Sunday, December 5, 2010

Krisis pemikiran lemahkan islam

Petikan dari : http://www.utusan.com.my


Tradisi intelektual dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada pembentukan sesebuah tamadun. Ini kerana sesebuah tamadun itu dianggap terbina apabila manusia yang berada di dalamnya itu ‘hidup’.

Maksud kepada ‘hidup’ itu ialah manusia sendiri berfikir mencari penyelesaian kepada setiap situasi yang dihadapinya. Dan, kerana itulah Islam telah meletakkan kedudukan manusia secara jelas berbeza dengan lain-lain makhluk lain yang hidup.

Islam tetap melandaskan kehidupan berasaskan kepada ilmu kerana melalui kecergasan dan kecerdasan berfikirlah maka akan menentukan lahirnya sebuah peradaban. Melalui ayat pertama, iaitu wahyu yang diterima oleh Nabi Muhamad SAW ialah berkaitan dengan “ilmu”.

Baginda seorang manusia yang dipilih sebagai perantara manusia dengan Allah SWT sebagai Pencipta alam semesta terlebih dahulu mengajar baginda melalui kalam-Nya. Nabi Muhamad SAW yang buta huruf, tidak tahu membaca dan menulis diajar melalui perantaraan malaikat.

Berpandukan petunjuk yang terdapat dalam al- Quran, manusia juga diharapkan mampu menyelaminya secara mendalam tanpa menjadikan perbezaan pendapat sebagai sesuatu yang merosakkan kehidupan mereka sendiri.

Perkembangan tersebut menjadikan Islam telah lahir sebagai sebuah tamadun besar sehingga mampu mempengaruhi kehidupan manusia sejagat. Kelahiran tamadun Islam telah melepaskan belenggu kegelapan yang sedang melanda Eropah setelah runtuhnya tamadun Greek dan Yunani. Tradisi intelektual berkembang pesat sehingga mampu mengatasi tradisi intelektual yang berasaskan falsafah pemikiran yang dikongkong oleh pendekatan Greek dan Yunani.

Namun dalam masa yang sama, kemunculan beberapa kumpulan pemikir yang membahaskan persoalan kehidupan manusia telah mencambahkan lagi perkembangan korpus pengetahuan dan asas falsafah.

Tradisi ini tidak menyebabkan banyak persengketaan, meskipun antara murid dan guru berbeza pendapat terhadap sesuatu perkara kerana antaranya mempunyai pegangan yang kuat terhadap kejernihan sifat Rasullullah dan perintah Allah SWT.

Mereka semakin dekat dengan kezuhudan dan terus mencari ruang berserah diri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaan-Nya.

Berbeza dengan suasana masyarakat Melayu-Islam. Tradisi perkembangan intelektual tidak menggalakkan perbincangan dan dialog secara terbuka dilakukan, sebaliknya mereka yang berilmu mengambil peluang untuk menundukkan pemikiran masyarakat di sekelilingnya.

Pertembungan pendapat menjadi sesuatu yang negatif dan amat menakutkan sehingga menyebabkan lahirnya sikap jumud dan taksub.

Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan oleh Syed Hussin Al-Attas, Intellectuals in Developing Societies, disebabkan oleh tradisi feudal menjadikan masyarakat di negara-negara membangun tidak menggalakkan perkembangan intelektual.

Perangkap minda itulah akhirnya telah mencorakkan bentuk masyarakat di negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Ia turut menyebabkan sebahagian daripada umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan.

Perpecahan itu juga telah menyebabkan ada di antara kumpulan itu mengasingkan diri daripada kumpulan yang lain, sehingga sanggup mengisytiharkan permusuhan yang mesti dihapuskan.

Antara keduanya seolah-olah sudah tidak ada lagi jalan perdamaian yang boleh dirintis untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatupadu atas pelantar Islam sendiri.
Lantaran ada anggapan bahawa perpecahan merupakan takdir yang tidak dapat diubah kerana sepanjang sejarah, umat Islam selalu berbeza pendapat dan bertengkar.

Memangnya dalam Islam, perbezaan pendapat atau dikenali sebagai ikhtilaf seringkali berlaku. Menurut Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Adab Iktilaf: Formula Mengekalkan Perpaduan Ummah (2009), ia merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan berlaku dalam banyak urusan berkaitan peribadi, rumahtangga, masyarakat dan juga negara.

perundangan

Turut berlaku perbezaan pendapat ialah dalam perundangan Islam, iaitu yang berkaitan dengan perkara cabang syariat di mana dalam sesuatu isu, kita menemui dua tiga pandangan ulama.

Menurut penulis itu lagi, ”Bagaimanapun sehingga ke hari ini, kita tidak pernah melihat perbezaan pendapat seumpama ini mencetuskan perpecahan, pertumpahan darah dan peperangan besar sesama umat Islam di negara Islam.

Ini kerana ulama dan umat Islam sangat berpegang kuat dengan etika berselisih pendapat atau adab al-Ikhtilaf dan adab al_ikhtilaf ini, menjadi formula unggul dalam mengekalkan perpaduan ummah.”

Tetapi yang menjadi semakin jelas dalam perkembangan lain, perbezaan pendapat telah menyebabkan bukan sahaja berlaku sengketa, malah mengundang perpecahan umat Islam disebabkan oleh perspektif kumpulannya sahaja yang betul dan benar.

Telah berlaku peperangan antara kumpulan yang mengakui dirinya sebagi pembawa obor Syiah sehingga menyebabkan mereka yang berada dalam kelompok sunni menjadi mangsa serangan. Mereka kemudian saling berbalas serangan.

Dalam memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah Allah di dunia, kita diasak dengan perbezaan pandangan mengenai beberapa perkara sehingga melahirkan pelbagai mazhab.
Umat Islam seakan-akan berpecah dalam kelompok mazhab Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi secara dasar, dan ada pula yang mengambil sikap mengakui bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa hubungkait dengan mazhab.

Selain itu ada juga mazhab fiqh lain, meskipun tidak sebesar mazhab yang empat tersebut seperti Zahiri dan Ja’afari. Secara ringkas, mazhab-mazhab besar ini semuanya bersumber kepada sumber yang sama.

Namun mengapa ada pengikut-pengikut Abu Hanifah menentang pengikut mazhab Syafie.? Mengapa pengikut Hambali mengecam pengikut Syafie? Mengapa Syiah mengkafirkan Ahlul Sunnah Waljamaah? Wahabi menyesatkan ahlu sunnah, Wahabi juga mengkafirkan umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka.

Dari perspektif kepunyaan sesuatu mazhab itulah adakalanya umat Islam mengambil sikap memilih kelompok Muslim tertentu sahaja. Tidakkah ini menggambarkan telah berlaku perpecahan di kalangan umat Islam?

Dan kerana itu kita mungkin turut bertanya: Betulkah perpecahan dalam Islam sudah merupakan takdir? Atau mungkin pula sebahagian daripada kita akan membuat kesimpulan secara mudah berdasarkan hujah bela diri (determinism argumentation),” perpecahan tidak dapat dielakkan, karena sepanjang sejarah kita selalu pecah” dan menunjukkan dalil al-Quran dan hadis untuk mewajarkan perpecahan itu.

Perpecahan berlaku kerana setiap orang atau kumpulan tertentu merasakan bahawa pendapat kelompok merekalah yang paling benar. Lebih menakutkan lagi ialah apabila ada percubaan untuk mempertahankan pendapat tersebut secara total sehingga menganggap pendapat yang berbeza itu sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan akidah dan menjerumuskan ke pelantar kafir. Sikap inilah yang merugikan umat Islam, dan amat dibenci dalam Islam sehingga menamakan kumpulan tersebut sebagai musyrik.

“Orang yang memecahkan agamanya menjadi beberapa golongan, kemudian setiap golongan merasa bangga dengan golongannya.” (QS.23:53)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, dan diterima dari Muadz bin Jabal, disebutkan:

Serulah umat yang buat ma’aruf, dan laranglah berbuat mungkar sampai nanti ada suatu saat ketika orang mengikuti kebatilan, menaati hawa nafsunya, dan mengistimewakan dunia. Dan di zaman itu, orang merasa i’jab dengan pendapatnya sendiri.

Memiliki pendapat, menyakininya dan menyebarkannya tidak dilarang dalam Islam. Yang diharamkan ialah menjadikan perbedaan pendapat itu sebagai bibit perpecahan atau beranggapan bahwa pendapat kita adalah satu-satunya kebenaran. Islam mengamalkan prinsip toleransi, dan tidak melarang kepada perbezaan pendapat. Ini ditegaskan oleh Allah SWt melalui firman-Nya Dan berpeganglah kami semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-cerai… (Surah ali-Imran: 103)

Pada fuqaha sepakat menyatakan bahawa fiqh merupakan hasil ijtihad mereka melalui metode berfikir tertentu. Kerana method yang mereka gunakan berbeza-beza, maka hasilnya pun berbeza-beza. Setiap fuqaha yang melakukan ijtihad akan mendapat pahala, baik hasil ijtihadnya benar ataupun keliru. Mereka berpegang pada prinsip ijtihad yang menyatakan bahawa apabila seorang hakim melakukan ijtihad dan hasilnya ijtihadnya itu benar, maka ia akan mendapat dua pahala, dan apabila hasil ijtihad itu keliru, maka ia akan mendapat satu pahala.

keliru

Tidak seorang pun di antara mereka mengetahui apakah hasil ijtihadnya itu benar ataupun keliru. Mereka melakukan ijtihad agar tidak terjadi kekosongan hukum tentang suatu tindakan semata-mata kerana menjunjung perintah Allah .

Bahkan, para khalifah sekalipun tidak bersikap fanatik terhadap hasil ijtihadnya. Bagi memecahkan sebarang perbezaan pendapat, mereka membanding-bandingkannya dengan lain-lain pendapat daripada mazhab-mazhab tersebut. Daripada penilaian dan urutan penaakulan pemikiran itu akhirnya diambil satu keputusan yang menjadi rujukan umum. Khalifah Umar bin Khattab mengatakan:
“Hai manusia sesungguhnya pendapat yang benar itu hanya pada Rasulullah saw, kerana Allah swt memperlihatkan kebenaran itu kepadanya. Ada pun pendapat yang kita hasilkan hanya merupakan perkiraan dan usaha sungguh-sungguh. Oleh sebab itu, laksanakanlah apa yang disunahkan Allah swt dan Rasul-Nya, dan janganlah menjadikan pendapat yang keliru sebagai sunnah.”
Kesedaran di atas dimiliki oleh para pendokong mazhab. Mereka semua mengatakan bahawa apabila ada hadis atau pendapat yang lebih kuat dan lebih baik daripada pendapatnya, maka itulah keputusan yang harus diterima.

Kesedaran ini menunjukkan bahawa para imam menganjurkan kepada para pengikutnya agar membuang hasil pemikirannya apabila mereka menemukan hasil pemikiran yang lebih kuat. Di samping itu, mereka mengkehendaki lahirnya amalan toleransi antara umat dan menghilangkan sikap fanatisme terhadap sesuatu pendapat, agar umat tidak terus menerus dilanda bebalisme.

Kita tidak suka, tapi kenapa kita buat juga?

Waktu begini Saya ingin tarik perhatian sahabat dalam menyusuri tazkirah hati ini. Marilah kita renungkan bersama-sama semoga yang kurang akan dapat kita perbaiki, yang baik akan di permolekkan lagi yer.
Tazkiah Bagi Hati
Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?
Kita suka bila kita disanjungi, tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
Kita tidak suka di caci, tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?
Kita tidak suka dikhianati, tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
Kita tidak suka dibenci, tetapi kenapa kita suka membenci orang?
Kita tidak suka disakiti, tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?
Kita tidak suka dipersalah, tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
Kita tidak suka dikritik, tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?
Kita tidak suka hak kita dirampas, tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?


Kalau kita ingin dihormati, kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain dahulu.

Kalau kita ingin dihargai, kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain.

Kalau kita ingin difahami, kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain.

Kalau kita ingin dikasihi, kita juga mesti belajar untuk mengasihi orang lain.

Kalau kita ingin disayangi, kita juga mesti belajar untuk menyanyagi orang lain.

Kita suka bila kita dipercayai
Kita suka bila kita dihargai
Kita suka bila kita dihormati
Kita suka bila kita dikasihi
Kita suka bila kita difahami
Kita suka bila kita disayangi
Kita juga suka bila kita dipuji

Tetapi, kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan Pentadbir alam ini??

Kita juga sangat suka bila kita dicintai, tetapi kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati, Allah yang Maha Mengasihani?

Kenapa kita jadi begini? Ketuklah hati, tanyalah diri, koreksi peribadi. Salah orang lain atau diri sendiri?

Abah berwasiat

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang
mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... . walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doalah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh.
Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi, "Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Bahayanya sikap suka mengampu..

Pahlawan Mexico yang terkenal iaitu Jeneral Alvaro Obregon pernah berkata
” Jangan takut pada musuh yang menyerang kita. Takutlah pada kawan-kawan yang mengampu kita.”
Lihatlah betapa bahayanya sikap suka mengampu sehinggakan seorang jeneral yang hebat pun menyedari hakikat ini dan memberi amaran bahayanya sikap ini kepada kita.

Kata-kata tersebut saya petik dari buku How to Win Friends & Influence People. Salah satu karya agung Dale Carnegie.

Al-kisah tentang bunyi ‘hon’ kenderaan…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BALU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

Ada faham? Hon terakhir tu adalah hon si apek penjual tilam daaa… huk huk

Tips Menghindari Marah

“Saya seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan!!!…


IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

10 PERKARA YANG DAPAT 10 PERKARA

Sabda Rasulallah S.A.W yang bermaksud:~

Sepuluh perkara yang dapat sepuluh perkara.

1. Surah AL-FATIHAH akan mencegah drpd kemurkaan Allah.

2. Surah YASIIN akan mencegah drpd kehausan pada Hari Kiamat.

3. Surah AD-DUKHAN akan mencegah drpd ketakutan pada Hari Kiamat.

4. Surah AL-WAQIAH akan mencegah drpd kefakiran.

5. Surah AL-MULK akan mencegah drpd seksa kubur.

6. Surah AL-KAUTSAR akan mencegah drpd permusuhan.

7. Surah AL-KAFIRUN akan mencegah drpd kekufuran ketika dicabut ruh.

8. Surah AL-IKHLAS akan mencegah drpd kemunafiqan.

9. Surah AL-FALAQ akan mencegah drpd perbuatan hasad bagi orang yang suka melakukan hasad dengki.

10. Surah AN-NAS akan mencegah drpd kewas-wasan.

Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''
Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.''

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu".

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .


Kite Tidak Akan Papa Dengan Bersedekah/…renung2kanlah selamat beramal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...