Friday, September 17, 2010

Teman Sejati

Kali Ni Pak Cik Nak Cerita Sikit Perihal Pertalian Persahabatan Terhadap Tiga Orang Yang Berlainan Bangsa, Iaitu Seorang Arab, Seorang Afrika Dan Seorang India...

Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin Mengembara Di Lautan. "Adventure La Sikit Brader" Kata Salah Seorang Dari Tiga Orang Tu. Sampai Masa Dan Ketikanya Mereka Pun Belayarlah Seperti Yang Dihajatkan.

Setelah Sekian Lama Belayar, Menempuh Pelbagai Ujian Dan Peperiksaan (Tak Termasuk UPSR & PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka Telah Menempuh Suatu Taufan Dan Ombak Bak Cerita "Deep Impact" Yang Kuat Sehingga Menyebabkan Kapal Mereka Telah Terbelah Dua Lalu Tenggelam Ala "Titanic".

Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang. Mereka Telah Hanyut Dan Terdampar Di Sebuah Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak Tau Pulak Saya). Pulau Tu Pulak Tiada Berpenghuni Melainkan Mereka Bertigalah Yang Menghuninya Setelah Tersadai.

Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan Demi Bulan Hinggakan Tahun Demi Tahun Sampai Jadi Belas Tahun Mereka Menginap Di Pulau Itu. Hidup Aman Dan Damai Kata Orang, Saling Bekerjasama. Mereka Ni Jadi Tersangatlah Akrabnya.

Akhirnya (Belum Habis Lagi) Salah Seorang Dari Mereka Terjumpa Sebuah Bekas (Tak Tau Lah Saya Bekas Apa, Tapi Yang Pasti, Bukan Bekas Ubat Nyamuk). Lalu Dia Pun Memanggil Dua Lagi Kengkawannya.

Setelah Kata Sepakat Membawa Berkat, Mereka Pun Membuka Bekas Tadi Tu. Amat Terkezutlah Mereka Sebaik Sahaja Terbuka Sahaja Penutup Bekas Tu, Keluarlah Asap Berbunga-Bunga (Tapi Tak Bahaya Kerana Indeks Bacaan Belum Sampai Tahap Bahaya). Setelah Terbatuk-Batuk Beberapa Kali Dan Jerebu Pun Reda, Mereka Terperasan Ada Penambahan Bilangan Dari Segi Penduduk. Wujud Satu Jun Depan Mereka (Ala Brader, Jin Le).

Mereka Bertiga Jadi Takut, Tapi Jin Tu Selamba Je, Terkebil-Kebil. Belum Sempat Mereka Berbuat Apa-Apa Lagi Jin Dah Berkata :

" Thank You, Thank You, Kerana You All Telah Selamatkan I Dari Belenggu Belanga Ni".

Sambung Lagi Jin Tu : " Oleh Kerana You All Telah Selamatkan Jiwa Dan Raga I, I Akan Tunaikan Apa Sahaja Permintaan You All, Tetapi Seorang Akan Dapat Satu Sahaja Permintaan Je Tau".

Mereka Bertiga Punye Le Gumbira Apabila Mendengar Berita Terkini Hiburan Sensasi Yang Disampaikan Oleh Jin Tu.

Sambung Jin Tu Lagi : "OK Boleh Mulakan Permintaan Kamu Bertiga Sekarang"

"Baiklah" Kata Orang Pertama Iatiu Si Arab.

Dia Sambung " Wahai Jin, Ana (Ana Tu Bermaksud Saya) Telah Tersangat Lama Tinggal Di Pulau Ini Dan Ana Tidak Dapat Menahan Rindu Untuk Pulang Ke Kampung Halaman Ana, Boleh Anta Tunaikan".

Kata Jin Tu "Boleh, No Problemo, Tapi Tak Nak Ke Ucapkan Babai Ke Apa-Apa Ke, Kat Kawan Kau Dua Orang Tu".

Si Arab Pun Berucap : "Wahai Sahabat Ana Berdua Yang Mulia, Ana Akan Sentiasa Kenangkan Kamu Dimana Jua Ana Berada, Semoga Berjumpa Lagi".

Setelah Berjabat-Jabatan (Bersalam-Salaman), Bersedih-Sedihan Maka Tiba-Tiba TUSSS! (Siap Ada Asap Lagi) Tertunailah Permintaan Si Arab.

Tinggal Dua. Kemudian Tibalah Giliran Si Afrika Membuat Hajatnya (Bukan Qado Hajat). Setelah Terdiam Beberapa

Ketika Si Afrika Berkata : "Wahai Jin Tolonglah Saya Kembalikan Saya Ke Pangkuan Keluarga Saya, Mungkin Mereka Menyangkakan Bahawa Saya Telah Mati, Saya Mahu Pulang, Saya Mahu Pulang"

TUSSS! (Ada Asap Jugak) Tak Sampai Hati Jin Tu Mendengarkannya Lebih Lama Lagi. Dan-Dan Si Afrika Tu Hilang Dari Pandangan, Nak Ucap Selamat Tinggal Kat Kawan Dia Seorang Lagi Tu Pun Tak Sempat.

Tinggallah Si Mamat India Ni Sengsorang. Jin Tu Pandang Dia, Dia Pandang Jin Tu.

Jin Tu Kata Kat Dia : "Kamu Tu Tunggu Apa Lagi, Mintalah Apa Yang Kamu Hajati Supaya Aku Boleh Tunaikan Permintaan Kamu Dan Selesaikan Janji Aku Kat Kamu Bertiga. Aku Dah Tak Sabar Nak Enjoy Ni".

Si India Tu Kata : "Ala Jin Rilek La Jin. Aku Sebenarnya Masih Bersedih Kerana Kehilangan Kekawanku Yang Sangat Sejati".

Lalu Dia Pun Berkata : "Mr. Jin Sekarang Kau Tunaikanlah Permintaanku Yang Tak Seberapa Ni".

Berkata Jin :"Katakanlah, Mintalah Nescaya Aku Akan Tunaikan".

Si India Tu Dengan Penuh Wisma Yakin Dan Semangat Berkata Kepada Jin :

"Mr. Jin Aku Amat Merindui Kengkawan Aku, Oleh Itu Aku Meminta Supaya Engkau Kembalikan Semula Mereka Ke Pangkuan ku. Aku Rindukan Mereka Berdua".

Jin Tu Pun Menunaikan Permintaan Si Mamat India tu. TUSSS! (Asap Dia Banyak Sikit Sebab Ada Dua Orang Sekali Jalan) Kembalilah Si Arab Dengan Si Afrika Di Depan Si India Tu.

Si India Tu Tersangat Gumbira. Si Arab Dan Si Afrika Tadi Walaupun Asap Dari Perkembalian Mereka Dah Hilang Tapi Kini Masih Ada Asap Lagi Di Tubuh Mereka Iaitu Asap Dari Api Kemarahan Yang Terpendam.

(Berkumandanglah Lagu Tema : ' Selama Ini, Ku Mencari-Cari Teman Yang Sejati, Buat Menemani Perjuangan Suci, Bersyukur Kini, Teman Yang Dicari Selama Ini, Telah Kutemui .... Nyanyi Sendirilah Brader)

Sekian Sahaja Buat Tatapan Anda Semua.

*** Cerita Ini Adalah Dongeng Semata-Mata. Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Ataupun Yang Telah Meninggal Dunia. Kalau Ada Pun Secara Tidak Sengaja.

Sarapan Pagi Istimewa

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? “Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.

Kantoi

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

kucing yang sama

Najman ditanya gurunya. "Najman.. kenapa karangan kamu yang bertajuk "Kucingku" sama seperti karangan Misha?" "Sebenarnya Misha tu sepupu saya cikgu " jawab Najman ketakutan."Kalau ye pun sepupu tetapi kenapa isi dan jalan ceritanya sama 100%?" "Betullah cikgu.. dah karangan yang saya dan Misha tulis adalah berkenaan kucing yang sama mana boleh isi dan jalan ceritanya berlainan...."

KOMA

Setelah menjalani pembedahan yang serius dan lama, Lina mengalami keadaan koma.
Dengan berbagai cara, para doktor tidak dapat menyedarkan dia kembali.

Ketika Din.. suaminya.. datang ke bilik ICU untuk melawat Lina, isterinya, para doktor memberitahu berita buruk tersebut.

"Kami tidak dapat menyedarkan dia." kata seorang doktor dengan suara lembut dan wajah muram kepada Din.

"Tak pe la Doktor.. biar saya cuba pula..." Jawab Din

Lalu Din menghampiri Lina dan berkata dengan nada sedih...
"Sayang... hari ni genaplah harijadi awak yang ke 55"

"29 laa..." terdengar jawapan yang lemah dari Lina.

biskut

Ada satu cerita .....
Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya darimememarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar. Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai.

Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.

How to put the right person in the right Job?

How to put the right person in the right Job?

Does your Company have a problem in recruiting the right person for the
right Job? If yes, try this simple experiment.

Put around 100 bricks in some particular order in a closed room with an
open window. Then send 2-3 candidates into the room and close it from
outside. Leave them alone and come back after 6 hours, and then analyze
the situation:

If they are counting and recounting the number of bricks - PUT THEM IN
ACCOUNTS DEPT.

If they have messed up the whole place with the bricks - PUT THEM IN
ENGINEERING

If they are arranging the bricks in some other order - PUT THEM IN
PLANNING.

If they are throwing the bricks at each other - PUT THEM IN OPERATIONS.

If they are sleeping - PUT THEM IN SECURITY.

If they have broken the bricks into pieces - PUT THEM IN INFORMATION
TECHNOLOGY.

If they are sitting idle - PUT THEM IN HUMAN RESOURCE DEPT.

If they have thrown the bricks out of the window - PUT THEM IN THE
MATERIALS DEPT.

If they are clinging onto the bricks - PUT THEM IN TREASURY.

If they say they have tried different combinations, yet not a brick has
moved - PUT THEM IN SALES.

If they have already left for the day - PUT THEM IN MARKETING.
If they are staring out of the window - PUT THEM IN STRATEGIC PLANNING

AND last but not least....

If they are talking to each other and not a single brick has been moved -
PUT THEM IN TOP MANAGEMENT.

Pengarang

Seorang pengarang buku terkenal yang sangat sombong...bercadang untuk meninjau bukunya
disebuah kedai buku ternama di ibukota...

Pemilik kedai mendapat khabar yang Pengarang itu akan mengunjungi kedainya terus menghubungi
pekerjanya untuk menyimpan kesemua buku yang dikarang oleh pengarang lain... dan diganti dengan
semua buku yang dikarang oleh si pengarang sombong tersebut.

Tidak lama kemudian si pengarang sombong itu sampai dam terus memasuki kedai buku tersebut.
Dengan langkah angkuh dan dagu diangkat ke atas si pengarang sombong melihat buku-buku yang
di pamerkan di kedai buku tersebut.

Alangkah bangganya dan bertambah sombonglah dia ketika melihat kedai buku itu hanya menjual
buku-buku karangannya.
"Hebat! Hebat!" serunya berkali-kali.

Setelah puas mengelilingi dan melihat-lihat, dia bertemu dengan pemilik kedai buku dan
bertanya dengan nada angkuh:
"Di mana buku-buku dari pengarang lain di kedai buku Anda?"

"Oh," jawab pemilik kedai buku,
"Semuanya sudah habis dijual dengan laris sekali!"

Tip berkesan yang dapat membantu anda menjadi ISTERI SUPER

Artikel di bawah dipetik daripada Bab 7: Menghadapi Cabaran dalam buku Manual Kerja Super Isteri.

Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.


Pengenalan
Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para isteri akan bertemu dengan bermacam-macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang banyak. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi keluhan sehingga menjadikan anak-anak dara merasakan bahawa terus menjadi dara adalah yang terbaik.

Sekiranya, kita menoleh dan merenung sejarah nenek moyang kita dahulu, sepatutnya mereka lebih-lebih lagi mempunyai alasan untuk mengeluh, namun kita dapat saksikan orang-orang lama ini akan bertahan lama dengan pasangan masing-masing.

Mereka tidak mempunyai mesin untuk membasuh pakaian. Mereka perlu mencari kayu api untuk memasak. Ah, banyak lagi alasan yang boleh digunakan untuk menunjukkan ibu-ibu kita pada zaman dahulu mempunyai sejumlah kerja yang berkali ganda untuk dibandingkan dengan tugasan kita ini!

Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan yang selesa di akhirat?

Mungkin ada baiknya jika kita menilik semula tabiat baik yang telah diamalkan oleh ibu-ibu kita dan diaplikasikan mengikut kesesuaian pada masa sekarang.

Sekiranya, ibu-ibu kita berjaya dalam kepayahan maka kita perlu lebih berjaya dengan kemudahan yang kita ada. Buku ini akan menyingkap petua berkesan dan sekatan yang perlu dielakkan dalam menjadi ‘Isteri High Class’.

Antara tip-tip yang berkesan:

1. Kurangkan leteran

Ya, inilah kegemaran golongan para isteri kini. Dengan tekanan yang sangat mendesak di pejabat, ditambah pula keadaan yang sangat mendera di rumah, kita telah menggunakan kaedah berleter bagi melepaskan tekanan.

Sebenarnya, leteran bukanlah menghilangkan tekanan.

Seorang isteri yang berleter sebenarnya sedang memindahkan tekanannya kepada seisi keluarga. Sekiranya ini berlaku, hal ini bermakna seisi keluarga sedang berada dalam keadaan tertekan.

Sekiranya tekanan dipendam, maka ada kemungkinan satu hari kita akan terdengar ledakan bomnya.

Jadi, bukankah baik sekiranya tekanan itu dilepaskan dengan teknik yang lain. Apa kata jika anda menggunakan kaedah berlemah lembut, iaitu dengan berlucu, namun menyengat sanubari sasaran kita.

Di sini disertakan beberapa contoh situasi agar pada masa hadapan, anda boleh berfikir secara kreatif cara menggunakan kata-kata lucu untuk menegur.

i. Suami meletakkan pakaian dan stokinnya di merata-rata tempat setelah menanggalkannya;

“Apa kata kalau sayang tak nak basuh baju abang kalau abang tak letak baik-baik baju abang di tempatnya. Aci tak?”

ii. Hari minggu, suami tidur semula sesudah solat subuh sedangkan rumah penuh dengan aktiviti yang wajib dilakukan;

“Apa kata kalau abah bangun, mandikan anak dan suapkan anak-anak. Tadi umi dah masak. Nanti malam karang, umi mandikan abah selepas umi suap abah. Boleh?”

iii. Suami enggan membersihkan anak yang telah membuang air besar di dalam lampin pakai buang. Mungkin dia geli;

“Takpe kalau papa tak mau basuh tapi cuba papa fikir, kalau mama pergi dulu, papa pula sakit. Tak boleh bangun sendiri. Sapa ya yang nak basuhkan berak papa?”

iv. Anak anda malas membaca buku tetapi gemar menonton televisyen;

“Mana ya adik letakkan buku sekolah adik tadi? Cikgu adik pesan suruh mak bagi kat televisyen tu suruh dia buat kerja sekolah adik.

Satu lagi, adik tak boleh keluar rumah petang ni untuk main di padang sebab adik dah langgar larangan mak jangan tengok TV selagi kerja sekolah adik tak selesai.

Maklumlah, TV kan tak pandai buat kerja sekolah!”

Selain teknik di atas, anda juga perlu masa yang sesuai untuk bersendirian dengan orang yang anda ingin leteri. Masa ini, berbicaralah dari hati ke hati supaya dia memahami perkara yang anda katakan adalah untuk kebaikan dirinya juga.

Insya-Allah mereka akan faham jika anda menyampaikan rasa hati anda dengan tepat.

Sekiranya mereka telah membantu anda, janganlah mengharapkan sesuatu yang maksimum daripada mereka.

Hal ini juga menyebabkan mereka bosan untuk membantu lagi kerana buat salah, tinggalkan pun salah. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan sahaja tugasan itu.

Bukankah ini lebih merugikan. Sekiranya kerja mereka tidak serapi mana sekalipun, ucapkanlah terima kasih dan hal ini akan membangkitkan rasa suka mereka untuk membantu anda pada masa lain.

Enam langkah mencegah serangan jantung

Ada enam langkah untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat :
1. Berhenti merokok (jangan cuba, tetapi berhenti terus).

Biasanya rokok dikaitkan dengan kanser, terutama paru-paru. Bagaimana ia boleh menyebabkan serangan jantung pula? Menurut Perunding Kardiologi, Dr Lee Chiang Heng, lebih 4,300 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok akan merosakkan sel badan yang penyebab kanser.

Pada masa sama, asap rokok ini merosakkan sel pada lapisan dalam (dinding) salur darah. Pada bahagian yang rosak inilah kolesterol akan melekat dan berkumpul. Lama kelamaan, penimbunan kolesterol ini menyempitkan arteri (salur darah) dan menyekat aliran darah.

Jantung adalah otot hidup dan memerlukan oksigen daripada darah. Bahagian yang tidak menerima darah akan mati dan ia boleh menyebabkan serangan jantung. Mungkin ada perokok menganggap masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka kerana berasakan diri sentiasa sihat.

2. Amalkan pemakanan sihat.

“Kita sepatutnya makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Usus manusia yang panjang lebih sesuai untuk diisi dengan serat. Serat bertindak sebagai pelincir untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan.

Perubahan corak pemakanan ke arah pengambilan lebih banyak daging dan lemak menyebabkan paras kolesterol meningkat yang boleh merangsang penyakit jantung.

3. Bersenam.

Senaman aerobik iaitu pergerakan sama yang berulang (seperti berjalan, joging, berbasikal dan berenang) selama 20 hingga 30 minit sehari perlu dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4. Belajar mengendalikan tekanan.

TEKANAN sudah jadi satu perkara lumrah dalam hidup kita. Malah ada yang menyifatkan tanpa tekanan hidup akan jadi bosan kerana tiada cabaran. Sememangnya setiap perkara itu ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilainya.

Bagi individu yang optimistik tekanan tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya cabaran atau peluang untuk meningkatkan keupayaan dan mencapai kejayaan. Namun tidak semua orang mampu melihat tekanan sebagai perkara positif. Ia lebih dianggap satu masalah.

Bahkan ramai juga yang tidak sedar mereka sebenarnya berada dalam keadaan tertekan sehinggalah badan mula menunjukkan simptom seperti selalu resah, sedih, cepat panik, tidak selesa, emosi tidak stabil, sakit perut, pening kepala, sesak dada, alahan, sukar tidur atau merokok lebih banyak.

5. Sentiasa berfikiran positif dan mempunyai motivasi.

Sikap mempunyai tiga elemen penting: Pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah kecemerlangan. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bertindak secara positif.

6. Jalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

Untuk mengelakkan penyakit jantung juga mudah iaitu dengan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan, terutama bagi individu berumur 35 tahun ke atas (lelaki) dan 40 (wanita) jika tiada sejarah keluarga mendapat sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti

Daerah yang subur

Sumber: majalah Haluan


“Hari akhir tidak akan dtg kpd kita sehingga dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dgn sg2”. (Riwayat Muslim)

Pd akhir-akhir ini, hujan salji kerap turun di Jazirah Arab, tanah gurun pasir yg terkenal panas membahang. Namun, kejadian ini cuba disembunyikan drpd pengetahuan dunia amnya. Peristiwa ini berlaku di daerah Tabuk kira-kira 1500 km dr Riyadh, ibu negara Arab Saudi. Ketebalan salji sehingga 20 cm menybbkan suhu di Yordania tlh mencapai tahap beku – 0 darjah celcius.

Begitulah kehendak Ilahi yg menurunkan salji di Dataran Arab sbg salah satu tanda hampirnya hari Kiamat. Kenyataan ini dilaporkan oleh televisyen Arab Saudi dan disiarkan semula dlm rancangan Nuansa Pagi di televisyen Indonesia pd hari Selasa, 15 Januari lalu. Laporan berita itu menyatakan bhw pd hari Ahad, 13 Januari 2002, turunnya salji di Arab Saudi yg terkenal sbg tanah padang pasir panas dan ini disifatkan sbg suatu fenomena alam yg luar biasa. Bukan sedikit salji yg turun, sehingga boleh diibaratkan menyamai jumlah yg pernah turun di negara2 Eropah.

Apakah mesej atau isyarat di sebalik kejadian alam ini? Bagi umat Islam yg faham dan yakin dgn ajaran Islam fenomena salji ini bukan suatu yg aneh, krn Nabi Muhammad SAW tlh pun menerangkannya 1400 thn yg lalu. Ktk ditanya oleh para shbt mengenai bila terjadinya kiamat, Rasulullah SAW menjawab bhw pengetahuan mengenai dtgnya kiamat hanya Allah SWT yg tahu.

Namun begitu, Allah SWT tlh memberitahu tanda-tandanya kpd Rasulullah SAW, spt yg baginda sabdakan, “Hari akhir tidak akan dtg kpd kita sehingga dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dgn sg2”. (Riwayat Muslim).

Sabda baginda SAW ini menerangkan kpd kita mengenai tanda dtgnya Hari Kiamat. Sejarah jazirah Arab yg pernah menjadi padang rumput yg subur dan dipenuhi dgn sg2 dan dataran Arab ini sekali lagi akan menjadi padang rumput dan dipenuhi air sg.

Beberapa hari sblm turunnya salji di Arab Saudi, para ilmuan dr Universiti King Abdul Aziz ,Arab Saudi bersama-sama ilmuan barat tlh meneliti secara ilmiah tntg semua fenomena alam yg diterangkan di dlm AlQuran dan AlHadis. Kajian ini turut disertai oleh seorang orientalis, Profesor Alfred Korner, seorang ahli kaji bumi, Universiti Johannes Gutenburg, Mainz, Jerman.

Prof. Korner tlh diajukan pelbagai soalan oleh para ilmuan King Abdul Aziz. Ktk ditanya bagaimana Nabi Muhammad SAW boleh mengetahui sejarah jazirah Arab merupakan padang rumput yg subur dan dipenuhi oleh air sg, beliau menuduh bhw Nabi Muhammad SAW mengetahuinya dr kitab-kitab lama spt Zabur, Taurat, dan Injil yg sering menceritakan dataran Arab merupakan padang rumput yg subur, cerita para pengembala, cerita kebun anggur dan cerita pemilik kebun yg subur.

Katanya lagi, Nabi Muhammad SAW juga mendptkannya dr para ilmuan Rom ktk itu. Mendengar tuduhan Prof. Korner, para ilmuan King Abdul Aziz bertanya lagi bagaimana keadaan dataran Arab yg subur kala itu dpt dibuktikan secara ilmiah pd masa Nabi SAW hidup, 1400 thn yg lalu? Prof. Korner menjawab ketiadaan sains dan teknologi tidak memungkinkan pembuktian pd zaman itu.

Benarkah kejadian itu terjadi dan dpt dibuktikan secara ilmiah dgn teknologi canggih dewasa ini? Prof. Korner berkata ia dpt dibuktikan secara ilmiah, di mana dataran Arab ktk itu dipenuhi sg dan kebun-kebun yg subur. Prof. Korner menjelaskan lagi bhw ktk Era Salji ( Snow Age), kemudian ketulan ais di Kutub Utara bergerak perlahan ke Selatan hingga menghampiri Semenanjung Arab. Lalu iklim di dataran Arab ktk itu berubah menjadi sebuah daerah yg paling subur. Baliau menegaskan bhw kejadian ini adalah fakta sains yg tidak oleh dibantah.

Selanjutnya beliau ditanya mengenai kemampuan Nabi SAW megetahui bhw dataran Arab sekali lagi akan menjadi daerah yg subursbg tanda Kiamat, sdgkan penjelasan itu dibuat oleh baginda 1400 thn yg lalu? Malah, perkembangan teknologi ktk itu tidak mungkin membolehkan manusia mengetahui hal berkenaan. Lagipun, maklumat ini juga tidak ada diterangkan di dlm kitab-kitab terdahulu atau menerusi penelitian para ilmuan Rom?

Prof. Korner menjawab dgn malu-malu, bhw Nabi Muhammad SAW dpt mengetahui maklumat itu dgn pasti dr sumber yg benar-banar arif mengenai alam ini. Sebenarnya, Prof. Korner cuba mengelak drpd mengatakan secara terus terang bhw maklumat itu dtg dr Allah SWT – yg Maha Mengetahui tntg kejadian alam ini. Dialah Pencipta dan Pengatur alam ini.

Kemudian beliau ditanya lagi mengenai sabda Nabi SAW 1400 thn yg lalu, bhw sekali lagi dataran Arab akan menjadi daerah yg dipenuhi sg dan kebun-kebun yg menghijau benar-benar akan terjadi?

Prof. Korner menjawab dgn tegas bhw ia akan terjadi dan proses itu kini sdg berlaku. “Sebenarnya Era Salji Baru ( New Snow Age) tlh bermula dan sekarang ini salji di Kutub Utara sdg bergeser atau bergerak perlahan ke Selatan mendekati Semenanjung Arab,” kata Prof. Korner.

Menurut beliau, kejadian ini dpt dibuktikan dgn fakta sains berdasarkan tanda-tanda yg dilihat secara jelas berikutan angin salji yg melanda bahagian utara Eropah dan Amerika setiap musim salji. Kini, terbukti bhw salji tlh beberapa kali turun di dataran Arab sebagaimana diberitakan oleh TV Arab Saudi.

Kejadian di atas adalah salah satu bukti yg tlh dijanjikan oleh Allah SWT menerusi firmanNya, “ AlQuran ini tidak lain hanyalah peringatan bg semesta alam dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita AlQuran setlh beberapa waktu lagi.” (Shad: 87-88 ).

Oleh itu, peristiwa yg baru-baru ini terjadi sepatutnya meningkatkan lagi keimanan kita terhadap Allah SWT. Kebenaran sabda Nabi SAW kian terbukti menandakan Kiamat sudah hampir. Malah, sudah bnyk kebenaran mengenai kejadian alam yg diterangkan oleh AlQuran dan AlHadis sejak 1400 thn silam kini dpt dibuktikan secara ilmiah menerusi sains dan teknologi. Antara lain misalnya kejadian manusia, tntg tatasuria, kejadian gunung-ganang, laut dan kewujudan mata air tawar di dasar laut,saraf manusia dan bnyk lagi keajaiban lain ditemui.

Justeru itu, mesti diyakini bhw AlQuran adalah mukjizat terbesar Allah SWT kpd Nabi Muhammad SAW berbanding mukjizat Nabi-nabi Allah yg lain. Mukjizat juga adalah bukti utk menjelaskan kebenaran Nabi dan Utusan Allah dan ia tlh disesuaikan dgn tahap berfikir umat Nabi2 berkenaan. Mukjizat nabi2 terdahulu hanya boleh disaksikan pd hayat mereka shj, dan tidak dpt dibuktikan lagi pd masa sekarang, kec mengetahuinya menerusi AlQuran.

Ini krn, Nabi2 terdahulu diutus oleh Allah hanya utk msyktnya shj, ttp Nabi Muhammad SAW diutus utk semua manusia hingga akhir zaman. Mukjizatnya yg terbesar iaitu AlQuran boleh dibuktikan oleh sesiapa shj, bila2 masa dan di mana shj, ttp dgn syarat manusia mahu mempelajari, mengkaji dan menelitinya dgn betul.

Jalin semula ikatan sahabat

Sumber: Kosmo

BULAN Syawal bakal menjelma tiba kurang beberapa hari lagi. Bagi meraikan hari paling ditunggu-tunggu umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, marilah kita bersama-sama menyusun jari, memohon maaf di atas segala kekesalan dan keterlanjuran yang terbuku di hati.

Pepatah Melayu, buang yang keruh dan ambil yang jernih, sememangnya membawa maksud yang begitu mendalam tentang sebuah perhubungan yang sekian lama terpisah, angkara kurangnya persefahaman mahu pun terlanjur kata-kata.

Tidak dinafikan, seseorang yang bergelar sahabat adalah insan paling dihargai dan dihormati dalam sesebuah perhubungan. Merekalah tempat mencurahkan perasaan, berkongsi pendapat, menyimpan rahsia, misi dan kegusaran.

Tetapi sayangnya, kesibukan bekerja, perbezaan dua hati dan bebanan yang ditanggung selama ini antara punca tercetusnya pertelingkahan.

Namun, di sebalik keegoan diri, kamu dengan tiba-tiba mengingati kembali saat manis ketika bersamanya.

Perasaan ingin tahu di mana dia berada, adakah dia masih mengingati kamu lagi, pernahkah terlintas di hatinya untuk bertemu dengan mu semula, mula bermain di kotak fikiran. Lebih-lebih lagi kala saat Syawal menjelang tiba.

Terdapat pelbagai cara yang perlu dititikberatkan sebelum kamu menghubunginya semula. Intim minggu ini berkongsi tip bagi mengeratkan semula hubungan persahabatan yang sudah lama terpisah. Selamat mencuba.

*** Imbas memori lama

PEMBERIAN buah tangan berupa hamper sememangnya dijadikan elemen penyatu sebuah perhubungan.

Sesekali terkenangkan memori indah bersamanya, ia begitu mengusik jiwa sehingga tidak dapat menahan linangan air mata. Jalan terbaik, kamu seharusnya mengimbas kembali detik indah dengan membuka semula album lama mahu pun kiriman mesej terakhir daripadanya.

Langkah sedemikian amat berkesan bagi menggamit semula perasaan rindu kamu terhadapnya, sekali gus hadir perasaan ingin bertemu dengannya.

*** Utus kad raya atau SMS

Teknologi canggih hari ini mampu mengubah segala medium komunikasi manusia yang tiada batasan. Tidak kira menerusi kiriman kad raya mahu pun penghantaran melalui Sistem Pesanan Khidmat Ringkas (SMS), kamu berpeluang merapatkan kembali hubungan yang terputus.

*** Khabar menerusi telefon

Buat pertama kalinya, jika kamu malu untuk bersemuka, kamu mempunyai pilihan kedua dengan menghubunginya menerusi talian telefon.

Pada awal perbicaraan, elak bercerita atau membangkitkan perkara atau punca berlakunya pergaduhan antara kamu berdua. Sikap sebegitu sememangnya boleh menghilangkan mood sahabat kamu tadi. Sebaliknya, dahulukan perbualan dengan pengenalan diri sebelum menjelaskan tujuan menghubunginya.

*** Bingkisan pengganti diri

Tiada kata yang lebih indah selain dikarang sendiri oleh pengirimnya. Sebagai pengganti dirimu, pemberian buah tangan berupa hamper dapat menyatukan hubungan yang sudah lama terpisah. Ia bukan sahaja kelihatan cantik tetapi memberi makna yang mendalam terhadap sebuah perhubungan.

Pemberian hadiah berupa cenderamata Aidilfitri akan dikenang sahabat setiap kali menjelangnya Hari Raya.

*** Buang sikap ego

Bukan mudah untuk kita merapatkan semula persahabatan yang sudah lama terpisah kerana perselisihan faham. Pelbagai perkara bermain di fikiran.

Jadi, kamu perlulah memikirkan jalan terbaik bagaimana membuatkan diri kamu berasa persahabatan itu layak dihidupkan kembali.

Justeru, ubahlah sikap ego kamu selama ini agar disenangi semua rakan-rakan di sekeliling.

*** Lahir rasa sayang

Tanpa kasih sayang dan bantuan daripada insan bergelar sahabat, gelaplah dunia persahabatan dalam kehidupan seseorang. Namun, diri sendirilah yang bertanggungjawab mengembalikan semula dunia persahabatan itu dengan melahirkan rasa sayang yang tiada titik noktahnya.

*** Buat kejutan

Bagi menutup perasaan bersalah atau membangkitkan rasa percaya terhadap dirinya, ciptakan satu kejutan tanpa dia sedari. Contohnya, pada petang terakhir Ramadan, luangkan sedikit masa mengunjungi kediamannya, semata-mata untuk membuat kejutan istimewa. Sekali gus bertanya tentang persiapan akhir menjelang Syawal.

Yang pasti, buangkan rasa malu dan takut, kerana semua perkara lepas akan berakhir dengan kata-kata, "Awaklah sahabat saya dunia akhirat".

Ganjaran besar puasa 6

Sumber: Harian Metro

BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...