Sunday, July 4, 2010

Lagenda Gunung Reng

Gunung Reng yang tersergam indah di pinggir jalan Lebuh Raya Timur Barat di Kampung Batu Melintang, Jeli, mempunyai banyak catatan sejarah selain daripada pusat pelancongan yang unik dan sebelum ini pernah dikunjungi beberapa pengkaji sejarah serta pelancong.Gunung yang unik itu dipercayai ada kaitan dengan legenda Puteri Sa'adong serta khazanah yang ada di dalamnya masih menjadi rahsia sehingga ke hari ini.Legendanya juga masih belum terungkap secara jelas dan hanya menjadi misteri serta tanda tanya kepada masyarakat hari ini tentang kewujudannya dengan keunikan struktur batu-batannya. Sebagaimana gua-gua yang terdapat di gunung-gunung lain yang ditemui dan diterokai oleh penggemar dan pencinta alam, Gunung Reng juga mempunyai keistimewaan tersendiri.


Menurut papan catatan sejarahnya yang terletak di pintu masuk ke kawasan gunung itu, tapak asal gunung berkenaan dikenali sebagai Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadeh dari keturunan Pulang Hari, Jawa. Mengikut catatan itu, gunung itu wujud adalah ekoran kifarat Tuhan terhadap makhluknya yang telah melanggar tatasusila masyarakat waktu itu kerana mahu kelainan dalam pesta atau bahasa tempatan dipanggil 'bergalak'. Ketua Kampung Tala pada masa itu dikatakan ingin mengadakan temasya secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dengan pelbagai permainan hingga ke acara penutupnya Ekoran itu permainan yang tidak pernah diadakan sebelum itu ialah melagakan kucing dengan anjing di atas bumbung rumah sebagai menyambut kemuncak perayaan tersebut. Acara itu dikatakan telah diadakan di waktu Zuhur dan telah mendapat sambutan dari masyarakat yang tidak pernah melihat acara ganjil yang dipersembahkan itu.

Menurut ceritanya lagi, disaat orang ramai bersorak-sorai, dengan tiba-tiba berlaku ribut taufan yang dahsyat diikuti hujan lebat. Di waktu kelam-kabut itu dikatakan tiba-tiba seorang perempuan tua dan cucunya berlari balik ke kampung mereka dikenali dengan 'Kampung Gantang' berhampiran Kampung Tala untuk mengangkat padi jemuran. Selesai memunggah padi yang dijemur dan keadaan hujan semakin reda, perempuan tua bersama cucunya itu telah pergi semula ke Kampung Tala, tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat kampung itu telah dihempap batu besar atau gunung yang melenyapkan sama sekali kampung itu. Menurut catatannya lagi, perempuan tua dan cucunya inilah yang menjadi pencerita kepada generasi-generasi sehingga sekarang mengenai sejarah kemunculan 'Gunung Reng' itu.

Gunung yang menghempap Kampung Tala itu dikatakan berasal dari Ulu Sungai Reng yang terletak di negeri Perak dan jaraknya kira-kira tiga malam perjalanan di sempadan Kelantan dan Peka untuk sampai ke Kampung Tala. Bukti yang paling jelas ialah tempat asal gunung ini telah menjadi kolam dan sehingga sekarang dikatakan tapak kolam yang terdapat di Hulu Sungai Reng seperti berbentuk Gunung Reng yang terdapat di Kelantan.

Gunung berkenaan juga dikatakan menjadi tempat tinggal Puteri Sa'adong untuk seketika setelah berpindah dari Bukit Marak di Pasir Puteh. Kerana itulah juga Gunung Reng mempunyai gua-gua dalam pelbagai bentuk seperti tempat hulubalang, tempat bermain makyung, serta bilik-bilik seperti Gua Badak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Bedak. Melalui Gua Payung itulah dikatakan ia menjadi pintu masuk lereng gua-gua berkenaan. Bagaimanapun, mengikut catatan sejarahnya Puteri Sa'adong tidak tinggal lama di Gua Reng disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk kampung yang meminjam barang-barangnya seperti pinggan mangkuk tetapi tidak menghantar pulang. Ekoran daripada itulah dikatakan Puteri Sa'adong telah merajuk dan lari menyembunyikan diri di Gua Ayam di Gua Musang dan barang-barang atau khazanah yang tersimpan di gua tersebut turut menjadi batu, termasuk seekor gajah.

kata-kata lelaki yang tak boleh dipercayai

Nie ada beberapa kata-kata lelaki yang x berapa boleh dipercayai jika tidak disertakan dengan bukti2 pembelian

1. "i syg sgt pada u... i tak der p'puan lain selain u..."
<--- padahal awek keliling pinggang, nama i berada pada page 40 dalam buku senarai awek die


2. " i luv u the way u are.. x kisah la u kurus @ gemok.. "
<---- bile awek da gemok trus kena dump, stok ader lagi..

3. "Sumpahhhhhh!!!!!! I Tak kawin lagi"
<-----padahal anak dah sama bnyk mcm tangga batu caves daaaa.......

4. "Eh, mana ade.. i kat rumah nie.. penat sgt la.. nak berehat..."
<-----padahal dier ade je lepak2 makan kat luar....

5. "i susah nak suka kat perempuan..."
<----tau tau esok dh tunang... ape kes...

6. "muka u sama mcm ex awek i dulu"
<----padahal awek dia dulu hidun penyek, i takk heheh
7. "dulu, awek i tinggal i camtu je... rupa2nya dia ada org lain..... lama jugak i single... susah nak percaya pompuan, then i jumpe u..."
<----aii awek tinggal die ker, dia yang tinggal awek tu...

8. "eh.. i tak bole cakap dgn u lama2 nie, mak i ade sebelah... "
<---mak ka bini ka awek ka???

9. "u lah kekasih i yg pertame dan terakhir.."
<---padahal i nie awek keberapa die tah...

10. "apa pun yg terjadi kita mesti pertahankan hbgn kita.."
<--- last2 die yang mintak putus.....
11. awek : "kalo ex u dtg balik, u terima tak dia?"
      pakwe : "Mustahil"
<--- padahal tu yang dia tunggu2
12. "kalau u xpecaya amik kapak belahlah dada ini..."
<---padahal jari luka pun pengsan, nie nak suruh belah dada, pigi daaa
13. Kat dalam forum mulut berbuih2 cakap tak nak yg Cantik

<---kat luar...bukan main lagi berpusu2 nak usha pompuan cantik..

14. Kat dalam forum mulut berbuih2 cakap...gemok tuh ok...nak yg gemok..chubby

<---kat luar....bukan main lagi nak usha yg perut slim..

15. Kat lam telefon bukan main lagi berbuih2 ngan janji2 manis...tak peduli tengok rupa
<---bila jumpa in real life tengok rupa gemok...lari lintang pukang.


Namun rialitinya semua laki semua jujur dan suci..
suci murni tiada  kesan kotoran degil....
 laki kalau bohong pun adalah utk kebaikan pmpuan...hehhe

rokok

My Dear.....


awk kenal rokok tu mmg lagi lama dari saya....dier tak penah sakitkan awk skrg...tapi sok-sok rokok tu bole bagi awk kanser.....

dia mmg selalu teman awk..sebab awk selalu tak lupa nak bawak dier....tapi saya ni awk tinggal-tinggalkan...

tapi kalo awk mati sok...saper nak temankan saya...???....kalo saya ingat..kang bila awk mati..saya masuk kan sekali rokok tu dua tiga kotak...kat dalam...takut awk kempunan lak.....

rokok tu mmg boleh bagi nikmat zahir sementara kat awk....tapi saya pulak boleh bagi kasih sayang dan kebahagiaan zahir dan batin untuk awk...

tapi...mampu ke awk bagi kebahagiaan zahir dan batin kepada saya???

IT joke

A woman writes to the IT Technical support Guy

Dear Tech Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and I noticed a distinct slowdown in the overall system performance, particularly in the flower and jewellery applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as
Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as! NEWS 5.0, MONEY 3.0 and CRICKET 4.1.

Conversation 8.0 no longer runs, and Housecleaning 2.6 simply crashes the system..

Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,


Reply




DEAR Madam,

First, keep ! in mind, Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1...0 is an operating system.

Please enter command: ithoughtyoulovedme. vbs and try to download Tears 6.2 and do not forget to install the Guilt 3.0 update.
If that application works as designed, Husband1.0should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5..

However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Silence 2.5 or Beer 6.1.
Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta.

Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)

In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. These are unsupported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly.
You might consider buying additional software to improve memory and performance.
We recommend! : Cooking 3..0 and Good Looks 7.7.

Good Luck Madam!

Ayah

Izwan diperintahkan ayahnya pergi masuk ke dalam bilik untuk tidur kerana hari sudah larut malam.Lima minit kemudian
Izwan berteriak:"Ayaaaaahh!!"
Ayah:"ada apa?"
Izwan:"Iwan haus la ayah.tolong bawakan air boleh x"
Ayah:pergilah ambil sendiri,ayah tengah baca srt khabar"

Lima minit kemudian

Izwan:"Ayaaahh!!
Ayah:ada apa lagi!!!"
Izwan:"Iwan haus.tolonglah bawakan air"
Ayah:"kan ayah dah cakap pergi ambil sendiri!kalau Iwan menjerit lg panggil ayah untuk bawakan air,ayah dtg dan pukul Iwan nnti!!"

Lima minit kemudian.

Izwan:"Ayaaaahhh!!"
Ayah:"APA!!!"
Izwan:"kalau ayah datang nk pukul Iwan ayah bawakkan air sekali ya.."
Ayah:!@##$%#$

layannnnnnnnnnnnnn

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai

anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... ..............

menantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa
mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil
memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya
dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil
pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua
yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa
mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai
isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak
mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa
mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat
juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau
jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

Kisah Seram Kaki Pancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,
kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing
kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar
rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui
kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu
lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan,
siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang
dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang,
jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis
sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir,
karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat
Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi
jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada
orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb
waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang
ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg
gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala &
tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal
ker,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia
ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia
nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb
suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan
dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2
kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa- rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang
tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang,
patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2
kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis
sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing
balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...