Wednesday, June 30, 2010

Tapai ubi mampu cegah kanser

klik pada imej untuk baca

Sumber Berita : Berita Harian, 2005-01-12

Memakan daging saudaramu

Ramai orang suka bercakap dan mendengar cakap orang (dan terus percaya tanpa memberi peluang kepada otak untuk berfikir sejenak). Adakalanya cakap-cakap itu lebih cenderung pada mengumpat. Apatah lagi jika ianya bertebaran menjadi khabar angin dan seterusnya menjadi fitnah.

Untuk melunakkan lagi cerita, ianya akan ditokoh tambah seperti cerita penglipur lara yang diperkembangkan dari mulut ke mulut. Tanpa siasatan dan tiada bukti tentang kesahihan, maka dengar cakap tersebar luas. Di penghujung cerita baru kita tahu bahawa cakap-cakap itu hanya berupa fitnah (malangnya kita tidak tahu, bilakah penghujung cerita itu) Itupun jika ada penghujungnya.

Mudah sekali kita mencipta dosa daripada perbuatan mengumpat dan memfitnah.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan dan keaiban orang), dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

Ramai yang tahu hukum, malangnya ramai juga yang tidak cakna tentang hukum, menyebabkan ramai yang tergelincir. Mereka (tanpa disedari) turut sama menyebar fitnah. Menurut kamus Dewan, fitnah bermaksud tuduhan (khabar. kisah dll) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau mengaibkan seseorang.

Fitnah telah berlaku sejak zaman berzaman. Di zaman Nabi Yusuf, seorang wanita bernama Zulaikha (yang mahu menutup perbuatannya), telah membuat fitnah dengan mempengaruhi perempuan-perempuan lain dan memburukkan nama Nabi Yusuf yang tidak berdosa. Dia ingin membuat cerita bahawa Nabi Yusuf lebih jahat darinya dan dalam masa yang sama, masyarakat akan melupakan kesalahan yang dia (Zulaikha) lakukan.

Ustaz yang mengajar agama di masjid selalu mengingatkan bahawa, memfitnah hukumnya lebih berat daripada membunuh orang. Perlu diingat, jika membunuh, hanya individu (pembunuh) tersebut sahaja yang patut dihukum tetapi memfitnah melibatkan orang lain yang lebih ramai jumlahnya. Malah dosa memfitnah merupakan antara dosa yang paling sukar terhapus. Selagi orang yang kita fitnah tidak memaafkannya, maka dosa itu akan tetap kekal. Bagaimanakah jika orang yang kita fitnah itu 'pergi' dulu sebelum kita?

Mereka (penyebar fitnah) mesti mempunyai alasan tersendiri. Malangnya kita (rakyat bawahan) sering kecundang untuk hendak membuat pertimbangan. Kadang kala kita tidak boleh membezakan yang mana satu benar dan yang mana satu fitnah. Lantas perkara benar dan batil bercampur gaul.

Internet merupakan tempat yang paling mudah, paling berkesan dan paling banyak orang menabur fitnah (kerana kita tidak tahu status kebenarannya).

Yang menariknya, ramai yang memperkatakan tentang sesuatu isu (cerita), mendengarnya dari pihak lain (juga tanpa bukti - hanya sekadar teori yang agak meyakinkan) kemudian dengan sewenang-wenangnya membuat satu cerita, dengan gubahan ayat yang tersusun indah, untuk meyakinkan pihak lain bahawa tuduhan mereka itu adalah tuduhan yang benar.

SUMBER:http://anak2merdeka.blogspot.com


Sayidina Ali ra pula menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.


Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

SUMBER:http://blogs.iium.edu.my/norasita

SYAK WASANGKA !!

Seseorang yang bersifat dengan sifat ini sentiasa mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya syak wasangka adalah prasangka bahawa semua orang kecuali dirinya adalah buruk dan membuatkan rasa ketidakpuasan hati mereka, menjadikan mereka berbuat keburukan dalam kerjanya dan dia tidak membuat pertimbangan lain.Dia tidak mengambil penyiasatan itu penting. Rasa ingin tahu adalah gantian bagi tabiat syak wasangka. Permulaannya, seseorang itu menyangka orang tertentu adalah jahat dan seterusnya mula membuat pertanyaan mengenai diri orang itu untuk memastikan ketetapan.
Firman Allah dalam surah al Hujurat ayat 12 yang bermaksud”Jauhilah kebanyakan dari pasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang”Menurut hadis, Nabi bersabda, ”Waspadalah, jangan membiasakan salah anggap kepada orang lain. Ini adalah sifat penipuan yang paling buruk”. Hazrat ’Abdullah ibnu Mas’ud r.a. mengatakan bahawa, ”Kami telah dilarang turut campur dalam mengintai rahsia orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara kebetulan, kami akan menerima ganjaran yang sama”. Hazrat Muawwiyah mengaitkan bahawa Nabi telah bersabda bahawa , ”Jika anda membuka rahsia seseorang Muslim yang hidup, anda adalah d dalam menghancurkannya.”(*muhasabah buat diri yang penuh kudus ini juga..)

rujukan:-
Diambil dari :http://www.shahrin-azam.blogspot.com/

Kisah Azab Seksa Bagi Pengumpat

ABU HURAIRAH R.A. meriwayatkan,katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: ''Tahukah kamu apakah ghibah(mengumpat)?''. Jawab sahabatnya,Allah dan RasulNya lebih mengetahui.Maka Nabi S.A.W. pun menghuraikan bahawa ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain,maka itu bererti ghibah padanya.


Sahabat bertanya kembali: ''Bagaimana kalau saudaranya betul begitu?:.Jawab Rasulullah S.A.W.: ''jika yang engkau sebut itu betul dan benar ada padanya maka itulah ghibah,tetapi jika tidak betul/benar maka itu buthan''. (membuat-buat pendustaan bagi memburuk-burukkan nama orang).

Dalam pada itu Ibnu Abi Najih R.A. pula berkata:''Ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasulullah S.A.W. .Setelah wanita itu pergi meninggalkan rumah Rasulullah S.A.W. ,maka Aisyah(isteri Rasulullah S.A.W.) lalu berkata:''Alangkah pendeknya wanita itu''.Rasulullah S.A.W. segera menegur Aisyah dengan katanya:''Engkau ghibah''. Aisyah segera menjawab:''saya tidak menyebut melainkan yang sebenarnya ada padanya. Tegas Rasulullah S.A.W. ''Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya..''.

Nabi Isa A.S pada mentafsirkan erti ghibah membuat pertanyaan kepada sahabat-sahabatnya,katanya:''jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur terbuka auratnya, apakah kamu akan menutupnya?. Jawab sahabat:''Ya''.

Nabi Isa A.S berkata:''Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekan seseorang lalu kamu tambah apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang berbicara itu,bererti kamu yang membuka sisa auratnya''.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:''Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakkan sangka-sangka(prasangka) sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah setengah kamu kepada setengahnya. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang telah mati?.Tentu kamu jijik. Dan bertakwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah adalah penerima taubat lagi Maha Penyanyang'' AL Hujurat ayat 12.

Di akhirat nanti di padang mahsyar selepas perbicaraan dan pertimbangan,maka setiap orang akan menerima sesuatu amalan masing-masing.Maka terlihatlah padanya suratan kebajikan yang dia sendiri tidak pernah melakukannya,maka mereka pun mengadu kepada Allah S.W.T.

Kata mereka:''Wahai Tuhanku,dari manakah kebajikan-kebajikan ini kerana aku sendiri tidak pernah melakukannya.Jawab Allah S.W.T.:''Itu adalah dari apa orang yang telah mengghibah terhadapmu semasa di dunia''.

Gambaran seksa di akhirat bagi orang yang berghibah telah digambarkan oleh Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:''Pada malam aku diisra'kan ke langit,aku telah melihat suatu kaum yang memotong daging pinggangnya kemudian dimakannya sambil menyebut mengikut suara arahan,makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka aku bertanya,Ya Jibril siapakah mereka itu?''. Jawab Jibril:''Mereka dari umatmu yang suka mengghibah(mengumpat)''.

Kisah pertama: Seorang ahli sufi Al Hassan Al Bashari diberitahu oleh seorang rakannya bahawa ada seseorang telah mengghibah terhadapnya,maka beliau segera mengirim setalam kurma melalui penyampai tadi untuk disampaikan kepada (si pengghibah) sambil berpesan,saya dapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan kebajikan kepadaku,maka saya ingin membalas hadiah itu,harap diterima hadiah dari saya yang tidak sepertinya sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu''.

Kisah kedua: Seorang wali Allah, Ibrahim bin Adham diundang di suatu majlis. Ketika dia duduk tiba-tiba terdengar orang berkata: ''polan tidak datang'',lalu disambut pula oleh orang lain,''Dia tidak boleh bergaul''.

Maka Ibrahim bin Adham pun berkata:''Ini yang menjadikan hati & perutku berat ketika menghadiri majlis makan kerana adanya ghibah pada seseorang muslim'',lalu dia pun keluar dari majlis itu dan tidak makan selama 3 hari.

Kisah ketiga: Khalid Arribi berkata:''Ketika aku masuk ke masjid tiba-tiba ada orang membicarakan keburukkan seseorang.Maka aku melarangnya. Mereka pun berhenti. Kemudian mereka kembali membicarakan hal orang lain dan akhirnya kembali pada orang yang pertama tadi dan aku pula masuk dalam perbicaraan itu.

''Maka pada malamnya aku bermimpi didatangi oleh seorang hitam yang tinggi membawa sedulang daging babi lalu berkata kepadaku, makanlah daging babi!. Demi Allah aku tidak akan memakannya. Orang hitam itu membentak keras kepadaku sambil berkata,engkau telah makan yang keji dari ini,lalu dipaksanya aku menelan daging babi itu ke dalam mulutku sampai aku terbangun dari tidurku''.

Kisah keempat: Pada suatu hari seorang zahid membeli makanan untuk isterinya. Tiba-tiba isterinya berkata, penjual-penjual makanan itu telah mengkhianati kamu dalam makanan itu. Maka si zahid itu tadi segera menceraikan isterinya. Apabila ditanya mengapakah dia menceraikan isterinya, beliau menjawab:''Aku seorang yang sangat cemburu dan khuatir akan dituntut oleh semua penjual-penjual makanan pada hari qiamat kerana kerana setuju dengan tindakan isteri bahawa penjual-penjual di pasar khianat kepadaku,maka kerana itulah aku menceraikannya''.

Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Musa A.S dengan amaran ''Barangsiapa meninggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari ghibah,maka dia itulah orang yang terakhir masuk ke syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia terus berghibah,maka dia itulah orang yang pertama masuk ke neraka''.

Al Hassan bin Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. berkata:''Kifarah mengumpat ialah dengan meminta ampun terhadap orang yang kau umpat''.

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:''Barangsiapa selama dalam umurnya mengghibah sekali sahaja maka Allah akan menyiksanya dengan sepuluh macam siksaan.

Pertama: Dia menjadi jauh dari rahmat Allah S.W.T.

Kedua: Malaikat memutuskan persahabatan dengan dia (tidak mahu menghampirinya).

Ketiga: Dicabut rohnya dengan kesakitan yang amat sangat.

Keempat: Dia menjadi dekat dengan neraka.

Kelima: Dia menjadi jauh dari syurga.

Keenam: Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya.

Ketujuh: Amal baiknya dihapuskan.

Kelapan: Roh Nabi Muhammad S.A.W. berasa sakit kerana dia.

Kesembilan: Allah murka terhadapnya.

Kesepuluh: Dia akan menjadi orang yang daif ditimbang amal kebajikannya pada hari qiamat.

Seterusnya Rasulullah S.A.W. memberi amaran keras kepada si pengghibah bahawa mereka akan diseksa di akhirat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A. katanya:''Barangsiapa mengghibah saudarnya sesama Islam, maka besok pada hari qiamat Allah memindahkan laluan qubulnya ke duburnya''.

Ali Ibni Abi Talib R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:''Jauhilah olehmu sekelian dari ghibah kerana sesungguhnya di dalam ghibah itu ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan, kebaikkannya tidak diterima dan keaiban dirinya akan nampak bertambah-tambah.

Ghibah sebenarnya boleh dihidu baunya seperti bau yang datang dari kilang asap getah kerana adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W. bersiar-siar bersama-sama sahabatnya,tiba-tiba mereka terhidu bau bangkai yang busuk lalu baginda bertanya:''Tahukah kamu sekelian bau apakah ini?''. Para sahabat menjawab, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda menerangkan, ini adalah bau orang-orang yang mengghibah seseorang yang beriman''.

Jika dibandingkan dengan masa ini maka timbullah persoalan, apakah hikmahnya bau ghibah dan kebusukkannya boleh terhidu pada zaman Rasulullah S.A.W. tetapi tidak terbau pada zaman sekarang?. Ulama' bersependapat menghuraikan bahawa ''Ghibah sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini dan hidung-hidung manusia sudah dipenuhi dengan bau ghibah itu sendiri,maka bau busuk sudah tidak terhidu lagi''.

Bagaimanapun, ada juga ghibah yang diharuskan bagi membasmi kemungkaran sebagaimana yang dikatakan oleh ulama', antaranya ialah:-

1. Imam (pemimpin) yang zalim.

2. Orang yang melakukan bida'ah dalam agama Islam.

3. Orang fasik yang mengiklankan kefasikannya.

Sang Kerbau, Sang buaya dan Sang Kancil

Cerita ini bermula dengan seekor buaya yang sedang berjemur ditebing sungai dengan tiba-tiba telah terhimpit ditimpa batang pokok yang tumbang. Ia pun merintih dan meraung meminta pertolongan. Raungannya itu didengari oleh seekor kerbau yang sedang makan rumput ditebing sungai itu. Sang kerbau pun datang membantu sang buaya dengan penuh ikhlas dan penuh rasa kasihan. Setelah batang pokok itu diangkat keatas oleh sang kerbau, sang buaya pun terlepas dari himpitan dan dengan tiba-tiba ia terus menggigit kaki sang kerbau. Sang kerbau pun meraung meminta pertolongan dan merayu kepada sang buaya supaya beliau bersikap adil supaya tidak membahamnya kerena beliau telah pun membuat jasa.

Pada masa yang sama ternampaklah mereka akan sebuah tudung saji buruk yang hanyut dibawa arus. Lalu mereka bertanyalah kepada tudung saji itu tentang samaada patutkah sikap sang buaya bersikap sedemikian. Tudung saji menjawab sang buaya memang patut berbuat sedemikian kerena berdasarkan pengalamannya dia telah dibuang kesungai oleh tuannya apabila keadaannya telah buruk dan telah digantikan dengan tudung saji yang baru. Semasa beliau masih baru dan cantik mereka meletakkan beliau ditempat-tempat yang mulia. Dia digunakan beberapa lama sehingga ia menjadi buruk dan rosak kemudiannya dibuang begitu sahaja. Bakti beliau untuk melindunigi makanan selama ini tidak lagi menjadi perhitungan oleh tuannya untuk mereka disimpan atau dimuliakan lagi. Oleh itu dia berpendapat adalah adil bagi sang buaya memakan sang kerbau kerena jasa atau budi lama yang lalu sememangnya selalu tidak perlu diambil kira. Tudung saji itu pun terus hanyut. Seketika kelihatan pula tikar buruk yang hanyut terapung dipermukaan air sungai itu. Lalu mereka pun bertanya seperti apa yang ditanyakan kepada tudung saji tadi. Tikar buruk itu menjawab dengan jawaban yang serupa seperti yang dijawab oleh tudung saji tadi dan dia pun terus hanyut meninggalkan mereka. Sang buaya pun berpuas hati dan mula menarik kerbau itu kedalam air. Tetapi entah macam mana sang kancil telah melewati ditempat kejadian itu dan sang kerbau pun meraung meminta pertolongan. Sebagai memenuhi permintaan sang kerbau untuk mendapatkan keadilan, sang kancil pun memohon pada sang buaya untuk melakunkan kembali kejadian itu dari mula. Sang buaya bersetuju dan batang pokok tadi pun diletakkan kembali diatas belakangnya. Sang kancil pun meminta sang kerbau berlalu dari situ dan sang buaya pun ditinggalkan mereka dalam keadaannya kesakitan dihimpit oleh batang pokok seperti keadaan mula-mula tadi. Sebelum berpisah, sang kancil berpesan pada sang buaya supaya di lain masa jangan ia membuat perkara buruk pada haiwan yang lain setelah ianya ia memberi pertolongan, jika tidak ianya akan mendapat balasan yang  sama.

Kita mudah lupa kebaikan orang pada kita dan kita selalu juga lupa keburukan kita pada orang. Kita juga kan marah pada orang lain jika kita dibalas dengan keburukan jua. Oleh itu, apa yang kita dapat dari intipati cerita ini adalah pengajaran mengenai beberapa perkara seperti berikut:-

•Jika kita hendak berbuat baik atau memberi pertolongan hendaklah kita kenal kepada orang yang kita beri pertolongan. Jangan terjadi seperti peribahasa " Bagai melepaskan anjing tersepit"

•Jika kita meminta nasihat atau pendapat mestilah kita berhati-hati dan memilih dari siapa yang kita memohon nasihat itu. Jangan dari orang yang sedang dalam emosi

•Jika kita dalam keadaan beremosi elakkan dari kita memberi nasihat kepada orang lain, kerena berkemungkinan nasihat kita itu tidak difikirkan dengan baik dan jujur dan boleh bercampur aduk dengan nafsu atau emosi kita ketika itu.

•Kita juga perlu hormat dan selalu mengenang budi orang yang telah berjasa kepada kita

•Sikap ego boleh membawa kita menjadi bodoh dan tertipu terutama oleh nafsu kita sendiri

•Jangan putus asa meminta nasihat dari berbagai pihak jika kita berada dalam kesusahan

•Jasa orang hendaklah selalu kita kenang dan jangan mudah lupa pada orang lama sebelum kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...