Wednesday, October 13, 2010

Pesan untuk lelaki

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.

Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Hargailah Dia sebelum ......

Sekadar kongsi apa yang diterima dari email

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku
rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia
sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering
aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak
pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta
maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang
akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas
memang salahku.



Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu
dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab
yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan
pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab
aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku
cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku?
Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu
perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya
sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia
macam saya ada untuk awak…



Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan
lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab
girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih
sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas
kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku
minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku
tak rasa kasihan.



“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat
perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda,
untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak
betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu
akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan
yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak
bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata
berlinang.



Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni.
Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ.
Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang
jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di
hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya!
Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku
dan dia pergi.



Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan
teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku
tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia.
Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku
dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga
dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam
hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia
ikhlas sayangkan aku.



Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma,
tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya
menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak
bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus
berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan
dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan
kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar
buat tak tahu.



Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari
lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada
botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami
berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak
membaca bait-bait dalam kad itu.



“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap
hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab
kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari
saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam
hati saya. Happy Birthday sayang…”



Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka
origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom.
You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku
tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia
meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh
kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah,
sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis
semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata
dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti
seorang wanita yang luhur.



Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat
dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita
yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas
sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana
gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku.
Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak
tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.



Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya
rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama
kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu.
Aku panic.



“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?”
jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas
masuk dan aku diminta keluar.



Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar
sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan,
aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku
mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir
yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa.
Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.



Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun
kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian
dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca
bertaburan di lantai.



Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera
bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta
namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.



“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia
cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu
dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat
surprise. Dia cakap

dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang
kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang
bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang
jalan ke hospital.



Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa
bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut
melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi
kan dia nak makan kek ni dengan aku.



“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik
cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni
dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang
aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke
lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan
lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik.
Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.



“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya
tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut
menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia
dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin
sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa
berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu
sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku.
Dia tak pernah macam ni.



Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku
risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia
sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan
jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani
rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!



Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia
lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak
berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih
merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia.
Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.



Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu
wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia.
Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan
bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia
sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya
mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak
setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku.
Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma
untuk aku kini khas buat lelaki lain.



Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat
menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku
sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya
yang suci.



Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu.
Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama
tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih
oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya
tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.



Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan
jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia
mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel
selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan
asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku
selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap
kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu
sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku
selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka
itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia
sudah dimiliki orang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...