Thursday, November 4, 2010

"Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...





Kisah Si Kecil Ita...



Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.



Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.



Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.



Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.



Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!



''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.



Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.



Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.



Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.



Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .



Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.



Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.



Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.



Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.



Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.



Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.



Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.



Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.



Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.



'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.



'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.



Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.



Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.



Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...



'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.



'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.



Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.



Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..



"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Minyak

This thing happens to my friend maybe 10 years ago. Masa dia tunggu SPM, sekarang dia bakal jadi bapa. Dia bersama 5 orang rakan ingin pergi memancing di Perak. Jadi mereka travel dari Selangor menggunakan Perodua Rusa.

Bila sampai near to Ijok, suddenly their van stop. Bila check they found out they out of petrol. Van tu stop betul-betul tengah hutan.

Takde rumah langsung berdekatan. The only house there, like fews kilometers away, atas bukit. So, all of them pergi ke rumah tersebut. Makcik yang buka pintu pelawa mereka masuk untuk minum-minum.

But they said they just nak pinjam phone to contact friend untuk hantar petrol. 10 tahun lepas remaja kampong mana pakai handphone lagi. Sadly, makcik tu cakap rumah dia takde phone. Tapi makcik ni pesan, jangan risau… nanti jumpa la minyak tu.

Then, dia bagi member aku sebotol air mineral kecil. Sambil jalan turun bukit mereka berebut minum air dari botol tu sampai habis. Tapi still pegang botol tu. Sampai dalam van, mereka campakkan botol tu dan plan nak tidor sampai siang. Jam lebih kurang 4 pagi. Suddenly, driver switch on kunci kereta, dan dia lihat meter minyak naik sampai full tank. Mereka semua terkejut tapi happy.

Dah memang perangai remaja bukan peduli so, they just continue their journey to Perak dan memancing. Then, they saw botol mineral tadi dah penuh semula. Tapi lepas minum sampai habis sekali lagi, botol tu kekal kosong.

On the way balik dari Perak, siang hari mereka lalu semula tempat van mereka rosak malam tu. Sekali lagi mereka terkejut kerana van tu rosak bukan tengah-tengah hutan, tapi tengah kampong. Ada banyak rumah disekeliling. Malam tadi mereka tak nampak, mereka cuma nampak sebuah rumah dan rumah tu dah ‘hilang’ di siang hari.
Atas bukit tu ada hutan belukar sahaja. Bila mereka berhenti dan cerita pada orang kampong tu, semua orang senyum je.

Iswara Biru

Ini cerita yang agak terkenal bagi mereka yang tinggal di sekitar federal highway, Old Klang Road, Sungei Way, PJ area-area sekitar.

Kebetulan, 5 years ago member aku pergi jumpa bomoh untuk berubat, then dia berjumpa dengan seorang pemuda yang juga datang berubat. Pemuda ini cuba nak halau hantu yang ‘jaga’ kereta dia. Jadi member aku dapat cerita ini dari mulut mangsa sendiri.

Cerita ini akhirnya menjadi cerita hantu popular. Ceritanya begini…. Semasa pemuda tu lalu federal highway sekitar PJ di waktu maghrib dan hujan renyai dia ternampak ada seorang kakak sedang dukung anak berjalan kaki. Pemuda ini kesian dan berhenti dan ingin membantu.

Akak tu bagitau dia nak tumpang sampai area Sunway. Pemuda ini setuju untuk hantarkan. Akak dan anaknya duduk belakang, kerana menurut dia anaknya akan ganggu pemuda ini memandu.

Semasa akak tu duduk seat belakang, pemuda tu tidak nampak jika melihat menggunakan rear mirror. Tengok ikut cermin memang tak nampak, tapi bila dia toleh akak tu ada. Dia dah rasa pelik, tapi still buat tak tahu kerana dia percaya niat baik dia tidak akan dapat balasan buruk. Karma. Then, bila hampir sampai ke bus stop yang akan tu nak turun, baby dalam pangkuan kakak tu menangis. Then, akak tu minta pemuda ini belikan sedikit air atau roti.

Mungkin anaknya lapar, kerana dari pagi tidak jamah makanan. Pemuda yang baik hati ini terus memandu sampai ke petrol station. Dia turun belikan sedikit minuman dan roti, lepas tu dia panggil pekerja petrol station tu tengok kereta dia. Adakah mereka lihat perempuan dalam kereta dia? Semua pekerja Shell tu cakap kereta dia kosong. Seat belakang kosong. Memang pemuda itu pun nampak dari luar kereta dia kosong. Then, bila dia buka pintu untuk masuk dia nampak akak tu tersenyum. Dia tutup semua pintu dan sekali lagi lihat dari luar dan panggil pekerja Shell untuk lihat dari dekat.

Sememangnya kelihatan tiada sesiapa didalam kereta. Kemudian pemuda tu memberanikan diri masuk kereta dan minta akak tu tolong turun kerana ada masalah. Akak tu kelihatan marah dan terus lesap dihadapan mata dia.

Semenjak hari tu, pemuda tu akan dapat lihat akak tersebut di seat belakang kereta dia bila waktu malam. Dah macam-macam cara pemuda tu cuba, mandi bungakan diri dia, mandi bungakan kereta dia. Jampi serapah, panggil bomoh, ustaz dan ramai lagi. Hilang 2-3 minggu kemudian akak tadi akan muncul semula. Aku dengar kereta Iswara Biru tu dibuang begitu sahaja. Bila cerita ini makin popular dan ramai yang hafal plate nombornya, nobody dare to use that car. Salesman pun tak berani nak jual.

Bila Anda malas nak berubah, apa nak buat?

1. Fikir balik hala tuju hidup Anda.

Fikir tentang diri Anda sendiri. Adakah Anda ni orang yag berguna atau seseorang yang cukup menyusahkan orang lain? Kaji balik perilaku Anda selama ini dan fikirkan respon orang-orang sekeliling terhadap perangai Anda.

2. Anda seorang yang rajin atau malas?

Anda jadi beku untuk berubah sebab Anda tak kenal pasti Anda ni orangnya rajin atau malas. Tanya diri Anda sendiri, selama ni adakah Anda seorang yang rajin, atau seorang yang malas?

Jika rajin, apa buktinya? Jikalau malas, apa buktinya?

Mana yang lebih banyak – malas atau rajin?

Apabila Anda dapat yang Anda tak tahu apa hala tuju hidup Anda, Anda tiada azam, matlamat ataupun cita-cita, inilah masanya untuk ubah diri. Set apa yang Anda mahu capai.

Ubah sikap menjadi rajin. Apabila Anda dapati Anda seorang yang rajin dan Anda pernah mendengar orang sekeliling Anda kata Anda rajin, upgrade diri Anda menjadi semakin rajin.

Jika Anda seornag malas dan suka ambil jalan mudah, mulai sekarang ubah sikap menjadi proaktif. Buktikan pada orang sekeliling Anda bukan pemalas selama-lamanya.

Anda juga punya hak untuk berjaya.

Surat dari iblis

Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Kur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-tangan menuju Neraka Jahannam.

Sahabatmu Yang Tercinta.
Iblis

keikhlasan hati seorang jejaka

"Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu
masing-masing masih belum bertemu.

Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu l oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi;

"kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi iling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara..

"aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang, dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia..." "

Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan.

Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.

Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Jadi, adalah sangat penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makanan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri.

Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.

Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur.

Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

**************

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

Tapi dalam keadaan cuaca panas terik macam nie la kita rasa nak minum ais banyak banyak...

Asal usul nama

1.KODAK

George Eastman merupakan pengasas dari perusahaan kodak pada tahun 1888. Eastman mencari nama yang pendek untuk dijadikan jenama dengan alasan lebih mudah diucapkan. Kemudian dia mengatakan bahwa dirinya menyukai huruf "K" kerana memiliki kesan yang kuat dan tajam dibanding dengan huruf yang lain. Setelah itu Eastman ingin memiliki sebuah jenama yang diawali dan diakhiri dengan huruf "K", setelah bermain dengan huruf akhirnya dia mendapatkan sebuah nama 'KODAK'.

2.NINTENDO

Nama Nintendo bila diterjemahkan kedalam bahasa inggris berarti "Leave Luck to Heaven". Nama Nintendo sendiri terasa lebih sesuai ketika mereka bergelut di bidang video games.

3.SEGA

Sega memulai bisnesnya di Hawaii pada tahun 1940 sebagai penyedia game standart berupa mesin Pinball untuk memberikan hiburan para prajurit perang. Pada 1951, perusahaan ini pindah ke Tokyo, Jepun dan menamakannya "Service Games" untuk mencerminkan perusahaan bisnesnya di bidang mesin permainan yang menggunakan koin untuk memenuhi keperluan prajurit Amerika. Pada 1965, Service Games disingkat menjadi SEGA.

4.NOKIA

Perusahaan Elektronik Modern seperti Nokia pada awalnya bukan merupakan perusahaan selular seperti saat ini. Perusahaan yang berdiri pada tahun 1865 merupakan kilang kertas yang berada di Tampere, Finlandia. Ketika pemiliknya Fredrik Idestam membuka kilang kedua di Nokia, Finlandia, dia ingin agar nama bandar tersebut menjadi nama jenama. Nama bandar tersebut diambil dari nama sungai yang melintasi bandar tersebut, Nokianvirta River.

5.TOSHIBA

Toshiba dibentuk pada tahun 1939, merupakan hasil gabungan dari dua perusahaan.Tokyo Denki adalah perusahaan yang bergerak dibidang consumer goods dan perusahaan mesin Shibaura Seisakusho. Mengambil beberapa huruf didepan dari masing-masing perusahaan "TO" dan "SHIBA" maka lahirlah jenama Toshiba.

6.SANYO

nama Sanyo berarti "tiga lautan" dalam bahasa Jepun, pendiri perusahaan ingin menjual produknya melalui jalur samudera India, Atlantik, dan Pasifik untuk mencapai seluruh dunia.

7.SEIKO

perusahaan pembuat jam yang mengambil nama dari kata Jepun yang berarti "sempurna" atau "berjaya".

8.CANON

Ketika Precision Instrumen Laboratorium Optikal pertama kali mulai dikembangkan di Jepun, awalnya menggunakan lensa kamera 35mm yang dilengkapi dengan focal plane shutter, para jurutera mengatakan bahwa ini merupakan penciptaan "Kwanon", setelah dewi Buddha memberi petunjuk.Ketika kamera telah siap dijual di seluruh dunia pada 1935, perusahaan memutuskan untuk sedikit merubah nama menjadi "Canon" sehingga akan lebih mudah diterima bagi pasar antarabangsa.

9.SHARP

Pada 1915, Hayakawa membuat pensil mekanik yang dikenali dengan nama Ever-Sharp, dan untuk menghargai karyanya, Hayakawa mulai memanggil perusahaan itu "Sharp."

10.MOTOROLA

Pengasas perusahaan Paul Galvin memilih nama itu pada konvensi ejaan penamaan lama yang meletakkan "-ola" pada akhir kata nama-nama radio seperti Victorola. Sejak Galvin membuat radio yang boleh dibawa kemana-mana, dia menggabungkan kata "motor" dengan "-ola" untuk mendapatkan nama jenama tersebut.

11.SAMSUNG

Samsung memulai usahanya pertama kali pada tahun 1938 ketika Lee Byung-Chull membuka "Samsung Store" di Korea.Kedai yang pada awalnya difokuskan pada eksport ikan kering dan buah-buahan, tetapi melompat ke elektronik di tahun 1960-an. Samsung merupakan sebuah bahasa korea yang berarti "bintang tiga," yang memberi isyarat kejayaan dari nombor tiga.

12.AMD

Kependekan dari Advanced Micro Device.

13.APPLE

Pada saat awal berdiri, perusahaan Steve Jobs masih belum memiliki sebuah nama selama kurang lebih 3 bulan. Pada saat Steve Jobs makan buah apple maka tercetuslah idea untuk memberi nama perusahaan itu dengan nama Apple.

14.CASIO

Awal berdirinya Casio merupakan kilang Sub kontraktor. Nama Casio diambil dari nama pengasas, Kashio Tadao.

15.COMPAQ

Berasal dari kata Computer dan Pack yang bermaksud komputer kecil yang terintegrasi, sesuai dengan produk pertama mereka yang sangat compact, Compaq Portable.

16.BENQ

Kependekan dari Bringing Enjoyment and Quality to life.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...