Thursday, December 2, 2010

Membina kemahiran berfikir

Oleh: PROF. DR. SIDEK BABA

BERFIKIR tidak saja suatu kegiatan akal tetapi ia boleh dibentuk sebagai suatu kemahiran. Kemahiran berfikir tidak datang begitu saja tetapi memerlukan latihan dan juga persiapan.

Berfikir sekadar berfikir melihat sesuatu seadanya tidak mendatangkan apa-apa kemahiran. Tetapi sesuatu itu apabila ditanggapi berasaskan perspektif tertentu maka kemahiran mula terbentuk.

Melihat silih gantian siang dan malam, hujan dan panas, angin dan ribut seadanya tidak membimbing seseorang kepada kemahiran berfikir.

Tetapi apabila seseorang mula bertanya hikmah di sebalik hal-hal tersebut, kemahiran berfikir mula wujud. Mengagumi sumber-sumber alam yang banyak, keindahan pemandangan, debur ombak dan kicau burung boleh menjadi fenomena biasa. Ia akan menjadi suatu kemahiran apabila seseorang mula mengkaji secara tafakur dan tadabbur hikmah di sebalik kejadian tersebut. Ia mendorong tidak saja melihat sesuatu itu sebagai fenomena biasa tetapi ada rahsia yang boleh dikongsi tidak saja untuk menafaat kehidupan tetapi ada menafaat yang lebih tinggi dan murni.

Berfikir secara tafakur dan tadabbur tidak saja melihat sesuatu secara zahiri atau gambaran luaran seadanya tetapi ia membimbing manusia bertanya di sebalik adanya sesuatu tentu adanya proses penciptaan. Dan sesuatu itu tidak dicipta atau dijadikan atau wujud dengan begitu saja tetapi tentu bersebab. Walau pun keupayaan berfikir tidak mungkin mampu menjawab semua perkara tetapi ada pedoman asas yang membolehkan seseorang menghubungkan faktor kewujudan dengan faktor penciptaan dan faktor penciptaan sebagai sumber hikmah.

Oleh itu sebagai pemikir yang Islami, proses berfikir harus ditautkan dengan asas tauhid. Faktor tauhid menghubungkan kejadian sebagai ciptaan Allah. Sesuatu tidak terjadi tanpa hikmah tetapi sesuatu terjadi dan dicipta mempunyai maksud tertentu. Maksud itu boleh dikaji oleh akal manusia dalam batasan yang termampu. Dalam batas yang termampu manusia boleh sampai kepada suatu titik tentang keperkasaan dan kebesaran Allah s.w.t..

Apabila al-Quran dalam surah al-Alaq menyebutkan tentang kejadian manusia dari sebutir nutfah, ayat terawal dari Allah itu sudah membuka ruang fikir manusia tentang sains embriologi atau kejadian manusia. Apabila surah al- Mukminun: 12-14 mengisahkan bagaimana Allah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah, meletakkan air benih ‘pada tempat penetapan yang teguh kukuh’, kemudian menjadi sebuku darah beku, kemudian menjadi seketul daging, kemudian beberapa tulang, kemudian dibalut dengan daging-daging dan menjadi manusia yang sempurna.

Hikmah yang terungkap dari al-Quran ini mendorong pemikir mengembangkan pemikirannya dengan mengambil perspektif sains sebagai asas. Perspektif sains mendapati ungkapan al-Quran itu tidak bercanggah dengan kaedah dan dapatan sains moden.

Al-Quran, dalam Surah al-Mukminun ayat 18, menyebutkan tentang bagaimana Allah s.w.t. menurunkan hujan dengan sukatan yang tertentu serta ditempatkan air hujan itu tersimpan di bumi dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa melenyapkannya. Ayat ini memberi perspektif berfikir mengenai matematik, geologi dan juga memahami kekuasaan Allah. Ayat ini kalau dikembangkan dalam pemikiran secara tafakur dan tadabbur, ia mampu membimbing seseorang kepada pemikiran sains yang Qurani.

Oleh itu kemahiran berfikir secara Islami tidak saja memanfaatkan potensi akliah dan indrawiah sebagai sumber mendapatkan ilmu dan maklumat yang berbagai tetapi apabila asas maklumat, ilmu itu dilihat menerusi jendela tafakur dan tadabbur, ia mampu membimbing pemikiran manusia di tahap tinggi. Pemikiran tahap tinggi inilah yang sering menghubungkan kemahiran berfikir tidak secara lepas bebas tetapi kemahiran berfikir yang ditautkan dengan memahami dan menginsafi tanda-tanda kebesaran dan keperkasaan Allah.

Bezanya orang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam dalam membangun tradisi pemikiran ialah kemahiran berfikir, baik ia bersifat rasional, logik, reflektif, kreatif, lateral, kritikal atau saintifik tidak saja berkembang dalam potensi akal dan inderawi seadanya menerusi proses pemerhatian dan pengamatan serta uji kaji bagi melahirkan hipotesis, teori dan andaian tentang sesuatu tetapi ia dipandu oleh sumber naqliah atau wahyu sebagai pedoman memahami perkara yang nyata dan juga perkara yang ghaib.

Para remaja Islam perlu memahami asas kemahiran berfikir yang sifatnya integratif. Tidak mungkin remaja Islam mampu berfikir di tahap tinggi tanpa memahami al-Quran sebagai sumber dan sunah Nabi sebagai manifestasi amal Islami. Prasyarat untuk mengembangkan kemahiran berfikir walau dalam apa bentuk pun bermula dengan penguasaan ilmu.

Dengan mendalami ilmu tafsir dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya para remaja boleh membina kemahiran berfikir yang tidak saja mengambil pendekatan akliah dan inderawiah sebagai asas tetapi boleh dilanjutkan lebih jauh lagi supaya asas naqliah dapat dijadikan pedoman dalam membina kemahiran berfikir dalam perspektif yang berbagai.

Alam dan kehidupan, peristiwa dan kejadian adalah sumber-sumber yang amat relevan dalam mengembangkan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir akan subur kerana sentuhan pemikiran tidak saja kepada asas yang tersurat tetapi menjurus kepada hal-hal yang tersirat. Asas berfikir tidak saja melihat kepada fenomena sesuatu yang nyata tetapi juga merasakan nikmat iman mengenai sesuatu yang ghaib. Darinya mendekatkan pemikir kepada Pencipta dan Pengurus alam ini dan darinya lahir jiwa-jiwa yang muttaqin.

Asas berfikir tidak saja menanggapi sesuatu secara zahiri tetapi faktor batini juga diambil kira. Darinya lahir jiwa ihsan yang merasakan kemurnian makna kehidupan yang membolehkan remaja hidup secara sejahtera dan menginsafi bahawa remaja dijadikan oleh-Nya sebagai hamba dan khalifah untuk melaksanakan misi ibadullah dan ibadur rahman.

Jiwa iqra’ yang menjadi asas kepada ditanzilkan al-Quran harus mendorong remaja tidak saja berfikir dalam perspektif yang dangkal. Berfikir secara zahiri yang tidak ditautkan dengan faktor batini menjadikan hasil pemikiran hambar. Jiwa iqra’ harus memandu remaja melihat sesuatu dari jendela yang zahiri dan batini serta mendorong perspektif pemikiran didukung oleh nilai dan etika dan menyebabkan remaja merasai bahawa memahami faktor zahiri saja tidak cukup untuk mencari makna diri, kehidupan dan alam.

Berpandukan sumber nilai yang sifatnya Qurani, ia bakal memberikan kemahiran berfikir yang Islami dan remaja bakal menjadi pemikir yang tidak saja mampu menukil ilmu dan maklumat hasil adanya proses berfikir tetapi ilmu dan maklumat itu sifatnya mempedoman remaja ke arah jalan berfikir yang lebih fitrah.

- DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Anak Burung Dalam Genggaman

Di sebuah lereng bukit, terletak sebuah perkampungan yang dinamakan Kampung Permai Sentosa. Penduduk kampung ini sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai.

Di hujung kampung tersebut, di kawasan tanah tinggi, tinggal seorang lelaki tua yang bernama Pak Arif. Pak Arif tinggal berseorangan di rumah yang besar dan indah itu sejak kematian isterinya 7 tahun yang lalu.

Pak Arif sangat terkenal dengan kebaikan dan kebijaksanaannya. Beliau dikatakan mempunyai pengetahuan yang amat luas mengenai apa sahaja. Beliau mahir bertutur dalam 9 bahasa, pernah menjelajah hampir keseluruh dunia dan dan sangat disegani oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.

Satu perkara yang membuat Pak Arif dikagumi oleh semua orang ialah, beliau tidak pernah salah dalam menjawab apa-apa jenis soalan. Beliau tahu menjawab semua soalan berkenaan falsafah, sains, matematik, politik mahupun mengenai perkara-perkara yang tidak terdaya difikirkan oleh akal.

Ramai penduduk kampung yang telah mencuba untuk menyoal Pak Arif dengan soalan yang paling susah. Namun, Pak Arif tetap dapat menjawab soalan tersebut dengan mudah dan betul.

Pada suatu hari, kelihatan seorang remaja sedang berlari-lari ke arah kawasan kebun kelapa. Remaja itu ialah Rahman. Rahman berusia 16 tahun, anak yatim piatu dan tinggal bersama neneknya berhampiran dengan sungai kampung Permai Sentosa.

Rahman adalah seorang yang pemarah dan bengis. Dia bosan dengan kehidupannya yang agak susah. Dia sentiasa membandingkan betapa bertuahnya orang-orang yang dilahirkan mewah dan dikelilingi sanak saudara yang ramai.

Dia sering menyalahkan takdir di atas kesusahannya. Persoalan yang sering ditanyakan kepada dirinya sendiri ialah, ?mengapakah dunia ini tidak adil? Mengapa orang tidak mahu membantu aku untuk hidup senang? Kenapa anak-anak orang yang kaya sahaja yang boleh berjaya?

Rahman berlari dengan agak laju. Dia kelihatan seolah-olah tidak sabar untuk menceritakan sesuatu yang sangat menarik kepada kawan-kawannya.

Kawan-kawan… aku ada berita baik ni… kata Rahman termengah-mengah. Apa dia? balas Haikal yang tidak sabar ingin tahu. 5 kawan Rahman yang lain turut sama mengelilingi Rahman, bersungguh-sungguh mahu mendengar cerita Rahman.

Aku dah ada cara nak bagi Pak Arif salah dalam menjawab soalan, kata Rahman sambil tersenyum. Dia masih lagi cuba menghilangkan rasa penatnya kerana berlari terlalu laju tadi.

Kawan-kawan Rahman semuanya terdiam. Haikal ternganga. Rahim dan Kasim terkebil-kebil memandang ke arah Rahman. Sabri, Zamri dan Farid tersengih-sengih seolah tidak mempercayai apa yang telah diucapkan oleh Rahman itu.

Apa kau nak buat? soal Zamri.

Kau semua tengok sini, kata Rahman sambil membuka sedikit genggaman tangan kanannya. Kelihatan seekor anak burung pipit di genggaman Rahman. Anak burung itu sudah cukup dewasa untuk terbang, namun ia tidak mampu berbuat apa-apa di genggaman Rahman.

Kau nak buat apa dengan anak burung tu? tanya Farid kehairanan.

Dengar sini. Kita akan bawa burung ni berjumpa dengan Pak Arif. Aku akan simpan burung ni dalam genggaman aku supaya Pak Arif tak boleh tengok apa yang aku genggam. Lepas tu aku akan tanya Pak Arif, adakah burung di dalam tangan aku ni masih hidup atau sudah mati, jelas Rahman dengan penuh semangat.

Kalau Pak Arif kata burung ni dah mati, aku akan akan lepaskan burung ni dan biarkan ia terbang. Pak Arif akan salah. Kalau dia kata burung ni masih hidup, aku akan genggam burung ni kuat-kuat sampai hancur tulangnya dan mati. Pak Arif akan salah juga, jelas Rahman lagi.

Jadi, apa-apa jawapan Pak Arif pun, dia akan tetap salah? soal Sabri yang masih tidak pasti akan tujuan sebenar Rahman.

Tepat sekali. Hari ni, kita akan buktikan yang Pak Arif tu tidaklah sehebat yang kita sangkakan, kata Rahman sambil ketawa. Kelihatan wajah Rahman seolah dipenuhi perasaan dengki dan dendam terhadap Pak Arif yang kaya dan ternama itu.

Mari kita pergi, kata Rahman lagi. Mereka semua pun berlari dengan pantas ke arah hujung kampung. Terbayang kegembiraan di hati masing-masing kerana mereka akan menempa sejarah di kampung Permai Sentosa itu.

Di rumah Pak Arif, pintu rumahnya sudah terbuka. Dari jauh lagi Pak Arif sudah ternampak Rahman dan kawan-kawannya berlari menuju ke arah rumahnya. Pak Arif hanya tersenyum. Beliau tahu yang beliau akan diuji sebentar lagi.

Rahman dan kawan-kawannya sampai di halaman rumah Pak Arif. Pak Arif berdiri tenang di hadapan pintu rumahnya sambil tersenyum. Rahman tidak mahu melengah-lengahkan masa lagi lalu bersedia untuk bertanya kepada Pak Arif.

Pak Arif! jerit Rahman sambil tersenyum bangga. ?Saya ada satu soalan untuk Pak Arif, kata Rahman lagi.

Silakan Rahman, jawab Pak Arif tenang.

Di dalam genggaman saya, ada seekor anak burung. Kalau Pak Arif benar-benar handal, beritahu kami, adakah burung ini masih hidup ataupun sudah mati,? soal Rahman. Dia kelihatan tersenyum puas kerana dia tahu Pak Arif pasti akan malu besar hari ini.

Pak Arif hanya diam. Dia merenung ke arah Rahman dan kawan-kawannya. Dia kelihatan seolah sedang berfikir. Namun, Pak Arif tetap kelihatan tenang.

Seketika selepas itu, Pak Arif tersenyum. Rahman dan kawan-kawannya semakin berdebar menanti jawapan Pak Arif. Benarkah hari ini adalah hari yang akan memalukan Pak Arif? Apakah Rahman akan menjadi orang pertama yang membuktikan bahawa Pak Arif sebenarnya hanya indah khabar dari rupa?

Pak Arif maju ke depan beberapa langkah. Kemudian Pak Arif pun berkata, Rahman, hidup atau mati burung itu adalah terletak di tangan kau sendiri. Ia sama seperti hidup kau. Berjaya atau tidak, terletak ditangan kau sendiri, bukan orang lain.

Rahman terdiam. Begitu juga dengan kawan-kawannya. Perlahan-lahan muka Rahman menjadi merah. Dia keliru, perlukah dia merasa marah? Perlukah dia akui kebijaksanaan Pak Arif?

Rahman mula faham apa yang dikatakan oleh Pak Arif. Benar kata Pak Arif, hidup atau mati burung itu terletak ditangannya sendiri. Rahman merasa malu namun dia terasa seolah dia telah mempelajari sesuatu daripada apa yang terjadi.

Dia faham maksud Pak Arif. Selama ini, Rahman sentiasa menyalahkan orang lain di atas kelemahan dan kesalahan dirinya sendiri. Sekarang dia faham bahawa, tidak ada sesiapa yang dapat menentukan kejayaanya melainkan dirinya sendiri.

Perlahan-lahan Rahman maju ke depan. Dia membuka genggamannya. Lalu anak burung Pipit itu pun terbang dengan bebas menuju ke arah hutan.

Mata Rahman hampir bergenang dengan air mata. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Pak Arif. Kawan-kawan Rahman masih kaku. Perlahan-lahan Rahman meninggalkan tempat tersebut. Kawan-kawan Rahman menyusul dibelakang tanpa sepatah kata.

Belajar dari keldai

Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Akhirnya, Ia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi juga perlu ditimbun (ditutup - kerana berbahaya); jadi tidak berguna untuk menolong si keldai. Ia mengajak jiran-jirannya untuk datang membantunya. Mereka membawa skop dan mulai menyekop tanah ke dalam perigi.

Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kesedihan. Tetapi kemudian, semua orang hairan, kerana tiba-tiba si keldai menjadi diam. Setelah beberapa skop tanah lagi dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang dengan apa yang dilihatnya.

Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh berskop-skop tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu.

Sementara jiran-jiran si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu, si keldai terus juga mengoncangkan badannya dan melangkah naik.

Segera saja, semua orang terpesona ketika si keldai meloncati tepi perigi dan melarikan diri!

Pengajaran:

Kehidupan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepadamu, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar dari 'perigi' (kesedihan, masalah, dsb) adalah dengan mengoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran, dan hati kita) dan melangkah naik dari 'perigi' dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai lonjatan.

Setiap masalah-masalah kita merupakan satu batu lonjatan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari 'perigi' yang terdalam dengan terus berjuang, jangan sesekali menyerah! Goncangkanlah hal negatif yang menimpa dan melangkahlah naik !!!

Ingatlah aturan sederhana tentang Kebahagiaan :

1. Bebaskan dirimu dari kebencian
2. Bebaskanlah pikiranmu dari kecemasan
3. Hiduplah sederhana
4. Berilah lebih banyak
5. Berharaplah lebih sedikit
6. Tersenyumlah

anak burung

Ada dua ekor anak burung yang sudah meningkat dewasa. Anak burung yang pertama mempunyai keinginan yang kuat untuk belajar terbang. Dia belajar meloncat dari sarang untuk mencapai dahan yang disebelah sarang.

Sedangkan anak burung yang kedua tidak mempunyai kemahuan untuk belajar terbang. Dia merasa malas dan tidak mempunyai keberanian untuk belajar terbang. Baginya hidup disarang dan menerima makanan dari si ibu saja sudah cukup.

Suatu hari anak burung yang pertama meloncat dan berusaha mengepakkan sayapnya, tapi apa daya, dia terjatuh dari atas pohon bergulingan ke tanah. Dia merintis kesakitan, lalu dia berusaha bangkit dan mencuba lagi. Perkara ini dilakukan berulang ulang. Sedangkan anak burung yang kedua memandang sambil bergumam, "buat apa susah-susah belajar terbang, daripada aku jatuh bangun dan badanku sakit, lebih baik aku tidur di sarang aja dan makanan akan datang dari ibuku."

Hingga pada suatu hari anak burung pertama telah berhasil terbang setelah belajar dan berjuang tidak kenal lelah. Dia telah boleh bercengkerama dengan burung lain dari dahan yang satu ke dahan yang lain, dari pohon satu ke pohon yang lain, dan dia sudah boleh mencari makan sendiri. Dengan riang gembira dia menjalani hidup dengan bebasnya.

Sedangkan anak burung kedua dia hanya boleh melihat teman temannya yang telah bebas. Dalam hati dia menyesal, mengapa dia tidak mahu belajar terbang sejak dulu. Dia meratapi nasibnya yang masih bergantung ke ibunya untuk makan.

Renungan:

memang hidup adalah pilihan. Sering kali pilihan untuk berjaya dimulai dengan jatuh bangun, pahit getir, atau bahkan meghadapi risiko yang bila kita membayangkan membuat hati kita ngeri untuk melangkah lebih jauh.

Tapi ingat, kalau kita tidak menghadapi risiko, kita tidak akan maju, kita akan bernasib sama dengan anak burung kedua, yang masih bergantung kepada orang lain. Kita akan merasa
ketinggalan dengan orang yang telah lebih dulu berjaya. Tidak ada salahnya kita belajar mengepakkan sayap. Hadapi dunia, terbang sejauh-jauhnya. Songsong cita-cita kita walaupun kita harus berpisah dengan orang yang kita sayangi. Walaupun kita akan merana, kesakitan, sendiri, anggap saja ini ujian untuk mencapai hidup yang lebih baik.

Anak Kerang

Jangan membuat keputusan pada masa anda sedang mengalami emosi. Kalau boleh jangan mengeluh, supaya tidak membuat kesalahan yang akan mencoreng muka sendiri. Setiap penderitaan pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan berhenti berdoa dan hanya berharap pada Allah. Pembalasan bukan hak kita. Allah lebih tau balasan yang sesuai bagi orang yang menyakiti kita. Isssh.. ngeri. Seterusnya baca ilustrasi dibawah ini ya..........., semoga ada kekuatan.
**************************
Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.

Anakku, kata si ibu sambil bercucuran air mata, Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tanganpun, sehingga Ibu tak boleh menolongmu.

Sakit sekali, aku tahu anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam.

Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang boleh kau perbuat, kata ibunya dengan sendu dan lembut. Anak kerang pun melakukan nasihat ibunya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. KeKadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.

Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

***

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa."

Dengan itu diingatkan bahwa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa." Itulah yang terjadi pada orang-orang seperti Abraham Lincoln, Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Kim Dae Jung, dan A.H. Nasution.

Jadi jika Anda sedang menderita hari ini, apa pun sebabnya, saya sarankan: bersiap-siaplah menjadi "orang luar biasa".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...