Sunday, June 13, 2010

Sauerbraten free game for all


Jika kita sebut open source, pasti yang terbayang hanya perisian aplikasi yang boleh di perolehi secara percuma. Dan jika disebut pc games, pasti anda terbayang perisian games yang mahal atau versi percubaan yang boleh diperolehi secara percuma. Namun kali ini aku kenalkan satu perisian games yang boleh diperolehi secara percuma (full version la beb). Perisian ini dikeluarkan dibawah lesen open source boleh anda perolehi dengan melayari laman sesawang game ini dengan klik pada link yang diberikan. Perisian ini tidak kalah dengan perisian berlesen yang lain. Namun mungkin ciri-ciri yang ada tidaklah sebanyak perisian berlesen. Tp apa yang penting, kita kurangkan kos lesen kita dan ianya menarik. So apa lagi, jom download.

Grisbi memudahkan urusan perakaunan anda


Grisbi merupakan perisian perakauan yang agak mudah untuk digunakan. Perisian ini merupakan salah satu perisian perakaunan yang di perolehi dalam persekitaran sumber terbuka. Perisian ini menjanjikan pelbagai ciri-ciri menarik yang boleh anda gunakan dan ianya pasti akan membantu anda dalam urusan kewangan. Grisbi boleh di perolehi dari laman sesawang dengan klik pada link yang telah diberikan di atas. So apa lagi, jom download.

Terpantas

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua.

“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa
MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada
calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan
jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah…………..”

Calon keempat yang diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

——

MORAL: Pengalaman sendiri mengajar kita untuk memberikan jawapan yang terbaik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...