Thursday, September 30, 2010

Kak Midah & Penjual Ayam

Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.
Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain.

Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.

Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.

Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik dekat Tanjung Malim)
Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.

Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)

Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya.

Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.

Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.

Sudin : Tak!!! (Bengang)

Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.

Sudin : Tak dak!!

Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .

Sudin : Raya sorang-sorang.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.

Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .

Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

sajer-sajer

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Kenape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelakiitu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Cerita Kita

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng! jeng! jeng!...bunyi. ...aauuummmmm! !! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba.Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg! lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada
buaya.

Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit! cit! cit! cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. ! Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuu uuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak

ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur

nanti! Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Mudah-mudahan menjadi pedoman buat kita semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...