menuntut ilmu amat penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat untuk diri dan rumah tangganya. Setiap saat yang berlalu tidak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Malah, dipenuhi dengan apa sahaja aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan sama ada berbentuk majlis ilmu, membaca bahan bacaan yang melibatkan isu semasa umat Islam atau kitab-kitab muktabar. Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri. Malah, dikongsi bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini. Tidak dilalaikan oleh hiburan yang melampau. Tidak pernah terpengaruh dengan sekelilingnya yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita dan berwaspada terhadap budaya berseronok-seronok yang sedang menyerang muda-mudi masa kini.

Ketika rakan sebaya sedang asyik menikmati masa muda dengan cara berpeleseran, berpacaran, membuat janji temu dengan pasangan masing-masing, dia sibuk dengan kerja-kerja yang berguna untuk agama. Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat, menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti yang berfedah.

Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi tidak pernah dinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah dia meminta agar dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH. Jiwa remajanya yang meruntun ke arah itu ditepisnya dengan iman dan takwa serta keyakinannya terhadap ALLAH. Kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-NYA serta kegigihan untuk menjauhi segala yang diharamkan oleh ALLAH membantu dia menjalani zaman remaja yang penuh cabaran dengan benteng iman dan takwa.

Mana mungkin dia melayan semua bisikan syaitan ke arah itu. Sedangkan dia amat jelas tentang hukumnya. Dia amat sedar akan batasan hubungan itu. Dalam al-Quran, surah al-Nur ALLAH memerintahkan agar wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina.

Mentaati Ibu Bapa

Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya.
Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi:

“Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Israak: 23 – 24.

Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada

Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad r.a yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar r.a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar r.a dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.

Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan wanita-baik1suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.

Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya

Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.

Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” – Surah al-Baqarah: 221.

Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami

Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.

14 pedoman hidup..

1.Musuh paling utama bagi manusia adalah dirinya sendiri.

2.Kegagalan paling utama bagi manusia adalah kesombongan.

3.Kebodohan paling utama bagi manusia adalah sifat menipu.

4.Kesedihan paling utama bagi manusia adalah rasa iri hati.

5.Kesalahan paling utama bagi manusia adalah mencampakkan dirinya sendiri.

6.Dosa paling utama bagi manusia adalah menipu dirinya dan orang lain.

7.Sifat manusia yg terkasih adalah rasa rendah diri.

8.Sifat manusia yang paling dapat di puji adalah semangat keuletannya.

9.Kehancuran terbesar manusia adalah rasa keputus-asaan.

10.Harta paling utama bagi manusia adalah kesehatan.

11.Hutang terbesar manusia adalah hutang budi.

12.Hadiah paling utama bagi manusia adalah lapang dada dan mau memaafkan.

13.Kekurangan terbesar manusia adalah sifat keluh kesah dan tidak memiliki kebijaksanaan.

14.Ketenteraman dan kedamaian paling utama bagi manusia adalah suka berdana dan beramal.

Kuatkan Daya Ingatan dengan

Amalkan Tidur Yang Cukup

- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

- Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum?membeli makanan tambahan.

Bersenam

- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

- Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Rokok Merosakkan Mata

ROKOK bukan saja dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan kanser, tetapi ia juga memberi kesan besar terhadap kesihatan mata dan boleh menjejaskan penglihatan, terutama apabila usia semakin lanjut.

Bagaimana merokok memberi kerosakan kepada mata?

Perokok mempunyai risiko tinggi untuk menghidap katarak lebih awal pada umur muda. Melalui pengalaman saya, ada pemuda semuda usia 34 tahun mengalami katarak pada kedua-dua matanya.

Apabila disiasat, beliau mengakui menjadi perokok tegar yang menghisap 20 batang rokok sehari sejak berusia 16 tahun.

Berdasarkan penyelidikan Universiti Harvard, merokok terbukti antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada pembentukan katarak.

Walaupun berhenti merokok boleh mengurangkan risiko dan kerosakan kepada kanta mata, sesetengah kerosakan mungkin tidak dapat diperbaiki.

Memang semua orang tidak boleh lari daripada katarak apabila umur meningkat, tetapi ada kajian menunjukkan perokok mengalami masalah katarak kira-kira 10 hingga 15 tahun lebih awal berbanding individu tidak merokok.

Kajian menunjukkan rokok “membantu” membentuk katarak dalam dua cara. Pertama, radikal bebas dalam asap rokok menyerang mata secara terus dan berpotensi merosakkan protein dan membran sel pada kanta mata.

Kedua, merokok mengurangkan paras antioksidan dan sesetengah enzim dihasilkan dalam badan yang berfungsi menyingkir protein yang rosak pada kanta.

Bekalan asap rokok yang berterusan lama kelamaan akan menggandakan risiko mendapat katarak.

Merokok juga meningkatkan kemungkinan mendapat kemerosotan makula. Kajian menunjukkan perokok dan bekas perokok mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kerosakan pada retina.

Degenerasi makula boleh menyebabkan kebutaan kekal apabila berlaku perdarahan di dalam retina. Degenerasi makula adalah penyebab utama kebutaan pada mereka yang berumur melebihi 50 tahun.

Ia disebabkan asap rokok boleh meningkatkan risiko berlaku kerosakan pembuluh darah pada saraf optik. Ini menyebabkan kebutaan kekal.

Ada penyelidik mendapati risiko perokok mengalami kemerosotan makula ialah dua hingga dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding bukan perokok. Lebih lama tempoh seseorang itu merokok, risikonya lebih tinggi.

Walaupun perokok berdepan risiko dua kali ganda mendapat kemerosotan makula jika berhenti merokok, tindakan itu jauh lebih baik daripada terus membiarkan asap rokok merosakkan badan dan penglihatan anda kerana risiko ini berkurang perlahan-lahan.

Secara umumnya penglihatan perokok dikatakan kurang baik, terutama ketika memandu pada waktu malam. Penyelidik percaya ia disebabkan kehadiran gas karbon dioksida dalam asap rokok yang menjejaskan penglihatan pada waktu malam.

Mereka yang mempunyai diet tidak sempurna serta merokok dan meminum arak mempunyai risiko mengalami kerosakan kekal pada saraf optik.

Mereka yang mempunyai mata kering dan merokok menyebabkan gejala berlebihan seperti terasa pedih, gatal dan berair.

Bagaimanakah merokok mengganggu kesihatan mata janin dan bayi yang baru dilahirkan?

Kajian menunjukkan ada kaitan di antara kehamilan dan risiko mendapat radang otak ketika janin membesar. Risiko mendapat penyakit meningitis jangkitan kuman adalah lima kali ganda bagi ibu mengandung yang merokok.

Seperkara yang perlu diingat ialah merokok boleh menjejaskan penyerapan nutrien makanan. Asap rokok menyebabkan vitamin C musnah dua kali lebih cepat sebelum ia sempat diserap oleh badan.

Jika berterusan, ia boleh mengakibatkan perokok mengalami masalah kekurangan vitamin C.

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat diperlukan badan untuk melindungi sel daripada tindakan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Jadi walaupun anda rajin mengambil pil vitamin, anda tidak dapat menikmati manfaatnya selagi tidak berhenti merokok.

Senyumlah selalu

Orang selalu kata “Jangan menilai buku dengan kulitnya”
Tetapi hakikatnya majoriti kita menilai benda dengan luarannya
Pabila melihat seorang manusia contohnya
Ramai yang akan melihat luarannya saja

Adakah mancung hidungnya
Adakah gebu kulitnya
Adakah licin dahinya
Adakah seksi bibirnya
Adakah mantap ‘body’ nya
Adakah tinggi dan sasa orangnya

Itu semualah yang dilihatnya
dan itulah yang menjadi fokus utamanya

Manusia ini…

Kerana ingin dilihat menarik
Kerana ingin dipuji molek
Kerana ingin digelar cantik
Ramai yang rela mukanya disuntik
Ramai yang redha mukanya di’plastik’
Belanja wang ringgit untuk fizik terbaik

Aduhai manusia ini…
Kenapa ini yang digilakan
Mengapa fizikal yang dipersoalkan
Kenapa dan mengapa luaran jadi taruhan
Walau cantik ayu dan rupawan
Tapi dalaman kosong tiada bersopan
Wajarkah ia jadi rebutan

Perlu engkau sedari
Memang manusia melihat begini
Fizikal dan luaran tetap dihati
Rupa manis cantik berseri
sentiasa mendapat pujaan hati

Habis…kalau begitu…
Apa yang perlu dibuat olehku
Mengikut manusia jadi begitu
Mengejar cinta berdasar nafsu
Kasih tak dapat lemah dan lesu
Apakah comel,cantik atau ‘handsome’nya seseorang itu
bergantung segalanya pada perkara begitu?

Wahai pemburu cinta sejati

Jika begitu yang manusia mahu
Tak usah gundah tak usah pilu
Ada rahsia yang perlu kau tahu
“Ceriakan wajah mu senyumlah selalu”
Jika ini diamal olehmu
Pasti dikau dipandang tak jemu

Bentuk Keyakinan

Saya tak yakinlah untuk lulus dalam peperiksaan ini?”

“Saya malulah nak tegur dia.”

“Alah, tak payahlah buat betul-betul, mesti kalah punya.”

AYAT di atas antara menunjukkan sikap terlalu merendah diri atau kurang keyakinan diri dan cukup sinonim di kalangan remaja. Sikap negatif yang boleh mengundang keburukan itu perlu dielak dalam usaha remaja mencapai kecemerlangan terutama dalam pelajaran.

Membina keyakinan dalam diri sebenarnya bukanlah mudah. Pelbagai pengaruh dalam diri seseorang remaja itu sedikit sebanyak menghalang mereka membentuk keyakinan diri.

Bagaimanapun, ia tidak bermaksud masalah berkenaan tidak boleh diatasi. Tanamkan sikap positif dan cuba kenal pasti apa sebenarnya maksud keyakinan diri itu.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda memperoleh sikap itu.

- Bertenang

Bertenang adalah perkara paling penting untuk menampilkan diri anda sebagai seorang yang berkeyakinan. Sikap ini perlu ditanam terutama ketika menghadapi masalah atau mahu membuat keputusan tertentu.

Memperlihatkan sikap menggelabah atau kelam-kabut akan membuatkan anda lebih tertekan menghadapi situasi ini. Jangan biarkan emosi menguasai diri kerana ia boleh membuatkan anda lebih tertekan dan marah.

- Jangan khuatir dengan penampilan diri

Keyakinan terhadap diri akan berkurangan apabila anda kerap berfikir atau berimaginasi mengenai apa yang orang lain fikir mengenai anda.

Sikap ini perlu diubah kerana jika terlalu memikirkan, anda tidak akan menjadi diri anda, seterusnya membuatkan anda berasa janggal dengan diri sendiri.

- Bertolak ansur

Selain bertenang ketika menghadapi saat keliru untuk membuat keputusan, anda perlu mengamalkan sikap tolak ansur atau toleransi untuk menghadapi kekeliruan itu. Jika anda dapat menghadapinya, tidak mustahil anda dapat memiliki keyakinan dalam apa saja keadaan.

- Cuba bayangkan yang positif

Apa saja yang kita lakukan dilaksanakan oleh otak yang bertugas selepas mendapat alasan kita. Sehubungan itu, sekiranya anda gagal dalam sesuatu tugas dengan baik, ia kesilapan anda kerana otak hanya melakukan apa yang anda arahkan. Sekiranya anda menyusun setiap tugas dengan sempurna, maka otak akan bekerja dengan lebih baik.

Sehubungan itu, anda perlu bayangkan segala yang positif mengenai apa yang anda akan lakukan. Jika anda membayangkan anda akan gagal, maka tidak mustahil anda akan gagal.

Jika anda membayangkan keyakinan diri dengan kuat dan lebih tenang, ia sudah cukup kuat untuk mendorong diri anda menjadi lebih yakin.

Persahabatan

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Adakah ini harus terjadi???

Sumber: Email fwd

Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh ... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "

"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang.

" Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.

-----------------------------------------

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.

"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaatler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.

"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

-----------------------------------

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.

-------------------------------------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.

--------------------------------------

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.

Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,
demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

--------------------------------------

"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

--------------------------------------

"Abang,Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.

Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan
mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.

"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul... "

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

-------------------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.

-------------------------------------

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.

Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji
Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

-------------------------------------

Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi.

"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi.

"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.

--------------------------------------

"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

-------------------------------------

"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.

"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.

---------------------------------------

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.

Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia
terlelap didakapan papanya.

---------------------------------------

Abang yang Nura rindui,

Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam
kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang.

Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.

Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...

Nura rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... .

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu

Nura Ain Bt. Abdullah

Keyakinan diri

ADA orang selalu berasa kurang yakin dengan diri sendiri baik daripada segi penampilan, perbualan (terutama jika bercakap dengan orang baru dikenali dan mempunyai kedudukan yang dianggap lebih baik) atau kebolehannya membuat keputusan.

Lebih buruk jika ada yang menganggap dia tidak mempunyai imej diri yang baik. Pemikiran negatif seperti inilah yang akan menyebabkan seseorang itu lebih mudah berasa tertekan, gelisah, sukar menumpukan fikiran dan cuba mengelak bercakap dengan orang yang tidak dikenali ketika ada di satu-satu majlis.

Memang diakui banyak faktor di luar kawalan kita yang boleh mempengaruhi keyakinan diri tetapi ada beberapa perkara boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan seperti:

# Berpakaian menarik — Pakaian banyak mempengaruhi emosi seseorang dan boleh mengubah cara anda membawa diri serta berinteraksi dengan orang lain. Tidak perlu membeli pakaian mahal kerana yang penting ialah bagaimana anda memadankan pakaian dengan tudung, aksesori, kasut dan beg tudung supaya kelihatan menarik. Ketidakpadanan antara pakaian dengan tudung atau aksesori boleh membuatkan pakaian mahal tampak murah.

# Berjalan cepat sedikit — Individu yang mempunyai keyakinan diri tinggi kebanyakannya berjalan cepat kerana mereka mengejar masa. Walaupun tidak mengejar masa, cubalah berjalan lebih cepat daripada biasa. Anda akan berasa keyakinan menjadi lebih baik.

Kaedah ini secara tidak langsung boleh menjadi ‘senaman’ kerana anda memaksa badan menggunakan lebih tenaga dan dapat menjimatkan masa. Anda akan mempunyai lebih masa untuk melaksanakan tugas harian.

# Belajar postur badan yang baik — Jangan membongkok. Postur badan yang kurang baik akan memberi gambaran kepada orang lain bahawa kita kurang keyakinan diri dan tidak merasakan dirinya penting.

Mengamalkan postur badan yang baik sama ada ketika duduk atau berdiri secara automatik membuatkan anda berasa lebih yakin dan selesa dengan diri sendiri.

# Cari kelebihan diri sendiri — Ramai orang tidak sedar mereka mempunyai lebih banyak pemikiran negatif. Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, berdasarkan kajian, apabila ditanya mengenai bentuk emosi, kebanyakan orang akan menyenaraikan lebih banyak emosi negatif berbanding emosi positif.

Pemikiran negatif seperti inilah yang menyebabkan kita selalu melihat orang lain lebih baik sedangkan setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Cuba senaraikan kelebihan anda dan buat satu karangan mengenainya. Bacakan karangan ini di depan cermin setiap kali anda berasa kurang yakin dengan diri sendiri.

# Bersyukur — Luangkan masa setiap hari untuk bersyukur ke atas apa yang anda miliki. Sebenarnya anda mempunyai terlalu banyak perkara perlu bersyukur kepada Tuhan, antaranya perkahwinan, keluarga, dianugerahkan anak (walaupun anak angkat), pekerjaan yang baik, kejayaan lampau dan kemahiran.

Jika tidak memiliki walau satu pun daripada disenarai di atas, anda masih perlu bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Kita berdoa dan meminta banyak perkara daripada Allah untuk menikmati hidup tetapi Allah memberi kehidupan supaya anda boleh menikmati semua yang diminta tadi.

# Jangan kedekut dengan pujian — Apabila kita berpandangan negatif pada diri sendiri, kita secara tidak langsung (tanpa disedari) mempamerkan perasaan itu pada orang lain. Belajarlah memuji orang dengan ikhlas.

Ia bukan saja akan membuat orang dipuji berasa senang hati tetapi boleh menjadi pembuka kepada perbualan. Elak terbabit dalam gosip (mengumpat), terutama jika ia membabitkan rakan sekerja.

Mengumpat akan mengundang lebih banyak perasaan dan pemikiran negatif kepada anda.

# Duduk di depan — Di seluruh dunia, tidak kira sama ada di sekolah, universiti atau perhimpunan umum, kebanyakan orang lebih suka memilih untuk duduk di belakang. Untuk meningkatkan keyakinan, belajarlah duduk di barisan depan bagi mengatasi ‘ketakutan’ yang tidak rasional itu.

Duduk di barisan depan membolehkan anda melihat, mendengar dan mendapat maklumat dengan lebih jelas. Malah, mempunyai lebih peluang untuk bertanya. Dengan duduk di depan, anda lebih mudah dikesan individu penting yang memberi taklimat.

# Ambil peluang bercakap — Di dalam perbincangan kumpulan, cuba bercakap atau memberi pandangan walaupun sekali. Ini akan meningkatkan keyakinan anda untuk bercakap di depan orang ramai dan lebih yakin dengan pandangan anda.

# Bersenam — Tahap kesihatan dan kecergasan memberi banyak kesan ke atas keyakinan seseorang. Individu yang mempunyai berat badan seimbang biasanya lebih yakin dengan diri sendiri.

Kita akan berasa kurang yakin apabila tidak selesa dengan badan sendiri akibat masalah berat badan dirasakan tidak cantik atau menarik. Bersenam bukan saja penting untuk meningkatkan kesihatan, tetapi ia juga akan memperbaiki bentuk badan kita.

# Murah dengan senyuman — Senyuman memberi kesan positif secara langsung kepada diri sendiri. Ia akan membuatkan kita berasa gembira dan tenang. Malah senyuman juga boleh melindungi keresahan hati dan ia boleh membuatkan anda tampak lebih yakin.

Resepi Kebahagiaan

Resepi kebahagiaan antara pasangan yang berkasih sayang ialah saling tolak ansur selain percaya di antara satu sama lain. Apabila melihat pasangan begitu mesra sama ada ketika berdua-duaan dalam kereta, makan malam atau menonton wayang, pasti ada yang menjeling.

Pastinya setiap pasangan mahukan insan yang tersayang saling menyayangi bahkan mengharapkan hubungan kekal selamanya.

Namun, tidak kurang pula yang menaruh curiga kepada si dia justeru cuak jika hatinya diintip orang lain.

Bagi wanita yang belum berpunya, tentu mengharapkan kekasih hati tidak ada dua di hatinya. Bagitu juga apabila sudah melayari mahligai bahagia, pasti mereka mengharapkan ia berterusan sampai bila-bila.

Bagi lelaki yang sudah bergelar suami, mereka turut mengharapkan perkara yang sama. Kehangatan kasihnya biarlah bersemadi tanpa direnggut sesiapa dan hanya kematian memisahkan mereka.

Untuk menikmati indahnya berkasih, mungkin petua yang dititipkan ini mampu menjadi panduan berguna. Semaklah semoga ia boleh menjadi prinsip yang memantapkan lagi hubungan bersama.

# Keinginan untuk berbicara dengan pasangan sering ada.

Pasangan yang bahagia selalunya akan sering ada keinginan untuk bercakap-cakap.

Walaupun kadang kala, tidak ada topik khusus untuk dibualkan tetapi dalam minda memang akan sering ada rasa keinginan untuk berbual-bual itu.

Tetapi ada ketikanya, anda akan terasa untuk duduk bersendirian terutamanya waktu angin penuh badan atau api amarah tengah bernyala. Tidak mengapa justeru lelaki memang ada ketikanya tidak mahu diganggu. Tetapi kalau sepanjang masa tidak mahu diganggu isteri, ada masalah sedang melanda jiwa anda.

# Selalu ingin bersama dengan pasangan

Walau di mana anda berada, pasti akan ada rangsangan untuk sentiasa berada bersama pasangan kecuali jika terpaksa. Jika di luar rumah, pastinya terasa kekok apabila si dia atau isteri tiada di sisi sehingga kekok dan serba tidak kena.

# Ungkapan kata-kata manis pada pasangan sering diucapkan

Wajib buat pasangan mana pun untuk bercakap hal yang manis-manis dan penuh keikhlasan. Siapa yang tidak suka kalau orang lain bercakap dengan kata-kata yang lembut dan berhemah dengan dirinya? Tentu tidak bukan.

Cakap lembut, berhemah, mesra dan segalanya yang penuh kesantunan pasti membuatkan air bergelora menjadi tenang. Tetapi karektor sama sekali berubah nadanya kalau tengah marah sehingga sukar menyusun kata dan memaniskan kata-kata serta melembutkan suara. Sesekali mungkin dimaafkan tetapi jangan selalu!

# Senantiasa memberi salam

Ucapan salam itu mampu melahirkan kecintaan tanpa nafsu kerana dengan memberi salam, anda sudah membuatkan si isteri rasa si suami senantiasa mendoakan kesejahteraannya.

# Sentiasa bertanya khabar

apabila berjauhan seringlah bertanya khabar kerana ia membuatkan si dia atau isteri bahagia. Memang sangat perlu walaupun anda tahu si isteri memang sihat, tidak salah berbuat demikian. Kalau itu sentiasa dibuat, isteri akan terasa betapa dirinya disayangi.

# Saling mengucapkan terima kasih

Baik suami atau isteri masing-masing ada peranan dan tugas harian untuk keluarga. Justeru tugas yang ada dan dilaksanakan itu, rajin-rajinlah mengucapkan terima kasih. Terima kasih pada isteri kerana memasak, kerana melayan kehendak anda dan kerana jaga anak-anak dengan baik serta paling penting, terima kasih kerana dia menyayangi dan mengasihi diri anda sepenuh hatinya.

# Bergurau senda sentiasa

Ketiak melihat pasangan bergurau senda tentu ada yang iri terhadap mereka. Apa lagi jika pasangan berkenaan sudah berumur tetapi masih usik-mengusik sesama mereka nampak mereka begitu bahagia.

# Beri sanjungan dan pujian ikhlas

Siapa yang tidak suka dipuji? Baik suami, baik isteri, baik anak-anak, semuanya suka jika disanjung dan dipuji. Tetapi dalam memuji, berpada-padalah. Jangan puji yang tidak realistik. Pujilah walau sedikit tetapi kerap, walaupun atas perkara yang kecil. Isteri pakai baju cantik, isteri masak sedap, isteri kemaskan rumah, isteri basuh dan gosok baju anda, itu semua ruang untuk anda memberi pujian, walaupun mereka tidak mengharapkannya.

# Memanjakan pasangan

Ini pun antara yang boleh menambahkan rasa sayang pasangan juga kalau dibuat. Bukan manjakan apa pun, tetapi kalau isteri selalu memasak untuk anda, apa kata sesekali ajak dia makan di luar dan mungkin lokasinya agak eksklusif atau biasa-biasa saja tetapi cukup membuatkan dia diharga. Jika berpenat selama ini, sekurang-kurangnya suami amat menghargainya.

# Berani berbohong demi menjaga perasaan pasangan

Ini bukan bohong apa tetapi berbohong yang tidak memudaratkan. Tidak salah kata isteri masak sedap, walaupun tidak berapa sedap sebenarnya. Begitu juga jika ada benda yang isteri tidak sepatutnya tahu, tidak salah berbohong. Sebab kalau terlalu telus dan tulus yang akan melukai hati isteri, simpanlah dalam diri sendiri atau berbohonglah seadanya.

Ibu-ibu dan bapa-bapa, peluk anak mu setiap hari

Membesarkan anak adalah pengalaman berharga buat mereka yang bergelar ibu bapa. Melalui proses sejak kecil sehingga menuju kedewasaan, orang tua bakal berdepan pelbagai pengalaman.

Kata bijak pandai, acuan yang baik diasaskan ketika anak masih kecil kerana ia bakal menjurus kepada pembentukan seterusnya.

Bahkan, ada yang mengatakan proses pembentukan terbaik adalah ketika masih dalam kandungan kerana di situ bermulanya asas terbaik.

Namun, ramai yang mengeluh kerana sikap anak-anak kini yang di luar kawalan disebabkan pengaruh rakan sebaya yang boleh menggoyahkan disiplin diri.

Justeru, renungkan pelbagai kaedah berikut yang boleh membantu dari segi pembentukan diri anak:

# Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.

# Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

# Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

# Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

# Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).

# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

# Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).

# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

# Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

# Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

# Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.

# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

# Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.

# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

# Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

# Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa

Awak Anugerah Terindah Pernah Saya Miliki

Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me

Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…

Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti

Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak guna

Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak

Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-hari

Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu aje

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak
Hari ni saya nampak awak dari McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi

Awak
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak fokus kat tv

Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih

Awak
Esok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak

Awak
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati

Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak

Sebab mengapa doa kita tidak dimakbulkan

Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya?

Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”


Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.

Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:

- Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

- Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

- Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

- Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

- Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)

- Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)

- Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

- Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

- Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

- Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”

Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan.

Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...