Tuesday, August 31, 2010

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

4.00 pagi Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.

Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.

Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur – Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA.

Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.

Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.

Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih.

Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.

Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan.

Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn
berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.

( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Buat Renungan Kepada Semua..

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: “Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid”, “Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur’an dan mencari kebenaran”, “Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad”, “Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh.”

“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah”.

“Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis. “Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!”.

“Bagaimana kami melakukannya?” tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin.

Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka,”

Jawab sang iblis “Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA “.”Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 – 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong.”

“Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.”

“Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja”. “Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah.”

“Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan”.

“Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari.

Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini.”

“Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya”

“Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid”. “Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari”.

“Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan”. “Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

“Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa

PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka”

“Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala”. “Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar”. “Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga”

“Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat.” “Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta.

Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan”

“Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK .” “Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

“Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah.” “Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah).”

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL.” “RENCANA YANG BAGUS .” Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA”. “Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta.”

“Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya”.

Sekarang pertanyaan saya adalah, “APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???”

“ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!”

Ratna & Pemandu Teksi

Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. .

Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya…

“Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??”

Feddy tersenyum malu dan berkata…

” Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya… saya sangat ingin mencium seorang Nurse…”

“Oh begitu!! tak der masalah… encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik… tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single” kata Nurse…

Feddy gembira dan berkata…

“iya…iya, saya masih single”.

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi… Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit… kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata…

“Maafkan saya cik… saya merasa bersalah… sebenarnya saya sudah berkahwin”.

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata…

“Sudahlah encik… tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah.

Saya juga bukanlah seorang Nurse… saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam”

WHAHAHAHa… ..

Tabiat 7′C’ Buat Suami Cari Lain

7 ‘C’ sebab Suami Benci Isteri (dari Dr Fadillah Kamsah ). Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri …

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata …

C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua …

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje … Ade isteri kata – mekap untuk suami, … tapi kat rumah tak mekap pun …

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan … sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 …

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai … Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak … anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya … Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu …

2 Tabiat Perempuan Yang Bawa Ke Neraka

from email

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian?

Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah.

Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf

Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.

Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.

Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.

Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.

Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.”

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah,

Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.

Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW”

TIDUR YANG MELEMAHKAN AKAL

from email

1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi.

2) Tidur selepas Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.

4) Tidur yang terlalu banyak.

Orang alim amat tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.

Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja

Jangan ....

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya?

Jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan anda sahaja membaca blog nie. Pelawalah semua saudara islam yang anda kenal melawat ke blog ini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...