Saturday, October 2, 2010

Bahaya MELAMINE

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Baca lagi tentang melamine di sini:
Melamine-tainted milk seized from China factory:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/NewsBreak/20080915125202/Article/index_html

Melamine plates a health hazard
http://archive.gulfnews.com/articles/07/05/14/10125274.html

FDA: Melamine found in baby formula made in China
http://www.usatoday.com/money/industries/food/2008-09-11-tainted-formula_N.htm

Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed
http://www.fda.gov/oc/opacom/hottopics/petfood.html

SOALAN MATEMATIK: bole anda tolong jwbkn???

copy beberapa soalan matematik yang tak mampu aku jawab, seperti berikut:

1.Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam syurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut, maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut? Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.

2.Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?

3.Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?.

4.Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman neraka yang sebenar?

5.Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)

6.Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum air panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Amaran berkenaan serangan jantung
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...