Saturday, October 16, 2010

Diari suram si wanita tua

oleh:- Siti Rahayu

Bengggggggg!!!! Satu hentaman deras terdengar disebatang jalanraya. Hentaman yang kuat itu datangnya dari bunyi pertembungan diantara sebuah bas dan sebuahlori balak..

Benggggggggg!!!! Seperti kuatnya dentuman bunyi kemalangan itu, sebegitu jugalah kuatnya tamparan hati dan perasaan wanita ini...

Benggggggggg!!! Dentuman itu telah meragut satu nyawa. Nyawa yang menjadi pelindung kepada dia dan lima orang anaknya.

Bengggggggggg!! Dan dentuman itu telah merubah keseluruhan hidup wanita ini. Dari seorang suri rumah sepenuh masa, hanya mengharapkan suami membawa pulang
"habuan" untuk dikongsi bersama.. kini rentetan hidup seorang balu beranak lima pun bermula.......

Tubuh kecilnya bukanlah cermin kepada dirinya. Wanita ini mempunyai azam sekuat "badang". Tak guna duduk menangisi nasib. Tangisan tidak dapat mengisi perut
anak-anaknya. Tangisan tidak boleh membeli seorang "ayah" buat anak-anaknya.

Kekuatan diri dan hati pun timbul setelah hentaman Bengggggggg!!! itu terjadi.

Yang ada padanya ialah wajah sayu anak-anak. Dia tidak mempunyai pelajaran, jauh sekali harta. Tinggal disebuah rumah sederhana kecilnya disebuah perkampungan yang dikelilingi oleh orang-orang yang bukan "saudara"nya. Menjadi janda diawal tahun 1970an memang getir. Bukan ada kilang untuk diminta kerja. terpaksalah menggunakan kudrat yang ada untuk mencari harta.

Demi anak-anak, wanita ini harus berjuang untuk hidup. Dengan sedikit simpanan yang ada, wanita ini pun memulakan kehidupan dengan menjadi peniaga kecil-kecilan. Membuka perniagaan runcit dirumahnya. Disitulah rumahnya, disitulah dunianya dan disitulah rezeki anak-anaknya...

Seorang wanita berstatus balu berniaga... Niatnya bukanlah untuk menjadi kaya-raya. Cukuplah sekadar dapat membesarkan anak-anaknya. Menjadi seorang wanita, ibu tunggal dan peniaga didalam satu masa bukanlah perkara mudah.

Wanita tetap wanita... kesedihan, kesayuan, kesunyian, kemurungan sentiasa mengejarnya. Walau siapa pun wanita itu, dia tetap tidak akan dapat lari dari emosi wanita.

Tambahan lagilah bagi seorang ibu tunggal. Segala-galanya terpaksa ditelan, diharung dan diterjang sendirian. Tiada lagi suami untuk berkongsi duka, tiada lagi teman untuk bergembira.

Daripada seorang ibu yang sentiasa membelai anak-anaknya.... kini dia telah berubah. Berubah kerana tekanan perasaan dan pertambahan tanggungjawab. Apa yang ada difikirannya ialah bagaimanakah cara untuk menambah rezeki.. rezeki yang secupak diharapnya menjadi segantang.

Wanita ini terus berusaha, usaha dan usaha. Tak pernah kenal penat dan lelah demi anak-anaknya. Hanya satu saja hajat dihatinya. Ingin melihat anak-anaknya menjalani kehidupan yang lebih senang, ingin melihat anak-anaknya cukup pelajaran. Azamnya ialah supaya suatu hari nanti anak-anaknya akan menjadi orang berguna.

Dengan diiringi doa dari pegangannya serta berbekalkan kudrat yang ada bersama lima wajah-wajah kesayangannya.... sinar kejayaan pun mula samar-samar menjelma!!


Assalamualaikum wrbth..

Pabila saja ternampak samar-samar kejayaan merangkak datang, wanita ini semakin galak mengejarnya. Keghairahan mengejar kemuncak kepada kejayaan hidup bersama anak-anak telah menenggelamkan keinginan wanitanya.

Wanita ini cukup tegas. Kematian suami telah "membatukan" hati dan perasaannya. Dia bukan sembarangan wanita. Tidak seperti sesetengah wanita yang senasib dengannya. Sesetengah dari mereka lebih gemar berusaha mencari "suami" dari mencari "diri". Tetapi tidak kepada wanita ini.

Wanita ini terus memadamkan baris-baris erti ciuman lelaki, kucupan sayang, dakapan mesra, gurau senda dan pelukan asmara dari lelaki didalam kamus perjalanan hidupnya. Tatkala naluri kesunyian dan kerinduan mengetuk pintu hatinya, wajah-wajah mongel lima orang putera dan puteri sentiasa menjelma.

Perniagaannya mula menampakkan kejayaan. Kejayaan nyata yang ditunggunya sudah mula menjelma. Kejayaannya bergerak seiring dengan kehidupan dan kematangan anak-anaknya.

Anak-anaknya sudah terlalu mengerti tentang kepayahan hidup mereka. Anak-anaknya banyak membantu wanita ini menjalankan perniagaannya. Sedari kecil lagi mereka diasuh untuk menjadi peniaga yang berjaya. Masa mereka lebih banyak dihabiskan membantu ibu dikedai dari bermain bersama rakan..

Seperti jugak ibu mereka, anak-anak ini jugak terpaksa memadamkan keinginan berlari riang bermain bersama kawan-kawan. Tiada dalam memori kanak-kanak
mereka, bergembira sepuas hati, tiada dalam memori mereka bermain hingga lupa diri. Pesan ibu mereka sentiasa dihati..

"Kita bukan orang senang.., ini bukan tanah kita.., mereka semua bukan saudara kita..!!" Anak-anakku.. janganlah lalai. Usahalah demi masa depan semua... tiada siapa yang akan membantu kita!!"

Bekerjalah, berusahalah, berniagalah, jangan malas dan bermain saja... kita mesti berjaya!!!

Perkataan itulah yang menjadi ikan dan sayur dalam santapan harian mereka. Perkataan itulah yang menjadi selimut dimalam hari mereka. Perkataan itulah yang menggantikan ciuman dari ibu mereka. Perkataan itulah yang menjadi pengganti bagi kasih sayang ibu mereka. Perkataan itulah yang membelai mereka. Dan perkataan-perkataan itu telah terpahat dihati mereka...


Tahun-tahun berlalu bersama kegetiran dan kepayahan...

Kini anak-anak sudah membesar. Kematangan anak-anak kepada balu ini nampak jelas. Mereka membesar bersama besarnya perniagaan mereka. Perniagaan runcit kecil-kecilan telah bertukar arah. Perniagaan ibu kecil-kecilan telah bertukar menjadi perniagaan keluarga yang berjaya.

Wanita ini tersenyum bangga. Kedua anak gadisnya sudah dewasa. Menjadi bunga idaman semua. Tiga lagi anak lelakinya sudah menjadi pria. Anak lelaki sulungnya memang berguna. Menjadi contoh kepada semua, rakan taulan dan juga keluarga.

Senyum puas dan bangga seorang ibu apabila dipuji jiran tentang anak sulung harapannya. Anak lelaki sulung harapannya mendapat tempat disekolah ternama. Anak lelaki sulung harapannya kini di asrama. Anak lelaki sulung harapannya merupakan seorang pelajar berjaya.

Tinggi harapan wanita ini untuk suatu hari berkongsi kejayaan bersama anak sulung harapannya. Tatkala mengunjungi kuburan suami, detik hatinya memberitahu..

"Suamiku... anak-anak lelaki kita semuanya berguna.

"Jangan kau bimbang wahai suamiku... Mereka akan menggantikanmu, menjaga aku dan juga menjaga "diri"mu..."

"Jangan kau bimbang wahai suamiku.., tidak akan susah anak cucumu.., mereka akan menjaga keturunanmu."

Dan tahun demi tahun terus berganti...

Anak-anak semakin dewasa. Anak-anak perempuannya sudah berkeluarga, anak-anak lelaki semuanya sudah berjaya. Anak lelaki sulung harapannya sudah pun dimenara, dua lagi sudah berjaya berniaga.

Didalam keturunan keluarganya.. anak lelaki sulunglah yang akan menjadi tonggak keluarga. Anak lelaki sulunglah segalanya. Dan wanita ini terus berusaha.., membentuk anak lelaki sulungnya mewarisi perniagaan keluarga.

Sejarah kepayahan silam membesarkan anak-anak terus diingati. Detik-detik kematian suaminya, tangisan anak-anak, kepayahan laluannya.. semuanya tersimpul rapi didalam kotak memori hati.

Bila terlihatkan kejayaan hidup dan anak-anaknya kini, kadangkala dia seolah-olah tidak percaya.., tidak percaya bahawa dia dapat melakukan semua ini. Membesarkan anak-anak sendirian, menjalankan perniagaan sendirian... ahhhh!!!! Semuanya telah berlalu pergi... dan KINI dia pasti hidupnya tidak semuram dulu lagi!!

************************************

Benggggggg!!! Tersentak wanita itu dari tidurnya. Ahhh..!! rupa-rupanya bunyi hentaman guruh dan kilat di tengah malam. Peluh membasahi dahinya. Sukar lagi baginya untuk melelapkan mata. Entah kenapa siwanita itu semena-mena teringat bunyi hentaman "Bengggggggg" yang berlaku diawal tahun 70an. Benngggggg! bunyi yang amat dibenci. Bunyi itu telah membuatkan dirinya sepi. Sepi hati seorang isteri..!! Hatinya kecilnya mula merindui suami.

Dapat dia bayangkan wajah suaminya jika masih lagi ada sehingga kini. Mungkin juga suaminya seperti dirinya. Rambut mula memutih... tersenyum dia sendirian. Hati seorang isteri.... kasih sayang seorang isteri.., tak pernah pudar buat suami.

"Oh suamiku.... jika kau ada kini, tentu kau juga bahagia. Seperti juga aku, bahagia melihat anak cucu. Anak perempuan sulung dan kedua kita sudah menjadi ibu. Comel sekali cucu-cucuku..., tapi...... kau pun tahu, anak-anak perempuanmu tak dapat memanjangkan keturunanmu.. tapi jangan kau bimbang suamiku... anak sulung lelaki
harapan mu pasti membantu.."

Terbayang dimatanya saat-saat kegembiraan suaminya hampir 20 tahun lebih dahulu. Ketika kelahiran anak lelaki sulung itu, dipeluk, dicium, didukung anak lelakinya itu.
Betapa bangga seorang ayah... mendapat anak lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga, yang akan mengetuai adat mereka. Anak itu dibelai dan ditatang bila saja masa terluang. Sebolehnya hendak saja dikelek anak itu kemerata-rata.

Terbayang dimata wanita tua itu, anak lelaki sulungnya itu berlari riang apabila terdengar saja kepulangan suaminya dari bekerja. Berlari-lari jatuh cuba mendapatkan bapanya, menarik-narik kaki seluar bapanya minta di kendong. Dan kepenatan seorang ayah terus hilang apabila saja terpandang sianak tersayang.... Dan masih lagi dia terbayang senyuman suaminya apabila menyambut kelahiran anak-anak lelaki mereka yang seterusnya...

"Suamiku... kenapa kau pergi dulu?? Kenapa kau tinggalkan aku??? Kenapa kau tinggalkan anak-anak itu?? Aku rindu padamu...

Lamunan itu terhenti apabila sekali lagi dentuman guruh berbunyi. Ohhhh... aku macam bermimpi. Mungkin ini kerinduan seorang isteri kepada suaminya yang dicintai.

Entah kenapa akhir-akhir ini dia selalu terdengar dentuman. Entah kenapa akhir-akhir ini dia selalu bermimpi. Bermimpi tentang suami, bermimpikan tragedi. Dalam hatinya selalu berdoa.... tak mahu lagi ada dentuman didalam hidupnya. Hidupnya kini sudah bahagia. Bersama-sama anak-anak, cucu-cucu dan menantu.

Tak sabar rasanya untuk menerima menantu lagi. Anak-anak lelakinya sudah dewasa. Bila-bila masa saja akan berkeluarga.

Anak lelaki sulungnya.... ya anak lelaki sulungnya. terbayang diwajah wanita itu, wajah anak lelaki sulung harapannya. Akan diadakan upacara perkahwinan yang paling meriah untuk anak lelaki sulungnya nanti. Akan diadakan upacara besar-besaran untuk menyambut kedatangan menantu perempuan pertamanya nanti. Akan dihiasi rumahnya dengan warna-warna merah yang menjadi lambang kemakmuran dihati.

Ahhhhh... mungkin selepas ini tiada lagi sepi dihati. Hidupnya yang dulu sunyi, kini mula terisi. Dentuman benngggggg! diawal tahun 70an dahulu sudah tak mahu diingati...

1970an sudah lama pergi, 1980an sudah akhir meniti dan 1990an akan menjelma diri. Sedang dia asyik membilang tahun, membilang bulan dan membilang hari......

Bengggggggggggggggg!!!!!!!!!!!

Dan dentuman itu sekali lagi berbunyi..

Diari Suram Si Wanita Tua Itu - Part 5 and 6

Dan dentuman Benggggggggg!! kali ini benar-benar mengejutkan seluruh keluarga, saudara dan tetangga. Dentuman Bengggggggg!! ini bukannya dari perlanggaran
kereta tetapi dari perlanggaran.....

Tetapi dentuman ini terlalu menusuk rasa.. bukan saja kepada wanita itu, bukan saja kepada keluarganya, tetapi kepada seluruh kaum mereka. Mengapa ini terjadi.. apa salah aku?? Mengapa tuhan tidak memberikan balasan baik diatas segala penatku?? Mengapa?? Mengapa?? Mengapa??...

Sinar kejayaan dan keriangan yang sedang dinikmati mereka telah diganggu oleh dentuman lagi. Dentuman yang bukan saja menjeruk rasa tetapi juga mengoyak maruah keluarga, bangsa dan agamanya.

Cekal hati wanita ini mula bergoyah. Airmata sudah tidak terbendung lagi. Bayangan wajah suami menjelma kembali. Alangkah senangnya jika si suami masih bernyawa. Duka ini ingin dikongsi bersama. Namun apakan daya.... mungkin ini satu lagi dugaan buatnya.

"Suamiku.... oh... suamiku, dugaan apakah ini??? Mengapa kau pergi dulu..?? Tolonglah aku...., tolonglah anakmu..,"

Sudah puas dia bersembahyang, meminta pertolongan dari tuhannya. Jauhkanlah keluarganya dari musibah ini. Musibah ini memang bencana..., membuatkan seluruh kaumnya terpana.

Memang dia wanita cekal, memang dia wanita tabah, memang dia wanita yang tak mudah mengaku kalah. Berbagai derita telah berjaya ditanggung, berkoyan duka telah berjaya ditelani dan berjuta rasa telah dinikmati.

Dan di malam yang sunyi, tidurnya tidak lagi bermimpi. Tapi jaganya untuk melihat tragedi ngeri... Ahhhhh... musibbah.. kenapa kau datang lagi??? Mengetuk pintu rumahku sekali lagi??

Dan tatkala itu, hatinya terus merintih. Rintihan hati seorang ibu kepada seorang anak. Bukan sebarang anak. Anak harapannya itu.. ya... anak lelaki harapannya itu.... anak yang disanjung dan anak yang dijunjung. Anak yang diharapkan menjadi gunung permata, untuk memberikan cahaya kepada semua. Anaknya yang pertama diharap dapat memanjangkan keturunan suaminya, anak yang diharapkan untuk menjaganya..

Dan seorang ibu tua itu terus menangis, menangis dan menangis. Menangis kesedihan yang teramat sangat. Didalam usia yang sebegini, ingin dia hidup senang dan tenang tanpa perlu memikirkan tentang masalah. Tetapi harapannya tidak menjadi kenyataan..

Demi untuk anaknya itu, dia sanggup berbuat apa saja. Dia tahu yang anaknya telah dipengaruhi dan fikiran anaknya itu telah diracuni. Tak sanggup dia melihat anak lelaki harapannya itu terus "berdosa" kepada pegangannya, kepada datuk neneknya...

Kini dia perlu sekali lagi berjuang. Perjuangannya sekali lagi bermula.....

Wanita ini telah berjanji... selagi hayatnya dikandung badan, selagi dia masih bernyawa, selagi ada langit dan mentari... tak akan dia membiarkan anak sulung harapannya itu terus membuat dosa. Dosa yang maha besar baginya... dosa yang tak akan terampun oleh tuhannya.

Teringat dia beberapa hari yang lepas, ketika dia sedang berehat sambil menikmati pokok-pokok buah tanamannya sedang mula berbunga, sedang dia menikmati nyamannya angin pagi, ketika dia sedang memerhatikan pekerja-pekerjanya sibuk bekerja, sedang semuanya indah dipandangan mata wanita ini... tiba-tiba pandangannya menjadi kabur seketika, hampir pitam bila berita dentuman benngggg! itu diterima. Lebih kuat dari dentuman perlanggaran lori balak dan bas, lebih kuat dari dentuman guruh dan kilat beberapa malam yang lepas.. ya... hampir gila jadinya wanita itu.... dan badannya terus bergetar seperti getarnya gelombang suara yang
memberitahu....

"MA... MA..., KIM TELAH BERTUKAR AGAMA..!!!! dan suara anak perempuan sulungnya itu terus tenggelam bersama esak tangis kaum keluarga..

Dan kepulan asap dari colok sembahyang itu terus melingkari rumah si wanita itu. Nyalaan lilin merah yang menjadi sumber kepercayaan dan penyembahan itu seolah-olah suram di lingkari musibbah semalam. Rintihan seorang ibu didepan tuhannya mendayu. Memohon pertolongan, memohon keampunan, memohon bantuan.

Harapan untuk "memelihara" anaknya kembali semakin suram. Anaknya terus hilang dan hanyut dibawa gelombang. Disambar arus deras lautan gelora. Arus yang tak mampu dilawan oleh kudrat tuanya. Kudrat tuanya tidak mampu lagi untuk mengendong anaknya. Anak lelaki harapannya... anak yang akan mengetuai adat hidup dan matinya.

Anak lelaki harapannya itu terus hilang darinya!!

Bersama jujuran airmata kasih, memori seorang ibu terus berputar...

Wajah mongel anak harapannya itu hampir 20 tahun yang dulu bermain dimata. Si kecil itu amat manja dengan "papa"nya. Anak itu anak yang pintar, anak itu anak yang baik, anak itu anak yang mendengar kata.

Masih terasa lagi "unyutan" mulut kecil itu menghisap susunya....

Masih terasa lagi mulut kecil anak itu mencium pipinya....

Masih terasa lagi hangatnya airmata sikecil itu menangis kerana minta dikendong...

Masih terasa lagi suam tangannya menyuap makanan kepada sikecil itu...

Masih terasa lagi betapa penatnya tidak tidur semalamam kerana menjaga sikecil itu demam...

Masih terasa lagi janji sikecil itu untuk mengendong ibu apabila ibu sakit nanti...

Masih terasa lagi kecoh mulut sikecil itu ketika memakai baju askar dan berjanji setia akan menjaga ibu dan memukul sesiapa saja yang mengganggu ibu...

Masih terasa lagi, masih terasa lagi, masih terasa lagi ... ya... masih terasa lagi yang anak itu akan kembali kepadanya suatu hari nanti.

Namun dia sendiri tidak pasti... apakah masih ada sinar kejayaan baginya untuk sekali lagi....

Diari Suram Si Wanita Tua Itu- Final Part

Tahun barunya bebebapa hari lagi akan menjelma. Di laman, riuh terdengar suara cucunya berlari, bermain riang. Suasana rumah sudah mula dihias. pokok-pokok tebu sudah mula dicantas untuk dibuat perhiasan., mengharapkan kilauan kuning tebu akan membawa sinar keemasan buat keluarganya.

Didapur si wanita ini bersama anak-anak perempuannya sibuk membuat kuih tradisi mereka. Kuih bakul, kuih sepit dan beberapa lagi jenis kuih sedang mula dimasak.
Hamper-hamper hadiah sudah mula memenuhi ruang dapurnya. Terlihat menantu lelakinya sibuk memunggahkan berkotak-kotak buah limau untuk diagihkan kepada pekerja-pekerjanya.

Nyanyian lagu-lagu rayanya sudah mula bergema dicorong-corong radio. Riuh mulut cucu-cucunya turut menyanyikan lagu mereka. Gelak tawa mereka, usik mengusik diantara mereka.... menjadi muzik-muzik merdu halwa telinga si wanita tua itu. Senyuman terukir dibibir tuanya.. terhibur dengan gelagat cucu-cucunya.

Laman rumahnya sudah disapu bersih. Tangga rumahnya sudah dibasuh cuci. Untuk menyambut tetamu-tetamu yang bakal datang mengunjungi keluarga itu di hari raya nanti.

Dimalam harinya pulak, lampu-lampu indah sudah mula dipasang disekeliling rumah. Mercun sudahpun digantung panjang di anjung rumah. Akan di bakar semasa perayaan untuk menghalau segala hantu-hantu yang ada, yang selalu mengganggu hidup mereka.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Setelah anak-anak perempuannya pulang kerumah masing-masing, si wanita tua ini seperti biasa, akan berehat diatas kerusi malas sambil menonton TV. Sambil menonton TV, dia mula memasukkan duit kedalam bungkusan merah untuk diagihkan kepada anak-cucunya dan tetamu-tetamu bujang yang datang nanti. Sesekali matanya melirik kepada gambar suaminya yang tergantung bersebelahan dengan tempat sembahyangnya. Wajah itu yang amat dirindui, wajah itu yang amat disayangi...

Tiba-tiba... airmatanya mengalir lesu. Selain dari suami, ada lagi wajah yang amat dirindu. Ya... wajah itu, wajah anak lelaki sulung harapannya itu.... kerinduan hati seorang ibu, memang sukar nak digambarkan. Dia mempunyai 3 anak lelaki, tetapi kenapa setiap hari raya, hanya 2 dari mereka saja yang mengucupnya..??

Bertahun berlalu, wajah itu sentiasa dinanti. Setiap kali lagu "GONG XI GONG XI GONG SHI NIE" bergema dicorong radio, setiap kali itu juga dia berdoa semoga dapat menatap dan menerima ciuman dari anaknya itu. Tetapi hingga saat ini, permintaannya belum termakbul. Sudah puas dia berusaha, berjumpa sami dan dukun. Cakaplah apa saja syaratnya, mintalah apa saja, pasti diturutinya dengan sepenuh hati. Dia sanggup berhabisan beribu ringgit, asalkan anaknya kembali kepangkuan. Namun.. tetap hampa. Siang dan malam.... doa ibu ini tak pernah terhenti...

Putus asa.... ya... sememangnya Wanita Tua itu sudah mulai putus asa. Tak terdaya lagi kudratnya nak melawan "musibbah" ini. Bara kemarahannya kian hari kian terpadam. Terpadam kerana kencangnya tiupan angin rindu.... rindu seorang ibu!

Pulanglah anak ku..., ibu sangat rindu..!! Dimanakah kau anakku... ibu sangat rindu!! Kemarilah anakku,, ibu tak marah lagi...!! Ibu rinduuuu, ibu rinduuuuu, ibu rinduuuuuu..!! Ibu rindu padamuuuu...!!

Pulanglah sayang... apa sajalah agamamu, apa saja peganganmu.. ibu restu!! Jangan kau tinggal ibu lagi!! Ibu semakin tua... cukuplah ibu ditinggalkan ayahmu.... janganlah lagi engkau meninggalkan aku..!!

Dan malam terus berlalu. Tidurnya bertemankan airmata. Tidurnya berteman doa. Tidurnya jarang lagi bermimpi....

Apabila terjaga, jam didinding sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Wanita ini terus bangun, memulakan hari seperti biasa. Pintu dapur dibuka, dan seraya itu, anjing-anjing peliharaannya terus berlari-lari mendapatkannya.

Mendapatkan makanan yang dibawanya. Itulah rutin hariannya.. seawal pagi, dia akan memberikan makananan tanda terima kasihnya kepada binatang-binatang peliharaan itu kerana menjaga kedai dan rumahnya.

Selesai bersarapan, dia mula mengemas rumah sambil memerhatikan pekerja-pekerjanya mula datang untuk mencari rezeki. Dilaman rumah, mula terlihat banyak kereta-kereta yang datang berurusan dengan mereka. Walaupun hanya beberapa hari lagi untuk raya, tetapi pelanggan tak putus tiba.

Jam didinding sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Setelah selesai makan tengahari tadi, dia berehat sebentar. Dan kini turun semula didapur untuk memulakan kembali kerja-kerja yang terbengkalai. Banyak lagi kuih yang perlu dibuat.., untuk diagihkan kepada pelanggan. Entah kenapa hari ini, anak-anak perempuannya belum lagi datang. Anak-anak lelaki bujangnya sibuk di kedai.. melayan pelanggan. Begitu jua menantu-menantunya. Cucu-cucunya pula entah kemana. Tinggallah dia seorang diri, ditemani lagu-lagu raya.. dan doa-doanya seperti biasa.

Ahhh... dah hampir petang rupanya. Bisik wanita tua itu. Tangannya sibuk menyusun air-air kotak, buah limau dan makanan-makanan yang "halal" untuk dijamu kepada pelanggan yang beragama islam. Beberapa bungkus kacang dibuka dan disusun kedalam balang. Supaya nampak kemas dan cantik dan berselera untuk dinikmati...

Sedang leka dia si Wanita Tua itu membuat kerja..

Tiba-tiba, terdengar anjing-anjing peliharaannya bersalak-salak kehairanan. Salakan mereka terus sahut-sahutan. Riuh sekali.. nyaring sekali. Ada yang berlari-lari kesana-sini. Ada yang menerkam kepagar yang tertutup itu. Ahhhhhh... apa saja si anjing-anjing ini. Jarang sekali mereka menyalak begini. Siapa pulak yang datang ni... mesti ada tetamu yang tak dikenali. Kalau tidak masakan mereka menyalak begini.

Si Wanita tua ini bangun perlahan-lahan menuju ketingkap dapur rumahnya. Diselaknya tirai tingkap untuk sambil menjengulkan kepalanya keluar sedikit. Dan matanya dibuka seluas-luasnya untuk memastikan siapa gerangan yang datang, yang membuatkan anjing-anjingnya menyalak tidak keruan..

Dan di tepi pagar besar itu, kelihatan sebuah kereta biru. Berdiri disisi kereta itu ialah sepasang insan sedang berpegangan, sedang berpelukkan. Sigadis itu manis berbaju kebaya, namun sedikit ketakutan dipamerkan dari riak muka..,

Dan disebelah gadis manis itu, seorang jejaka segak berdiri. Jejaka yang wajahnya amat dirindui oleh siwanita tua ini.....

"MA... MA......" sijejaka itu terus bersuara....

Dan airmata si Wanita tua itu berjujuran gembira... Diari suramnya mungkin akan berubah warna!!!

Tamat

JODOH.....jangan dikau risaukan

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

C....I....N....T....A

Kepada yang masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.

Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .

Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…

Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...