Sunday, September 19, 2010

1st Motorcycle

First American production motorcycle - 1898 Orient-Aster


Gottlieb Daimler irst four-wheeled automobile

S. H. Roper's 1869 Steam-cycle
The 5-cylinder Millet of 1892
The Mother of all motorcycle engines - the DeDion-Buton

Gottllieb Daimler's 1885 1st Motorcycle















Source:
- http://www.motorcycle.com/events/the-first-motorcycle-45982.html
- http://inventors.about.com/od/dstartinventors/a/Gottlieb_Daimler.htm
- http://en.wikipedia.org/wiki/Gottlieb_Daimler
- http://damnfunpix.blogspot.com/2010/08/wooden-motorcycle-from-daimler-of-19.html (pic)

Pesanan buat suami - Jika isteri menangis

Saya rasa ramai yang dah baca artikel ini kat mana-mana. Tapi saya tetap nak berkongsi kerana ianya bagus untuk renungan para suami khususnya.

Setidak-tidaknya ia menjadi peringatan dan muhasabah buat diri ku kelak.

Wahai para suami, bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada…
Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya
yang disebabkan perbuatanmu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
bagi kamu dan anak2mu…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…
Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yang solehah

dan sebarkan ini kepada seluruh SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA.
dan sesungguhnya isteri mu sangat BERHARGA.

Jangan sia-sia kan dia.

Hiburkan hatinya.

Bahagiakan dia.

InsyaAllah, rumahtangga mu akan bahagia dan ceria

Pesanan Ibu untuk anak-anak perempuannya

Sumber: dari email untuk iktibar bersama


Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????

Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........

Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat

Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan ibu sayangkan ibu dan inginkan kebahagian ibu di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua kamu........

Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak.

Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempaun yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut islammmm......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA.

InsyaAllah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu- cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah.

Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya ke arah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.

Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.

Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnnnnn

Selamat menjalani ibadah puasa agar ibadah nie dapat menyihatkan iman dan fizikal kita.


Wassalam

Raya atau Pesta?

MAJLIS rumah terbuka dalam masyarakat Islam di Malaysia sudah jadi satu tradisi, bersilih ganti dari rumah ke rumah, sekali gus menyemarakkan amalan berkunjungan dan ber maafan sepanjang Syawal yang mulia.

Ia mencerminkan keindahan nilai mulia dalam Islam seperti sifat pemurah, bantu membantu, menghubungkan ikatan persaudaraan, memupuk kesepakatan dan perpaduan.
Cuma, dalam kegembiraan dan kemeriahan Syawal itu, ditambah senyum tawa bersama hidangan istimewa di ha dapan membuatkan sesetengah kita lupa konsep dan falsafah rumah terbuka.

Malah, masih ada terkeliru dengan majlis itu sehingga rumah terbuka yang diadakan tidak ubah seperti pesta keramaian.

Apakah ini konsep rumah terbuka yang kita mahukan seperti dianjurkan syariat?

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata majlis rumah terbuka adalah suatu amalan terpuji walaupun tiada nas khusus.

Beliau berkata, ia diadakan dengan mengambil asas pe mahaman hari raya dan contoh ikutan dilakukan Rasulullah s.a.w yang memberi makan golongan miskin pada bulan Ramadan.

“Dahulu Nabi s.a.w memberi makan orang miskin dari bulan puasa lagi. Nabi dan kalangan sahabat mengutamakan orang miskin.

“Tetapi sesetengah kita mengadakan majlis keraian pada bulan Syawal sahaja, malah jemputan hanya membabitkan golongan tertentu dan mengabaikan orang miskin,” ka tanya.

Majlis keraian di rumah terbuka akan mendapat keberkatan dan limpahan rahmat sekiranya ia bertepatan dengan anjuran agama, tetapi jika sebaliknya ia menjadi majlis dilaknati.

Katanya, antara garis panduan yang perlu dipatuhi ialah majlis itu diadakan secara sederhana, bukannya berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran.

Al-Quran mengingatkan manusia mengenai pembaziran, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Al-Isra, 27)

Tujuan rumah terbuka pula, katanya, semata-mata untuk mencapai redha Allah, bukannya untuk berbangga dan me nunjuk-nunjuk kononnya dia adalah golongan berada, berkemampuan dan banyak harta.

Orang yang berbangga-bangga akan dibenci sesama manusia.

Allah juga tidak suka kepada golongan terbabit seperti ditegaskan dalam al-Quran: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

(Luqman, 18)

“Sesetengah orang mengadakan rumah terbuka secara ikut-ikutan, tidak mengetahui konsep dan falsafah di sebaliknya, sehingga timbul rasa bangga dan riak pada majlis yang diadakan.

“Malah, ada pula mengadakan rumah terbuka supaya keluar gambarnya dalam akhbar atau televisyen, tiada keikhlasan dan jika begini, macam mana akan mendapat pahala,” kata Muhammad Lukman.

Beliau berkata, apabila seseorang itu ingin mengadakan rumah terbuka dia tidak boleh membeza-bezakan tetamu, antara miskin dan kaya, berpangkat dan berpengaruh ataupun tidak.

“Islam tidak menggalakkan umatnya mewujudkan per bezaan antara si miskin dan kaya di dalam satu-satu majlis.

“Sekiranya berlaku juga, hukum wajib menghadiri majlis itu boleh berubah menjadi tidak wajib.

“Kemudian, dalam majlis juga perlu menjaga batas syariat, mengelak percampuran antara lelaki wanita dan tidak terbabit dengan aktiviti melalaikan seperti karaoke,” katanya.

Bagi tetamu yang berkunjungan ke rumah saudaranya dengan ikhlas akan disukai dan dicintai Allah, sebagaimana ditegaskan Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diri wayatkan Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada Abu Hur airah r.a bermaksud: “Ada seseorang yang berziarah ke tempat saudaranya kerana seagama dalam suatu kampung, lalu Allah mengutus malaikat untuk mendatangi jalan yang dilalui. Setelah bertemu, lalu mailaikat bertanya, ke mana saudara akan pergi?

“Jawabnya, hendak ke tempat saudara saya di dalam kampung ini. Malaikat bertanya, apakah kedatangan saudara itu kerana ada sesuatu kenikmatan daripadanya yang akan saudara dapatkan? Jawabnya, tidak, saya datang semata-mata kerana saya mencintainya untuk mengharapkan keredhaan Allah.

“Kemudian malaikat itu berkata lagi, ketahuilah sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menemui saudara dan untuk mengatakan) bahawa Allah mencintai saudara sebagaimana saudara mencintai orang itu.”

Rumah terbuka sempena Aidilfitri sekiranya difahami sebaik-baiknya boleh menjadi wadah bagi merungkai kekeliruan, mengutuhkan perpaduan dan menyuburkan muafakat sesama manusia.

Islam juga menggalakkan umatnya untuk bergaul, bertandang dan beramah mesra dengan yang lain seperti di tegaskan dalam hadis daripada Ibnu Umar yang diriwayatkan Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud: “Seorang Mukmin yang bergaul dalam masyarakat dengan manusia lainnya dan dia sabar menahan suka duka ma syarakat itu, adalah lebih baik daripada seorang Mukmin yang hidup tidak bergaul dalam masyarakat umum...”

Sumber:Harian Metro

Hikmah Rumah Terbuka

Oleh Idris Musa

"Silalah masuk, jangan segan!". Walaupun Syawal sudah melepasi sempadan pertengahannya, suasana heningnya masih segar, malah tradisi berkunjungan makin rancak dan ada saja undangan ke rumah terbuka.

Begitulah unik dan indahnya masyarakat Islam, khususnya di negara ini yang menjadikan budaya berkunjungan dan rumah terbuka sebagai satu tradisi sekali gus mencerminkan keindahan dalam Islam.

Islam menganjurkan umatnya menjalinkan hubungan silaturahim kerana melaluinya akan mewujudkan kesepakatan dan perpaduan.

Mereka yang mengunjungi saudaranya ikhlas kerana Allah, akan disukai dan dicintai-Nya, sebagaimana ditegaskan Rasulullah s.a.w melalui sabdanya bermaksud:

"Ada seseorang yang berziarah ke tempat saudaranya kerana seagama (bolehlah dianggap saudara) dalam suatu kampung, lalu Allah mengutus malaikat untuk mendatangi jalan yang dilalui. Setelah bertemu, lalu mailaikat bertanya, "Ke mana saudara akan pergi?"

Jawabnya: "Hendak ke tempat saudara saya di dalam kampung ini. Malaikat bertanya: "Apakah kedatangan saudara itu kerana ada sesuatu kenikmatan daripadanya yang akan saudara dapatkan?" Jawabnya: "Tidak, saya datang semata-mata kerana saya mencintainya untuk mengharapkan keredaan Allah."

Kemudian malaikat itu berkata lagi: "Ketahuilah sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menemui saudara dan untuk mengatakan) bahawa Allah mencintai saudara sebagaimana saudara mencintai orang itu." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada Abu Hurairah r.a)

Bagi mereka yang mengadakan rumah terbuka dengan penuh keikhlasan juga sudah tentu mendapat limpahan rahmat dan keberkatan yang datang bersama tetamu dan jiran tetangga sekalipun sesetengahnya bukan seagama dan sealiran.

Satu hadis daripada Ibnu Umar yang diriwayatkan Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah, bermaksud: "Seseorang Mukmin yang bergaul dalam masyarakat dengan manusia lainnya dan dia sabar menahan suka duka masyarakat itu, adalah lebih baik daripada seorang Mukmin yang hidup tidak bergaul dalam masyarakat umum..."

Rumah terbuka Aidilfitri adalah antara wadah yang perlu digunakan untuk memupuk persefahaman, semangat pemuafakatan dan menyuburkan hubungan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Hubungan silaturahim, baik sesama Muslim atau yang lain adalah suatu yang sangat bernilai dan sewajarnya sentiasa dipupuk.

Melalui majlis keramaian seperti rumah terbuka ini, hubungan silaturahim dapat disemai, toleransi terserlah, saling mengenali antara satu sama lain, bertegur sapa dan bertanya khabar.

Al-Quran menegaskan penciptaan manusia dengan pelbagai bangsa dan kaum supaya manusia dapat berkenal-kenalan dan berbaik-baik, bukannya berjauhan dan menjadikan musuh antara satu sama lain.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." (al-Hujuraat:13)

Dalam sejarah hidup Rasulullah s.a.w, banyak contoh mengenai keindahan dalam hubungan kemasyarakatan ini. Sikap keterbukaan baginda sangat terserlah, menerima kunjungan dan mengunjungi.

Malah, baginda menunjukkan sikap bersahabat terhadap pemeluk agama lain, menziarahi keluarga berlainan agama yang ditimpa kematian, menghadiri jamuan makan mereka dan menziarahi orang sakit.

Pada suatu ketika Nabi s.a.w dikunjungi utusan kaum Nasrani dari Najran. Baginda membentangkan serban dan mempersilakan mereka duduk di atasnya.

Tindakan positif Nabi s.a.w itu memberikan pengalaman yang manis kepada utusan terbabit. Mereka dapat rasai kemurnian dalam Islam dan tidak lama kemudian mereka memeluk Islam dengan kerelaan sendiri.

Pendek kata tiada pertikaian lagi dengan budaya berkunjungan dan rumah terbuka selagi kebaikan menjadi matlamat dan mengisi ruangnya.

Cuma timbul persoalan di kalangan masyarakat Islam hukum turut merayakan perayaan agama lain kerana khuatir tindakan terbabit boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa pemahaman semua agama adalah sama.

Ada pandangan mengatakan haram, lebih-lebih lagi jika merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Ahli panel fatwa kebangsaan dan bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Abdul Hayei Syukor ada menjelaskan: "Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah di luar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka".

Menurut Dr Ahmad al-Syarbashi, seseorang Muslim boleh menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara bertentangan dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas'alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan seperti Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al- Hussain bin Mansur al-Tabari, yang berkata tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka.

Bagaimanapun, asas bagi orang Islam dalam membuat pertimbangan untuk ke mana-mana majlis, termasuk majlis orang bukan Islam ialah memastikan tiada acara bertentangan dengan Islam, baik dari sudut akidah, syariah atau akhlak.

Galak ziarah saudara-mara

DAHULU, sesudah sahaja menunaikan solat sunat Aidilfitri, seluruh isi keluarga, tidak kira tua ataupun muda akan berkumpul di rumah ibu bapa. Kemudian, mereka mula menyusun langkah berkunjung ke rumah saudara-mara sambil bermaaf-maafan sekali gus menikmati juadah Raya seperti ketupat, lemang, rendang dan bahulu.

Apatah lagi golongan kanak-kanak yang begitu teruja setiap kali menjelangnya Syawal. Budaya kunjung mengunjungi dari sebuah rumah ke sebuah rumah jiran tetangga nyata membangkitkan kemeriahan suasana Hari Raya. Dengan mengenakan baju Melayu dan baju kurung yang berwarna-warni, kanak-kanak menjadi golongan yang paling seronok menyambut Hari Raya. Mana tidaknya, inilah masanya untuk mereka mengumpul duit Raya. Ada yang berjalan kaki dan tidak kurang juga, yang berbasikal mengelilingi kampung dari pagi sehingga lewat petang.

Senario kanak-kanak menyambut Raya pada hari ini dilihat sedikit berubah apabila semakin kurang yang sanggup berpeluh untuk bertandang ke rumah jiran. Begitu juga generasi muda khususnya remaja yang kini nampaknya lebih gemar bersosial bersama rakan-rakan di pusat membeli-belah pada Hari Raya pertama atau sekadar memerap di rumah menonton pelbagai rancangan istimewa Aidilfitri di kaca televisyen.

Perubahan itu sekali gus membuatkan amalan kunjung mengunjung bagi menghayati Syawal dalam erti kata yang sebenar semakin dipinggirkan. Misalnya, amalan ziarah menziarahi saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga, tidak lagi dianggap sebagai satu keperluan atau kewajipan dalam kehidupan anak muda sekarang.

'Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,' begitulah perumpamaan yang dapat dijelaskan bagi menyatakan sikap remaja hari ini yang mementingkan diri sendiri, seolah-olah hubungan sesama manusia tidak lagi menjadi keutamaan.

Perkara ini turut diakui Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali yang mengatakan: "Malangnya, ada ibu bapa sendiri yang tidak mempraktikkan amalan ziarah menziarahi ini. Sebab itulah, generasi anak-anak mereka tidak berminat untuk meneruskan amalan tersebut."

Katanya, jalan terbaik bagi mengatasi masalah anak muda kurang menghayati erti Syawal ialah ibu bapa perlu menerapkan amalan itu kepada anak-anak kecil bermula dari rumah.

Menurutnya, ibu bapa adalah orang yang paling dekat dan paling layak menasihati golongan muda agar terus mengamalkan tradisi masyarakat Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.

"Malangnya, terdapat segelintir ibu bapa berasa malu dan enggan membenarkan anak-anak kecil mereka beraya di rumah jiran kerana bimbang dikatakan menyuruh anak-anak mengutip duit Raya.

"Pendapat sebegini ternyata salah. Sepatutnya, anak-anak dididik menziarahi saudara dan jiran untuk saling bermaaf-maafan sekali gus mengeratkan persaudaraan. Jika ada yang memberikan duit Raya, tak salah nak terima tetapi kalau tak ada, jangan meminta.

Pesan kepada anak-anak hal sedemikian dan bukannya menghalang terus anak-anak berkunjung ke rumah jiran dan rakan-rakan sekampung," ujarnya.

Perkara paling dibimbangi, jelas Suzana ialah terdapat segelintir ibu bapa yang berasa sayang untuk meninggalkan rumah mereka. Ini disebabkan mereka bimbang daripada terlepas menyaksikan cerita menarik yang ditayangkan di kaca televisyen.

"Sikap ini sepatutnya tidak ada pada diri mereka sekiranya kelebihan amalan menziarahi itu diketahui dan diambil peduli," ujarnya.

Namun, beliau tidak menyangkal bahawa kemungkinan terdapat sikap negatif seperti sombong, pentingkan diri sendiri atau berlagak.

Katanya, ini boleh menjadi penyebab utama kenapa kelebihan amalan menziarah pada Hari Raya gagal dihayati oleh pihak tertentu.

"Ada beranggapan, amalan menziarah adalah untuk bermaaf-maafan. Ini menyebabkan mereka berpendapat tidak perlu menziarah kerana mereka tidak melakukan kesalahan kepada jiran atau saudara," ujarnya kesal.

Hakikatnya, menziarah bukannya sekadar untuk bermaaf-maafan, sebaliknya untuk mengeratkan silaturahim. Malah, setiap daripada kita digalakkan untuk saling bermaaf-maafan walaupun kita berasa tidak melakukan kesalahan kerana ada ketikanya, kita terlupa bahawa kita sebenarnya pernah tersilap.

"Ajaran Islam menekankan amalan menziarahi saudara-mara atau sahabat handai," katanya sambil menegaskan amalan itu boleh membentuk satu ikatan yang kukuh di antara satu sama lain.

Tambahnya, amalan ziarah merupakan satu wasilah dalam mengukuh silaturahim sesama kita. Amalan tersebut memberi manfaat yang besar dan faedah yang berguna di dalam konteks perpaduan ummah. Budaya menziarahi juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai dan yang susah menjadi mudah.

Menurutnya, inisiatif untuk mengembalikan budaya ini agar kekal sehingga ke generasi seterusnya perlu diberi perhatian serius.

"Ia boleh dilakukan melalui didikan awal kanak-kanak mengenai kepentingan menziarahi atau menerusi kempen yang berkaitan daripada pelbagai pihak,"ujarnya.

Selain itu, ibu bapa seharusnya menanamkan amalan menziarah di dalam diri anak-anak kecil. Manakala, rancangan menarik di kaca televisyen pula perlulah ditayangkan pada malam hari bagi memberi peluang kepada anak-anak muda yang lebih gemarkan hiburan, melakukan amalan menziarah pada waktu siang.

Sumber: Kosmo

Perkara dituntut, larangan ketika sambut Syawal

Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

UMAT Islam kini memasuki Syawal dan umat Islam di seluruh dunia menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Kemunculan Syawal menandakan tamatnya Ramadan, bulan keampunan, bulan kerahmatan, bulan pendidikan dan bulan latihan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam melalui bulan itu, maka Allah mensyariatkan pada 1 Syawal, umat Islam hendaklah menjadikan tarikh itu sebagai hari untuk menyambut kemenangan hinggakan pada hari itu umat Islam dilarang lagi untuk berpuasa.

Orang Islam hendaklah menyambut hari itu dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah kerana mereka berjaya menempuh ujian sepanjang Ramadan. Ujian itu didatangkan oleh Allah kepada hambanya dalam pelbagai keadaan.

Umat Islam di Malaysia perlu memanjat kesyukuran kepada Allah kerana mereka dapat berpuasa dalam keadaan suasana negara yang aman damai. Mereka hanya diuji dengan kelaparan dan kepanasan. Ia amat berlainan dengan sebahagian nasib umat Islam di negara lain seperti di Iraq, Palestin dan Kashmir apabila penduduknya terpaksa berdepan dengan dentuman bom dan ancaman maut untuk menghabiskan sebulan Ramadan. Mereka tetap diuji. Ujian mereka lebih berat daripada umat Islam di negara lain.

Malah, sesuatu yang tidak dapat dinafikan, mereka bertahun-tahun menyambut Syawal dalam keadaan yang sama suasananya mereka berada pada Ramadan. Walaupun mereka berada dalam kesusahan, mereka tetap tenang menyahut ujian itu. Mereka tetap merayakan 1 Syawal.

Apabila menjelang Syawal umat Islam digalakkan bertakbir (membesarkan Allah) dan bertahmid (memuji Allah) walau dalam keadaan apa sekalipun mereka berada. Abu Hurairah menjelaskan, Nabi Muhammad bersabda: Hiasilah hari raya kamu dengan takbir (Hadis riwayat Tabrani).

Hadis di atas diperkuatkan lagi dengan sebuah hadis yang lain, dari Anas a.s, Nabi Muhammad bersabda: Hiasilah kedua-dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis (mensucikan Allah). – (Hadis riwayat Abu Naim).

Menurut ulama, takbir pada hari raya hukumnya adalah sunat. Selain itu, umat Islam yang menyambut Syawal digalakkan menziarahi kaum keluarga mereka. Dengan bersua muka, mereka dapat memohon kemaafan dan kesilapan yang dilakukan sama ada terhadap orang tuanya mahupun ahli keluarganya yang lain. Lazimnya, ahli keluarga akan berkumpul untuk bertanya khabar.

Bagi yang ada masalah peribadi dengan keluarga, Syawal amat sesuai untuk mencari jalan penyelesaian kerana pada waktu itu umat Islam sedang bergembira.

Malah, pada hari inilah seseorang itu akan dapat bertemu dengan rakan taulan yang lama tidak bersua kerana membawa haluan dan mencari rezeki masing-masing. Kesempatan itu perlu digunakan untuk memohon kemaafan kepada sanak saudara dan rakan taulan.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan menziarahi pusara kaum keluarga yang pulang lebih dulu menemui Allah. Dengan berkunjung ke pusara mereka secara tidak langsung menunjukkan kita masih mengingati mereka yang tiada, lebih-lebih lagi mereka yang pergi adalah ibu bapa kita. Dengan mengunjungi mereka, kita juga akan dapat berasakan pada suatu hari nanti, kita juga akan ke sana. Ia secara tidak langsung boleh memperbaiki mutu kita sebagai hamba Allah.

Pada hari yang penuh kesyukuran ini adalah sesuatu yang amat salah sekiranya ada di kalangan umat Islam merayakan hari itu dengan mengenakan pakaian mendedahkan aurat dan menjolok mata. Sesetengah mereka mengatakan, apa salahnya setahun sekali mengenakan pakaian sebegini.

Malah, sambutan Syawal juga melarang umat Islam menghadirkan diri ke tempat maksiat seperti ke pub, kelab malam dan tempat berunsur perjudian.

Sekiranya ada kelakuan di atas dan pelbagai maksiat lain dilakukan juga oleh umat Islam menjelang Syawal, puasa mereka selama sebulan Ramadan itu sebenarnya tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada diri mereka.

Puasa mereka ini sebenarnya tidak ada apa-apa nilai di sisi Allah, melainkan mereka mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Puasa mereka tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.

Sekiranya seseorang Muslim itu ada perubahan sikap mereka selepas melaksanakan ibadat puasa Ramadan selama sebulan, puasa yang mereka lakukan itu memberi manfaat kepada mereka. Malah orang itu akan berasa adanya peningkatan penghayatan Islam dalam diri mereka, termasuklah penghayatan menyambut Syawal. Penghayatan itu akan terus dihidup dalam diri mereka selepas itu dan mereka sebenarnya termasuk di kalangan orang yang bertakwa.

Penulis ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Sumber: Berita Harian

Zakat fitrah penambah kekurangan puasa

ZAKAT fitrah wajib ditunaikan bagi setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan mencukupi untuk diri dan tanggungannya pada Aidilfitri.

Kefarduan zakat fitrah terhadap setiap Muslim dinyatakan oleh Umar berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah mewajibkan zakat fitrah daripada Muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Said al Khudriy bermaksud: "Ketika Rasulullah masih berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan sama ada berupa keju, gandum, kurma atau anggur kering."

Dalam ibadat lain, pelaksanaan ibadat dilakukan sendiri oleh orang berkenaan. Sebaliknya, bagi zakat fitrah, ia dijelaskan oleh ketua keluarga bagi pihak ahli keluarganya.

Ketetapan itu memperlihatkan tanggungjawab ketua keluarga dalam membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh ahli keluarga melalui ibadat zakat dilakukan.

Ahli keluarga mempunyai kemampuan menjelaskan sendiri zakat fitrah, elok baginya melakukan sendiri. Ia sebagai permulaan melaksanakan tugas yang mungkin ditanggung apabila berkeluarga nanti.

Kewajipan ketua keluarga membayar zakat fitrah bagi orang ditanggung adalah seperti dia wajib membayar bagi dirinya. Jika tidak membayar zakat fitrah bagi orang ditanggungnya adalah seperti dia tidak membayar zakat fitrah bagi dirinya.

Zakat fitrah atau disebut juga zakat diri, diwajibkan kepada semua Muslim, tidak kira kecil, miskin mahupun hamba. Ia bukan hanya diwajibkan kepada golongan kaya seperti difahami kebanyakan orang.

Perkara ini amat berbeza berbanding kefarduan ibadat lain yang hanya diwajibkan kepada individu sudah baligh. Begitu juga diwajibkan dilakukan oleh seseorang mengikut keupayaannya.

Ia berbeza dengan zakat harta, ternakan, perniagaan, galian, simpanan dan pertanian kerana hanya diwajibkan kepada yang memiliki sejumlah hasil agak banyak.

Ia jelas membuktikan kepentingan zakat fitrah kepada setiap Muslim dan seluruh masyarakat yang mendapat manfaatnya.

Sesungguhnya kefarduan zakat fitrah menguji ketakwaan dan keikhlasan yang tiada tandingannya. Zakat fitrah membersihkan orang berpuasa daripada sebarang kekotoran atau dosa tidak dibersihkan sepanjang ibadat puasa. Ia juga menambah kekurangan dalam ibadat puasa.

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ibnu Abas bermaksud: "Diwajibkan oleh Rasulullah bahawa zakat fitrah membersihkan bagi orang yang berpuasa dan pemberi makan bagi orang miskin.

"Barang siapa menunaikan sebelum solat hari raya, maka zakat itu diterima dan barang siapa yang membayar selepas solat, zakat itu sebagai sedekah biasa." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sumber: Berita Harian

Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal

Oleh Dr Abdul Basit Abd Rahman

HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.

Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.

Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)

Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.

Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."

Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.

Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.

Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Sumber: Berita Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...