Monday, June 7, 2010

Autobot Made in malaysia

Proton Perdana


Proton Waja


Proton Savvy

Proton Juara



Produa Myvi





Perodua Kelisa


Autobot Import dari China












Nissan GT-R



Chevy Aveo


Bumblebee



Pakej OpenOffice

OpenOffice.org ialah sebuah set perisian produktiviti pejabat seperti Microsoft Office. Ia merupakan perisian sumber terbuka yang ditaja oleh Sun Microsystems. Pada asalnya ia merupakan perisian komersial yang dipanggil StarOffice. OpenOffice.org boleh digunakan dalam pelbagai sistem pengendalian seperti Windows, Linux, Solaris, Mac OS dan FreeBSD. Ia boleh membuka, menyunting dan menyimpan format dokumen Microsoft Office dengan baik terutamanya versi yang terbaru.


OpenOffice.org mempunyai antara muka yang seragam walaupun berada di dalam sistem pengendalian yang berbeza. Selain itu, kekunci pintas adalah serasi dengan kekunci pintas yang terdapat di dalam sistem Windows. Sebagai contoh untuk salin CTRL+C, tampal CTRL+V dan potong CTRL+X. Semua fungsi-fungsi yang dibina adalah untuk memudahkan pengguna membawa atau membuat kerja di mana-mana komputer walaupun mempunyai sistem pengendalian yang berlainan.

Ia juga boleh menghasilkan format PDF tanpa memerlukan perisian tambahan seperti Adobe Acrobat. Pengguna hanya perlu menekan arca "eksport terus ke PDF" atau arahan Fail "eksport ke PDF" untuk menghasilkan format tersebut.

OpenOffice.org terdiri daripada beberapa perisian penggunaan seperti:

Writer - pemproses perkataan
Calc - perisian helaian kerja
Impress - perisian persembahan grafik
Draw - perisian lukisan vektor
Math - perisian editor matematik berdasarkan MathML
Base - perisian pangakalan data seperti MS Access (versi 2 sahaja)

Banyak pakej yang ditawarkan oleh perisian ini yang pastinya dapat membantu kita. So apa lagi, jom download.

MySQL pangkalan data open source


MySQL ialah sebuah sistem pengurusan pangkalan data berkeupayaan tinggi yang berkaitan dengan laman web serta pembangunan dan penggunaan aplikasi perniagaan. MySQL memaksimumkan kelajuan, kestabilan dan kepenggunaan, di samping mengurangkan kos pangkalan data sehingga 90%. MySQL terdapat dalam kesemua Linux distributions di samping sistem pengoperasian UNIX, Mac OS X dan Microsoft Windows.


MySQL AB bertanggungjawab membangunkan dan menjual pelbagai pelayan dan aplikasi yang berkeupayaan tinggi dan harga berpatutan yang berkaitan dengan pelbagai jenis pangkalan data. Produk syarikat tersebut yang terkemuka adalah MySQL, pangkalan data sumber terbuka yang terkenal di seluruh dunia, yang telah mencecah sehingga 4 juta pemasangan. Banyak organisasi terkemuka di dunia, termasuklah Yahoo!, Sabre Holdings, Cox Communications, The Associated Press dan NASA, memilih MySQL untuk digunakan di laman Web, aplikasi perniagaan dan perisian mereka. MySQL AB adalah generasi kedua syarikat sumber terbuka, menawarkan dwilesen yang menyokong sumber terbuka dan metodologi nya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan mampu bertahan lama.

Pangkalan data MySQL telah menjadi pangkalan data sumber terbuka yang paling popular di seluruh dunia kerana keupayaannya yang konsisten, stabil, dan mudah untuk digunakan. Ia digunakan dalam lebih daripada 8 juta pemasangan dalam organisasi besar sehinggalah aplkikasi khas yang rumit bagi setiap benua di dunia. (Ya, termasuklah benua Antartika!)

Bukan sahaja MySQL adalah pangkalan data nombor satu dunia, malahan ia menjadi pilihan bagi aplikasi generasi baru yang dibina berasaskan seni bina LAMP. MySQL dijalankan di atas lebih daripada 20 platform termasuklah Linux, Windows, OS/X, HP-UX, AIX, Netware, memberikan fleksibiliti yang memudahkan pengguna mengawal penggunaannya.


MySQL yang boleh diperolehi secara percuma mempunyai saiz simpanan data yang terhad kepada 4gb sahaja. Namun pengguna boleh memperolehi MySQL Enterprise dengan harga yang berpatuttan dan tidak membebankan. Namun jika kita masih baru bertapak dalam bidang perniagaan, saiz 4gb adalah memadai dan ia boleh di upgrade pada masa depan. So apa lagi, jom download.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...