Saturday, November 6, 2010

3 tips ~ Pasti lelaki jatuh cinta!

from email



For this week, bro nak beri 3 tips yang PASTI lelaki akan jatuh cinta kat you all haaa…tersengih je ek? Suka lah tu hehe…Ready?

Anda pun mulai lah terfikir, “Macamana nak buat dia benar-benar jatuh cinta kat aku?” haaa…Bad news nya, bomoh-bomoh tak main okay! Ilmu hitam hanya orang yang dayus saja guna. Tapi, good news nya…ada berbagai-bagai tip sebenarnya!!

tip brother love : #1 ~ Buatkan diri anda lebih menarik

Lelaki selalunya akan lebih tertarik kepada girls yang interesting dan tidak membosankan. Girls yang asyik bercakap soal cinta, asyik tanya, “Mengapa tak call? Mengapa tak jawab sms? Mengapa tak nak jumpa?” Itu soalan-soalan yang pasti membuatkan lelaki akan terus bosan dan meninggalkan anda.

Maknanya, you all mesti mempunyai kehidupan sendiri. You all mesti busy kan yourself dengan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatiannya bukan shopping je, bergossip je, … Contoh :-

Menghadiri berbagai kursus-kursus motivasi dan usahawan

Mempunyai jadual tetap ke gym

Menjadi ahli persatuan badan-badan kerajaan atau kebajikan

Mempunyai hobi seperti, berenang, melukis, bidang seni dan sebagainya.

Anything lah as long as…apa yang anda lakukan, adalah perkara yang tidak ada kena mengena dengan lelaki yang anda kenali itu. Dan pastinya, lelaki itu akan lebih menghormati anda jika anda adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti ini, malah lelaki itu juga akan merasa tercabar apabila berdepan dengan wanita yang berkerjaya serta mempunyai kehidupannya yang tersendiri, sehingga mereka akan merasakan yang anda adalah lain dari wanita lain dan sangat menarik.

tip brother love : #2 ~ Jangan cepat perasan dan jatuh cinta.

Simpan dulu perasaan yang membuak-buak tergila-gilakan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu baik, you all terus perasan yang dia syok kat you all. Then jangan pula letakkan diri anda begitu bawah hanya kerana mengimpikan cinta seorang lelaki. The minute you buat you ternanti-nanti cintanya, tergila-gilakannya…habislah beb, dia surely bosan dengan you, belah terus berbatu-batu lari dia.

So, tak tunjuk salah, tunjuk pun salah jugak…aik? Macamana nak buat ni?

The trick here is, Tarik tali or tarik kuda…pernah dengar? Macam memancing ikan laaa…mula-mula kita tahan umpan, then bila ikan dah terpaut kat umpan kita tu…kita tarik tali pancing tu sikit, kasi tersangkut then kita lepas tali pancing tu…kasi ikan tu berenang bebas…then kita tarik sikit lagi…then kasi berenang lagi…then tarik, sampai-sampai ikan tu letih, then baru kita tarik habis, tertangkap lah ikan tu….

Amacam? Ada nampak kaa? Cara ini pasti akan membuatkan lelaki merasa susah dan senang. Haa, barulah interesting. Tidak susah untuk mendapatkan anda, tetapi tidak pula begitu mudah.

Masalahnya sekarang ni, ramai wanita yang cepat sangat tunjuk yang dia berminat dengan lelaki tu. Sms sepanjang masa, kalau call je layan…ajak keluar je terus On! Tak boleh macam tu. Angkat diri anda sikit, kasi mahal sikit. Walau anda boleh menjawab smsnya, walau anda boleh menjawab telefonnya…anda hindarkan sikit…biarkan dia tertanya-tanya.

tip brother love : #3 ~ Mengkaguminya…

This one memang interesting hehe…alright kaum lelaki, jangan marah kat bro ya, nak mengata sikit…Lelaki cukup terkenal dengan egonya, ada banyak perkara yang menaikkan ego mereka. Perasaan bongkak or in control tu kira memang dia orang suka.

So, gunakan kelemahan ini untuk memikat lelaki! Caranya mudah…1st sekali you all kena buat supaya dia tahu yang you all suka kan lelaki itu TETAPI sekadar seorang kawan.

Then…slowly you perhatikan apakah perbuatannya, cara pemikirannya, perlakuannya, perkara yang boleh you all puji dia, kaguminya.

Cari masa yang sesuai, then pelan-pelan cakap kat dia, mulakan dengan berkata,

“I kagum sangat dengan cara you berfikir”

“I admire keputusan you.”

“Saya tak pernah terfikir ada lelaki yang bijak bertindak seperti awak!”

Hahahaha…terus cair lah mamat tuuu bila dengar wanita cakap macam tu kat dia. Puji dan kagumi dirinya. TAPI, lepas cakap macam tu…belah lah, biarkan dia terfikir-fikirkan anda…biarkan terngiang-ngiang di telinganya sepanjang hari, sepanjang malam bro PASTI, lelaki itu akan jatuh cinta dengan anda tidak lama lagi. Okay?

Pesan bro, anda sendiri pun kenalah bersiap, kena selalu berhias sebaik mungkin, keterampilan kena jaga. Jangan selekeh walau pun hanya ke kedai runcit.

Latihkan diri anda sentiasa kelihatan menarik walau ke mana anda pergi. Janganlah sesekali pakai kaftan keluar rumah beb…adoi!
“Look the best, then you’ll be the best and he’ll be the best for you”

by Brother Love

10 cara lelaki ngayat!

10 cara lelaki ngayat, sebenarnya sudah berkurun lamanya cara ini diamalkan lelaki tetapi …


wanita tetap termakan juga cakap lelaki yang memang terer memperdaya kaum wanita, adesss…“Ingat ya…kalau ayatnya macam gitu, so jawabnya macam ginilah!”



1. Ayatnya : I cintakan you, tapi I tak boleh bercinta dengan you.

Menipulah tu, samada dia dah ada girlfriend lain atau dia sudah kahwin. Sebab dia cakap macam tu? Suka-suka, boleh mengorat 2-3 girls in one time. So? Cari boyfriend lainlah!



2. Ayatnya : I sayangkan you kerana you buat I happy sangat tapi i tak nak ada komitmen.

Sebab tak nak ada komitmen adalah kerana dia mahu ‘his options open’ so, kalau-kalau dapat jumpa girl lain yang lebih dari you, dia tak perlu nak break off dengan you, kan? Sebab tu lah tiba-tiba je hilang tu,



3. Ayatnya : I sibuk sangat dengan kerja. Tak sempat nak call you.

Dah mulai bosan dengan you lah tu haaa…nak call pun tak sempat? Mengalahkan Perdana Menteri! Mana ada orang yang sibuk sangat sampai lupa nak call orang tersayang…Tak sayang lah tu sebab tu lupa! Jangan terima je ayat dia yang lemau tu…



4. Ayatnya : I malas lah nak text you, nak kena type sms letih lah.

Sekali lagi tak logik! Lelaki, kalau time dia nak kat any girls, sms 20x betul tak? So, bila dah dapat, malas pulak nak sms? Haa…ada minah lain lah tu. Cari boyfriend lain lah cepat-cepat!



5. Ayatnya : I nak kahwin dengan you tetapi bukan sekarang.

Adoi!!…klasik!! Mengapa bukan sekarang? tak ada duit? Pinjam lah! Akad nikah RM88 je beb…kalau tak ada duit sangat jangan bercinta in the first place. Buat sakit jiwa orang perempuan je



6. Ayatnya : Nanti I ada duit banyak, I akan belikan you gelang emas okey sayang.

Haa…ini nak ‘makan’ dulu lah ni. Yang girl ni pun percayalah…terus bagi pinjam duit, then mamat ni pun lesap! be strong…jangan sesekali bagi pinjam duit kat boyfriend anda!



7. Ayatnya : I nak kat you, tapi Mak I tak suka kita bersama.

Salah satu cara untuk break off ATAU stay not commited…yang mana girl ni tak boleh nak marah kat lelaki. Trick dia, put the blame on someone else, dalam kes ni, put on his mother…paling kuat, girl boleh marah kat mak lelaki tu je lah. Si lelaki, lepass…Yang mamat ni pun, sama-sama berlakon, “Tu lah mak i ni teruk lah!” Selang few days, dia pun hilang…yang girl ni pulak terus duk maki mak lelaki tu tak habis-habis, adoi!



8. Ayatnya : I belum boleh bersama you buat masa sekarang sebab I masih belajar.

Ini ayat, mungkin boleh percaya, mungkin juga tipu. Selalunya yang jarak jauh, ni lah alasan dia, masih belajar! kalau betul okeylah…tapi kut belajar pun tak, kerja pun tak, hampeh!



9. Ayatnya : I letih-letih pergi kerja, you sibuk je nak sayang-sayang, rimas lah.

Hmmm…memang rimaslah tu, tok sah tanya mengapa lah…pasal, im sure you all dah bertahun bersama dan duk buat rutin yang sama. mesti rimas, mesti boring…cuba buat interesting things sikit. Unusual staff..



10. Ayatnya : I sayang sangat kat you baby, I tak happy dengan wife I, bila dengan dia, I selalu teringat kat you je…tapi I belum boleh cerai dia lagi sekarang ni, ia mengambil masa!

Haa…yang ni puas dululah lelaki tu ratah girl ni, adoi! Yang girl ni lak sayang punya pasal…bagi, bagi, bagi, pasal duk diberi janji nak kahwin lepas cerai bini ni. Tapi bertahun tak cerai-cerai. Aduuhhh…



Basically, semua alasan lelaki ini, cara mengayat…or whatever you call it…hanya akan menghancurkan masa depan wanita yang percaya dengan kata-kata lelaki ini. BUT, not all lelaki jahat, suka mengayat macam ni…UNTUK tahu dia genuine atau tidak? real or penipu?…

Apabila keraguan mulai menular di dalam jiwa anda, dan naluri anda tertanya-tanya seorang diri, maka PERCAYALAH kepada naluri anda itu yang dia sebenarnya PENIPU!

The minute anda mulai tergerak hati untuk masalah itu sudah menunjukkan yang pasangan anda tidak ikhlas sehingga membuatkan anda berniat untuk mencari jawapannya. You can ask any questions, tapi the answers selalunya bukan yang anda cari because, “The Truth… hurts!”

Cinta, Duit dan Pengaruhnya!

Yang mana satukah pilihan anda? Berbelanja habis-habisan sehingga anda dapatkan si dia yang anda puja, atau Meninggalkan Si dia kerana berusaha habis-habisan untuk menjadi kaya? ATAU…both?


Quote dari Albert Einstein.

“You can lose a lot of money chasing a woman…but you’ll never lose a woman chasing money”

Setuju atau tidak…itulah hakikatnya! Mencari cinta di zaman sekarang bukan seperti dulu lagi. Anda memerlukan banyak wang untuk melabur demi cinta yang anda dambakan.



Namun, cinta yang diidam-idamkan akan mudah hadir di dalam hidup anda sekiranya anda adalah seorang yang mempunyai banyak wang! Begitulah pengaruh duit kepada sebuah cinta, sebuah kebahagiaan.



Tak perlu nak deny it…most woman nowadays are materialistic! BUT who can blame them? Dengan ekonomi yang semakin merudum di seluruh dunia, pemilihan pasangan yang berduit, kaya, jutawan adalah amat relevan. Personally, disarankan untuk wanita memilih pasangan yang paling kurang pun, seorang usahawan. Hehe…suka orang pompuan!

Yang tidak suka…pastinya kaum lelaki. Walau hensem, walau pandai memikat…kalau tak kaya, tak berduit atau tak jutawan macam Irfan Khairi tu, susah sikitlah nak dapat awek. Irfan Khairi, dah lah jutawan, bijak lagi…dan bonus baginya…dia hensem!

Akibat situasi kehidupan yang sedemikian rupa, cara lelaki nowadays nak memikat yang lawa-lawa juga berubah…Mostly, mereka memikat dengan cara 2 M, MEMPERDAYA & MENIPU. Mereka siap boleh REKA KEHIDUPAN YANG KONON NYA MEWAH…walhal, semua pinjam, semua loan, semua sewa, semua orang punya….all because nak pengaruhi wanita itu dengan kekayaan dan kemewahan. Yang perempuan tertipu ni pun, “layu ditasik madu.”



Apa nak dikata beb? Sekiranya cinta memerlukan begitu banyak perbelanjaan , even selepas kahwin lagi banyak…



Mengapa kita terus mengejar cinta? Bukankah lebih bagus kita mengejar kekayaan? Kerana, dengan kekayaan kita pastinya akan mendapat cinta!



Sound so sellfish and redicolous kan? But it’s realiti kehidupan kita beb… Ramai orang, pandai berkata, “Tak pandang harta, tak pandang nama…tapi mencari hati yang baik” …ya lah tu.



Sedangkan nak order ais kosong pun nak kena bayar sekarang beb. Lagikan nak bercinta, nak dating, nak kahwin. Kalau setakat baik hati je, tapi poket kosong…at the end of the day, the girl yang menyara hidup si lelaki…nak ke jadi lelaki sebegitu? Nak ke jadi wanita yang terpaksa ‘berbelanja dan menanggung hidup pasangannya hanya kerana cinta?’

Jika kita ambil kehidupan paling sederhana pun, tetap anda memerlukan duit yang banyak, untuk sewa rumah ke, bil telefon, bil eletrik, bil klinik, tambang teksi/bas, makan-minum, pakaian, and all that is for two! Amacam?



Kemiskinan mulai menghimpit kehidupan, perbalahan di dalam perhubungan mulai menjelma. Saban hari, hanya duit, duit, duit yang diperbahaskan, duit yang menjadi masalah…last sekali?



Koyaklah bahagia!

The fact is yang ingin perbincangkan, mengapa tidak pandang pada yang berharta dan hanya pandang pada yang baik hati?…yang berharta dan kaya ni, hati tak baik ke?



Kakak angkat saya seorang jutawan, sangat baik hati…Kakak saya sendiri juga adalah seorang jutawan dan dia banyak membantu orang yang perlukan pertolongan…



Irfan Khari juga adalah seorang yang baik hati, sentiasa fikir baik terhadap semua orang dan tidak pernah berprasangka buruk…



In fact, ramai orang kaya dan berharta, hati mereka jauh lebih baik dari mereka yang hanya sekadar pegawai atau kerani biasa atau mereka yang hidup dalam kemiskinan.



Basically, bangsa apa, agama apa, manusia mana pun…ada yang baik ada yang jahat, ada yang kaya ada yang miskin.



Apa yang perlu kita tanam di dalam diri kita, rezeki dari hasil kekayaan yang diberkati Tuhan itu pastinya menjanjikan kebahagiaan. But tidak semestinya kita kena pilih, instead of chasing women, we forget about woman and chase money all out, 100%…that’s NO FUN!

Quote from Irfan Khari :

“Wang atau kebahagiaan? Mengapa perlu pilih salah satu? Kalau anda diberi pilihan untuk potong tangan kiri ataupun potong tangan kanan… mana satu pilihan anda? Sudah pastinya kita ingin simpan kedua-duanya! Jadi, mengapa perlu pilih- mengapa tidak miliki kedua-duanya :)” : Irfan Khairi.com

Jadi, kejarlah cinta sekadarnya kejarlah kekayaan sewajarnya. Yang pasti, “Anda akan kehilangan banyak duit kerana mengejar wanita, tetapi anda tidak akan hilang wanita jika mengejar duit!”

Saat ibu ingat saya tidak memandang..

Nak share artikel ni especially utk mereka yang telah bergelar/ bakal menjadi ibu bapa Insya-Allah ..




Anak2 kecil sedang memandang setiap tingkah laku anda dan mereka selalunya "buat apa yang anda Buat", dan tak semestinya "buat apa yang anda Cakap"..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu gantung lukisan pertama saya pada peti ais, dan secara tiba2 saya ingin membuat lukisan yang lain..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak ayah memberi makan kucing yang sesat dan saya belajar bahawa berbuat baik kepada haiwan adalah perbuatan yang mulia..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu menyediakan kek kegemaran saya dan saya belajar bahawa perkara2 kecil dalam hidup boleh menjadi sesuatu yang sangat istimewa dalam hidup..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya dengar ayah berdoa, dan saya tahu wujudnya Tuhan untuk saya luahkan kata2 saya dan saya belajar untuk mempercayai Tuhan..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu menyediakan makanan istimewa dan memberinya pada seorang kawan yang sedang sakit, dan saya belajar bahawa kita semua perlu mengambil berat antara satu sama lain..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak ayah memberikan masa dan duit untuk membantu orang yang tidak mempunyai apa2 dan saya belajar bahawa jika kita ada sesuatu, kita perlu memberi sedikit daripada apa yang kita ada pada mereka yang tidak memilikinya..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya dapat rasakan ibu mencium pipi saya tanda ucapan selamat malam dan saya berasa sangat2 disayangi..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak ayah menjaga serta mengambil berat hal keluarga dan rumah, dan saya belajar bahawa kita perlu mengambil berat dan menjaga segala apa yang telah diberikan kepada kita..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, walaupun ketika ibu sedang menghadapi masalah, dan saya belajar bahawa saya perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab apabila saya sudah besar..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak air mata yang mengalir dari mata ayah dan saya belajar bahawa kadang2 apabila berasa sedih, tidak mengapa untuk kita menangis..



Saat ibu ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu peduli tentang saya dan saya ingin menjadi segala2nya yang saya boleh..



Saat ayah ingat saya tidak memandang, saya dapat pengajaran yang paling penting dalam hidup iaitu untuk mengetahui cara2 menjadi seorang yang baik dan bermanfaat apabila saya sudah besar..



Saat ibu dan ayah ingat saya tidak memandang, saya nampak ibu dan ayah memandang kepada saya seperti ingin mengatakan

"Terima kasih atas segala2 yang kamu nampak saat ibu dan ayah ingat kamu tidak memandang"



p/s: Setiap orang dewasa mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kanak2 terutamanya ibu bapa....Cuba pikirkan apa yang kita selalu buat saat2 kita ingat anak kecik tidak memandang?

Coretan Buat Ibu

Ibu, ceritamu saat kau melahirkanku, ayah tiada disisimu kerana bertugas diluar daerah. Waktu itu ayah jauh di utara. Jadi kau keseorangan menyambut kehadiranku. Saat kau menatap mataku, kau sedikit terluka kerana mataku tidak seperti abang-abang sebelum ini. Namun cepat kau campakkan perasaan lukamu lalu hiasi bibirmu dengan senyuman bila menyedari yang aku adalah anak perempuanmu yang pertama kurnia Allah.




***"aku tahu bu, tiada ibu yang inginkan anaknya tidak sempurna. Namun Dia yang lebih mengetahui. Maafkan aku bu, kerana hadir dalam hidup kalian."



Betapa kau menerima aku seadanya, saat itu juga kau meminta nenek menghantar telegram kepada ayah agar pulang menatap anak perempuan sulung kalian. Maklumlah katamu, waktu itu satu-satunya cara komunikasi jarak jauh hanya melalui telegram.



Setiba ayah di rumah dua hari kemudian, sambil mengangkatku, ayah berkata, "pasti anak ayah ni sekolah jauh. Sebab waktu ibu melahirkan kamu, ayah dikejauhan."





***"terimakasih ibu ayah, kerana kalian telah menerimaku seadanya."



Kau terus membesarkanku dan cuba sedaya upaya untuk memberiku cahaya meski dalam ruang yang terhad. Dan alhamdulillah mataku terbuka dan dapat memandang keindahan dunia biar pun pada jarak yang terhad. Kau sungguh gembira bila melihat aku dapat berlari dan lincah bermain seperti anak-anakmu yang lain. Kasih sayangmu sedikit pun tidak berkurangan. Malah kau memberi perhatian yang lebih kepadaku, kerana katamu aku kuat merajuk dan terlalu manja tika kecilku.



Ibu, bagiku kau wanita gigih dan kuat semangat dalam mengharungi perjalanan hidupmu. Tika usiaku 7 tahun, walau penuh keberatan, kau tetap tabah melepaskan aku demi masa depanku. Aku berbangga denganmu bu, kerana pada zaman itu, di saat wanita belum begitu maju, namun kau mampu memikirkan masa depan seorang anak sepertiku. Kau sanggup melepaskanku biar pun terpaksa berpisah beratus batu.



Ibu, meski kita tidak punya banyak masa bersama di zaman persekolahanku, namun kehangatan kasih sayang dan rindumu tetap kurasakan setiap kali cuti penggal persekolahan. Meski dalam waktu yang singkat,Kau bijak mengatur program demi merapatkan hubungan aku dan ahli keluarga yang lain. Katamu, kau tidak mahu langsung ada perasaan terasing dalam diriku. Setiap pulang dari asrama dan saat pemergianku ke asrama, ciuman tetap singgah dipipiku hingga ke saat ini.



***"bu, dan kini aku aplikasikan kasih sayang yang kau curahkan buatku terhadap putra dan suamiku."



Ibu, benarlah bu, kasih dan doa ibu amat bermakna buat seorang insan yang bernama anak. Tanpa ibu dan ayah maka, tidak wujud seorang anak di dunia ini.



Terima kasih yang tak terhingga buatmu ibu. Tidak mungkin terbalas setiap pengorbanan yang kau lakukan sejak aku dilahirkan hingga saat ini. Hanya kalungan doa yang mampu ku berikan buatmu ibu.

Kesilapan kita dalam cinta

As santai as it could be article terbaru kali ini akan menyentuh tentang kesilapan Lelaki & Wanita apabila berada di dalam sebuah percintaan.


Sebelum tu, I nak cakap please… jangan merasa gusar apabila menyedarinya OR merasa defensive, tak nak mengaku, tak kisah dan sebagainya.

My opinion…. It’s all up to you, actually but the best thing is, kalau kita buat silap, kita sedarinya… dan tak perlu cakap orang, just betulkan silap kita dan move on!


Silap Lelaki

Apa yang lelaki sentiasa suka adalah always enjoying lifes dan have fun! Break the rules…relax, lupakan tanggung jawab…enjoying lifes, did i mention that already? And they thought…sampai bila-bila pun hidup begitulah, walaupun mereka sudah ada serious relationship or even already married with kids.

One thing about most man will have on their mind…wanita akan stay seperti mana mula-mula bercinta dulu…sampai bila-bila! ITU SILAP!!

Penampilan dan juga cara pemikiran wanita sooner or later will definatelly changed mengikut peredaran masa dan faktor umur, itu lelaki kena faham. Tidak seperti kaum lelaki yang kalau boleh nak jadi young boys sampai bila-bila (Sounded like me)

Actually, kalau wanita boleh maintain seperti dia mula bercinta dulu, it’s a bonus! Figure masih slim, wajah masih cerah berseri, perangai masih gila-gila, happening, wild….spontan! But it’s hard, it’s really hard dan itulah yang sepatutnya lelaki faham dan kalau boleh berubah bersama-sama dengan wanita yang dicintainya.

Malangnya…it’s hard for man to really change actually!



Silap Wanita

It’s not easy! It’s not easy pulak for man to change mengikut cara dan pemikiran wanitanya yang mahu dia berubah. ITULAH SILAP WANITA…

The minute you rasa lelaki ni milik you, slowly you cuba nak ubah pasangan you. You fikir you boleh mengubahkan dia. Wanita selalu punya cita-cita yang tinggi iaitu mereka fikir mereka boleh mengubah lelaki!

In your dreams maybe! Not in a real life…not in a million years. Lelaki hanya akan berubah, sekiranya dia mahu berubah! Now, you all mulai cakap, “Tak lah, pasangan I sanggup berubah!” Maybe depan you dia berubah but dalam hatinya? di belakang you? Jauh di lubuk jiwa dan sanubarinya, adakah dia benar-benar ingin berubah?

Ramai lelaki berubah kerana wanita…I don’t deny it. BUT….lihat pada ayatnya, ‘Ramai lelaki berubah kerana wanita’ You see, lelaki bukan nak berubah kerana mereka mahu berubah…ia hanya kerana wanita yang disayanginya. That’s all. And I tell you what sampai suatu masa… segala janji, kata-kata, sumpah nak berubah itu akan padam dan dia akan kembali melakukan perkara yang dia amat sukai…

But hey!…bukankah itu yang anda mahu? Melihat pasangan anda bahagia? Mengapa perlu mengubahnya jika apa yang dilakukannya adalah yang membahagiakannya? If you ask me, ‘I lagi suka dia lakukan apa sahaja yang dia love doing it! Daripada cuba mengubahnya kepada apa yang I suka.’

That’s why, jangan simply jatuh cinta dengan sesiapa sahaja dan beranggapan tak apalah, nanti esok-esok bila dia dah sayang…aku akan ubah dia! It’s NO! NO! Situations.

Hope it helps

Wanita, bila marah…

hehe, wanita cukup terkenal dengan kelembutan, kebaikan…kemanisannya. Sweet je…baik je. Cakap pun lembut dan lemah gemalai. Kena yang manja tuuu….fuuuuuuu….cair. Kena pulak yang sexy maxy, hanya memakai blaus budak kecik je walaupun dia budak dah besar panjang puluhan tahun




TAPI…apabila wanita marah, dari sekecil-kecil perkara boleh jadi besar, hancur dan binasa segala-galanya apabila wanita rasa tercabar kewibawaan mereka.

hehehe…tak boleh buat apa! Kalau ada lelaki yang cuba-cuba nak pujuk orang pompuan masa dia orang ni marah. Disyorkan, tak payahlah haha…buang masa je.



Biarlah dia cool dulu…kalau boleh duduk diam je dan biarkan pasangan anda lepaskan segala amarah…segala leteran. Kalau memang bersalah tu, dengor je ler…kalau tak tahan, pekak kan telinga, at the end of the day tu surely dia akan sejuk dan berhentilah marah.



Tapi, kalau terkantoi curang tu, alamatnya lama bebenor lah kamu kena marah! kehkehkeh

Siapa salah? siapa cemburu?

Ada dua tabiat yang selalu menjadikan sebuah perhubungan itu semakin lama semakin hambar dan membosankan. Yang mana satukah yang you all alami or maybe you yourselves are that type?


Tabiat 1 : Suka mencari siapa yang salah.

Asyik bertekak, menyalahkan antara satu sama lain….asyik naaaaak gak salahkan seseorang. Asyil naaak gak tunjukkan kat pasangan anda yang dia bersalah. Lebih baik cari jalan penyelesaiannya daripada menyalahkan sesiapa atau mencari siapa yang hendak disalahkan…

To me, daripada mencari siapa yang salah antara you dengan yang tersayang tu, ada lebih baik kita mencari happiness dengan bersiar-siar ke, holiday, makan best-best, shopping, listen to music, tengok wayang, or even tidur!

Tabiat 2 : Cemburu sampai sakit.

Asyik cemburu jer….asyik nak bertanya 1000 soalan, “Siapa dia tu?, You cakap dengan siapa tadi?, Mengapa tak jawap phone?, Mengapa tak reply sms?, Mana you pergi?, You jumpa sapa semalam?” Adoi…do you realise or not setiap kali you all cemburu…rasa pening dan sakit-sakit kepala? dada pun sakit, hati lagi sakit.

To me, daripada nak cemburu lebih baik I buat tak tahu je OR better yet jangan ambil tahu, kalau dia nak cerita pun, cakap tak perlu. Cemburu ni hanya BUANG MASA. Ada lebih baik cari pasangan baru daripada yang ada tu menyakitkan hati je, kan

Hehe so which category are you in? Siapa yang suka cari salah, siapa yang suka cemburu? Ramai yang akan ngaku mengalaminya lah…yang nak ngaku melakukannya…hmm mungkin tidak?

Salah Siapa......

by haizal78

"Apa salah aku??!! Apa salah aku??!!!Cakap pada aku apa salah aku!!!" jerit Pak Rashid dengan tubuhnya disandar di pintu biliknya dan dadanya ditepuk tepuk beberapa kali.

"Mengucap bang Rashid mengucap! Bawa istighfar banyak banyak. Ini bukan caranya untuk melepaskan geram!" Mak Timah isteri Pak Rashid cuba melegakan keadaan yang sememangnya hangat bak air panas yang baru mendidih.

Mak Timah juga tidak kurang seperti Pak Rashid, menangis tersedu-sedu mengenangkan nasib yang menimpa mereka. Tetapi Mak Timah lebih penyabar. Dia cuba menahan sebak di dada dengan banyak beristighfar dan berdoa. Siti, anak kedua Mak Timah yang berumur 16 tahun pula tersandar di sofa di ruang tamu dengan linangan air mata yang berlenangan tanpa henti.

"Apakah tidak cukup didikan agama yang kita beri? Apa yang kurang dari kita Mah? Apa yang dia mahu dari kita? Kenapa dia begitu kejam? Tidak cukup ke makan dan minum kita beri selama ini? Kenapa?!!" Pak Rashid tidak mampu bertahan lagi untuk menyambung rintihannya. Esakan tangisannya semakin kuat seperti seorang kanak-kanak yang inginkan susu.

" Sabar bang. Dah nasib kita. Kita serahkan sahaja pada Allah," Mak Timah memujuk.

" Sabar awak kata?!Mana boleh sabar macam gini? Awak sanggup dibuat macam kayu? Macam Sampah? Awak Sanggup!!!"

" Mengucap bang Rashid mengucap. Kita berserah sahaja ye bang," Mak Timah mengesat air matanya dengan lengan bajunya sambil menghadap suaminya yang masih bersandar dengan kakinya terbujur dan tangannya menepuk nempuk dadanya yang begitu pedih.

Siti, melihat keadaan ibu bapanya yang begitu memilukan, mengangkat kaki lalu menuju ke biliknya dan mengunci pintu. Dia melemparkan tubuhnya ke katilnya lalu menutup mukanya dengan bantal dan meraung sekuat-kuatnya. Selama 16 tahun hidupnya, tidak pernah hatinya begitu pedih lebih pedih daripada tikaman pedang. Siti tidak percaya bahawa orang yang disanjungi, disayangi, dihormati sanggup berbuat sesuatu yang begitu kejam. Gambar keluarganya yang tergantung didinding biliknya ditatapinya. Ditenung wajah abangnya yang hitam manis, berbadan tegap, dengan seragam askar, gambar keluarga yang diambil sewaktu Azmi, abangnya itu tamat menjalani perkhidmatan negara.

Siti teringat bagaimana abangnya sentiasa memanjakan dirinya dan sentiasa turut kemahuan Siti. Pokoknya, Siti seperti permata bagi Azmi, dijaganya dengan penuh kemesraan. Azmi juga tidak putus-putus menasihati adiknya setiap kali Siti membuat kesilapan.

Nasihat yang sering dinyatakan oleh Azmi kepada Siti ialah jangan jadi seperti Tanggang. Jangan derhaka kepada Ibu - bapa. Pokoknya Azmi sering menasihati Siti supaya menjaga hati ibu-bapanya itu.

Cerita Tanggang yang mereka suka menonton sekeluarga di kaca Tv menjadi suatu contoh bagi mereka. Tapi kini, semuanya berubah. Nasihat yang diberi oleh Azmi kepada Siti telah menjadi sebaliknya. Kini Siti yang harus menasihati abangnya Azmi supaya tidak menderhakai ibu - bapa. Siti kesal, begitu kesal dengan sikap abangnya yang begitu dihormatinya. Kasih sayangnya terhadap Azmi menjadi benci. Dia jijik melihat wajah abangnya itu.

" Ringg!!!Ringg!!! "

Telefon berdering beberapa kali tetapi tiada yang mahu menyahutnya. Akhirnya, Siti keluar dari biliknya lalu mengangkat ganggang telefon itu. Dengan suara yang bergetar dia memberi salam.

"Assalamualaikum."

" Hello! Boleh saya bercakap dengan Encik Rashid?" Seorang lelaki menanyakan Pak Rashid.

" Encik siapa? Abah tak berapa sihat. Boleh tinggalkan pesanan? Saya anaknya."

" Saya peguam Azmi, Mr Lee, tolong beritahu Encik Rashid, dia dikehendaki turun ke Mahkamah untuk tandatangan beberapa dokumen esok. "

" Dokumen apa lagi!!Tak cukup ke awak hancurkan keluarga saya?" Siti meninggikan suara.

" Maaf Puan, saya hanya menjalankan tugas saya. Tolong beritahu Encik Rashid ya. Terima Kasih"

Mr Lee menggantung panggilannya itu.

" Setan!!! Pergi jahanam lah Peguam." Siti menghempas ganggang telefon itu.

" Kenapa Siti? Kenapa jerit jerit macam gitu? Kan tak baik?" Mak Timah menyampuk.

" Abah tahu, abang Azmi kau dah ambil lawyer untuk putuskan hubungannya dengan keluarga kita kan? Dia dah tak nak ada kena mengena dengan keluarga kita kan?" Pak Rashid meneka dengan tepat.

" Astagfirullahalazim. Azmi!! Apa salah mak nak? Kenapa kau buat aku macam gini? Ya Allah Ya tuhanku. Apa yang terjadi dengan keluarga ku ini? Ya Allah!!!" Mak Timah turut terkejut lalu pengsan.

Mendengar berita Mak Timah pengsan, Pak Kassim, abang sulung Mak Timah bergegas datang ke rumah Mak Timah. Pak Kassim, seorang ustadz yang mengajar di Masjid Sultan tidak tahu menahu tentang masalah yang telah melanda keluarga adiknya itu.

Melihat keadaan Mak Timah dan Pak Rashid, Pak Kassim menuntut penjelasan dari Siti yang kebetulan berada di sisi ibunya itu. Pada mulanya Siti keberatan untuk menceritakan keaiban keluarganya itu tetapi selepas didesak, akhirnya dia terpaksa membocorkan rahsia mereka.

Azmi seorang anak yang baik dan cerdik. Azmi lah satu-satu anak mereka untuk membantu mereka menyekolahkan adik adiknya kerana Mak Timah sudah tidak bekerja dan Pak Rashid sering sakit sakit. Azmi di sekolahkan sehingga ke peringkat University.

Pak Rashid dan Mak Timah juga tidak lupa untuk mendidiknya dengan ilmu agama. Dari kecil dia sudah dihantar mengaji dan madrasah. Pokoknya, Azmi seorang anak yang cukup didikan dari segi duniawi dan ukhrawi.

Semenjak dia berkenalan dengan seorang wanita dari Filipina, Janet, yang juga menjadi kekasihnya, Azmi berubah. Salah satu punca perubahan sikap Azmi adalah kerana Pak Rashid tidak merestui perhubungan mereka kerana kekasihnya itu berlainan bangsa dan agama. Pak Rashid seorang yang berpegang kuat dengan agama. Dia tidak mahu anak-anaknya terpesong. Hati Pak Rashid tidak beberapa senang melihat Janet yang berpakaian Seksi datang ke rumah dan berkepit dengan Azmi. Mak Timah cuba membela anaknya dengan memberi alasan bahawa Janet boleh dididik jika mahu tetapi Pak Rashid berdegil. Baginya, biar anaknya mencari seorang yang beragama Islam. Lagipun, Janet tidak menampakkan minatnya dalam agama Islam. Memburukkan lagi keadaan, Janet tidak begitu peramah dengan ibu-bapa Azmi.

Lama kelamaan, Azmi semakin berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat Pak Rashid dan Mak Timah lagi. Dia lebih banyak mengikut kata-kata Janet. Kadang kala dia tidak mahu balik ke rumah setiap kali Pak Rashid menegurnya tentang Janet.

Saat yang tidak diingini pun berlaku. Tercetuslah pertelingkahan sengit di antara anak dan bapak. Pada suatu hari, Azmi menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Janet. Janet pula telah berjanji akan memeluk agama islam. Pak Rashid tetap melenting dan serta merta menghalangnya. Mak Timah hanya mampu menangis. Dia tidak tahu mahu menyebelahi mana pihak. Baginya, Azmi tidak salah berkahwin dengan seorang bangsa dan agama asing asalkan wanita itu sanggup memeluk islam. Pak Rashid tetap menegakkan tentangannya itu. Akhirnya, dengan perasaan yang marah, Azmi melafazkan kata kata yang begitu kesat dan pedas kepada mereka.

" Kalau abah tidak izinkan Azmi kahwin dengan Janet, Azmi akan putuskan hubungan Azmi dengan keluarga ini? Azmi tidak peduli lagi. Azmi ada hak untuk menentukan masa depan Azmi!" Azmi menjawab dengan begitu lantang tanpa memikirkan kedudukannya sebagai seorang anak.

Tanpa berlengah, Azmi membungkus beg bajunya lalu bergegas keluar dari rumah. Pak Rashid membiarkan sahaja Azmi pergi. Sangka Pak Rashid, Azmi sudah besar dan pandai berfikir. Satu hari dia akan sedar yang mana baik dan yang mana buruk. Namun sangkaan Pak Rashid tidak begitu tepat. Keputusan yang diambil oleh Azmi benar benar dilaksanakan. Beberapa hari kemudian, Azmi diketahui telah pun bernikah dengan Janet.

Yang menyedihkan dan amat memalukan lagi ialah Azmi dan Janet dinikahi di sebuah Gereja. Hampir putus jantung Pak Rashid mendengar berita itu. Tidak disangkanya Azmi yang pandai dan berpendidikan tinggi bukan sahaja akademik tetapi agama juga, tergamak membuat begitu. Menjadi orang kafir.

Pak Kassim mendengar kisah yang amat mengaibkan itu, mengucap banyak banyak. Dia berasa kesal pula kerana membiarkan anak saudaranya sendiri menjadi Kafir. Pak Kassim juga merasakan bahawa dia tidak layak menjadi seorang ustad sedangkan anak saudaranya syirik pada Tuhan.

" Sekarang Azmi di mana? Apa rancangannya seterusnya?" Pak Kassim bertanya lagi kepada Siti yang masih teresak esak.

" Siti pun tak tahu Wak, kata abah Azmi nak putuskan hubungannya dengan keluarga. Dia tak mahu ada kena mengena dengan kita lagi. Peguam dia suruh datang ke mahkamah esok untuk tandatangan dokumen."

" Astaghfirullahalazim. Sesungguhnya anak yang menderhakai kedua ibu-bapanya tidak cium bau Syurga apa entah lagi masuk Syurga. Azmi tak sedar ke? Azmi tak takut ke?" Pak Kassim melemparkan hujahannya.

" Bukan itu sahaja Wak, tadi Janet telefon, dia beri amaran pada abah. Dia kata kalau kami ganggu mereka lagi, abang Azmi akan buat aduan pada polis."

" Tak pe Rashid. Tuhan maha adil. Dia ingat dia boleh lepas. Huh! Senang senang nak hantar mak bapak sendiri masuk lokap? Tidak semudah itu. Negeri kita sendiri ada undang-undang. Anak yang membiarkan mak-bapak mereka akan didakwa. Dia ingat ini negeri dia? Dah buat mak bapak macam ni lepas tu nak dakwa pula? Biar bang, Tuhan akan balas jasa "Baik" dia." Pak Kassim berhujah lagi dengan suara yang lantang.

Hujahan Pak Kassim kena pada tempatnya. Tuhan maha adil. Tuhan telah berfirman bahawa anak yang derhaka bukan sahaja mendapat balasan di akhirat tetapi di dunia juga.

Beberapa hari kemudian, Janet melarikan diri bersama seorang lelaki ke Filipina. Azmi pula, sewaktu mahu mengejar Janet, telah dilanggar sebuah lori dan telah mengalami cedera parah sehingga kehilangan otak. Selepas menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura, Azmi diletak di Hospital Mental Singapura. Azmi sudah tidak mampu lagi meminta ampun dari kedua ibu - bapanya. Sebagai seorang ibu yang penyayang, Mak Timah mengampunkan segala dosannya. Kerana terlalu tertekan dengan keadaan, Mak Timah jatuh sakit. Dengan kehendak Allah, Mak Timah menghembuskan nafasnya terakhir sewaktu dia mengerjakan solat Subuh. Doanya yang terakhir hanya "Ampunkan segala dosa anak-anaknya". Pak Rashid pula asyik termenung dan lebih mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

Pak Rashid serba salah. Kini dia tidak tahu siapakah yang harus dipersalahkan? Dirinya sendiri? Entahlah salah siapa hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Syurga Buat Isteri…

cedok dari email


“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!”


Amboi, suka orang pompuan…tersengih je bila tulis macam ni kan. Hehehe…

Tapi itulah hakikatnya! Sememangnya wanitalah yang paling mudah ke syurga.Tetapi, sebelum kita masuk bab syurga tu…apa kata kita sama-sama renungkan terlebih dulu apa yang bakal katakan di sini, iaitu…tentang kesilapan isteri! “…pulak dah nihh hehe…orang baru duk sedap ke syurga, dah…nak kena lagi lah ni “

Haih!!.. orang pompuan tu mulailah tu cepat-cepat fikir apa salah si suami pula. Ada je cari point nak berlawan. Macam ni lah…YES, lelaki pun ada salahnya, suami juga bersalah!, suami juga ada yang jahat, curang, dan sebagainya! Okey we accepted it and we do get it!

TETAPI, itu bukan apa yang hendak diperbincangkan di sini. Keutamaan yang hendak kita sama-sama fahami dan mengerti ialah asal kesilapan itu.

Dimanakah bermulanya keruntuhan sebuah perkahwinan?, bagaimanakah kemesraan hubungan suami isteri boleh luntur? Sentuhan suami isteri juga turut tawar… “Dah tak steam!” orang kata…

Kesilapan seorang isteri berlaku tanpa disedarinya sejak dari awal perkahwinan lagi.

Kesilapan yang paling ketara dan langsung tidak disedari ialah apabila isteri-isteri ni, “Take things for granted!” …maksud I, terlalu memandang remeh dan tak kisah, menganggap lelaki/suami ni mudah…malah terlupa pandang dan tidak langsung menghiraukan samada si suami suka atau tidak…

Kesilapan ini selalunya terjadi especially kepada newly wed, haaa..yang baru kahwin tu.

Mentang-mentang baru kahwin, apa? Awak ingat laki awak tu suka sangat ke apa yang awak suka?

Mungkin sebab masih baru, masih sayang, maka selalunya si suami akan mengikut kata si isteri. Isteri pulak, apa lagi…buat ajelah ikut suka dia, pergi kemana sahaja ikut minat dia, makan apa sahaja ikut selera dia…

“Sayang suka ke tak makan durian dengan budu? Best tau” tanya si isteri.

“Suka…apa yang you suka, I pun suka.” Jawab suami.

“Sayang jom kita pergi rumah mak. Sayang sukakan pergi rumah mak?” tanya isteri.

“Suka…mak you, kan, mesti I suka.” Jawab suami

“Sayang, I letih lah malam ni…nanti-nantilah ya.” Kata isteri

“Okey, I wait…anything for you dear.” Jawab suami.

Alkisahnya, dah sayang, ikut je lah kan. Si isteri pulak tak tahu betapa peritnya si suami menahan bau durian dan budu tu, betapa boringnya pergi rumah mak mertua, betapa terseksanya batin, dah lah 2minggu tak dapat…dah lepas bendera merah pun, tak dapat-dapat jugak?!… itu yang kegersangan habis tu!!

Kesilapan awal inilah yang selalu berlarutan. Dari awal-awal lagi si isteri melakukan rutin hariannya dengan cara melayan suami mengikut kata hatinya, tanpa sebarang perbincangan dengan menganggap suami sentiasa menyayanginya!

REALITY CHECK!!

Akhirnya, apa yang berlaku? Segala-gala yang menjadi ketidak puasan suami terhimpun, bengkak kat dalam hati. Lama-lama BOOM!!…meletup dengan berbagai-bagai cara. Ada suami tak balik rumah, dah tak nak makan kat rumah, selalu keluar sendirian…dan lastly, having affair. Sebab apa?…tidak puas hati dengan sikap isteri sejak dari awal-awal lagi.

Wahai mereka yang sudah bergelar isteri, you all kena ingat…syurga anda adalah dibawah tapak kaki suami! Mentang-mentang suami punya sayang kat awak, lepas tu ingat awak ada Master, PHD, berkedudukan tinggi, anak orang kaya pulak…Sombong!

You all ingat suami you tu tak lari dah ke? Tak akan cari perempuan lain? Tunggu awak je?

** Seorang suami akan terus setia sekiranya anda menghormatinya! Walau setinggi mana taraf anda, walau selautan sayang suami kepada anda, …suka atau tidak, awak tetap berada dibawah perintahnya.

Jadi, hormatilah suami dengan bertanya apa yang suami suka buat, apa selera suami, apa ‘kehendak’ suami…tanya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian dan sebarang keputusan!

Bro ni bukan pandai sangat hukum-hakam dalam bab nikah kahwin ni, walaupun masa sekolah dulu duk jadi bilal di surau. Duk bercerita kisah-kisah para sahabat sementara menunggu waktu asar. Namun, mungkin asas dari situ membuatkan I cukup meminati penceramah besar, Ustaz Datuk Ismail Kamus…beliau selalu menekankan soal menghormati suami. Ada satu kisah dari beliau…

Aisyah R.A isteri Nabi Muhammad S.A.W dulu, pada setiap hari menunggu Nabi pulang, beliau selalu menunggu dengan segelas air sejuk dan dengan sebatang tongkat. Apabila Nabi pulang, Aisyah akan berkata, “Minumlah air ini, jika dahaga dari perjalanan yang jauh dan pukul lah aku dengan tongkat ini jika ada yang tidak puas di hati!”

Amacam? Isteri sekarang nak buat macam tu ke?…ambik tongkat tu pukul laki dia lagi ada! Habis, laki asyik balik lambat je kan hahahaha!!

You know, sesungguhnya…sekira isteri menjawab mulut suami pun dah berdosa besar.

Malas buat apa suami suruh pun dah neraka jahanam balasannya. Haaa…berat tu. Suami baru suruh, “Sayang tolong buat air kat abang…” sekali si isteri jawab, “Alaaa….abang ni, ayang mal…” Belum habis pun ayat tu baru mal je…dah berdosa dah tu! Haaa…kalau sebut “Malaslah bang!” …habislah, boom, masuk neraka! How?! Hehehe…

Gelak…gelak juga lah kan, tapi itulah hakikatnya. Jadi orang pompuan semua, bro bukan nak memandai kat sini, tapi sesuatu yang baik itu haruslah kita pelajari, fahami dan amalkan agar kita tidak kecundang di hari muka. Jangan sudah terlambat, barulah nak cari dimana silapnya. Hey ladies, mendengar cakap suami, ikut kemahuannya bukan susah pun…seperti quote di awal artikel bro kali ini,

“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!” itu memang benar…caranya juga cukup mudah, dengar kata suami dan ikut katanya!…maka, syurgalah buat isteri!

…namun tetapi,

“Wanita juga adalah kaum yang paling mudah masuk neraka!”

caranya juga mudah, tidak menghormati suami, lupakan tanggungjawab terhadapnya dan lawanlah kata suami!….maka, nerakalah buat isteri! …


Wasalam!

Ikhlas oleh,

Razzi Rahman @ Brother Love

lelaki

Rahsia #1


Apabila seorang lelaki benar-benar sukakan anda, mereka suka mengacau anda, perli-perli dan mengata-ngata anda. Buat-buat benci, padahal teramat suka! Lebih kurang orang perempuan jugalah…hehehe


Rahsia #2

Sekiranya lelaki itu mencurahkan segala masalah yang dihadapinya kepada anda, lebih-lebih lagi tentang cinta. Dia sebenarnya memerlukan seseorang yang sanggup mendengar. Anda tidak perlu memberi cadangan. Juga jangan cepat merasa yang anda dikehendaki kerana perasaan dia di kala itu sebenarnya, tidak tentu arah. Waspadalah…



Rahsia #3

Jika seorang lelaki sanggup melepaskan wanita pergi, sanggup membiarkan dia bercinta dengan orang lain, dia sebenarnya lelaki yang benar-benar mencintai wanita itu. Dialah lelaki yang sanggup berkorban apa saja demi anda!


Rahsia #4

Bila lelaki meraung-raung marah dan menangis di depan wanita, itu maknanya dia benar-benar mahu meluahkan perasaannya. Jika dia marah, dia benar-benar marah dan jika dia bersedih dan menangis, itu maknanya dia benar-benar sedih.


Rahsia #5

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkannya lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorrylah girls…this is reality!

Siapa sudah dimiliki?

Kali ini, ingin juga rasanya mengetahui siapakah di antara kita semua ni yang sudah berpunya ya… curious juga. Kita duk bercerita, dan berkongsi pengalaman tetapi tidak sama-sama berkongsi status sendiri.


Berbangga dengan pasangan anda adalah satu cara yang pasti membahagiakannya. Sesiapa saja suka dihormati, diingati tambahlah jika anda begitu bangga dengan pasangan anda.

Namun, sedikit persoalan yang timbul di sini, ialah… “adakah kita benar-benar berpunya atau adakah dia milik anda?”



Mungkin anda sudah berkahwin, mungkin sudah bertunang. Mungkin juga anda sudah mempunyai kekasih yang amat anda sayangi.

TETAPI…berapa yakinkah anda yang anda miliknya dan dia milik anda?



Betulkah pasangan anda benar-benar cinta dan sayangkan anda? Adakah dia genuine mencintai anda? ATAU segala-galanya hanyalah sekadar lakonan?

Sedar-sedar, dia milik orang lain…anda mungkin yakin yang anda miliknya, jadi soalannya, “Berapa yakinkah anda, yang dia milik anda?”

Berkawan atau melawan

Sumber: www.iluvislam.com



Ustaz, anak saya suka tengok cerita-cerita kartun hinggakan mereka melengah-lengahkan solat, pudar semangat dalam belajar, dan suka mengikut aksi kartun yang ditonton.




Kakak bimbang kelak akan membantut akal mereka menjadi matang dalam berfikir dan juga membantut tumbesaran mental kerana selalu terdedah kebodohan (merujuk pada kartun) tangan manusia ni. Boleh ustaz bantu saya, bagaimana kaedah betul untuk membentuk anak-anak agar tidak dungu dengan skrin, dan tidak pula cepat melatah kalau kita melarang?

E-mail yang diterima penulis daripada seorang ibu yang bimbang akan kondisi anak-anaknya sekarang. Penulis tersenyum sambil menarik nafas panjang-panjang. Bukan apa, inilah kali pertama penulis terima soalan yang nampak biasa tetapi kesannya cukup luar biasa. Mungkin bukan dalam masa terdekat, tetapi apabila sudah selalu dibaja dengan perkara sama tidak mustahil kekal akan menjadi bebal hati.



Saidina Ali ra pernah berpesan: “Hendaklah kamu bermain dengan anak kamu pada 7 tahun yang pertama, kemudian pada 7 tahun yang kedua hendaklah kamu mendidik anak kamu, kemudian pada 7 tahun yang ketiga hendaklah kamu bersahabat dengan anak kamu, selepas itu barulah kamu biarkan anak kamu”



Penulis tidak mengatakan tindakan anak-anak itu salah kerana hanya menonton kartun, dan tidak pula penulis menyangah kerana kesilapan ibu bapa memilih acuan untuk anak-anak mereka. Cuma di sana ada timbang tara perlu dipost mortem oleh kedua-dua belah pihak, baik ibu bapa mahupun kanak-kanak.



Bermula daripada pemilihan cerita oleh kanak-kanak itu sendiri hinggalah kesedaran ibu bapa memberi panduan kepada anak-anak mereka akan cerita mereka pilih itu. Perlu ada guideline yang betul, jangan pula menyekat atau mengongkong mereka sampai mengerat wayar televisyen atau menghumban ke dalam longkang, tetapi dengan sebuah NASIHAT.



Dalam kajian ilmiah di Barat, penulis fikir mereka cukup teliti. Kita boleh lihat silibusnya dari keperluan jasmani hingga pada keperluan rohani, mereka cuba mengetengahkan keperluan silibus dengan kesesuaian tahap perkembangan minda, fizikal dan emosi seorang kanak-kanak dan ia dikuatkan dengan budaya yang dominan dalam persekitaran mereka.



Bila penulis terlibat dalam usaha memindahkan teori-teori dalam bidang penulis kepada praktis, penulis dapat merasakan the beauty of learning environment and society dalam masyarakat Mesir yang agak tandus dalam masyarakat kita. Mereka cukup teliti dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil mereka, meskipun apa yang ada sudah dilihat terlalu memadai dalam masyarakat kita. Dari aspek penyampaian prinsipnya terkandung.



Jika dalam bidang penulis dari Interpretasi Persekitaran (isu-isu semasa) dengan ilmu hukum yang telah tersemat di dada, dari situ penulis akan mengerti perihal masalah yang berkaitan dengan dalil-dalil yang berkaitan. Kaedah ini juga disebut oleh Eric Erickson perihal masalah perkembangan otak kanak-kanak ialah sebagai Children Mind, iaitu prinsip yang menekankan keperluan kita atau kanak-kanak memahami audiens yang laras bahasanya harus disesuaikan.



Perbandingan nilai adalah cukup penting. Bukanlah niat penulis untuk meremehkan ibu bapa dengan perbandingan dengan Ultraman, Power Rangers dan Barney. Watak-watak ini dicipta manusia dan boleh memberi kesan baik serta buruk. Melarang anak-anak dari menonton watak-watak ini bukanlah jawapan kepada kemahuan mereka. Mungkin itu adalah tanda yang perlu dilihat.



BerMotivasi Dan BerMuhasabah Yang Betul Kaedah betul lawan motivasi adalah muhasabah. Motivasi selalunya memandang ke atas. “Kalau Amalina boleh dapat 17A1 dalam peperiksaan. Mengapa kita tidak BOLEH!” Suara tinggi motivator menaikkan semangat pelajar yang nampak malap dalam pelajaran. Permulaan kepada seorang pelajar mahupun anak-anak ialah persiapan para guru dan ibu bapa menyediakan mereka tapak untuk mereka menanam benih semangat dan bisa melakar kejayaan kelak.



Apa sahaja yang perlu para guru dan ibu bapa katakan, buatlah dan katakanlah untuk membakar semangat juangnya. Semangat muhasabah lain sikit, selalunya kena pandang bawah. Jangan sahaja cerita pasal pernah jolok langit (yang baik), tetapi sesekali cerita juga dan ingatkan mereka apa-apa yang tidak baik yang telah kita lakukan, bertentangan dengan semangat motivasi, bukan apa kelak mereka tahu ini boleh buat dan ini tidak boleh buat.



Bermula dari situ kita perlu memperbaiki sikap kita, walaupun kita tahu sebenarnya telah banyak juga kebaikan dan pencapaian yang telah kita lalui dalam kehidupan. Keserasian dan Keseimbangan sangat diperlukan dalam kehidupan. Kita boleh mula gunakan serampang tiga mata: dengan selalu bermotivasi, tetapi akhirnya kehidupan sepatutnya disemarakkan oleh proses muhasabah. Motivasi cara Barat, sementara muhasabah cara Islam.



Mulakan serampang dengan menggunakan perasaan dalam, contoh perhubungan, tetapi jangan tersangkut pada tahap itu selamanya tanpa mahu menjadikan ianya berhubung dengan akal, sebagai langkah jangka panjang. Bermula dengan kepercayaan tetapi akhirnya perlu penyelarasan dengan pembuktian. Bermula mengutamakan Syariatullah, tetapi akhirnya perlu memahami keutamaan Sunnattullah, seterusnya dan seterusnya.



Manfaatkan Ilmu Dan BerImaginasi Mukmin yang baik itu umpama biji benih yang baik: dibuang ke laut menjadi pulau, dibuang ke darat menjadi gunung, dicampak ke langit menjadi bintang. Kata Albert Einstein lagi: “Imagination is more important than knowledge” Maksudnya dengan hanya knowledge dan tiada imaginasi maka tidak memberi apa-apa perubahan kepada diri dan masyarakat.



Kalau kita baca sebahagian biografi beliau, beliau penganut agama Yahudi (walaupun bukan Islam) yang zuhud, cinta ilmu. Jika penemuan matematik atau fizik beliau bertentangan dengan kewujudan Tuhan, maka akan beliau tolak dan memperbaiki kajian beliau. Begitulah imaginasi beliau. semangat saintifik beliau menepati konsep Sikap Mukmin Saintifik di dalam Al-Quran. Orang-orang kita banyak yang berilmu tapi kurang imaginasi. Jadi kuranglah idea bagaimana nak mengubah situasi hidup keluarga, masayarakat dan negara.



Analoginya amat mudah. Kalau ada ilmu, tapi tidak beramal. Apakah akan memberi manfaat kepada diri? Kalau ada kereta canggih seperti BMW, tetapi tidak reti nak pandu. Maka langsung tidak memberi manfaat kepada tuan empunya, bahkan membazir duit sahaja beli kereta, dan membazir ruang untuk membina garaj kereta.



Ibu bapa yang baik ialah ibu bapa yang pandai bermain dengan gelagat anak-anak mereka. Tidak cepat melarang atau melawan tetapi berkawan dengan anak-anak mereka, dekati mereka dari semasa ke semasa agar tidak mereka lalai dihanyut oleh ciptaan tangan-tangan manusia, dan tidak pula ibu bapa mengeluh sikap anak-anak mereka. Mulakan daripada sekarang. Berkawanlah dengan mereka, jangan cepat Melawan. Mudahkan…

“Is it Love or Lust?”

Idea by Gja : “Apabila tengah bercinta dengan orang lain, tiba-tiba rasa dia bukan jodoh kita, lepas tu ada pulak orang lain yang datang dan rasa he’s the one, macamana tu?”

Pernah tak terjadi kepada anda? I rasa, ramai juga yang pernah merasa begini kan. This is the challenge that most couple will face. Bila dah kahwin lagi banyak cabaran sebegini huhu…Now what we have to ask, “Is it what happen because of Love or Lust?”



Idea by Bear Moo : “Why wives suka ada skandal dengan lelaki bujang?”

What I know, and see it myself. My own friend ni, selalu dikecewakan suaminya yang terang-terangan having affair dengan beberapa model dan gro’s. Nak tinggal sayang, nak bercerai takut hilang kekayaan yang ada. Apabila kesunyian, muncul lah pulak ‘toy boys’ – lelaki muda yang mencari pendapatan dengan memikat isteri-isteri kaya nihhh… adoi!



Again, whatever happen… “is it Love of Lust?” - I think after a while, it’s love for the wife, and lust for the toy boys, tapi nafsu untuk duit dia je laa kut



Idea by Bunga Raya : Cinta lelaki towards, “perempuan simpanan” is it love or lust?

Perempuan simpanan sure lah lawa kan, kalau tak takkan ada orang nak simpan. So kerana nafsu is for sure lah, jadi Lust is sure, does it he also in love, …I think it maybe a little bit of both.



Sebenarnya, apabila kita bercakap tentang LUST or NAFSU yang membara ni, kita kena hela nafas panjang-panjang dan tenangkan diri sebelum kita menjawab, “Why we do that, or why we feeling like that”



Because in my opinion, the first that we feel is GOOD LUST, rasa terlalu inginkan dia kerana :



Dia baik sangat, caring, loving so different dari yang lain

Kejayaannya, kekayaannya, kecantikan/ketampanan

Menepati cita rasa anda, sebagaimana yang telah lama anda cari-cari



All this are good lust, its normal…Selepas itu barulah datang nya LOVE. Tidak mungkin kita tiba-tiba jatuh cinta dengan dia kan. Mesti kita suka kan something tentang dia, sukaaa sangat! TAPI, yang menjadi persoalannya, “Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.”



I mengaku I sendiri pun feeling the same. Kerana kita semua hanya manusia biasa…



Walau kita sudah memiliki yang terbaik sebenarnya, tetapi kita masih terfikir untuk memiliki yang lebih baik, now that is BAD LUST!



Kadang-kadang susah juga untuk kita terus follow love without lust :



Kawan Gja, mungkin dia mahu bersyukur dengan kekasihnya itu TETAPI yang sedia ada tidak memberi kebahagiaan kepadanya, sebab itu kemahuan baru mulai muncul. Sebenarnya sudah berapa ramai lelaki lain yang hadir dalam hidupnya Im sure…tetapi kerana kekasih yang bijak menjaga hatinya, lalu nafsu nya mulai membara untuk mencari NEW HAPPINESS.



Kawan bear Moo, seorang isteri yang memburu cinta muda, Im sure dia juga mahu bersyukur memiliki seorang suami. Tetapi oleh kerana suaminya tidak menjaga sewajarnya. Lalu, mulai lah muncul keinginan, nafsu memborak-borak inginkan NEW HAPPINESS jika suaminya betul-betul jaga, takkan dia nak sibuk dengan lelaki lain, I rasa.



Kawan Bunga Raya, pasti dia sudah mencuba bercinta dengan wanita biasa, yang single tetapi kemungkinan besar, wanita ini tidak bijak mengambil hatinya, tidak pandai membahagiakannya, asyik merajuk, asyik cemburu…itu membuatkan dia bosan, lalu mulai nafsu memborak inginkan kebahagiaan…memang dia patut settle je dengan wanita yang tidak complicated, yang tidak mempunyai orang lain, yang benar-benar menghargainya, tetapi hanya Perempuan Simpanan itu yang pandai menawan hatinya, that is his NEW HAPPINESS.

Cinta adalah satu proses usaha, BUKAN hari ini berusaha untuk memiliki cinta, esok dah dapat, Done! Thats it!…Nooo…kena terus berusaha!



LOVE…Cherish it…Embrace it….Lust for it forever, ALL THE TIME!

“Kesiannnnnn…!”

“One thing tentang wanita yang cukup senang untuk lelaki dapatkan adalah rasa belas kasihan!”




Bila lelaki bercerita pada anda wanita, yang dia terseksa, jiwa merana kerana kekasihnya yang tidak menghormatinya langsung dan diperbodoh-bodohkan, hati anda berkata apa?




“Kesiannn…”




Apabila lelaki berkata, please lah jangan lah you buat diam macam ni, I tak tahan sangat, I rasa kehilangan you, I’m lonely sangat2.. Apa anda kata?



“Kesiannn…”



Apabila lelaki bercerita betapa susahnya mendapat kerja, hidup melarat seperti peminta sedekah, rasa seperti mahu mati…Hati anda longlai dan mulai berkata…



“Kesiannn…”



Apabila lelaki berkata, dia asal dari kampung, MC Donald, KFC…tak pernah masuk, tv pun black and white. Jadi, dia bukan setaraf dengan anda. Anda jauh lebih hebat darinya….anda pun terasa? Memang…



“Kesiannn…”



Kononnya duit habis kena beri kat isteri yang boros, now hidup susah…kena queen control! Katanya, “apalah nasib I ni, terhina rasanya dengan isteri sendiri” - anda yang single ni pun mulai rasa merasai keperitan hidup si lelaki yang sudah berkahwin tu. Saban hari, kisah sedih yang sama diceritakan… Hati anda mulai cair… Kata anda,



“Kesiannnnnn!”



KASIHAN WANITA! Bulat-bulat KENA TIPU, KENA KELENTONG!




You see…oleh kerana lelaki tahu akan kelemahan wanita inilah, semua situasi di atas dan banyak lagi situasi-situasi lain digunakan oleh lelaki dengan sengaja…inilah CARA menggoda wanita dengan mendapat belas kasihan dari mereka.


This is men’s DIRTY TRICKS! Wanita harus peka dengan tipu helah lelaki ini. Dan ada berbagai-bagai cara lagi. Ini baru sedikit tetapi yang ini pun sudah cukup untuk membuat kaum wanita lemah lutut, dan sanggup putus keluarga, hilang kawan, bergadai dan berhabis harta dan wang ringgit…all because “kesiannnn”


Sebenarnya, sudah berkali-kali cuba selamatkan wanita dari terjerat dengan manis mulut lelaki. Tetapi, kebanyakan wanita at this level. KERANA CINTA, it clouds their judgement. So, at this time kita cakap apa pun wanita tidak akan dengar. Frust!



==================================
Let me tell you a story :
==================================



Girl ni I gelarkan dia, Z lah. Z ni, very modern girl, outstanding, berkerjaya tinggi, higher educations, ayu dan cantik. Kalau dia nak kat I pun I nak kat dia hahaha…Lawa! Baik pulak tu…



The problem is, umur dia sudah lebih sedikit…going to be 30 tetapi masih single. Which is to me, that’s not really a problem. The real problem is….Z terlalu baik!!



Sebabkan terlalu baik itulah, dan kononnya setia kepada boyfriend dia itulah…dia masih menunggu boyfriend yang berjanji nak kahwin ni dari 8 tahun dahulu lagi! You see, how many years that she have lost? All her youth…hilang, all her beauty gone…just because??…. “Kesiannnn”



KASIHAN Z! Kerana sifat dia yang terlalu baik, kelemahan dia yang cepat kesiankan orang, Z sendiri yang merana….On top of that, why Z minta pertolongan dari saya? Kerana sudah 4 kali tangkap boyfriend dia tu curang!



Kali ke 4, baru nak cari pertolongan? Dan masih cakap,



“Tak apa sekali lagi dia buat baru I betul-betul tidak terima dia lagi!”



Hello?! Maknanya, balak dia tu…boleh curang untuk kali ke 5 lah kan? Adoi….nak jadi pemaaf pun, sekali sudah lah. Second time, curang jugak tu, time to get off!!



You all boleh imagine tak? Boyfriend dia curang, dia dapat tahu or dia tangkap…and then marah sekejap, and lelaki tu kata,



“I lonely, I frust you tak ada…sorry I tak buat lagi” ….bammm!

“Okay sayang, sayang jangan buat lagi ya…” Z punya jawab, adoi!



I tanya dia why you maafkan dia?



“Dia orang kampung, KFC pun dia tak kenal, Mac Donald pun tak pernah masuk…kesiannn kat dia. Dia sorang-sorang je kat KL ni”



Kemudian, the last time mamat ni curang, the 4th time tu kan. I’m very sure at this time…mamat ni dah terer, dah 8 tahun hidup di KL. So, bila kantoi kali ke 4… dia boleh buat-buat,



“I confused sebenarnya, sebab bukan I yang nak kat girl tu…girl tu yang duk pujuk-pujuk I, girl tu yang duk layan I, I tak nak kat dia…saja je gi keluar makan dan tengok wayang as friend”



Tapi why kantoi kat rumah? Sebab lu confused? Sebab kepala bawah tak ada otak?



Hahaha… adoi! TAPI yang paling KASIHAN WANITA YANG BERNAMA Z ….jumpa I nak minta tolong masalah cinta…BUKAN kerana balak dia yang sudah 4 kali kantoi, tetapi kerana nak tahu bagaimana nak handle minah yang kacau balak dia!



Mak ai…itu masalah yang dia nampak? Dia tak salahkan boyfriend dia pun! The girl yang mengayat balak dia yang dipersalahkan. Kesian Z, she’s so naive! Hidup dalam kepura-puraan, in denial. Dia tidak mahu menerima yang boyfriend dia ni JAHAT, PENYANGAK, KAKI POMPUAN!



So, wanita sebegini…sebenarnya terlalu ego dan sudah tidak dapat ditolong lagi. Berkali-kali dicurangi, dibohongi tetapi masih menerima lelaki yang tidak seberapa mana tu pun.



Bukan hensem, bukan kaya, bukan baik… ALL hanya kerana boyfriend dia ni pandai berlakon innocent. Depan dia macam budak baik yang tak pernah keluar rumah!



At the end of kisah Z ni, I did give a great advise yang I rasa ramai yang telah I bantu dan berjaya. Caranya, simple je.



I minta dia jadi WANITA MAHAL. Mahal dalam semua segi, no calls, no sms, for few days, avoid dari jumpa dia, avoid menolong dia, avoid bagi pinjam duit, avoid semua! Biar dia yang call, tu pun jangan angkat dulu. Leave him for a week at least! And he will come to you…he will menyerah kat you, kalau dia betul-betul sayangkan you dia akan sujud you I’m very sure. Percayalah!



Jika dia tak datang, maknanya dia bukan lelaki untuk you, dan dia bukan nak kat you sangat. So, move on! Tinggalkan kehidupan you dengan dia.



Then dia tanya I, nak mahal sampai bila?… I jawab, jadi MAHAL sampai bila-bila!



“Eh takkan macam tu, kesian la kat dia!” - You all tengok jawapan dia…adoi, sibuk fikirkan orang, diri sendiri merana sampai dah nak masuk 30, tak fikir langsung.



At last dia buat exactly macam I suggested…and you know what, hanya dalam 1 hari… mamat tu memang datang menyerah kat dia balik, menangis-nangis. BUT my advise apa?



Jangan bagi muka lagi dan MAHAL sampai bila-bila!



Tapi Z, dalam 1 hari tu lah juga dia terima boyfriend dia tu dan memaafkan segala-gala perlakuannya. Z did call me and tells me what she did…siap tolong bagi alasan kat mamat tu lagi, katanya, boyfriend dia dah berubah…dan berusaha kuat untuk memenangi hati dia, dan sudah tidak keluar dengan girl lain. Kesian kat dia merayu-rayu kat I, I tak sampai hati…



“Dalam 1 hari, berusaha kuat?!!… at least sebulan dia merayu, dan melakukan apa sahaja untuk dapatkan you, that barulah boleh consider!”

My last words to Z, “You’re making the same mistakes, over and over again!”



- and true enough, tak sampai seminggu, Z contact I, cakap balak dia buat hal balik and minta my advise again. I said,



“Sorry Z, unlike you, I dont do the same mistake twice!”



Minta maaf la kan, once I help… I expect you to help yourself. Tapi you sendiri, tidak mahu membantu diri you…you dont expect anyone to help you again la…pity you! And kasihan Z, KASIHAN WANITA… namun, apa lah guna kita kasihankan mereka, jika mereka sendiri tidak kasihan kan diri mereka sendiri.

Sayang? Kawan? Atau Lawan?

Sometime when we talk about feelings, closeness and terderness, we intend to forget the person that in the front of us is the person that we reaaaally like to be with. Tetapi, because of rapat sangat dah, sudah terlalu biasa dengan dia we forgot, that kita AMAT PERLU menjaga hatinya!


Yes, anda sayang dia…Yes anda sedar that he or she is not a friend…and Yes dia bukan lawan, sebaliknya dia adalah orang yang you betul-betul ingin bersama. Tetapi why kena cakap lepas je? Why kena cakap selamba? Kata mengata…using all the words yang obviously…seperti tidak sayang, seperti ingin berlawan, seolah-olah hanya kawan biasa?

You see…recently I got to know one girl ni. She’s very pretty laaa bagi mereka yang kat facebook ni. FB dia pun full…full with balaks. But, I dont know what’s her reason dia boleh nak add pulak. So, okay lah…



Dalam seminggu dua gitu kita kawan, (NO scandal ya…) and she says that she likes me. And I said, dalam beribu-ribu lelaki single kat fb dia tu, why me? She said that she likes my way, and my smile. Okay lah…pandai gak la dia ngayat I. BUT…why? Setelah kita kawan… and getting closer… why your words changed?

I really can’t stand her words! Macam budak tak sekolah…kampung sangat! Bukan kutuk orang kampung…in fact orang kampung pun jauh lebih berbahasa daripada dia. I tak nak mention what’s the word she used, and how she use it…because terlalu, to me la terlalu kasar…dan tidak ada kelembutan dalam ayat-ayat dia. Cara dia bercakap dalam gurauan dia macam…bukan lucah, tetapi kotor sangat.

Till I decided, “MALAS AKU NAK LAYAN LAGI!” …you see, I admit I kenal ramai kawan wanita. But a true friend la. A real friend yang dah 10-20 tahun kawan pun tak pernah bercakap macam tu dengan I. We’re still great friends dan still mesra. We can gossip about guys…girls…talk about anything! YET…masih bercakap sopan dan tidak menjengkelkan!



All I want to say here is…KETAMPANAN atau KECANTIKAN seseorang itu BOLEH HILANG hanya kerana bahasanya…kerana, kecantikan sebenarnya datang dari tutur katanya, tingkahnya dan choice of words that you use. This girl yang lawa ni, macam model-model korean ni…boleh make me turn off! Why? Sebab mulut dia…kalau orang sekarang kata “MULUT MACAM…p@I\It#T” haaa…



Come to think this back…kesian pulak kat dia. Bagi balak-balak yang duduk melayan dia siang malam kat Fb tu maybe can take it la the way she talk dan gurau bodoh dia because balak entah datang dari ceruk mana…but for me, hmm…I dont think I can.

To me Bahasa menunjukkan bangsa, agama dan keperibadian…Tidak salah kita nak berbahasa dengan slang apa sekali pun, atau cakap lu gua ke, rock la lu beb…chayiok ke, whatever all that is slanga satu dunia….

Tetapi, apabila seorang wanita yang cantik, punya karier, punya her own business pulak tu, tidak menjaga keperibadiannnya… dengan menggunakan bahasa yang kotor all the time, bergurau dengan menjatuhkan air muka kawan, bercakap tentang segala najis dalam dunia ni…and you laughed about it…



well, to me you ain’t got no class at all in fact, no class can fit you. Macam ni ke sayang?…or kawan?…cakap lebih seperti LAWAN?!



Now you asking me,



“Why Im not interested to be your friend anymore?…why dont you ask yourself, Why you surrounded by man, but none of them want to be your lover, jauh sekali nak jadi your life partner…why?”

Bahasa menunjukkan Bangsa

Adoi, sedapnya bahasa memanggil orang tu kan, “hoi..hoi!!” Dalam movie Do Re Mi, Kata Do pada Mi yang bercakap kasar pada seorang lelaki bangsa Singh,
“Bahasa menunjukkan Bangsa tau”
Di sini, apa yang saya nampak ‘P.Ramlee’ maksudkan BANGSA adalah bukan bangsa Melayu, Cina, India mau pun Singh. Tetapi, maksud sebenar dia adalah sesiapa yang berbahasa dengan cara yang tidak elok, maka dia ini dari bangsa…
Bangsa kurang ajar - “Oi bodoh, kau ingat ini bapak kau punya?!”
Bangsa sombong - “Pakaian aku yang mahal je, tak main lah macam kau”
Bangsa suka menghina - “Taraf kau ni, nak glamor muka tak malu jangan perasan laa”
Haaa…ada berbagai-bagai bangsa lagi kalau nak kita fikirkan. Bangsa bodoh sombong, Bangsa pemalas, Bangsa baran, Bangsa terlampau cerdik, Bangsa perasan bagus…

So, hakikatnya, BAHASA yang kita guna itulah yang menunjukkan BANGSA apakah kita ini. Cuba kita renungkan semula , apakah kita berada di dalam mana-mana bangsa yang perkatakan tadi? Hehe…harap-harapnya tak adalah. Sebab…kerana mulut badan binasa beb!

Mungkin selama ini ramai yang tidak sukakan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin selama ini orang-orang disekeliling kita hanya berlakon baik berkawan dengan kita, hakikatnya semua membenci mulut kita, pernah anda terfikir? Malah kita pelik, mengapa kita susah memiliki kawan apatah lagi cinta. Ini mungkin kerana bahasa yang keluar dari mulut kita beb
Ramai juga sesetengah orang yang begitu bangga dengan diri sendiri yang suka berterus-terang, “I ni cakap lepas je, tahan lah ya.” - tapi bila kena kat dia, tak tahan pulak tu. Hmm rasanya tak ada masa orang lain nak tahan dengan mulut kita yang cakap tak berlapik tu…
BANYAK lagi cara untuk menegur dengan bersopan, Banyak lagi percakapan yang lebih mesra dalam memberi kritikan yang membangun. Sesungguhnya, ramai yang mahu berubah apabila mendapat teguran dengan lebih lemah lembut dan penuh kemesraan.

You see, dari percakapan kita, pertuturan dan cara bahasa yang kita gunakan itulah yang menunjukkan dalaman kita.

Apabila kita mengata, menghina, mengeji seseorang …kita terlupa melihat diri kita yang juga tida sempurna. Kita terlupa, jika diri kita pula yang dihina, dikeji… boleh tahan ke?

Saudara mara atau adik beradik kita pula yang kena bahasa yang kurang ajar…bagaimana?

Obviously, jika bahasa kita kotor, cara kita kasar, cakap tidak berlapik…dalaman kita juga begitu. So bagaimana kita nak memikat sebuah cinta? Or even to have good friends? Bagaimana orang ramai nak sukakan kita kalau bahasa kita menyakitkan hati orang? Malah langsung tak mesra? Suka mengkirtik saja… boleh belah la kan.

Semalam kita persoalkan tentang Personaliti diri. Yang mana katakan, jika kita mahu diri kita disukai ramai, jika kita mahu memiliki sebuah cinta sejati. Kita kena berubah! UBAH imej kita! Ubah cara, berpakaian, penampilan dan pertuturan, ubah yang menjadikan ramai orang sukakan kita!

You see, satu-satu personaliti yang terbaik merangkumi 3 perkara penting! Cara berpakaian, Corak penampilan dan Pandai bergaul.

Like I said, “First Impression, Last!” - maknanya, Pandang Pertama itulah yg akan diingati sampai bila-bila. - Dari jauh kita lihat cara penampilan dia…pakaiannya yang smart dan sopan. Lalu terdetik di hati… wow, lawanya or hensemnya dia…So dari cara berpakaian dan penampilan membuatkan seseorang tertarik pada kita dari jauh.

Kemudian apabila berdepan, cara pergaulan dan pertuturan serta bahasa yang kita gunakan yang menambat hati dia pula. Di sini faktor dalaman kita mempengaruhi kepandaian kita bertutur dan bergaul serta bijak mengambil hati kawan-kawan dan orang ramai. Dari sinilah ianya menjadi ukuran orang-orang di sekeliling kita, adakah kita boleh menjadi seorang yang mempunya Personaliti yang terbaik menarik dan diingati forever!

Orang Berjaya vs Orang Berfikiran Negatif

Dalam tip motivasi kali ini, Anda akan tahu beza antara orang berjaya dengan orang berfikiran posiitif.

Orang berjaya selalu kata pada dirinya “aku yang membentuk hidupku”. Orang berfikiran negatif pula selalu kata “kenapalah hidup ini tidak adil pada aku”.

Orang berfikiran negatif menjadi mangsa pada kehidupannya. Dia meratapi kesusahan hidup.

Orang berjaya menjadi penguasa kerana mereka cuba menguasai hidup mereka tanpa pernah mengalah pada kesusahan yang dialami seperti orang berfikiran negatif tadi.

Orang berjaya tidak meratapi hidup, sebaliknya menggunakan kesusahan hidup sebagai pencetus motivasi untuk membentuk tahap hidup lebih baik.

Orang berfikiran negatif pula sering meratapi kesusahan hidup tapi jarang melakukan apa-apa usaha untuk keluar dari kesusahan.

Jika Anda mahu menjadi seperti orang berjaya, jangan pernah meratapi kesusahan.

Sebaliknya binalah hidup lebih baik dari hidup Anda sebelum ini dengan memfokuskan pada usaha. Tuhan tidak Anda mengubah nasib Anda, melainkan Anda berusaha mengubahnya.

Fakta Mengenai Bersin

Bersin akan muncul setiap saat seperti ketika sedang membersihkan rumah, memasak atau terkena udara dingin. Tapi ada fakta lain yang belum banyak diketahui orang mengenai bersin.

Sesetengah orang akan terbersin setiap hari sementara orang lain hanya pada waktu-waktu tertentu saja. Bersin adalah salah satu cara tubuh untuk mengeluarkan benda-benda asing dari hidung yang dapat menyebabkan jangkitan seperti debu, tepung, bakteri atau virus.

Tapi prosess bersin ini tidak semudah yang dipikirkan orang, kerana tetap melibatkan banyak organ dan fungsi dari dalam tubuh.

Ambik kau..bersin siap bersembur lagi tue

Seperti dipetik dari Fitsugar, ada 5 fakta yang berhubungan dengan fenomena bersin ini iaitu:

1. Olahraga membuat orang bersin.

Ketika orang berlatih terlalu keras dan nafas menjadi berat, maka secara automatik bahagian mulut dan hidung menjadi kering.

Akibatnya bahagian dalam tubuh akan bereaksi dengan menitiskan air sehingga memaksa orang untuk bersin.

2. Kecepatan bersin sangat tinggi.

Saat seseorang bersin, maka lendir atau benda-benda asing yang ada di mulut dan hidung akan keluar dengan kecepatan 100 mil per jam. Saat bersin biasanya mengeluarkan 100.000 kuman ke udara, kerana itu sebaiknya menutup hidung dan mulut dengan tangan atau tisu ketika bersin agar tidak membahayakan orang disekitar.

3. Orang tidak akan bersin ketika sedang tidur.

Seseorang tak perlu khuatir akan terjaga semasa tidur akibat bersin. Ini disebabkan,apabila kita sedang tidur, saraf bersin juga akan beristirahat.

4. Terkena sinaran matahari boleh menyebabkan bersin.

Sekitar 1 dari 3 orang akan bersin ketika terkena sinar matahari cerah. Sensitifit terhadap cahaya matahari dipengaruhi oleh faktor genetik.

5. Seks boleh menyebabkan bersin.(erm..tak tau nie sebab gua belum kawin lagi)

Rangsangan yang terjadi pada sistem saraf parasimpatik ternyata tidak hanya memberikan pada seseorang untuk menikmati seks, kerana pada sesetengah orang hal ini juga terjadi. Mereka adakalanya bersin setelah hubungan seks selesai.(konpius betul fakta ni)

Dekatkan Diri Dengan Orang Bermotivasi

Mendekatkan diri dengan orang bermotivasi amat penting buat Anda. Orang bermotivasi biasanya ada sesuatu yang mahu dicapai.

Mungkin dia mahu berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam kerjaya atau berjaya sebagai sebagai seorang insan cemerlang dalam keluarganya.

Apabila Anda dekat dengan dia, secara tidak langsung aura motivasi yang terpancar dari tubuh badannya akan meresap masuk ke dalam diri Anda. Semua ini berlaku tanpa Anda sedari.

Minda Anda akan dipengaruhi oleh gelombang mindanya. Getaran gelombang minda orang bermotivasi ni amat kuat sebab mindanya terfokus pada satu arah sahaja – mencapai kejayaan.

Minda orang tidak bermotivasi getarannya tak kuat sebab mindanya fokus pada banyak perkara pada satu masa.

Ini menyebabkan mindanya bercelaru, lantas menjadikan gelombang mindanya juga bercelaru hingga menjadi seperti bercabang-cabang. Frekuensi getaran mindanya juga sering berubah-ubah sebab kecelaruan yang berlaku di fikiran.

Cari orang yang mahu berjaya kemudian dekatkan diri dengannya. Perhatikan kata-katanya sepanjang masa.

Jika dia seorang yang sentiasa bersemangat dan sentiasa berkata baik-baik serta selalu bersangka baik terzahir di dalam percakapannya, maka dia adalah orang yang perlu Anda dekati. Anda kena ‘tangkap’ cepat sebab orang begini susah nak dijumpai.

Tukang Kapak

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang
dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi
separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua
adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.


Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah
kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata,
"Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah
aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah
seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada
harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana
mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan
pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau
masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti
apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya
diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke
rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di
dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah
mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah
dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, ?Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut
selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau
dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut
untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun
mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak
tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka
datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang
hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di
fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke
arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta
wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur
tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau
tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya
sama untuk dijual?



Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan
muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi
bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat
seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri
ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur
tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan
mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah
setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta
aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi
sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.

Merancang Jantina Bayi ?

Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Bila boleh tahu ?

Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.

Bolehkah merancang anak kembar

Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.
Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.
Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

Makanan terbaik untuk pembentukan otak.

Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.

Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?

Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil !

Fakta sejarah - asal usul perkataan 'elektrik'

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin?"

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...