Saturday, September 25, 2010

1 ID untuk semua urusan

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2020

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Hot Pizza, boleh saya bantu ....
Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza
Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.
Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331
Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?
Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?
Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.
Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej family
Operator : Itu bukan idea yang bagus encik
Pelanggan : kenapa pulak ?
Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.
Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa ?
Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza
Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?
Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul " Popular Hokkien Dishes"dari
perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.
Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg sayapesan tadi?
Operator : Tapi pekej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00
Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.
Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.
Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.
Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank
iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00
Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. berapa lama Pizza akan di hantar ?
Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik
boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.
Pelanggan : APA ????
Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran
BWW 2114 betul kan pakcik ?
Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!,
Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Pelanggan : (Terdiamm....)
Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?
Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan ?
Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....
Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !
Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik
boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Hot Pizza....

Kuih donut dan kopi

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa melayu
telah berhijrah ke Malaysia...

Ia mencari pekerjaan.. sebelum berhijrah
teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut
dan kopi" dalam bahasa melayu agar ia dapat memesan
makanan sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.

"Kuih Donut dan kopi," kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa
memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka
mengajar untuk mengucapkan "roti daging".

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal
masuk ke restoran dan terus memesan,

"Roti daging."

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata MIcheal

Cucur Udang

Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...
Mamat : ..........

Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Hujan - Rahmat atau laknat?

Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW bercerita, "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir) . Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya.

Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat." (Hadis riwayat Muslim)

Allah SWT menyuruh kita hamba-hambanya agar sentiasa melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Maka selaku manusia yang ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib ke atas kita menjalankan perintah Allah itu tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhakai Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini.

Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali sebagaimana yang telah berlaku pada kaum ‘Add yang hanyut dengan seribu satu kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung dan mereka berkata, "Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi kita..." Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala (malapetaka) yang diturunkan Allah akibat dari kejahatan yang mereka lakukan.

Mengingatkan hal inilah, Rasulullah SAW akan merasa resah gelisah setiap kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia merupakan satu rahmat atau satu laknat daripada Allah SWT. Oleh itu sebagai umat Islam, kita ini hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, berbagai-bagai malapetaka alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa tersebut sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri untuk umat manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh serta yang diberi taufik dan hidayah sahaja yang akan sedar dan mengambil iktibar daripadanya.

Hujan, rahmat atau laknat?

Kadang kala kita sentiasa terdengar orang-orang di sekeliling atau kita sendiri mengeluh apabila cuaca yang dikatakan 'buruk', seperti :

* “Ishh….cuaca buruk je akhir-akhir ni yer…soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk???”
* “Iskkk….. Tak kering la baju kalu asyik hujan je…”
* “Alahaiiii…..hujan lagiii!!!!”
* “Tiap-tiap hari hujan…susah la mcm nih…”
* “Kalau hujan…memang payah nak buat ape-ape kerja…”
* “Ala… tak boleh balik la mcm ni…hujan!!”


Adalah lebih molek jika bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa kerana sesungguhnya, hujan yang diturunkan adalah rahmat bukan malapetaka kepada kita.

“Allahumma syaiyiban nafi’a”
Terjemahan : Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah hujan ini bermanfaat buat kami.


Tatkala mendengar petir pula, bacalah :

“Allahumma la taqtulna bi gadabika wa la tuhlikna bi 'azabika
wa 'afina qabla zalik”
Terjemahan : Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaan-Mu, dan janganlah Engkau membinasakan kami dengna siksa-Mu, dan selamatkanlah kami sebelum itu.


Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Dialah (Allah SWT) yang menghantar angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangannya (yakni hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, dan dihalakan ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu diturunkan hujan bersama awan mendung itu, kemudian dikeluarkan air hujan untuk membasahi bumi untuk terus hidup.” (Surah Al-A’raf, ayat 57)

Sedarkah kita bahawa air hujan yang turun ke bumi adalah limpahan rahmat yang diberikan oleh Allah SWT dan bukannya malapetaka. Rasullullah SAW ada berpesan kepada umatnya bahawa apabila hujan turun ke bumi, setiap doa daripada umatnya adalah mustajab.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Allah jualah mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepada-Nya dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akanNya serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud, ayat 123)

Oleh itu, mulai hari ini, apabila hari hujan, janganlah bersungut tetapi ditukarkan kepada berdoa kerana hujan yang diturunkan adalah rahmat kepada kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...