Saturday, September 18, 2010

KITA MENGELUH TAPI ALLAH MENJAWAB KELUHAN KITA..

TazkiRah hari ini:

1. Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya: Kita bertanya : Kenapa aku diuji ? Quran menjawab:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

2. Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ? Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

3. Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?Quran menjawab,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

4. Kita bertanya : Kenapa mesti frust? Quran menjawab,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)

5. Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya? Quran menjawab,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

6. Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap? Quran menjawab.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

7. Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini? Quran menjawab,

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

8. Kita berkata : Aku tak tahan!!! Quran menjawab,

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

9. Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ? Quran menjawab,

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

Buat para suami yang memiliki

Buat para bapa yang mengaku sayang pada darah daging mereka.

Isteri dan anak-anak adalah anugerah Allah didunia ini yang tidak ternilai dengan apa-apa pun…

Seorang perempuan yang sah bergelar isteri tatkala anda melalui saat ijab dan Kabul, maka dia telah menjadi tanggungjawab yang Allah berikan kepada kamu untuk melindungi dan menjaganya..

Ketahuilah kamu wahai sang suami, Mulianya seorang yang bergelar isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada mu, keluarga dan anak-anak..

Wahai ayahku…kami anak-anakmu…

Wahai ayah..bukankah kamu diberi tanggungjawab besar menerima amanah yang diberikan oleh Allah kepadamu saat aku lahir dari rahim ibuku, isteri kepadamu wahai ayah…

Sembilan bulan ibu bersusah payah ibu mengandungkan aku, menjadi perantara untuk menyampaikan amanah Allah buatmu ayah..sanggup melalui saat2 getir diwaktu kewujudanku dalam rahimnya, pening dan loya tidak menjadi beban kepadanya.. malah ibu terlalu gembira..kerana dapat melahirkan zuriatmu wahai ayah..

Tapi ayahku…Sayangkah kamu padaku?

Sayangkah kamu pada ibu yang mengandungkanku iaitu zuriatmu ayah?

Tiap hari kamu menyedut batang putih yang aku tidak tahu untuk apa…

Wahai ayahku…apakah kamu tahu, asap yang dihembuskan olehmu adalah lebih beracun dari-pada asap yang dihisap olehmu sendiri. Tahukah kamu kadar bahan kimia yang dihembuskan adalah berlipat kali ganda berbanding dengan yang dihisap olehmu..

Kamu membiarkan kami menjadi perokok pasif.. mungkin kamu tidak sedar, walaupun kami tidak menghisap batang putih itu, tapi kami yang lebih cepat akan meninggalkanmu. .
Tidak sayangkah kamu pada kami? Tidak sayangkah kamu pada ibuku, isterimu?

Kamu biarkan kami terdedah pada kanser paru-paru..kamu biarkan kami untuk sakit strok…apakah kamu xkisah lihat ibu dan aku menghidap asma? apakah kamu tak rasa apa2 jikalau aku dan ibu terlantar sakit?

Ibu sanggup menggadaikan nyawa utk melahirkanku. .tp ayah..kamu tega menggadaikan nyawaku dan ibu demi benda yang kamu suka…sayangkah itu wahai ayah…

Wahai ayahku, tidakkah kamu tahu, setiap sedutan asap yang kamu hembuskan mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang kamu disedut terus dari batang itu..

Kamu racuni kami wahai ayah, kamu membunuh kami perlahan2…apakah kami terlalu membebankanmu?

Wahai ayah…adakah kawan-kawanmu juga membenciku dan ibuku? Kenapa mereka pun sama sepertimu…

Uncle…!!Uncle…!!!jangan racuniku!!!jangan racuni ibuku!!! Jangan biarkan ibu menyedut racun itu…Ibu!!!!!!!!! !! Selamatkan dirimu…Lindungi aku…

Ayah…Bukankah kamu sepatutnya melindungi kami? Bukankah kami amanah Allah untukmu..apakah kami menjadi beban padamu?

Cukuplah ayah…cukuplah kamu meracuni kami…kami akan pergi…

Wahai ibuku..ayah tidak perlukan kita lagi ibu…ayah tidak menginginkan kita disisinya.. ayah halau aku dan ibu perlahan-lahan. .

Ayah tidak mahu lagi mendengar gelak tawaku..ayah tidak ingin ibu di matanya lagi..

Ibu…tatkala kini, aku dan dirimu bersabung nyawa..akibat perbuatan seorang insan bergelar ayah dan suami…genggam eratlah tangan anakmu ini,biarlah kita pergi menghadap Ilahi…

Wahai ayah…semoga dengan ketiadaan kami, kamu akan berbahagia…tiada lagi bebanan untukmu…kami sayang kamu wahai ayah…terima kasih kerana sudi mengizinkan aku menatap wajahmu walaupun seketika…terima kasih ayahku kerana sudi membenarkan ibu menumpang kasihmu…aku dan ibu bahagia kerana pernah menjadi seseorang dalam hidupmu…

Tentang Cinta...Usahlah dikau risaukan

Adakah jodoh ada kaitan dengan keturunan?

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang.

Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.?



Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.


Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang
perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang
kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk! !" Jawab Hantu B
sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian. .. aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak,
sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang
ceritanya... " jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat
nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta
aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat
carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri
aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik
jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku
penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack.
And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan
kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B
berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita
berdua still hidup lagi.

Kisah Boss dan pintu garaj

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an
dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar
di KL...

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la
dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa
seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...
Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. ..

biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap..
Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing
meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis...
si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak
datang ke Ofis..... saya nampak pintu garage
boss terbuka...



Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa,
nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si
Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita...
pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana
ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam
mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la.... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah
relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia
terbuka...
(dah memang perangai dia tak suka pakai
underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss

ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri
dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I
terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada sebuah Perodua
Kancil dengan dua tayar depannya pancit!!!!!. ..

Kata-Kata Semangat Saat Menghadapi Kegagalan

* Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

* Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

* Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

* Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

* Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

* Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

* Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

* Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

* Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

* Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

* Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

* Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari, bersedialah untuk terbakar.

* Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

* Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

* Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

* Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

* Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang? Fikirkanlah! .

* "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan" .

* Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

* Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

* Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!

* Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!

* Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.

* Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

* Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

* Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung.. ....lompatlah ke tali yang lain.

* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.

* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.

* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

* Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

* Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

* Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

* Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.

* Terseradung bukannya terjatuh.

* Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

* Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

* Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

* Apabila anda kaya, fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

* Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

* Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

* Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

* Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.

* Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

* Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

* Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari- apa silapnya.

* Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.

* Pada pendangan saya, sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

* Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

* Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

* Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

* Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

* Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

* Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.

* Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

* Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.

* Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

* Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.

* Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

PERINGATAN!! !

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.

ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA, APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA- ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.

Ingat!! ADA HIKMAH DI SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU. HADAPILAH DENGAN TABAH SEMOGA DIRAHMATI ALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...