Monday, May 24, 2010

Surat Putus Cinta Dari Timah (versi English)

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melalui surat. Suratnya berbunyi begini:-
Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!


The true,
Timah



Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN

Form untuk jadi awek

Sesaper yang masih belum edar form untuk pilih awek, sini aku bagi satu contoh borang yang korang boleh guna, apa macam bro, ader bran


Open Office Impress

Powerpoint adalah tool yang biasa kita guna dalam membuat sesuatu slaid show. Bahkan pelbagai gerakan animasi kita gunakan dalam persembahan kita bagi menunjukkan tahap kreativiti kita dalam membuat persembahan. Namun perisian tersebut amat mahal untuk dimiliki dan perubahan setiap versi yang diupdate juga amat cepat berlaku contohnnya dari powerpoint 2000 kepada powerpoint 2003. Namun terdapat perisian yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan powerpoint iaitu Impress. Impress adalah salah satu perisian open office yang boleh kita perolehi secara percuma. Selainn itu, perisian ini juga terdapat dalam versi bahasa melayu dan ianya tidak terikat dengan lesen. Perisian ini amat sesuai untuk digunakan di pejabat-pejabat dan juga oleh individu untuk kegunaan harian. Selain itu jabatan kerajaan juga boleh beralih dari perisian berlesen kepada perisian ini bagi menjimatkan kos perbelanjaan jabatan. So apa lagi, jom download.

BERSYUKUR TANDA KECEMERLANGAN UMMAH

Bertugas dan bekerja mencari rezeki dari limpah kurnia Allah adalah sifat mulia yang disanjung tinggi oleh Islam. Dengan bekerja kita bukan sahaja membangunkan diri sendiri, tatapi juga membantu ekonomi keluarga, masyarakat dan negara. Dengan adanya rezeki yang mencukupi, setiap individu atau keluarga Muslim terselamat dari belenggu kemiskinan dan bergantung hidup kepada orang lain. Islam sebagai Agama yang suci sentiasa menyeru manusia membebaskan diri dari belenggu kefakiran dan kemalasan diri. Islam menuntut umatnya agar sentiasa berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki, tidak kira samada bekerja sendiri atau makan gaji.


Tanggungjawab bekerja tidak boleh dipandang ringan, atau dibuat sebagai acuh tak acuh, atau sambil lewa sahaja. kita perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas kerana ianya dikira sebagai ibadah bagi setiap kita orang beriman. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran :

Maksudnya : " dan katakanlah ( Wahai Muhammad ) : beramallah kamu ( akan segala yang diperintahkan ), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah ) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan ".
( surah At-Taubah ayat : 105 )

Maka kepuasan bekerja adalah nikmat yang sukar dinilai dan disebut. Ia hanya dapat dirasai oleh individu itu sendiri. Sesungguhnya nikmat yang diberikan kepada manusia amat banyak, sehingga menjadikan kehidupan ini serba lengkap dan sempurna. Tidak ada yang lebih besar nilainya dari nikmat yang diberikan Allah kepada manusia sesudah iman, melainkan kesihatan. Apabila badan dan akal fikiran seorang mukmin sehat, maka hidupnya akan terasa nikmat, bahagia dan damai. Ia akan bekerja dengan penuh ghairah dan hasilnya akan semakin bertambah, serta ia lebih optimis untuk menghadapi masa depannya.

Semua ini termasuk dalam Sunnahtul Allah bahawa kehidupan itu diberikan kepada orang yang sehat dan kuat. Mereka inilah yang akan mampu membangun dunia ini dengan baik .

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : " dan demi sesungguhnya, kami telah tulis didalam kitab-kitab yang kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh mahfuz : bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang Saleh . * sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang cita-citanya mengerjakan ibadah ( kepada Allah dengan berilmu ) ".
( surah al-Anbiyaa ayat : 105-106 )

Sesuatu bangsa menjadi kuat apabila rakyatnya kuat, dan rakyat yang kuat terdiri dari individu yang kuat pula, baik tubuh badannya, akalnya, mahupun kemahuannya. Jka bangsa telah menjadi kuat, maka ia akan hidup dihormati serta disegani oleh kawan dan lawan. Sebaliknya mereka yang lemah akan berada tepian kehidupan, mereka akan menjadi mangsa kepada orang yang rakus dan kuat, itulah tradisi kehidupan.

Pembinaan sahsiah, pengukuhan kualiti insan dan kerohanian perlu ditunjangi dengan akidah dan keimanan kepada Allah s.w.t. keimanan ini boleh menjadi benteng paling ampuh menangani gejala negatif. Keimanan dan Aqidah yang mantap hanya akan terhasil melalui hati dan rohani yang suci serta asas keiamanan yang kukuh, ketaqwaan dan kepatuhan kepada agama, diikuti penjanaan ilmu yang diperkukuh dengan tarbiah efektif, mampu melahirkan insan yang mempunyai kekuatan dalaman, untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. yang mengungguli nilai sejagat. Maka, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, adalah amat penting setiap individu memiliki sifat amanah, bersih, cekap, bersopan santun, berdisiplin, suka bekerjasama, suka mengajar ilmu, berlapang dada, toleransi dan sentiasa ikhlas melaksanakannya kerana Allah s.w.t.

Bagi membentuk modal insan yang berkualiti, kita perlu berpegang kepada nilai-nilai yang menjadi prinsip-prinsip profesionalisma. Nilai-nilai seperti benar, amanah dan telus bukan sahaja perlu tapi wajib ada dalam diri setiap insan,. nilai-nilai ini dapat menggambarkan bahawa jentera negara terdiri dari golongan yang berhati mulia. Maka pendidikan dan penyebaran ilmu bagi menghasilkan sumber insan yang berkualiti wajar dikembangkan. Ini kerana sumber manusia berilmu dan berkemahiran menjadi rebutan dan aset yang amat berharga dimasa hadapan. Malahan, orang berilmu lebih takut kepada Allah berbanding mereka yang kurang ilmunya.

Perkara lain yang perlu untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti, adalah daya ketahanan yang kuat samada dari mental mahupun fizikal. Dengan nilai kemanusiaan inilah manusia diberi amanah sebagai khalifah Allah muka bumi ini. Ia hanya akan wujud apabila manusia benar-benar mengabdikan diri kepada Allah. Sentiasa mensyukuri nikmat-Nya, beriltizam dengan ilmu, berusaha bersungguh-sungguh dan mengamalkan akhlak mulia.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : " dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu ( kebahagiaan ) akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan kamu dari ( kenikmatan ) duniawi, dan berbuat baiklah kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di ( muka ) bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan . "
( Surah al-Qasas ayat : 77 )


KHUTBAH JUMAAT JAKIM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...