Tuesday, October 26, 2010

Ubat Herba buat ibu mertua

Seorang wanita bernama Lili baru sahaja berkahwin dan tinggal bersama suami serta ibu mertuanya..Dalam masa yang singkat, Lili mendapati bahawa hubungan antara dirinya serta ibu mertua agak dingin..

Perwatakan mereka jauh berbeza, dan Lili seringkali berasa 'bengang' dengan kebanyakan tabiat ibu mertuanya itu..Tambahan pula ibu mertuanya seringkali mengkritik apa sahaja yang dilakukannya..


Hari berganti hari, dan minggu berganti minggu..Lili dan ibu mertuanya tidak pernah berhenti bergaduh dan bertelagah sesama sendiri..

Suami Lili begitu tertekan dengan apa yang berlaku di rumah itu..


Akhirnya, Lili tidak mampu lagi bertahan dengan perangai panas baran dan 'suka mengarah' yang dimiliki ibu mertuanya lagi, dan dia bercadang untuk melakukan sesuatu tentang perkara itu..

Lili berjumpa dengan rakan baik ayahnya, Encik Halim yang menjual ubat2 herba..Dia menceritakan situasi hidupnya dan bertanya jika lelaki itu boleh memberinya sedikit racun agar dia dapat menyelesaikan masalahnya selama2nya..Encik Halim berfikir sejenak, dan akhirnya berkata, " Lili, saya akan tolong menyelesaikan masalah awak, tapi awak mesti dengar pesanan saya dan ikut apa yang saya arahkan..Lili berkata, " Ye, Encik Halim, saya akan buat apa sahaja yang Encik Halim minta saya lakukan."

Encik Halim menuju ke dalam suatu bilik, dan kembali beberapa minit kemudian bersama2 sebungkus ubat herba..

Dia memberitahu Lili,"Awak tak boleh gunakan racun yang bertindak balas dalam masa yang singkat untuk melenyapkan ibu mertua awak, kerana ramai orang yang akan bersa curiga dengan awak selepas itu. jadi, saya akan memeberi awak beberapa ubat herba yang akan menghasilkan kesan racun secara perlahan2 dalam badan wanita itu.

Setiap selang sehari, sediakan makanan2 yang sedap dan letakkan ubat herba ni dalam hidangannya. Sekarang ni, untuk pastikan tiada sesiapa pun yang akan mengesyaki awak apabila dia meninggal dunia, awak mestilah sangat berhati2 dan berpura2 menjadi baik kepadanya. Jangan bergaduh dengan dia, dan layanlah dia seperti seorang permaisuri."


Lili berasa sangat gembira..Dia mengucapkan terima kasih kepada Encik Halim dan bergegas pulang ke rumah untuk memulakan rancangan membunuh ibu mertuanya..Setiap hari selama beberapa bulan, Lili menyediakan makanan yang istimewa untuk ibu mertuanya..Dia sentiasa mengingati apa yang telah dikatakan oleh Encik Halim untuk mengelakkan sebarang rasa curiga, jadi dia mengawal kemarahannya, mematuhi perintah ibu mertuanya, dan melayan wanita itu bagaikan ibu kandungnya sendiri..Selepas 6 bulan berlalu, kehidupan di rumah itu telah berubah sama sekali.

Lili yang telah mula berlatih mengawal kemarahannya, menyedari bahawa dirinya hampir tidak pernah lagi 'naik angin' atau berasa 'bengang' dengan sesiapa..Dia tidak pernah lagi bergaduh aau bertengkar dengan ibu mertuanya selama 6 bulan..Ibu mertuanya juga kelihatan lebih baik dan mudah mesra dengannya..

Sikap ibunya juga berubah terhadap Lili, dan dia mula menyayangi Lili seperti anak kandungnya sendiri..Dia sering memberitahu rakan2nya dan saudara mara bahawa Lili merupakan menantu terbaik yang pernah dijumpainya..Sekarang ini, hubungan antara Lili dan ibu mertuanya begitu baik ibarat hubungan antara seorang ibu dan anak perempuannya..

Suami Lili begitu gembira dengan apa yang dilihatnya..

Suatu hari, Lili menemui Encik Halim untuk meminta bantuan lelaki itu lagi..Dia berkata sambil menangis," Encik Halim, tolonglah saya. Saya tak mahu racun yang saya berikan kepada ibu mertua saya membunuhnya! Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik, dan saya sayangkan dia bagaikan ibu kandung saya sendiri. Saya tak mahu dia mati sebab racun yang telah saya berikan kepadanya."

Encik Halim tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Lili, takde apa yang perlu dirisaukan. Saya tak pernah bagi awak apa2 racun pun. Ubat herba yang saya berikan sebenarnya adalah vitamin untuk meningkatkan kadar kesihatannya. Racun tersebut sebenarnya berada dalam pemikiran dan sikap awak terhadapnya, tapi telah pun dicuci bersih dengan kasih sayang yang awak berikan kepadanya."


Pernah tak kadang2 kita terpikir, layanan kita terhadap seseorang, biasanya begitulah juga layanan orang itu terhadap kita? (tapi kadang2 tak jugak..hehehe)

apa yang penting, biarlah orang melayan kita dengan buruk sekalipun, tapi kita tetap melayan orang tersebut dengan baik..

Kejujuran

Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya, ” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”

Hassan yang dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidurnya, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher orang tua itu dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:
“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya. ”

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.”

Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri. Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, ” Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.”

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu.

Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian.
Kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh.
Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya.
Tuan hakim yang tegas dan adil.
Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka.

Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.

Soalan : Adakah kita sekarang benar-benar boleh dianggap sebagai seorang mukmin sejati??? Tepuk dada, tanyalah iman.

Ingatan untuk mu

Sayidina Ali r.a. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis ketika dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis. Baginda menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai-bagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam kerongkongnya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pukulan dari api neraka,” kata Nabi S.A.W.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

Perempuan yang digantung teteknya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan guntingan dari api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang, yang kepada orang lain dia bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tapi dia tidak mengamalkannya dan tidak mahu untuk mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...