Saturday, June 5, 2010

Saranan Berani Dato Mahmood Zuhdi Tangani Buang Anak...

http://mahmoodzuhdi.com/index.php?option=com_content&task=view&id=89&Itemid=119

Bersih masyarakat daripada faktor rosakkan nilai murni


CADANGAN penubuhan pusat menerima bayi daripada perbuatan zina, menyediakan rumah perlindungan perempuan mengandung tanpa ikatan perkahwinan dan memberi pendidikan seks kepada pelajar sekolah adalah cadangan lahir daripada pemikiran dangkal.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata jalan penyelesaian serpihan itu akan menjurus kepada masalah baru kerana tidak merawat akar atau punca permasalahan.

Katanya, cadangan dikemukakan banyak pihak itu ibarat mengatasi keburukan dengan keburukan yang lain dan ini tidak akan menyelesaikan masalah pokok sebaliknya menambahkan lagi kekusutan yang ada.

“Kenapa saya kata begitu, apabila mengandung perempuan tidak akan risau kerana boleh serah bayi ke pusat disediakan. Barat terima anak zina dan dengan tindakan ini kita juga ke arah melakukan perkara sama,” katanya.

Beliau berkata, niat membimbing pelajar melalui sistem pendidikan dengan memperkenalkan pendidikan seks memang wajar, tetapi langkah itu tidak berkesan jika keburukan yang menghasut lebih banyak berbanding pendidikan diberi.

Katanya, bahan lucah boleh diakses dengan mudah sementara majalah pula banyak memaparkan gambar yang boleh merangsang remaja. Itu belum lagi program televisyen yang menghidangkan rancangan mendorong ke arah kegiatan tidak bermoral.

Lagipun, katanya, masyarakat negara ini tidak bersifat terbuka dalam membicarakan perkara berkaitan seks dan keadaan itu akan menggagalkan matlamat mendedahkan remaja kepada pendidikan seks sebagai kaedah menangani masalah zina serta pembuangan bayi.

“Seks dalam masyarakat kita masih rahsia umum. Katalah mereka belajar di sekolah, tetapi perkara itu tidak boleh dibincangkan di rumah. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut, terpaksa cari sendiri seterusnya mencuba dan ini lebih teruk,” katanya.

Dr Mahmood berkata, usaha diharap dapat menyelesaikan masalah zina dan pembuangan bayi hanya akan menimbulkan konflik kerana ubat diberi, tetapi pada masa sama pihak terbabit terus terdedah kepada punca penyakit.

Beliau berkata, semua melihat kes pembuangan bayi sebagai perkara merisaukan, tetapi pada masa sama, pelbagai bentuk hiburan dianjurkan yang menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan hingga terjebak dalam kancah maksiat.

Katanya, jika semua pihak terutama kerajaan serius untuk menangani isu pembuangan bayi yang saban hari dilaporkan, tumpuan perlu diberi kepada usaha membersihkan masyarakat daripada sumber yang mendedahkan mereka kepada faktor yang merosakkan nilai murni.

“Jika keruh di hulu, maka keruhlah di hilir. Oleh itu, untuk menjernihkan hilir perlu bersihkan di hulu dulu. Apabila masyarakat tidak betul, inilah hasilnya,” katanya.

Beliau berkata, usaha membetulkan masyarakat adalah tugas semua pihak termasuk kerajaan untuk mengambil tindakan menyeluruh termasuk mengkaji dasar negara supaya lebih tegas terutama dalam perkara berkaitan sosial.

Sementara itu, Pengarah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Rhaudatus Sakinah, Rosmawati Zainal, berkata permasalahan sosial yang semakin meningkat terutama kes membuang bayi perlu dilihat pada akarnya sebelum tindakan menyeluruh ke arah penyelesaian dapat dilaksanakan secara bersepadu.

Katanya, banyak yang perlu dinilai semua pihak jika mahu masalah sosial yang membelenggu golongan muda serta remaja di negara ini ditangani dengan berkesan bukan sekadar meninjau ketika isu hangat dan membiarkan apabila suasana kembali sejuk.

“Kenapa buang bayi, sebab sudah buat salah dan tidak tahu apa nak buat. Beritahu keluarga nanti kena marah, lelaki pula tidak mahu bertanggungjawab. Jadi nak tutup malu, sama ada gugurkan atau jika tidak berjaya, buang bayi selepas dilahirkan.

“Ada cadangan banyakkan rumah perlindungan dan tubuhkan bank bayi, tetapi apakah ada jaminan tindakan itu akan menghentikan kes membuang bayi? Sudah tiba masanya pergi terus ke akar umbi, ke sekolah, institut pengajian tinggi, sektor awam dan swasta untuk bagi kesedaran,” katanya.

Rosmawati berkata, kaedah terbaik menghurai permasalahan buang bayi ialah melalui didikan dan bimbingan kepada remaja supaya menjauhi perkara yang boleh menjurus kepada perzinaan hingga melahirkan anak termasuk pendidikan kesihatan reproduktif remaja atau pendidikan seks.

Katanya, Jemaah Islam Malaysia (Jim) melalui Raudhatus Sakinah mengambil pendekatan keluar mendekati golongan berisiko tinggi terdedah kepada gejala tidak baik yang akhirnya mendorong mereka mengambil tindakan tidak sepatutnya.

Kempen Anda Bijak Jauhi Zina yang dianjurkan sejak 2007 katanya, bertujuan membina kesedaran serta membimbing remaja, belia dan semua lapisan masyarakat mengenai kesan buruk perbuatan dilarang agama itu seterusnya berkata tidak kepada zina.

Imam Abu Hanifah

Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan kafir dan sesat. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda.

Ceritanya begini: Seorang Dahri atau Mulhid (atheis) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama’ berdebat dengan mengatakan:

"Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat".

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai:

"Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?"

Mereka menjawab: "Ada, beliau bernama Sheikh Hammad".

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya. Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Gurunya menjawab:

"Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk".

Imam Abu Hanifah: "Apa yang Tuan Guru mimpikan?"

Sheikh Hammad: "Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya."

Sheikh Hammad: "Ta'birkanlah wahai Nu'man" (nama sebenar Imam Abu Hanifah).

Imam Abu Hanifah: "Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya."

Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana. Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya:

"Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah menjawab: "Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya."

Si Dahri: "Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina."

Imam Abu Hanifah: "Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:

Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Surah Al-Mujadalah (58) : 11

Si Dahri: "Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Imam Abu Hanifah: "Aku akan menjawab dengan taufiq Allah."

Si Dahri pun mula bertanya: "Adakah Allah itu wujud?"

Imam Abu Hanifah: "Ya."

Si Dahri: "Di mana?"

Imam Abu Hanifah: "Allah tidak bertempat."

Si Dahri: "Bagaimana mungkin Dia wujud tapi tidak bertempat?"

Imam Abu Hanifah: "Dalilnya ada pada diri anda."

Si Dahri: "Mana dia?"

Imam Abu Hanifah: "Bukankah kamu mempunyai nyawa?"

Si Dahri: "Memang."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?"

Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan:

"Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?"

Si Dahri: "Ya."

Imam Abu Hanifah: "Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?"

Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: "Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini."

Si Dahri menyoal lagi: "Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?"

Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya."

Si Dahri: "Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang wujud dan tiada sesuatu selepasnya?"

Imam Abu Hanifah: "Buktinya ada pada anggota badanmu."

Si Dahri: "Apa dia?"

Imam Abu Hanifah: "Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya."

Si Dahri: "Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan."

Imam Abu Hanifah: "Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya."

Si Dahri: "Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?"

Imam Abu Hanifah: "Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah."

Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab: "Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas."

Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.

Malaikat Maut merenung wajah 70 kali sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau
miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah(kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu.
Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya;
kedua: berlinang air matanya dan
ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia."(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s. Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam(berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.

Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

Proses Kejadian Manusia

Pada hari ini semakin ramai golongan yang membuat kemungkaran membuang bayi yang terhasil dari perhubungan yang haram tersebut. Bayi-bayi yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kerakusan nafsu ibu dan ayahnya. Siapakah yang bersalah di dalam hal ini. Jika ditanya kepada mereka yang terlibat ini, ramai cuba menyalahkan antara satu sama lain. Bahkan ada juga yang cuba menyalahkan guru di sekolah. Namun, dalam hal ini ibu bapa itu sendiri perlu bertanggungjawab. Ini adalah kerana anak itu adalah amanah dari Allah. Ibu bapa tidak boleh meletak tanggungjawab tersebut pada tanggungan pihak lain.

Untuk Ibu bapa yang berhajat ingin membuang bayi mereka saksikan kejadian bayi anda sebelum mereka ini sempat melihat dunia.





Proses Kejadian Ayam

Menu berasaskan ayam adalah satu kemestian bagi sesetengah orang. Namun kita hanya tahu ayam itu adalah bermula dari telur. Kita tidak tahu bagaimana proses ini terjadi. Namun itulah kehebatan dan kekuasaan Allah.




UNRWA School in Beit Lahia, Gaza, Palestine, Attacked by US-Made Israeli White Phosphorus Bombs




White phosphorus
http://en.wikipedia.org/wiki/White_phosphorus


White phosphorus (WP) is a material made from a common allotrope of the chemical element phosphorus that is used in smoke, tracer, illumination and incendiary munitions.


As an incendiary weapon, WP burns fiercely and can set cloth, fuel, ammunition and other combustibles on fire. Since WWII, it has been extensively used as an anti-personnel weapon capable of causing serious burns or death. The agent is used in bombs, artillery, and mortars, short-range missiles which burst into burning flakes of phosphorus upon impact. White phosphorus is commonly referred to in military jargon as "WP", and the slang term "Willy/Willie Pete/Peter" (dating from World War I) is still commonly used by infantry and artillery servicemen.

WP is also a highly efficient smoke producing agent, burning quickly and causing an instant bank of smoke. As a result, smoke producing WP munitions are very common, particularly as smoke grenades for infantry, loaded in defensive grenade dischargers on tanks and other armored vehicles, or as part of the ammunition allotment for artillery or mortars. These create smokescreens to mask movement from the enemy, or to mask his fire.

WP is believed to have been first used by Fenian arsonists in the 19th century in the form of a solution of WP in carbon disulfide. When the carbon disulfide evaporated, the WP would burst into flames, and probably also ignite the highly flammable carbon disulfide fumes. This mixture was known as "Fenian fire" and allegedly was used by disgruntled itinerant workers in Australia to cause delayed destruction of shabby sleeping quarters.


In 1916, during an intense ideological struggle over conscription for the First World War, twelve members of the I.W.W., a radical union of workers who openly opposed conscription, were arrested and convicted for using or plotting to use incendiary materials, including phosphorus. It is believed that eight or nine men in this group, known as the Sydney Twelve, had been framed by the police. Most were released in 1920 after an inquiry.

The British Army introduced the first factory-built WP grenades in late 1916. In World War II, white phosphorus mortar bombs, shells, rockets and grenades were used extensively by American, Commonwealth, and to a lesser extent Japanese forces, in both smoke-generating and antipersonnel roles. The British used White phosphorus bombs against Kurdish villagers and Al-Habbaniyah in Al-Anbar province during the Great Iraqi Revolution of 1920.


In 1940, when the invasion of Britain seemed imminent, the phosphorus firm of Albright and Wilson suggested that the British government use a material similar to Fenian fire in several expedient incendiary weapons. The only one fielded was the Grenade, No. 76 or Special Incendiary Phosphorus grenade, which consisted of a glass bottle filled with a mixture similar to Fenian fire, plus some latex (cf. Molotov cocktail, Greek fire). It came in two versions, one with a red cap intended to be thrown by hand, and a slightly stronger bottle with a green cap, intended to be launched from the Northover projector (a crude 2.5 inch blackpowder grenade launcher). These were improvised anti-tank weapons, hastily fielded in 1940 when the British were awaiting a German invasion after losing the bulk of their modern armaments in France in May 1940.

At the start of the Normandy campaign, 20% of American 81 mm mortar rounds were WP. At least five American Medal of Honor citations mention their recipients using white phosphorus grenades to clear enemy positions. In the 1944 liberation of Cherbourg alone, a single U.S. mortar battalion, the 87th, fired 11,899 white phosphorus rounds into the city.

The U.S. Army and Marines used WP shells in 107-mm [4.2 Inch] mortars. WP was widely credited by Allied soldiers for breaking up German infantry attacks and creating havoc among enemy troop concentrations during the latter part of the war. American servicemen in the Pacific and otherwise (to this day) were known to call the thrown bottles "Willie Pete" grenades. The origin of the term has been thought to be derived from the British military's phonetic alphabet.

Incendiary bombs were used extensively by the German, British and US air forces against civilian populations and targets of military significance in civilian areas (London, Hamburg, Dresden, Area bombing etc). Late in the war, some of these bombs used white phosphorus (about 1-200 grams) in place of magnesium as the igniter for their flammable mixtures. The use of incendiary weapons against civilians was banned (by signatory countries) in the 1980 Convention on Certain Conventional Weapons Protocol III. The USA signed Protocols I and II on March 24, 1995 (and the amended article II on May 24, 1999) and later Protocols III, IV, and V, on January 21, 2009.

WP munitions were used extensively in Korea, Vietnam and later by Russian forces in Chechnya. According to GlobalSecurity.org, during the December 1994 battle for Grozny in Chechnya, every fourth or fifth Russian artillery or mortar round fired was a smoke or white phosphorus round.


In Iraq, the Saddam Hussein regime used white phosphorus, as well as chemical weapons that are scheduled in the Chemical Weapons Convention, in the Halabja poison gas attack during the Iran–Iraq War in 1988, according to the ANSA news agency.

Another news report said "US intelligence" called WP a chemical weapon in a declassified Pentagon report from February 1991:

"Iraqi forces loyal to President Saddam may have possibly used white phosphorus chemical weapons against Kurdish rebels and the populace in Erbil and Dohuk. The WP chemical was delivered by artillery rounds and helicopter gunships."

but the actual declassified document contains the words "WARNING: (U) THIS IS AN INFORMATION REPORT, NOT FINALLY EVALUATED INTELLIGENCE." By "information report", the document states it is not a reviewed product of the intelligence community. Further, the document's addressee codes all start with the letter R, which means that they are in the military operational community, not the Y-community that is reserved for the intelligence community (Chapter IV, Section 11).

Use WP against in Iraq (2004)

Use WP against in Israel-Lebanon conflict (2006)


Use WP against in Gaza War (2008-2009)


Use WP against in Afghanistan (2009)


Use WP against in Use in Yemen (2009)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...