Monday, December 13, 2010

Kemaafan hapuskan dendam

Antara kemarahan, dendam dan kemaafan. Tiga istilah itu berada pada situasi berbeza, namun ia berkait rapat antara satu sama lain.

Marah, dendam dan maaf, sudah tentu kemaafan yang lebih utama, tetapi terdayakah kita untuk melupakan sesuatu perkara yang membangkitkan kemarahan begitu saja, khu susnya perkara sensitif dan memberikan maaf kepada orang terbabit?

Dendam biasanya terhasil daripada perasaan marah, iaitu suatu perasaan membuak-buak apabila ditahan seseorang dirinya kerana tidak terdaya atau dipendam untuk me lepaskannya pada satu-satu ketika.

Perasaan marah yang ditahan dan terpendam di dalam batin hati itu kemudian bertukar menjadi perasaan lain, dipanggil dendam, yang mungkin mengakibatkan senario berpan jangan.

Dendam boleh diertikan sebagai perasaan berat hati yang bercampur perasaan benci terhadap seseorang yang ber terusan atau dalam beberapa waktu. Dendam, jika dituruti boleh mengakibatkan perkara lain yang tercela, antaranya:

- Perasaan hasad, iaitu menaruh rasa suka apabila pihak yang didendam itu ditimpa bala bencana atau kesusahan dan berduka sekiranya pihak terbabit mendapat kesenangan.

- Memutuskan perhubungan baik sekalipun pihak yang didendam tetap ingin mengekalkannya.

- Tidak bersedia untuk menerima atau memaafkan pihak terbabit sebagai tanda memandang hina dan rendah ke padanya.

- Berdusta ke atasnya, mengumpatnya dan mendedahkan keburukan atau maruah yang sepatutnya dipelihara.

- Mengejek dan memperlinya.

- Memusuhi dan menganiayainya.

Sekiranya perasaan dendam seseorang mendorong dirinya kepada tindakan seperti di atas, sudah tentu keadaan menjadi bertambah buruk dan hukumnya menjadi haram.

Tetapi lain halnya jika dendam itu tidak mendorong kepada tindakan terbabit dan perkara maksiat lain, bahkan hanya terpendam di dalam hati, tanpa diingkari hatinya, sehingga boleh menegah dari melakukan perkara yang disunatkan terhadap pihak yang didendam, seperti berwajah manis, bersikap lemah lembut, mengambil berat, menyampai hajat, bekerjasama dalam kerja bermanfaat.

Begitupun, semua ini boleh mengurangkan nilai dan darjat seseorang dalam beragama, menghalang daripada mendapat kurniaan pahala yang melimpah dari Allah, walaupun tidak mendedahkan diri kepada azab.

Justeru, langkah yang paling selamat ialah mengekalkan keadaan sebelum berlaku dendam. Malah, jika terdaya tam bahkan lagi kebaikan sebagai jihad nafsu kita dan menolak pujuk rayu syaitan.

Sementara itu, orang yang didendam atau pihak kena dendam pula, dia mungkin mengambil tindakan tertentu terhadap pihak yang berdendam, iaitu: 1. Mengambil tindakan yang setimpal dan yang dirasakan berhak diterima dari perbuatannya dengan tidak terlebih atau kurang. Tindakan seperti ini dipanggil keadilan atau mencari keadilan.

2. Berlaku ihsan kepada pihak yang berdendam, seperti memberikan kemaafan. Ini disebut kemuliaan. Orang seperti ini sungguh mulia hati budinya.

3. Menzalimi dan menganiayai orang yang berdendam dengannya dengan sesuatu yang sememangnya tidak berhak menerimanya. Ini disebut penganiayaan.

Pihak yang memilih tindakan yang ketiga adalah tergolong manusia yang berakhlak rendah, tindakan kedua termasuk golongan soleh dan pertama adalah pilihan golongan si ddiqin.

Islam mengharuskan mengambil tindakan yang adil ter hadap mereka yang menyebabkan kita marah (atas ke benaran), iaitu yang disebut 'al-adl' namun Islam lebih cenderung menggalakkan tindakan peringkat yang lebih tinggi dari itu, iaitu memberikan kemaafan. Inilah yang disebut 'al-ihsan' iaitu berbuat baik atau bersikap baik.

Mungkin ada pihak bertanya, mengapa pula tidak di galakkan untuk melakukan sesuatu tindakan terhadap orang yang berdendam, selagi tindakan itu adil dan saksama?

Sebenarnya bukan mudah untuk melakukan sesuatu tin dakan tanpa melebihi dan mengurangi, dengan tindakan yang dilakukan ke atas seseorang. Malah, selalunya tindak balas melebihi dari batas yang saksama dan ini menunjukkan ada kesulitan.

Justeru, sebagai langkah selamat dan menjamin kebaikan di antara pihak yang berdendam dan kena dendam ialah memberikan maaf.

Islam memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan suatu tindakan, namun hanya dengan menahan marah masih belum dapat mengikis pe rasaan dendam di dalam hati.

Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana dengan kemaafan boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam.

Mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusul dengan kemaafan dapat membersihkan hatinya daripada perasaan dendam.

9 sebab hati tidak bahagi

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..- derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. - Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahny

10 Perkara Yang Buat Lelaki Sedar

1. Saat teman wanita atau isteri memasakkan makanan kesukaannya.

2. Saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang didampinginya itu lebih suka menonton filem-filem berunsurkan kisah percintaan.

3. Saat wanita yang biasa didampinginya tiba-tiba muncul tanpa diduga olehnya hanya untuk menonton mereka bermain bola sepak atau bowling.

4.Saat wanita yang biasa didampingi menghilang dari kehidupannya. Ketika inilah lelaki akan sedar bahawa mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya.

5. Saat lelaki melihat mata wanita dipenuhi air mata bahagia, ketika mereka mengucapkan, "Sayang, aku cinta padamu..."

6. Saat wanita membelikan tali leher yang sudah lama menjadi perhatiannya.

7. Saat wanita lebih memilih dirinya daripada lelaki lain yang sama-sama dekat dengan anda.

8. Saat wanita menelefon dan hanya untuk mengatakan, "Aku mencintaimu".

9. Saat wanita mengandaikan merekalah yang dapat menyelesaikan persoalannya.

10.Saat wanita mengajak mereka menemaninya untuk berjumpa doctor hanya kerana dia mengadu sakit.

9 langkah asas dalam menghadapi masalah

Langkah-langkah tersebut adalah :

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

Di mana hendak diperoleh teman sejati?

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar.

Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman. Sabda baginda: Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?

Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatupadukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana (surah al-Anfal: 63). Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan ajaiban. Mereka hapuskan dalam diari hidup perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah.” Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Sama ada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagi-Nya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraisy yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan – ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu.” Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku.” Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.

Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini. Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredaan-Nya. Mereka menolong (agama) Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa- apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang- orang yang beruntung. Adapun orang- orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (surah al-Hasyar 8-10). Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan berasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat. Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas-menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredaan itu dicapai dengan sering tolong- menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?” Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.” Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita (hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah. Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mi’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w. menyebut: Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah (riwayat al- Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Cerita

Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan. Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama Tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti sama ada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan Tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.

Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar dicari. Bukan perniagaan atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan Rasul-Nya maka akan menjadi sangat rakus, biadab, penuh kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh kemunafikan. Kepentingan diri masing-masing kadangkala bagai Tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh Tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan. Firman Allah dalam surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya Tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuan-Nya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.

Betapa ramai orang politik yang dikelilingi para pengikutnya, lalu mereka hilang apabila kuasa tiada lagi. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu bersalaman. Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.

Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda. Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta. Jika anda hidup dalam iklim sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.

Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah reda, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan. Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa (surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman sejati.

- - DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...