Thursday, July 15, 2010

rahsia wanita...!!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia
tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam
hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan
lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan
lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan
dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku  cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan
rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan
ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

"Perempuan suka dan tak suka

"Perempuan suka :

- lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym
- pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
- bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5
- ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
- ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
- pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.
- pandai buat lawak expecially dpn pompuan
- tau jalan2 dekat US ni – boleh lead bila pegi travel
- pandai programming – bleh buat website lawa2
- walaupon rock tapi alim2 sket – bleh lead solat jemaah
- berambut pendek dan kemas
- tak terlalu clean shaved – tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot
- wangi – pandai pilih perfume
- hadiahkan bunga – even sekuntum rose je
- selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
- ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best2
- pandai amik ati mak and abah awek
- sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam
- bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”
- bila cakap dlm phone, let women do the talking – lepas tu kasi komen


Perempuan tak suka :

- lelaki yang lemah – kurus, tak workout
- tak terer bersukan – petang2 tak kuar main, dok umah je
- study asyik kantoi – dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0
- malas cari kerja – harap duit sholar je
- takde keta – pegi memane tumpang keta orang atau naik bas
- tak minat muzik langsung – tak leh sembang pasal rock bands
- takde sense of humor – org buat lawak die blur je
- takde life – tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling
- tak celik IT – buat website guna frontpage pon kantoi
- asyik enjoy siang malam – tak ingat mati
- rambut serabai – panjang dan tak terurus
- kuat sangat isap rokok – sekali-sekala takpe la kot
- badan berbau – malas mandi
- tak romantic – bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga
- jarang hadiahkan teddy bear -
- wish happy birthday seminggu lewat – kuat lupa
- dah bertahun couple – tak pernah jumpa parents awek
- bagi alasan bila diajak pegi shopping
- asyik jawab “tak kisah” bila orang tanya pendapat dia
- bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2"

Fakta Pelik Tapi Benar

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...