Saturday, September 4, 2010

Mengapa WANITA sangat Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….” Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap… susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…

memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…

sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle… baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsema…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok
settle…

ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….” ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…” masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu… adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni… nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…

bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2… masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap… selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…

ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams… aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…

pg kul 9.30 ade meeting.. ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…

papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA
BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu… hehehe

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka…well, women understand women better… foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

Sengeh2

Amir
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Orang gila
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

RM1.20
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

Razi
Pada malam itu, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas habis meminum arak di pub. Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur...dia pun terus menarik selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6. Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, "Eh sayang, ada 6 kaki kat katil kita nie".
Hana menjawab dalam nada mengantuk, " Abang, lebih baik abang tidur saja, lagipun abang kan mabuk, mana mungkin 6 kaki, 4 kaki je laa".
Si Razi pun baring untuk tidur selepas bininya berkata demikian. Tapi dia tidak dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula. 1, 2, 3, 4, 5, 6....sekali lagi dia mengejutkan bininya dan berkata, " Sayang, betul lah ada 6 kaki kat katil kita nie".
Hana yg bengang akan perangai Razi itu pun menjawab, " Apa laa abang nie, sayang nak tidur pun susah laa. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari katil nie. Pastu cuba kira balik".
Jadi, Razi pun bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katilnya sambil mengira, 1, 2, 3, 4. Kemudian dia berkata, " A'ah laa sayang, betul cakap sayang tadi...cuma ada 4 kaki saja".

[FAKTA] Awal..pertengahan..dan Penghujung

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

……………………………………………………………………………………………………………………………………..
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

tips semasa membeli tayar kereta

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual taayr degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahgian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...