Friday, November 5, 2010

Fakta Saintifik - Merokok Akibatkan Zakar Menjadi Pandak

Selain menyebabkan penyakit jantung, stroke dan kanser paru-paru, merokok juga boleh mempengaruhi kejantanan laki-laki. Tidak hanya melemahkan ketegangan atau mati pucuk, merokok juga boleh memendekkan saiz zakar.

Penemuan ini berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Boston University School of Medicine dari 200 peserta perokok laki-laki. Dari hasil kajian, rata-rata perokok mengalami pemendekan zakar sebanyak 1 cm.

Menurut Dr Salimpour, kesan negatif dari merokok pada zakar sama pengaruhnya rokok pada hati. Ini adalah kerosakan pembuluh darah, yang membuat aliran darah terhalang.

Pada asasnya ini merupakan kesan elastin, protein tisu perantara anjal dan membenarkan tisu-tisu dalam badan bagi mendapat kembali ke dalam bentuk asal selepas proses menegangkan atau penguncupan. Dalam kes ini, elastin melibatkan keupayaan ereksi zakar.

Dr Salimpour menjelaskan, elastin yang boleh meregangkan seperti getah. Inilah yang berlaku kepada zakar akibat aliran darah yang meningkat.

Merokok boleh merosakkan kemampuan tubuh untuk berbuat begitu, supaya boleh menjejaskan saiz zakar dan keupayaan ereksi. Tetapi penyelidik-penyelidik tidak dapat memastikan berapa banyak rokok yang boleh merosakkan elastin dan memendekkan saiz zakar.

Perkara ini masih memerlukan kajian lebih lanjut, tapi nampaknya bahaya merokok lebih terdedah kepada zakar bukan jantung,” jelas Dr Salimpour.

Menurut beliau, ini disebabkan urat darah di dalam zakar jauh lebih kecil daripada pembuluh darah di hati. Pembuluh darah yang ada di hati berukuran 1.5 mm, sedangkan pembuluh darah penis 1 mm lebih kecil atau tepatnya berukuran 0.5 mm.

Bukan sahaja perokok aktif, Dr Salimpour turut menerangkan yang terdapat satu kemungkinan perkara yang sama boleh juga berlaku kepada perokok pasif. Tetapi ia masih memerlukan kajian lanjut.

“Walaupun industri tembakau menafikannya, tetapi fakta saintifik menentang mereka,” kata Dr Salimpour.

Negatif itu ‘SYAITAN’

Adakah anda seorang yang berfikiran negatif? Atau sikap anda selalu negatif? Atau kata-kata yang selalu terkeluar dari mulut manis anda itu bersifat negatif?

Well, jika anda selalu positif, Bro Razzi ucapkan Alhamdulillah…BUT, how about you check it out first, who knows… maybe some negative’s vibes is in you!

Cuba anda check sekejap, ada tak iblis kecil tengah duk bertenggek di atas bahu anda hingga membuat anda letih untuk bangun?

Ada tak syaitan durjana yang sedang menarik telinga anda supaya anda menutup pendengaran anda dari nasihat-nasihat untuk anda bahagia?

Ada tak syaitan yang sedang menikam jiwa anda dengan tangannya yang berapi sehingga anda merasa panas je pada setiap orang yang berada di sekeliling anda?

Ada tak syaitan yang asyik lepak di atas belakang anda sehingga berat je badan anda lantas, menerima sehaja penyeksaan jiwa? Rela berduka?

Ada tak syaitan yang bergayut di kelopak mata anda dan mengaburi penglihatan anda sehingga bertahun-tahun hidup anda masih ditakuk lama?

Ada tak iblis-iblis dan jin-jin sedang meeting kat dalam otak anda dengan keputusan mesyuarat itu, “Susah la, tak boleh la… Berat sangat tu, tak boleh. Betul ke? Tak betul la, letihlah, nanti dulu lah.”

Jika anda rasa tak ada… Check sekali lagi! Cara nak check, renungkan kembali perangai anda sebelum ini. Ingatkan kembali ayat-ayat anda, perhatikan balik setiap jawapan yang anda beri. Apakah keputusan yang selalu anda ambil…

Now, ada tak syaitan-syaitan tu mengerumi anda? Jika ya… Anda tak perlu malu… Anda cuma perlu berubah! BERUBAH kerana kita selalu bercakap berlandas kan agama, tetapi kita mengamalkan sikap syaitan!

Negativity ini adalah satu sifat yang didorong dari hasutan syaitan! Ianya juga sifat syaitan yang azali… Jika kita memiliki sifat dan cara pemikiran negatif kita pun lebih kurang adik beradik la dengan setan tu hehehe
Selalunya, orang yang berfikiran negatif adalah mereka yang dari asalnya selalu menghadapi masalah terutama masalah keluarga. Cara mereka dibesarkan juga tanpa cukup kasih sayang. In fact jika sedari kecil lagi tidak diajar berpelukan setiap hari dengan ibubapa, anda juga akan mudah menjadi negatif akibat tidak pernah merasa kasih sayang yang sebenar.

Sebaliknya, mereka yang positif adalah mereka yang mempunyai orang-orang di sekelilingnya yang juga sangat positif dari cara pemikiran. Dia juga dibesarkan oleh keluarga yang cemerlang dan berjaya di dalam kehidupan seharian.

Oleh sebab itulah perkara paling utama untuk kita lakukan adalah, Jauhi mereka yang negatif di sekeliling kita, jangan bersama mereka lagi, dan kenali mereka yang positif, rapati mereka yang berjaya!

8 tip penting untuk menjadi lebih positif dan menghampiri kejayaan :-

Mulakan hari ini dengan meninggalkan pemikiran dan sikap negatif, tinggalkan sejauh-jauhnya ke belakang!

1. Dari saat ini, mulakan langkah anda ke arah pemikiran positif dan juga berubah kepada kesemua sikap positif. – Feel the different!

2. Setiap kali anda tidak mahu melakukan sesuatu yang tidak biasa, dari hari ini tukar…lakukan dan jadikan ia biasa. – You’ll find it interesting!

3. Apabila anda membayangkan diri anda akan melakukan sikap negatif, buang gambaran itu cepat dan gambarkan segala-gala yang positif. – You’ll be smiling!

4. Apabila hati anda berkata susah, cepat-cepat anda kata “susah, tetapi boleh dilakukan!”

5. Apabila anda merasa malas di pembaringan, cepat-cepat bangun dan bersenam.

6. Apabila anda merasa takut tak menjadi, gusar tak berjaya, kegelisahan dan kerisauan akan sesuatu hal, tell yourself, “It’s okay, I can do it!”

7. Katalah anda tercakap, atau terjawab perkataan yang negatif, tarik balik kata-kata itu dengan rasa maaf. Anda akan merasa lega dan lapang dada.

8. Setiap kali ada yang menasihat, jangan sesekali menjawab, “Takkk… Bukan macam tu” -Don’t do that, instead… Berikan sedikit masa untuk anda fikirkan nasihat itu dan proses kan dalam jiwa anda seketika. Biarkan ia dalam fikiran anda dan beri peluang untuk anda mencuba.

So, the most important thing that we learn today is… DARI NEGATIF, CEPAT-CEPAT TUKAR KEPADA POSITIF - barulah hidup kita lebih bererti dan bahagia.
Berfikiran negatif juga PASTI membuat tiada cinta yang mahu mendekati kita kerana negative vibes membebankan jiwa yang menghadapinya. Sebaliknya berfikiran positif, PASTI membuatkan Cinta merasa mudah nak mesra!

All the best and good luck!

“NEXT?!”

still remember when I was very young tapi gatal nak mengayat awek. Tambah pulak kena pam kat kawan “ayat la… ayat la… Tackle la, mesti dapat kat kau punya!”

Kawan-kawan biasa la, dia orang nak tackle sendiri takut. Last-last aku juga yang kena. Dan kita pulak bila kena pam or kena jack up kat member ni, mulai la rasa terer, rasa hensem tak masal! Hahaha

So, biasa lah… Nak memikat tersengih sengsorang, perasan macho, perasan lawa, perasan semua orang nak kat aku, then depan-depan orang ramai tengah beratur nak membayar kat cashier, I pun tegur…

” Hai…”

Sekali awek tak layan! Pandang muka pun tak! “HUH!” itu je yang keluar dari mulut dia adoi mak… Koyak beb!

Punyalah malu tak tahu mana nak letak muka!! Since that day, memang I jadi takut sangat nak tegur girls… Kena jack macamana pun memang undur diri la.
So, setelah I habis belajar dan bertugas di MAS sebagai PSA - (Passenger Services Assistant) I thought I boleh hilang rasa gabra, tetapi tidak! I still fobia nak tackle any girls.

But since that I’m working di International airport so I do learn a lot!

I tengok overseas people ni very different the way they think and act. Ada one time tu I tengok satu Japanese guy ni, dengan rendah dia, seluar cerut, pakai selipar, dapat berkenalan dengan satu minah orang putih…yang tinggi dan lawa pulak tu. Relek je…

Then I tengok satu Philipine guy ni hensem macam melayu punya hensem tapi kulit putih.

He’s on transit to L.A, so ada banyak la masa dia nak ngayat pompuan. Then dia gagal tackle dalam 4-5 orang awek dari berbagai bangsa, termasuk lah I punya office mate, semua tak layan!. But he keep on trying menegur dan cuba berbual. Lepas satu-satu hinggalah dia bertemu dengan satu girl ni yang cun jugak la, I think the girl is from Korea.

This girl memang dari mula lagi melayan dia. Within few minutes dia dah bawa this girl round satu airport, Wow!!

So I wonder la kan, dia tak malu ke berapa kali kena reject, berapa ramai awek yang tak layan dia. When I look at him, setiap kali girl tak layan dia, as if dia berkata “Next…next…next!” Hahaha FUNNY sangat!

And then I tell myself why not aku jadi macam this Philipine guy. I don’t see dia rugi apa pun, dan mengapa pula dia nak malu walau berapa ramai awek reject dia kan? Nak malu sebab apa?

So, dengan memakai uniform MAS, kot n tie …pakai smart je, setiap hari… bila free je, itu lah kerja I hahaha …menegur girls dari berbagai-bagai kaum… Stewardest pun wa ayat habis, ground hostess pun kena hahaha… Kalau kawan-kawan yang kerja MAS I yang ada kat Facebook ni baca sure dia orang teringat la Razzi “RICO” yang suka mengayat girls kat International Airport dulu wakaka

Well, the truth is I nak atasi rasa fobia I masa remaja dulu. And It works! The progress is : -

Nowadays, I can just tegur je sesiapa saja yang I jumpa dimana saja… Tanpa rasa takut atau segan… I akan tegur!

Dia layan okay, dia tak layan then I move to the NEXT one!

I also tak ada nak berduka atau bersedih “alamak dia tak layan aku la” - “alamak dia tak bagila no handphone dia” …NO! I will not do that.

I don’t care one, If I like I will say Hi and talk to her…and ask her number or ask her for a drink. Dia tak nak…NO HAL!

If she suka, okay. If tak suka, means I’m not her type la. So go to the NEXT target…hehe, tak perlu nak gusar apa pun.

The point that I’m trying to make here is, kita tidak perlu terikat dengan satu orang ituuuuuu je! Kita tidak perlu nak memikat yang satu ituuuu je… dan menunggu dia siang dan malam berbulan-bulan dan bertahun - LASTLY, dia tak nak juga kat kita. Hancur juga harapan… I’ve gone through it before, torture jiwa beb!

“Make youselves available to all and any possibilities, until you found THE ONE!”

Selagi you tak jumpa selagi itulah you kena go to the NEXT one that available. Jangan terikat dengan satu, konon setia dan apa salahnya memikat lebih pada satu jika kita belum milik sesiapa?…Also, mengapa nak tunggu hingga berzaman? Orang tua-tua pun berpesan, “Jangan tunggu lama-lama beb, nanti lama-lama dia diambil orang” - It’s so true!

kita ingat kita tunggu, kita setia… dan dia pun sama, tengok-tengok, dia diambil orang atau orang dah ambil dia. Kita?…MELEPASSS!

SO?!… Are you interested? No? …okay. NEXXXXT!

“Maafkan dia”

cerita yang aku dapat dari email

~ Coretan secebis kisah lama yang benar-benar telah dilalui oleh bro Razzi Rahman…semuga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua ~


Sewaktu aku masih menjadi penyanyi dulu, populariti lagu-lagu nyanyian ku seperti Syakila dan Rembulan Kesiangan begitu mendapat tempat di hati peminat. Sehinggakan lagu Syakila, terpilih memasuki final Juara Lagu TV3 dan Rembulan Kesiangan pula berada di no 1 pada setiap carta-carta Radio hampir 10 bulan termasuk di Brunei dan Singapura.

Namun, dulu dan sekarang…aku tidak pernah berubah. Aku tetap adalah seorang yang jenis santai dan sederhana sahaja. Cuma dulu lagi kurus lah hehehe…

Mungkin juga kerana aku begitu popular, seorang model yang sangat cantik serta manis, tinggi dan cerah kulitnya telah terpikat kepadaku dan telah menjadi kekasihku yang sangat setia. Namun, satu kejadian pelik telah mengubah cara hidup dan perhubungan kami.

Dia yang teramat ku sayangi tiba-tiba telah menghilangkan diri!! Tanpa sebarang nota, tanpa mesej, no calls, tanpa sebarang alasan dan tanpa memberitahu aku apa pun kalau-kalau dia mahu berpisah…dia hanya terus hilang!. Aku masih ingat…

“Abang…kalau abang nak pergi mana-mana cakap kita tau…jangan pergi senyap-senyap aje, nanti kita risau tau…” Dengan penuh manja, dia berpesan kepadaku dulu. Kini?…apa yang telah berlaku?!

Aku kebingungan, kemanakah dia?! Adakah dia dilanda mala-petaka apa-apa? Kemalangan? Semua orang tidak dapat aku hubungi…phone tak terjawab, lalu aku ke rumahnya, tidak ada siapa-siapa. Pelik?! Kemana semua orang pergi? Kemana dia pergi??

Berhari-hari hilang, dan belum sempat aku membuat laporan polis, aku histeria! Aku kepeningan dan hampir-hampir pitam kerana begitu panik memikirkan kekasih yang tersangat aku sayangi, HILANG!

Beberapa hari kemudiannya, entah apa yang telah terjadi padaku ketika itu, yang aku ingat, aku meracau, menangis, menjerit dan meraung-raung di rumah. Aku macam sedar di dalam tetapi, luaran aku tidak dapat kawal. Seolah-olah aku sedang berada di dalam tubuh orang lain. Sehinggakan Ibuku terpaksa memanggil doktor datang, bomoh pun datang untuk ubatkan aku. Akhirnya aku pengsan…

Aku tidak mahu jadikan ini sebagai alasan utama aku berhenti menyanyi dulu tetapi sedikit sebanyak, kerana dialah hampir hancur seluruh kehidupanku…

Berminggu-minggu kemudian aku terlantar di katil, seperti berkabung, bersedih dan menitiskan air mata kecewa! …Uurgh…sedih…sedih…di waktu aku begitu memerlukan dia, di saat aku sangat sayang padanya, mencintainya sepenuh hati…dia pergi…pergi hilang entah kemana…

Setelah berbulan lamanya, fikiran aku sedikit tenang dari biasa dan apabila terpandang di cermin mukaku yang cengkung dan sudah berjambang, aku mulai sedar yang aku sudah lama tidak menjalani kehidupan yang normal.

Tetapi hari itu, satu lagi berita buruk telah aku terima… Sebenarnya selama ini dia tidak hilang, tetapi dia tidak dibenarkan oleh keluarganya dari bertemu aku lagi!

Ini semuanya adalah kerana dia telah pun dijodohkan dengan lelaki pilihan ibunya! Ahhh!!!…hancur luluh hatiku ini apabila aku hampir pulih dari tekanan mental, berita sebegini pula yang aku terima, Aduuuhhhh…

TETAPI…satu kejadian yang “MIRACLE” berlaku kepadaku pada malam hari berikutnya. Di dalam sedar dan tidak sedar aku telah terdengar satu suara berbisik kepadaku, “MAAFKAN DIA…MAAFKAN DIA…” Entah macamana, tiba-tiba semangat aku pulih! Aku mesti pergi berjumpanya, aku mesti mendapatkan penjelasan, aku mesti tahu adakah dia benar-benar ingin berpisah dengan aku??! tinggalkan aku dan mengahwini lelaki pilihan ibunya?

Keesokan harinya, aku bangun dan terus mandi hot shower. Misai dan jambang yang panjang ku cukur habis, aku bersiap! Dengan memakai pakaian kemas, aku melangkah turun dan menuju ke luar rumah. Ibu yang sedang menonton tv, tiba-tiba terkejut sakan dengan perlakuanku lantas terus bertanya, “Nak kemana tu??!”

“Ke rumah Tasya!” jawabku tegas. Ibu tercengang tak terkata.

Tetapi, belum sempat aku pergi…tiba-tiba Tasya muncul dan tercegat di pintu luar rumahku. Ya Allah!…terus saja aku menjadi lemah, cinta yang masih membara di dalam diri ini membuatkan aku terasa teramat sayang padanya di saat itu. Berbisik hati aku..’Oh Tasya…aku amat rindu padamu’. Perasaan rindu yang teramat sangat membuatkan aku terus meluru untuk memeluknya, Namun…Tasya mengelak!

“Tasya??!” aku kebingungan…
“Maafkan I, Razzi… Please, lupakan I, I dah tak ada apa-apa
perasaan lagi pada you, Razzi. Forget about me!”

Suara Tasya yang mendatar, membingungkan aku terus… aku tidak biasa dengan caranya yang seperti langsung tidak berperasaan.

“Tasya!, so Tasya datang selepas sekian lama ini untuk apa?? Bukankah sebab Tasya masih sayangkan abang?…”

“Sorry Razzi…I datang kerana ibu you yang suruh!”

“What??!…why?!”

“Sebelum I…err..err..”

“Sebelum? Sebelum apa Tasya?!”

“Sebelum I kahwin besok…”

“WHAT??!!!”

Tasha terus meninggalkan aku di situ. Sekali lagi aku dilanda tekanan mental yang maha dahsyat! Aku terduduk, terpaku dan terpinga-pinga memikirkan apa yang telah berlaku.

Semuanya begitu cepat dan amat membingungkan aku. Suara dari sebuah cerita yang sedang ditonton oleh ibuku terngiang-ngiang di telinga, menyakitkan benakku, persoalan demi persoalan menyucuk-nyucuk otak aku yang semakin berdenyut-denyut terasa.

Ohh…sanggup Tasya buat aku macam ni??…sanggup dia seksa batin aku selama ini, kemudian hancurkan harapan dan hati aku?!! Sanggup dia…Ya Allah, bantulah insan mu yang tersangat lemah ini,

Tiba-tiba…

“Maafkan dia…maafkan dia…”

Aku tercengang! “Dari mana datangnya suara itu yang telah ku dengar semalam?”

Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri ibu yang memandang pada ku tepat dengan wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Matanya kelihatan bersinar, berair. Sekali lagi suara yang sama menarik perhatian ku…rupa-rupanya, suara itu adalah dari sebuah filem Indonesia di TV…

Aku terus menonton filem indon tu sampai habis…ceritanya sangat menyentuh hati dan kisahnya hampir-hampir sama dengan ku. Bagaimana seorang jejaka yang ditinggalkan kekasihnya yang telah berlaku curang padanya. Lantaran terlalu emotional dan tidak tahu cara untuk melupakan kekasihnya, dia mengalami tekanan mental. Pada malamnya, seorang bidadari telah datang kepadanya dan berbisik, “Maafkan dia…maafkan dia…”

Esoknya dia mengambil keputusan untuk memaafkan kecurangan kekasihnya itu walau pun batinnya terseksa dan hatinya terkecewa, teraniaya. Jiwanya parah, tetapi dia masih maafkan gadis itu yang telah pergi meninggalkannya.
Aku ternganga sepanjang cerita itu. Apa yang sebenarnya telah berlaku?? Sungguh ajaib fikirku, namun…aku mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Lalu, setiap hari berikutnya, aku fikirkan Tasya, aku maafkan dia, hari demi hari …aku maafkan dia. Ya…aku kecewa, aku terseksa dan merana…tetapi, aku maafkan dia! Aku maafkan segala-galanya…

Amazingly, lama-kelamaan aku menjadi lebih sihat dari biasa. Perasaan cinta aku terhadap Tasha semakin hilang. Walaupun aku tidak dapat melupakan Tasha tetapi jiwa aku cukup tenang! Rupa-rupanya, apabila cinta, kasih dan sayang sudah hilang…walau aku masih mengingati Tasha dan mendengar kisahnya yang bahagia dengan perkahwinannya, ianya langsung tidak menyedihkan aku.

Kini, setelah bertahun-tahun kami tidak berjumpa dan aku pun sudah bergelar usahawan, penyanyi dan penulis popular, akhirnya aku kembali mendengar berita dia yang sudah mempunyai seorang cahaya mata. Aku tumpang gembira pula untuknya, hehehe…

Namun sekali lagi, Tasya muncul tiba-tiba di depan kedaiku. Dia kelihatan pucat dengan sekeliling matanya yang agak kehitaman dan bengkak, jelas sekali kesan menangis dan tidak cukup tidur. Aku sedih!…bukan sedih kerana teringat kisah cinta kami…tetapi sedih kerana Tasya rupa-rupanya sudah pun bercerai.

Hari-hari berikutnya pula, Tasya masih datang dan sedikit-sebanyak mempamerkan minatnya kepadaku kembali, tetapi aku langsung tidak berminat kerana aku sudah maafkan dia dulu, dan cinta, kasih serta sayang sudah lama hilang. Dalam hatiku juga, tiada dendam.

Bersama anak perempuannya, 7 years old yang sungguh comel, Tasya seperti terdesak merapatiku, sehingga menceritakan kisah sebenar mengapa dia bercerai. Rupa-rupanya dia selalu disepak terajang oleh bekas suaminya itu hingga turun naik mahkamah untuk bercerai!

Aduuuhhh…apakah ini balasan Tuhan? Setelah apa yang dibuatnya kepadaku? Apakah ini hikmah dari aku memaafkan dirinya? I guess “God work’s in a very mysterious way”

…kita tidak akan tahu, apa rancangan Tuhan terhadap kita. Aku harap segala kejadian bukan sebab aku, bukan sebab doa aku yang memaafkan segala penyeksaan dia terhadap aku, dan aku amat berharap dia dapat meneruskan hidupnya dengan tenang kerana aku telah lama, “Maafkan dia…”

“I Don’t Love You!”

Most of the time, kita sebagai manusia memang suka terseksa. Cuba renung kembali… suka tak masa dikecewakan? It looks like tak suka tetapi kita membiarkan diri kita menangis-nangis tak habis-habis. Berminggu-minggu kita menangis dan bersedih kadang berbulan malah ada yang bertahun-tahun…

Ada pula yang duduk kat balkoni malam-malam dan asyik bermonolog seorang diri

“Aku tetap cinta kan mu walau kau telah pergi jauh, aku tetap sayangkan mu walau kau tidak cintakan ku…aku akan terus menunggu kehadiran mu sayang!”

Hehehe…jom kita ketawakan diri kita sendiri cepat!  Wakakaka… dont worry I pun pernah macam you all jugak. You see, that’s normal la bila dah jatuh cinta, kan? Kita memang suka terseksa, walau kita tahu kita tak suka tapi kita suka membiarkan diri kita diseksa!

Worst part… or should I say, the Final Try…kita dah tahu dia tak nak kat kita, kita tahu dia tak ada perasaan kat kita pun, tapi kita nak juga dengar dari mulut dia sendiri, kita nak juga dengar dia mengatakan, “I dont love you!”

Funny tak? Why kita nak sangat dengar ayat yang pasti mengguris hati kita tu? Adoi… hehehe, I bukan cakap you la ni… orang lain la, termasuk diri I sendiri dulu-dulu laaa hahaha 

Tapi serius la kan, remember lagi…what I did, I pergi jumpa that girl dan cakap kat dia,

“Okay, kalau you betul-betul tak ada perasaan kat I, please look into my eyes, look at me straight up and tell me that I’m not good enough for you and tell me you dont love me!”

Hahaha…konon-konon kita rasa kita hebat la, macam kita rasa sebenarnya dia ada perasaan kat kita tetapi segan atau takut untuk meluahkan perasaan dia yang sebenar…

Padahal… memang dia tak ada hati kat kita pun, dan for sure dia tak akan cakap direct kat kita yang dia tak cinta kan kita…its so very kejam, for sure dia pun nak jaga hati sesama manusia…

so, what’s her answer, “Please don’t ask me to say that…bukan macam tu, you’re a great person. cuma I rasa ada ramai lagi orang lain yang lebih baik untuk you.”
Kita pun terasa la bangga, dalam hati kita, “huh…memang dia ada perasaan kat aku tu, tapi malu nak cakap!”

Hayya…perasan! Why laaa ego kita susah sangat nak menerima bahawa dia tidak berminat dengan kita dan dia sememangnya tidak cinta kan  kita beb? Hey… dia hanya nak jaga hati kita je as friend or terhadap another human being…the fact is, apa yang dia nak katakan,

“I don’t love you!” – I don’t love you and thats it! Put it in your thick skull and understand it, i don’t love you…i don’t have any feelings for you, i don’t want you…I’m not interested in anything about you! BOOM!

Apasal kita susah sangat nak faham? Hahaha…well, itulah kita sebagai manusia yang sebenarnya all of us are full of ego, tak mahu menerima kekalahan dan kegagalan…dan asyik bertanya,

“why dia buat kita jatuh cinta, why dia beri harapan, why dia layan kita baik sekali, why dia mengambil berat…”

Truth is WHY NOT? why? tak boleh ke another human being care about you? Or memberi semangat sebagai seorang kawan? Or melayan you dengan baik sebagai seorang yang pernah mengalami perasaan seperti you?…that doesnt mean dia loves you babe! - Takkan nak layan dengan buruk?

Now you see? …what Im trying to say is, becareful dan pandai-pandailah membezakan niat seseorang itu …Yang penting, jangan terburu-buru jatuh cinta… Fahami betul-betul setiap actions dia. And always believe dengan naluri kita. Kalau naluri kita rasa dia tidak cinta, pasti ada kebenarannya, sebab naluri bertindak dari hati dan perasaan kita yang melihat dan merasa keadaan yang sebenar di sekeliling kita.

Empat Masa Di Dunia

Sabda Nabi s.a.w. memetik sabda Nabi Ibrahim a.s. maksudnya: “Sewajarnya bagi setiap orang berakal, selagi akalnya tidak hilang, ia patut membahagikan masanya kepada empat bahagian:

1.) Masa untuk seseorang itu bermunanjat serta melafazkan zikirnya kepada Maha Penciptanya

2.) Masa untuk seseorang itu bermuhasabah dirinya sendiri.

3.) Masa untuk berfikir (tafakur) tentang kehebatan kejadian makhluk Allah

4.) Masa untuk seseorang memberikan tumpuannya pada kerja sehariannya bagi memenuhi keperluan hidupnya dan bagi orang-orang yang di bawah tanggungannya.”

(Sumber : Al-Wakil Fil Hayatil Muslim)

Bisikan Hati: Terasa diri ini kerdil dimataNYA..

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh Dan Takbur ..

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami.

Bahasa Cinta Suami

majalah Pa&Ma

Pernahkah anda dengar cerita dari rakan-rakan anda yang mengatakan suami mereka tidak pernah mengungkapkan kata cinta kepada mereka walaupun sudah berumah tangga bertahun-tahun lamanya? Emmm...adakah benar cinta itu boleh dinyatakan dengan kata-kata? Mari kita cuba memahami bahasa cinta suami melalui hasil tulisan Zaharah Manap, majalah Pa&Ma.

Memang sikap lelaki tidak suka menunjukkan sikapnya secara terang lebih-lebih lagi bersifat peribadi. Walaupun tidak mengungkapkan kata "I love you", "kaulah kekasihku", "Oh...my soulmate", atau "You know how much I love you..." dan
sebagainya, cinta mereka tetap ada pada anda. Ada beberapa tanda memberi maksud "Aku cinta pada mu" yang mungkin anda tidak perasan. Berikut antaranya:

1) Pandangan mata

Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur. Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus kepada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna anda adalah seorang yang bererti baginya.

2) Ingat makanan kegemaran anda

Mengingati makanan kegemaran anda adalah slah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya. Misalnya, anda gemar kek pisang. Si dia terlihat orang menjual kek pisang ketika pulang dari pejabat dan terus membelinya untuk diberikan kepada anda. Tidak salah lagi itulah cara dia menunjukkan perhatian.

3) Berbicara tentang masa depan

Si dia senang duduk berbincang dengan anda tentang masa akan datang. Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan, hal anak-anak dan sebagainya. Jika ini tingkah laku yang ditunjukkan oleh suami bermakna dia ingin bersama anda selama-lamanya.

4) Menghargai hadiah anda

Dari dahulu hingga sekarang si dia tetap setia dengan dompet yang anda hadiahkan. Tidak pernah dia memilih dompet lain walaupun keadaan dompet pemberian anda itu kelihatan begitu "uzur". Inilah tanda terima kasih dan sayang kepada anda.

5) Selalu di sisi

Ketika keluar berjalan-jalan, dia lebih senang berada dekat dengan anda. Bak pengawal keselamatan anda sentiasa dijaga. Ha... kini anda mulai sedar ya!

6) Lakukan bersama-sama

Si dia enggan keluar jika anda tidak ikut sekali. Si dia juga merayu supaya anda keluar dengannya, jika tidak dia tak berpeluang untuk keluar bersosial.

7) Rahsia

Pasangan tidak pernah berahsia tentang semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa sahaja cerita yang berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya dikongsi bersama. Dan kisah anda berdua pula tidak diceritakan kepada orang lain. Inilah dikatakan cinta.

8 ) Rela menjemput

Anda berada dalam keadaan terdesak ketika pulang sendiri ke rumah dari pejabat. Dan suami anda tidak berlengah dan setuju untuk datang jadi penyelamat. Sikap si dia ini sebenarnya memberi tahu yang dia begitu ambil berat dan sayangkan anda.

Hala Tuju Cint

Cinta, seperti mengejar sebuah kejayaan, memerlukan Anda untuk meletak ‘mindset’.

Mindset ni adalah matlamat, azam, target, cita-cita dan target Anda.

Tanya diri Anda sendiri. “apa matlamat aku bercinta?”.

Inilah cara untuk menentukan hala tuju cinta Anda sama ada jadi bahagia, duka, cinta sekadar bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasikan atau menjadi cinta yang dimeterai dengan ikatan pernikahan.

Dalam usia remaja, Anda bercinta sebab Anda mahu menikmati cemana bestnya merasai cinta. Anda jadi suka apabila Anda memiliki seorang kekasih. Dialah yang Anda rindui, dialah yang Anda sukai.

Apabila Anda menginjak alam pengajian tinggi, cinta lebih kepada booster motivasi. Anda bercinta sebab Anda mahu jadikan si dia sebagai booster motivasi Anda.

Anda jadi bersemangat belajar sebab teringatkan si dia. Anda mahu bila tamat belajar nanti, Anda mahu kahwin dengannya.

Dalam fasa bekerja, Anda bercinta lebih kepada keinginan untuk merasai kehadiran seseorang dalam hidup, sebagai penghilang rasa sunyi.

Cinta orang bekerja lebih kepada keinginan untuk hidup bersama-sama, untuk saling mengambil berat, untuk saling bekerjasama dalam apa jua perkara.

Ketiga-tiga contoh di atas adalah mindset dalam bercinta.

Anda mesti kenal pasti untuk apa Anda bercinta sekarang ini.
Tahukah Anda apa matlamat Anda bercinta?

Adakah untuk ke jinjang pelamin? Adakah Anda bercinta untuk mencari orang yang sesuai dengan Anda sebelum bernikah?

Mindset Anda menentukan kebahagiaan Anda.

Sama juga dalam usaha mengejar kebahagiaaan, mindset Anda menentukan keberhasilan usaha Anda. Selidiki hati Anda. Kaji apa tujuan Anda bercinta.

Jika jawapannya muncul tiba-tiba, itu petanda Anda tahu apa tujuan Anda bercinta.

Jika Anda masih termanggu-manggu tidak tahu apa tujuan Anda bercinta, itu petanda bahawa Anda belum meletak matlamat cinta – adakah untuk bernikah atau sekadar suka-suka saja?

Tolong jaga mata saya

Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu saat saya bisa melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat.

Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut karena kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa sebuah alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

Pencungkil Gigi

Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.
Satu hari dia bising-bising..
Ajoi: Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis..
Pancis : Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan.
Wak Sumardi : Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan

Ajoi: Kalau sebatang takper la, ni sampai licin.
Wak Sumardi : Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi ko… tak tau dia buat aper..
Ajoi: Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku…
Lepas makan aku guna sebatang jer…. lepas tu aku letak balik dalam bekas tu…
Wak Sumardi : Uwekkkkkk…!!

Ketika Wanita Menggoda...

Allah ta’ala telah menganugerahkan kepada kaum wanita keindahan yang membuat kaum lelaki tertarik kepada mereka.


Namun syariat yang suci ini tidak memperkenankan keindahan itu diobral seperti layaknya barang dagangan di etalase atau di emperan toko. Tapi kenyataan yang kita jumpai sekarang ini wanita justru menjadi sumber fitnah bagi laki-laki.


Di jalan-jalan, di acara TV atau di VCD para wanita mengumbar aurat seenaknya bak kontes kecantikan yang melombakan keindahan tubuh, sehingga seolah-olah tidak ada siksa dan tidak kenal apa itu dosa.

Benarlah sabda Rasulullah yang mulia dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, di mana beliau bersabda, “Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari Muslim)

Ya, begitulah realitasnya, wanita menjadi sumber godaan yang telah banyak membuat lelaki bertekuk lutut dan terbenam dalam lumpur yang dibuat oleh syaitan untuk menenggelamkannya. Usaha-usaha untuk menggoda bisa secara halus, baik disadari maupun tidak, secara terang-terangan maupun berkedok seni.

Tengoklah kisah Nabi Allah Yusuf ‘alaihis salam tatkala istri pembesar Mesir secara terang-terangan menggoda Beliau untuk diajak melakukan tindakan tidak pantas. Nabi Yusuf pun menolak dan berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukanku dengan baik.” (QS. Yusuf: 23)

Muhammad bin Ishaq menceritakan, As-Sirri pernah lewat di sebuah jalan di kota Mesir. Karena tahu dirinya menarik, wanita ini berkata, “Aku akan menggoda lelaki ini.” Maka wanita itu membuka wajahnya dan memperlihatkan dirinya di hadapan As-Sirri. Beliau lantas bertanya, “Ada apa denganmu?” Wanita itu berkata, “Maukah anda merasakan kasur yang empuk dan kehidupan yang nikmat?” Beliau malah kemudian melantunkan syair,”Berapa banyak pencandu kemaksiatan yang mereguk kenikmatan dari wanita-wanita itu, namun akhirnya ia mati meninggalkan mereka untuk merasakan siksa yang nyata. Mereka menikmati kemaksiatan yang hanya sesaat, untuk merasakan bekas-bekasnya yang tak kunjung sirna. Wahai kejahatan, sesungguhnya Allah melihat dan mendengar hamba-Nya, dengan kehendak Dia pulalah kemaksiatan itu tertutupi jua.” (Roudhotul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin, karya Ibnul Qayyim)

Perhatikanlah bagaimana Rasulullah telah mewanti-wanti kepada kita sekalian lewat sabda beliau, “Hati-hatilah pada dunia dan hati-hatilah pada wanita karena fitnah pertama bagi Bani Isroil adalah karena wanita.” (HR. Muslim) Kini, di era globalisasi, ketika arus informasi begitu deras mengalir, godaan begitu gampang masuk ke rumah-rumah kita. Cukup dengan membuka surat kabar dan majalah, atau dengan mengklik tombol remote control, godaan pun hadir di tengah-tengah kita tanpa permisi, menampilkan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok memamerkan aurat yang semestinya dijaga.

Lalu, sebagian muslimah ikut-ikutan terbawa oleh propaganda gaya hidup seperti ini. Pakaian kehormatan dilepas, diganti dengan pakaian-pakaian ketat yang membentuk lekuk tubuh, tanpa merasa risih. Godaan pun semakin kencang menerpa, dan pergaulan bebas menjadi hal biasa. Maka, kita perlu merenungkan dua bait syair yang diucapkan oleh Sufyan Ats-Tsauri: “Kelezatan-kelezatan yang didapati seseorang dari yang haram, toh akan hilang juga, yang tinggal hanyalah aib dan kehinaan, segala kejahatan akan meninggalkan bekas-bekas buruk, sungguh tak ada kebaikan dalam kelezatan yang berakhir dengan siksaan dalam neraka.”

Seorang ulama yang masyhur, Ibnul Qayyim pun memberikan nasihat yang sangat berharga: “Allah Subhanahu wa ta’ala telah menjadikan mata itu sebagai cerminan hati. Apabila seorang hamba telah mampu meredam pandangan matanya, berarti hatinya telah mampu meredam gejolak syahwat dan ambisinya. Apabila matanya jelalatan, hatinya juga akan liar mengumbar syahwat…”

Wallahul Musta’an.

JANGAN MAKAN SARDIN

dapat email artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin...cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-
Penemuan menakjubkan. .



Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

“PENGHAYATAN INTEGRITI DALAM PEKERJAAN"

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


(5 NOVEMBER 2010 /28 ZULKAEDAH 1431H)


Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “PENGHAYATAN INTEGRITI DALAM PEKERJAAN ”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Sesungguhnya matlamat utama Allah SWT menciptakan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya, dalam pelbagai bentuk ibadah dan amal soleh termasuk tanggungjawab dan amanah untuk memakmurkan bumi ini mengikut acuan dan panduan yang telah digariskan oleh syarak. Sesungguhnya Allah SWT tidak memperoleh apa-apa faedah atau keuntungan daripada apa yang dilakukan oleh manusia melainkan semua kebaikan daripada amalan tersebut akan kembali untuk diri mereka sendiri. Perkara ini jelas dinyatakan dalam al-Quran surah adz-Zaariyat ayat 56-58:

Maksudnya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya.”

Agama Islam menuntut umatnya supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki yang bersih lagi halal demi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam melarang keras umatnya yang tidak bertanggungjawab, malas bekerja, menipu atau menyeleweng di dalam pekerjaannya. Namun persoalan besar timbul, adakah kerja yang kita lakukan selama ini bertepatan dengan syariat Islam iaitu sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, menyelesaikan tugasan dengan sebaik mungkin dan dalam masa yang sama menjauhkan diri daripada sebarang bentuk penipuan, pemalsuan, manipulasi, penyelewengan dan seumpamanya.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,

Dalam bahasa yang mudah, integriti membawa maksud kejujuran, ketelusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Prinsip ini akan membawa kepada setiap pekerja untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan betul dan sempurna pada setiap masa walau di mana mereka berada.

Penghayatan integriti juga adalah sejajar dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya supaya menghayati akhlak yang mulia sebagaimana diperjuangkan oleh junjungan besar Nabi Muhamad SAW dalam sebuah hadith:

Mafhumnya: “ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak” (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai seorang pekerja, jika kita benar-benar menghayati prinsip integriti, kita akan sentiasa beramanah, jujur, telus dengan penuh rasa tanggungjawab di samping menyerlahkan sifat-sifat mahmudah yang lain seperti rajin, tekun, berdisplin dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan dalam setiap tugasan. Sebaliknya, kita adalah seorang pekerja yang tidak berintegriti bahkan tidak beramanah dan memungkiri janji sekiranya kita tidak jujur, tidak amanah dan tidak telus dalam pekerjaan. Lebih parah lagi jika kita terlibat pula dalam sebarang bentuk penyelewengan, penipuan, manipulasi, rasuah, salahguna kuasa dan seumpamanya.

Ingatlah wahai umat Islam sekalian sekiranya kita terlibat dalam penyelewengan dan penipuan dalam pekerjaan kita, maka rezeki yang kita perolehi adalah haram, makanan dan minuman adalah haram, pakaian yang dipakai juga haram kerana datang dari sumber yang haram. Sesungguhnya perbuatan ini akan mengundang kemurkaan Allah SWT . Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: “ Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah tempat yang selayaknya”. (Riwayat at- Termizi)

Kehidupan mereka yang tidak berintegriti tidak akan memperolehi keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT dan ada kalanya Allah SWT akan terus menimpakan balasan ketika di dunia lagi seperti tidak memperolehi ketenangan, sering ditimpa kesusahan dan doa dan permintaannya tidak akan dimakbulkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

Mafhumnya: “ Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak akan menerima kecuali yang baik. Baginda kemudian menceritakan kisah seorang lelaki yang musafir, berambut kusut masai, berdebu, berdoa tidak henti-henti kepada Allah: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya juga haram, pakaian yang membaluti badanya juga haram serta perutnya dikenyangkan dengan sumber yang haram, maka bagaiman dosa boleh diterima”. (Riwayat Imam Muslim)


Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,

Kita telah diperingatkan dengan beberapa kisah daripada sejarah tamadun manusia yang hebat, unggul dan cemerlang seperti tamadaun ‘Add, Thamud, Tamadun Greek, Yunani, Parsi dan sebagainya. Kesemua tamadun ini telah dimusnahkan oleh Allah SWT disebabkan kerakusan pemimpin dan pengikut yang tidak berintegiti. Sifat Mazmumah telah beraja di hati terutama sifat tamak haloba, dengki, khianat, tindas menindas, kezaliman dan seumpamanya sehingga mendatangkan kemudaratan dan kesengsaran kepada rakyat dan yang lebih merbahaya sehingga boleh mendedahkan negara kepada pelbagai risiko keselamatan. Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 38:

Maksudnya: “Dan Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Salih); dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas tempat kediaman mereka; dan syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah)."

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru sempena dengan sambutan bulan integriti pada pada bulan November setiap tahun marilah sama-sama kita mengingatkan sesama kita bahawa tujuan dan matlamat bagi setiap pekerjaan adalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Dengan berintegriti kehidupan kita akan sejahtera di dunia dan di akhirat. Bagi memastikan pekerjaan kita sentiasa memenuhi dan menepati tuntutan syara’ maka perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian;

Pertama: Niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh.

Kedua: Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan kerja yang berkualiti dan memberi manfaat kepada pelanggan.

Ketiga: Bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama mengelak berlakunya pembaziran wang rakyat dan harta benda awam. Keempat: Menjauhkan diri daripada amalan sifat mazmumah (keji) seperti menipu, menyeleweng dan sebagainya dalam pekerjaan dan Kelima: Hendaklah sentiasa mengamalkan sifat sabar dan bertawakal serta berdoa kepada Allah SWT dalam menghadapi ujian dan godaan dalam pekerjaan.

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:

Mafhumnya: “Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Diet Rasullullah SAW

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Mohan rasa diperhatikan

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Sumber: Utusan Malaysia


SANGKAAN awal penulis bahawa sebab utama Muhammad Mohan Nallathamby, 27 memeluk agama Islam adalah kerana berkahwin dengan wanita Islam, rupa-rupanya meleset.

Semuanya terbongkar selepas penulis bertemu dengan pasangan muda ini yang baru melangsungkan perkahwinan mereka pada 22 Ogos lalu.

Cerita Mohan, minat beliau kepada Islam bermula semenjak sekolah rendah, iaitu ketika di darjah tiga di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Ampang Satu, Ampang, Selangor.

``Saya masih ingat lagi apabila ustazah kelas agama menolak permintaan saya untuk berada di kelas agama kendaliannya.

``Namun, saya terus memujuknya, sehinggalah sampai satu peringkat, beliau membenarkan apabila melihat sikap saya yang begitu mendesak.

``Bermula dari saat itulah, saya bersama teman-teman sekelas yang beragama Islam mengikuti segala yang diajarkan oleh ustazah berkenaan.

``Saya cukup tertarik dengan kisah-kisah perihal nabi-nabi. Malah saya akan pergi ke perpustakaan dan membaca buku-buku agama, terutamanya cerita tentang syurga dan neraka.

``Satu persoalan yang sentiasa berlegar di dalam ingatan saya waktu itu, ialah berkaitan orang kafir dan neraka jahanam,'' terang Mohan membongkar sejarah silam 18 tahun lalu.

Minat yang ditunjukkan Mohan tidak seperti hangat-hangat tahi ayam, ia berterusan hingga ke peringkat sekolah menengah di mana beliau bertekad untuk memeluk agama Islam, walaupun terpaksa berhadapan dengan tentangan keras daripada keluarga yang boleh dikatakan penganut agama Hindu yang setia.

Hasrat beliau ini disuarakan kepada seorang teman yang juga seorang sami Hindu. Kata-kata temannya itu agar beliau mengkaji juga agama anutan turun-temurun keluarga, membuatkan Mohan memendamkan dahulu hasrat untuk bertukar agama dan mula mengkaji lebih mendalam agama yang diterima daripada ibu bapanya.

``Dalam tempoh kajian tersebut saya dapati agama Islam dengan agama asal cukup jauh berbeza. Islam adalah satu-satunya agama yang syumul.

``Amalan dan ajaran Islam begitu lengkap serta sesuai dengan fitrah manusia. Buktinya juga jelas diterangkan di dalam kitab al-Quran dan hadis,'' kata Mohan, semenjak tahun 1999 pintu hatinya terbuka kepada Islam dan tidak pada mana-mana agama yang lain.

Menurutnya, sungguhpun tekadnya sudah bulat untuk memeluk agama Islam, namun perancangan untuk pengIslaman, masih kabur perjalanannya.

Ini kerana kata Mohan, beliau tidak mahu dicop orang sebagai Muslim kerana berkahwin ataupun berkepentingan tertentu.

Hakikatnya, Pegawai Perhubungan di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka ini, mengakui masih terlalu banyak persoalan terutamanya berkaitan akidah Islam, belum bertapak kukuh di hatinya.

Malah beliau juga sedikit kecewa dengan kecetekan ilmu penganut Islam sendiri apabila diminta memberikan penjelasan.

Namun akui Mohan, pertemuannya dengan Abang Ramli merupakan titik tolak yang membawa kepada peristiwa pengIslamannya.

Kisahnya bermula sewaktu beliau ditugaskan ke Melaka oleh syarikat tempatnya bekerja selama sebulan.

Perkenalan dengan Abang Ramli adalah secara kebetulan. Ia terjadi selepas Mohan berhenti di rumah Abang Ramli dengan niat meminta segelas air untuk membasahkan tekak yang kering. Mohan menyifatkan beliau sebagai seorang yang peramah.

Rupa-rupanya, pertemuan pada bulan Julai tahun lalu itu berlarutan dengan borak yang panjang.

Menyedari Abang Ramli memiliki pengetahuan Islam yang mendalam, walaupun tidak bergelar tokoh agama, Mohan mengambil kesempatan bertanya pelbagai persoalan yang selama ini masih bercelaru di fikirannya.

Pertemuan selama empat jam itu, benar-benar menginsafkan Mohan dan tanpa disedari beliau menitiskan air mata gembira kerana persoalan yang selama ini dicari-cari terjawab di teratak Abang Ramli.

Akhirnya Mohan mengucap dua kalimah syahadah secara tidak formal.

``Sejak detik itu, saya merasakan seperti mempunyai agama dan hidup ini bagai ada yang memerhatikan. Kehidupan saya benar-benar berubah.

``Kalau dahulu, hidup saya tidak ada landasan tertentu, hanya mengikut firasat sahaja. Malah persepsi saya dahulu, tidak perlu ikut agama untuk menjadi baik. Kini setelah Islam hadir dalam sanubari, pemikiran dan cara hidup saya menjadi lebih jelas dan bermakna,'' kata Mohan yang melafazkan syahadah secara formal pada 30 Disember tahun lalu di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sepanjang sesi wawancara tersebut Mohan turut ditemani isterinya, Sabihah Salleh, 27 tahun. Menurut Sabihah yang berasal dari Hulu Langat, Selangor, tingkah laku Mohan yang peramah dan minat mendalam terhadap Islam yang ditunjukkan Mohan, telah meyakinkan dirinya bahawa suatu hari nanti Mohan akan memeluk agama Islam, cuma beliau tidak tahu bila tibanya hidayah Allah s.w.t. itu

``Saya mengenali Mohan pada tahun 2001. Persahabatan waktu itu, atas dasar teman sepejabat dan tidak ada niat hingga ke jinjang pelamin kerana sebab yang paling nyata, kami berlainan agama.

``Apa yang mampu saya lakukan ialah bersabar kerana saya tidak mahu paksa dia pada saat dirinya belum benar-benar bersedia. Lagipun Mohan merupakan seorang yang begitu teliti dengan setiap jawapan yang diperoleh,'' celah Sabihah yang menghadiahkan buku berjudul, Law of The Light dengan niat membantu Mohan untuk lebih mudah mengenali agama Islam.

Menceritakan reaksi keluarga kandung, kata Mohan, pengIslamannya memang telah diduga oleh ahli keluarga.

Menurut anak bongsu daripada tiga orang adik beradik ini, semenjak kecil lagi beliau sudah menampakkan kedegilan dengan melakukan larangan-larangan yang sepatutnya dipatuhi oleh seorang penganut agama Hindu. Sikapnya ini sehingga Mohan dianggap sebagai anak yang degil.

Menjawab cabaran yang dilalui selepas bergelar Muslim akui Mohan, meskipun dari segi akidah sedikit sebanyak telah jelas, namun untuk mempraktikkannya juga perlu kepada ilmu bukannya secara semberono.

``Kalau baru-baru dulu ada sahaja alasan saya untuk tidak melakukan sesuatu ibadat, tetapi setelah melakukannya dengan penuh khusyuk dan tawaduk, dari situ barulah datang kenikmatan dan keinsafannya,'' kata Mohan yang menyimpan cita-cita untuk bergelar seorang pendakwah suatu hari nanti.

Aku Nak Jadi Orang

Petang itu cahayanya cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniupkan pelepah-pelepah kelapa menggambarkan suasana desa kampung yang harmoni. Beberapa ekor bangau melepak bersama kerbau-kerbau di kawasan sawah padi seolah-olah memberitahu terdapatnya jalinan utuh antara mereka bersama. Pokok-pokok rambutan yang lebat buahnya menzahirkan keindahan ciptaan Ilahi.

Tanpa disedari, sebenarnya mereka semua sedang bertasbih dan memuji Allah, tanda taat kepada-Nya.

Khairul dan ayahnya sedang berehat di atas kerusi ringkas di bawah sepohon jambu yang tidak berbuah. Seperti biasa, mereka berbual-bual tentang isu semasa. Tetapi petang itu, dia ingin mengutarakan soalan yang lama terpendam dalam hati kepada ayahnya.

"Abah, Khairul nak tanya sikit boleh?", kata Khairul.

"Tanyalah", jawab ayahnya.

"Sebenarnya, Khairul tak ada cita-cita. Khairul tak tahu nak jadi bila besar nanti. Abah nak Khairul jadi apa?", kata Khairul sambil memandang wajah ayahnya menantikan sebuah jawapan.

Lantas perlahan-lahan ayahnya meletakkan tangan ke atas bahu Khairul dan berpaut padanya seperti sepasang sahabat yang sangat rapat sambil mengalirkan arus kasih sayang kepada anak sulungnya itu.

"Khairul, abah nak Khairul jadi orang. Itu saja", jawabnya ringkas.

Lantas dengan laju jari-jemari Khairul menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal sambil mempamerkan wajah pelik kepada ayahnya tanda tidak faham dengan kata-kata ayahnya.
Melihat Khairul begitu, ayahnya tersenyum sambil berkata, "tak mengapalah Khairul, suatu hari nanti Khairul akan faham".

Khairul tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya itu. Malam itu, dia mengutarakan soalan yang sama kepada ibunya mengharapkan jawapan yang memuaskan hatinya. Tapi, jawapan yang sama diberi ibunya.

"Mak nak Khairul jadi orang", kata ibunya.

"Memang Khairul orang pun mak", kata Khairul tanpa menyedari jarinya sudah melekat sekali lagi menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Ibunya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya itu.

"Nanti khairul dah besar nanti, Khairul fahamlah tu", kata ibunya.

Beberapa hari selepas itu, berlakulah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan Khairul sampai sekarang. Sudah menjadi kebiasaan Khairul dan kawan-kawannya bermain 'kad tepuk'. 'Kad tepuk' ini merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang berbentuk perjudian. Dengan berbekalkan duit syiling 10 sen, sepapan kad yang mempunyai pelbagai gambar di depan dan nombor kad terup di belakang dibeli.

Apabila hendak bermain, setiap pemain dikehendaki bertaruh sebanyak beberapa keping kad. Apabila 'line clear', atau tiada guru, maka berlaku pertandingan tepuk-menepuk antara mereka. Setiap kad yang bejaya diterbalikkan angin hasil tepukan, menjadi milik kekal penepuk itu. Nah, inilah bentuk-bentuk perjudian halus yang dilakukan Khairul. Tapi ketika itu, Khairul tidak tahu definasi sebenar judi kerana dia masih kanak-kanak. Malam itu, seperti biasa, ibunya ingin menyemak hasil pembelajarannya di sekolah. Tapi, kad hasil kemenangan tadi yang dijumpai.

"Aduh, habislah aku. Lupa pulak nak simpan tadi," Khairul bermonolog sendirian.

"Khairul! Apa benda ni?," tanya ibunya dengan nada marah sambil menunjukkan kad itu kepada Khairul. Khairul hanya mampu menunduk.

Lantas ibunya bangun mengambil sebatang rotan yang sederhana saiznya tapi besar impaknya dalam hidup Khairul. Jantung Khairul berdegup kencang bagaikan enjin motor ayahnya kerana takutkan rotan itu.

"Tahu tak apa ni?," tanya ibunya.

"Kad judi," jawabnya.

"Selama ni mak hantar pergi sekolah suruh belajar bukan suruh main benda ni. Tadah tangan cepat!", perintah ibunya.

Maka tangan Khairul pun dicium rotan itu tanda sayang seorang ibu yang ingin membentuk anaknya menjadi anak yang soleh.

"Ingat, mak nak Khairul jadi orang, bukan binatang", kata ibunya.

Tapi Khairul yang masih kecil ketika itu masih tidak memahami maksud ibunya. "Khairul memang orang. Bukan binatang", dia bermonolog sendirian tanda protes tapi dalam diam sahaja.

Sejak kecil lagi Khairul sudah diterapkan dengan nilai-nilai Islami. Khairul dipaksa pergi ke surau sebelum masuk waktu, membaca Al-quran setiap hari, dan macam-macam lagi. Tujuannya hanya satu, untuk melatih Khairul menjadi 'orang'. Pada mulanya Khairul tidak suka diperlakukan sedemikian rupa tapi pabila dia sudah biasa, Khairul merasa halawatul iman dan jatuh cinta kepada Islam dan Penciptanya.


Alhamdulillah, Khairul telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan ditawarkan ke SMKA Kerian. Maka, dia terus dilatih menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini."

Itulah perinsip yang dipegang Khairul. Semakin hari, dia semakin memahami maksud kedua orang tuanya iaitu menjadi 'orang', bukan 'binatang'. Setiap hari, Khairul terus berusaha untuk majukan dirinya dengan mengimbangkan ketiga-tiga perkara ini, iaitu jasmani, akal dan roh. Dia bermain setiap petang, berusaha dalam pembelajarannya dan beribadah dengan istiqamah. Dia ingin bertawazzun (mengimbangkan) ketiga-tiga perkara ini supaya dirinya menjadi seorang muslim yang berjaya.

Tahun demi tahun berlalu, Khairul telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Pada suatu ketika di satu per tiga malam,dia berkhalwat seorang diri sambil bermuhasabah diri. Dia mengimbau kenangan dan dosa yang terdahulu lalu teringat pesan kedua orang tuanya yang mahukan dia menjadi 'orang'.

"Abah, mak, Khairul dah berjaya jadi 'orang'. Terima kasih banyak-banyak abah, mak, sebab didik Khairul. Khairul akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dunia akhirat. InsyaAllah." Khairul bermonolog sendirian sambil menitiskan air mata lantas berdoa.

''Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil''.



Glosari :-

- monolog : dialog dengan diri sendiri
- halawatul : kemanisan
- istiqamah : berterusan
- khalwat : duduk bersendirian


Sumber: www.iluvislam.com

Terbaik dan terburuk

Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanl Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan "Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan."

Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantarkan hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.

Beberapa hari kemudian, wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya sebahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman pun menghantarkan hati dan lidah juga kepada wanita itu.

Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman, "Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya, sedangkan saya meminta bahagian yang terburuk. Dan mengapakah kedua-duanya juga dihantarkan kepada saya ketika saya memesan menghantarkan bahagian yang terbaik?"

Luqman menjawab, "Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya jahat, maka sangatlah buruknya!" Mendengarkan jawaban yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman.


Sebabnya hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan. Begitu juga sebaliknya, dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan. Oleh itu, hati dan lidah adalah punca segala kebaikan dan kejahatan.

Syurga bukan dibawah kakinya

Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu. Sekiranya arwah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galur hidup mak. Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak mentuanya. Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah. Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian bercelaru.

Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya. Dia tidak pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah arwah ayah adalah seorang guru. Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya itu. Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu, dia sudah boleh dicapkan sebagai anak dara tua. Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak pinak. Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya. Jetun, kawan baiknya juga dah dua orang anaknya. Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada orang yang masuk meminang. Bukannya apa sebabnya sebelum ini Mak begitu sibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang. Bukan salah mak juga, aruah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya. Atuk hendak anak perempuan bongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh. Begitulah impian aruah atuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain. Anak saudara Naib Tok Kadi Mukim ini juga. Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) di mukim ini. Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara. Siapa tak kenal keturunan itu, alamat tak kahwinle sampai ke tua gayut.

Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian hatinya. Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk meneruskan hidup ini. Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya biarpun selama 23 tahun mak belum pernah mengalaminya. Kadang kala mak menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini. Pernah mak menyalahkan takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu. Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi. Kesepian itu benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar tanah itu. Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia keseorangan di dunia ini. Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya. Mak benar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara. Ada anak seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung tidak pernah melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini.

Adakah salah mak mendidik mereka? Apakah mak selama ini telah tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dalam tembolok mereka? Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah dia curahkan kepada anak-anaknya itu. Habis segala harta pusaka bonda mak dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang di kemudian hari. Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak pernah mencukupi. Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yang aruah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka. Menitis air mata mak ke bumi. Mak segera menyeka air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya itu. Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini. Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan. Penderitaan dan kesedihan. Menitis lagi air mata mak. Gugur dan jatuh ke bumi. Berkata hati kecil mak kenapalah kehidupannya tidak seperti Hajah Gayah, Makcik Besah dan jiran-jiran yang lain. Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka. Tidaklah terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.

Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya kian terusik. Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi temannya. Anak-anak mak semuanya berjawatan besar. Semuanya berpendidikan besar. Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya berhidung yang kekayaan. Memandang mak bagaikan satu kehinaan. Mak memang terasakan kehinaan diri tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian. Mak beranggapan bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan kakaknya yang lain. Sangkaan mak benar-benar meleset. Usu langsung membuang mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri Kabinet. Malu katanya dengan mak. Malu dengan pembawaan mak. Malu dengan pemakaian mak. Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak. Mak adalah satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya. Malu bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah us ia ini. Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.

Sejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang minyak yang penuh. Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga. Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama. Hajat mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata, mungkin hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana anak-anaknya memang berjaya. Anak-anaknya memang menjadi orang ternama tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana mak bukanlah dari golongan orang yang ternama. Air mata mak menitis lagi. Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi. Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri yang seramai 11 orang. Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan opah. Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya. Rumah mak terus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia. Sepi bagaikan langsung tiada berpenghuni. Sepi dengan segala-galanya.

Mak sangkakan bahawa anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adik beradik arwah ayah), malangnya air mata mak mengalir lagi. Lesu hatinya memikirkan kesuraman hidupnya. Hanya air mata terus mengalir menemani mak.
"Opah! Opah!"
"Assalamualaikum!"
"Opah! Opah!"
Hati mak tersentak. Sudah meninggi matahari rupanya. Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir.
"Hah..Kamarul masuklah"
Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunya yang rajin menziarahnya itu. Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa dari rumah Halimah, anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong dari rumahnya itu.

"Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang opah hendakkan semalam tu," Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas makanan yang dibawanya ke dalam pinggan.
"Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?" Kamarul mula merapati mak.

Hati mak tersentuh lagi. Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana Halimah, anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini. Tapi apa boleh buat, Halimah kini milik Bakar, suaminya. Mak masih ingat lagi kerana maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya. Apakah malang nasibnya. Ada anak yang mengambil berat tentangnya, menantunya pula tak suka. Hiba.

Mak memandang jauh keluar jendela rumah. Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik. Kenapa sekarang memori kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.

Kerisauan mak semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan anaknya bila-bila masa sahaja. Hati mak begitu teringin melihat cucunya. Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir. Kali terakhir sebelum nafasnya terhenti. Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu.

Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini. Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu. Mak teringin untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu. Mak benar-benar kepingin.

"Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni. Janganle nak gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah. Mak tergamam. Air mata mak mengalir lagi.

"Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu, sekurang-kurangnya kau tolonglah tekankan nombor telefon dia.biar aku yang cakap dengan dia.."rayu mak pada Angah Kamariah.

"Hish.menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke.orang kata tak nak! Tak nak le! Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkan dia aje. Malu orang tengok mak nanti,"

Hati mak semakin hiba. Terguris pilu yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan. Adakah semua anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.

Hati mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam. Dalam hati kecilnya terselit seribu penyesalan yang teramat sangat. Menyesal kerana melahirkan anak-anaknya selama ini. Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama 9 bulan 2 minggu selama ini. Air mata mak mengalir lagi. Sebak di dadanya tiada ubatnya. Keruan hatinya semakin melarat. Kekecewaan bergelinang di lubuk hatinya.

Hati tuanya kian terusik. Pusara ayah diziarahinya. Batu sungai yang menjadi nisan persemadian ayah, mak dakap, mak peluk. Air matanya mengalir. Empangan air matanya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini. Air mata itu semakin deras mengalir.

Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan. Pada pusara ayahlah tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya. Mak berharap agar roh ayah dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini. Mak harap roh ayah dapat merasakan kelukaan di hati tuanya kini. Itulah harapan mak. Walaupun mak tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu. Sebak dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi empangannya. Semakin lama semakin deras.

Kesyahduan petang ini berhiaskan kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang mak alami. Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung dengan semua kesayuan yang mak pendamkan di hati tuanya.

"Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja mak menjejakkan kakinya di ambang pintu.

Hati mak semakin merekah kesedihan.

"Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan Angah Kamariah.

"Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak ke? Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak kau!" dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam dadanya. Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi.

"Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi. Kalau berlaku apa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah. Cubalah dah tua-tua tu duduk kat rumah. Janganle gatal nak berjalan ke sana sini. Nanti siapa yang susah!"

"Apa yang kamu susahkan. Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan begitu?" Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus.

"Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah.

"Kamu dulu masa kecil aku jaga, aku tatang tapi kamu layan aku macam aku ni orang gaji. Kamu ndak herdik ke? Ndak marah ke? Kamu ingat aku ni tak ada perasaan ke?

Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?" Air mata mak semakin tidak boleh disekat. Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan segala-galanya. Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama ini. Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi itulah yang ingin dilafazkan oleh mak. Mak inginkan ketenangan dulu maka biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini.

"Mak.. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!" Angah bagaikan terpana dengan hirisan hati mak. Cetusan yang mak sampaikan bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah. Angah Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang. Menipu keadaan memaksa perasaan.

"Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua. Pernah kamu berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!" cetusan mak semakin menyala.

"Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku? Kesepian aku selepas ayah kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?"

Air mata mak tidak dapat dikekang lagi. Mengalir sekali lagi. Harapannya untuk kali yang terakhir untuk tumpah menimpa bumi. Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam sendu hatinya.

"Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni. dan semua anak-anak yang aku lahirkan semuanya sama. Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan kampung.

Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku. Semasa kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Habis barang kemas aku gadaikan demi pelajaran anak-anak aku.

Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan tuan kepada aku. Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka. Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak. Aku tidak layak menyatakan syurga itu di bawah telapak kakiku,"

Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnya goyah. Kesetian hati tuanya pada kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari.

Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan keinsafan. Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum. Tersenyum kerana semuanya telah berakhir.

"Mak!!!!!!!" Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.


#p.s - berbaiklah dengan kedua orang tuamu sebelum mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ingatlah bahawa jasa mereka dalam melahirkan dan membesarkan kita semua terlalu berharga dan jangan disesalkan akan pemergian mereka ke pangkuan Ilahi.

by puteri_khalifah

ular berbisa

Dua ekor ular terserempak di tepi semak
Ular 1 : ‘Eh bro..kita ini termasuk ular berbisa kan?’
Ular 2 : ‘Iya lah.naper?’
Ular 1 : dengan nada cemas: ‘Aduh..td gua tak sengaja tergigit lidah sendiri..’.
Ular 2: ‘Alamak..mati la lu bro’

Bush, Obama dan Ajoi

Bush & Obama duduk di sebuah bar.
Ajoi datang dekat dan bertanya – Apa yang korang bincangkan?
Bush: “Kami sedang merancang Perang Dunia ke-3.
Ajoi: “Really? Apa yang akan terjadi? “.
Bush: “Ya, kali ini kita akan membunuh 140 juta orang Arab & Angelina Jolie!”
Ajoi: “Angelina Jolie ..!!! Mengapa Angelina Jolie? ”
Bush menoleh ke Obama & berkata: “Tengok! aku dah kata , tak seorang pun yang ambil kisah tentang 140 juta orang yang terkorban.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...