Monday, May 17, 2010

Kalo binatang ada facebook...

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.


Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan  bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

BERSAMA MEMERANGI KEGANASAN

Marilah kita semua sama-sama bertaqwa ke hadrat Allah s.w.t. Dengan menjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya bertaqwa kepada Allah itu merupakan cahaya yang menyinari kehidupan setiap mukmin. Manakala keingkaran dan kemungkaran merupakan kegelapan yang membawa kesesatan kepada seseorang.


Di antara tanda-tanda ketaqwaan kepada Allah ialah seseorang itu sentiasa mencintai kebenaran dan kesejahteraan, sentiasa menegakkan keadilan dan membenci segala kemungkaran dan kezaliman. Untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, umat Islam memerlukan keupayaan, kekuatan dan persediaan yang secukupnya. Sepertimana dengan firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 60 :

Maksudnya : “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

Sudah menjadi lumrah dunia, bahawa setiap yang lemah akan dipandang hina, dikhianati, dizalimi dan dicerobohi oleh mereka yang kuat dan perkasa. Manakala mereka yang kuat dan perkasa akan dipandang hebat dan dihormati, digeruni dan ditakuti. Hal ini telah dilakar dalam sejarah manusia sejak dahulu hingga kini. Pada hari ini pun situasi seperti ini pun masih lagi berlaku iaitu sikap biadap, angkuh dan zalim yang dilakukan oleh tentera-tentera Israel ke atas rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Setiap hari kita dipertontonkan perilaku kezaliman yang tidak berperikemanusiaan tentera-tentera zionis terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa. Dunia hanya memerhati dan memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palastin dan Lubnan. Tiada negara kuat dan berkuasa yang benar-benar berusaha untuk menghentikan segala kekejaman dan kezaliman tentera-tentera zionis tersebut.

Malah pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pun semacam tiada taring untuk menyelesaikan perkara ini. Bagi kita orang-orang Islam, sudah tentu kekejaman tersebut merupakan sikap kebiadapan luar biasa bagi setiap manusia. Apatah lagi kezaliman tersebut berlaku di bumi Palastin yang terdapat di dalamnya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Bumi Palestin pada satu ketika dahulu merupakan sebuah kota yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gilang gemilang. Untuk makluman kita semua bahawa bumi Palastin adalah merupakan bumi para Anbia kerana ramainya para nabi dan rasul muncul dan lahir di sana. Antaranya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Yusuf a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Tetapi kini ianya dirampas oleh rejim Yahudi melalui perancangan dan tipu muslihat yang halus melalui Perjanjian Bolfoor pada tahun 1917. Bermula dari situlah umat Islam di Palastin ditindas dan dihalau ditanah milik mereka sendiri. Akhirnya rakyat Palastin menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Kini, seluruh umat manusia seolah-olah sudah lupa hakikat ini dengan membiarkan segala macam kejadian dan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan, sedangkan mereka ini memang telah dilaknat. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 78 :

Maksudnya : “ Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa ibnu Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh) ”

Pencorobahan demi pencerobohan terhadap bumi Palastin, dan yang terbaru adalah pencerobohan di Lubnan. Pencerobohan tersebut merupakan siri-siri keganasan betapa kejam dan zalimnya rejim Zionis terhadap manusia lain. Tanpa mengira siapa, bayi, kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Perlakuan kezaliman ini merupakan impian rejim Zionis kerana mereka ingin menegakkan Negara Isreal Raya atau “The Greatest Isreal”.

Sesungguhnya paparan pencerobohan dan kezaliman tentera Zionis ke atas bumi Palastin dan Lubnan bukan hanya sebagai bahan rintihan dan keluhan umat Islam sahaja. Apa yang pentingnya ialah umat Islam perlu bersatu dengan menyatakan sokongan kepada rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Malah perlu mengutuk sekeras-kerasnya perilaku tentera rezim Zionis ini.

Penderitaan yang ditanggung oleh mereka ini sesungguhnya amat berat, lebih berat dari mata yang memandang. Janganlah dibiarkan mereka terus dimamah oleh rejim zionis yang sentiasa benci terhadap umat Islam. Jangan dibiarkan bumi Allah ini dikuasai oleh orang-orang yang menghina Allah dan angkuh dengan kekuatan sendiri yang hanya bersifat sementara.

Dalam menghadap strategi ini umat Islam perlu bersatu dalam hal-hal pemikiran, sokongan moral, sokongan harta benda, menghulur barangan ubat-ubatan dan rawatan. Menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan rejim Zionis. Malah umat Islam dilarang keras untuk duduk bersekongkol dengan mereka seperti Sabda Rasulullah s.a.w. :

Bermaksud : “Daripada Abi Said al-Khudri r.a. telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya kamu akan mengikut perjalanan orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak nescaya kamu akan mengikutinya, kami bertanya wahai Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani (akan menjadi ikutan) jawabnya : siapa lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)

Hadis di atas menghuraikan kepada kita bahawa setiap perjalanan kita mestilah diatur rapi bukan hanya mengikut perancangan orang lain, jika tidak kita akan terperangkap didalam perancangan mereka dan dengan mudah mengikut segala telunjuk mereka.

Akhirnya mimbar jumaat pada hari ini ingin mengajak semua umat Islam merenung peristiwa-peristiwa pahit ini untuk dijadikan sandaran bagi menguatkan lagi persaudaraan sesama umat Islam walau dimana kita berada serta juga dijadikan peringatan kepada umat Islam di Negara-negara lain yang masih bebas dari cengkaman ini agar semuanya sentiasa memelihara agama Allah dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan semua larangan-Nya.

Antara perkara-perkara yang patut umat Islam renungkan, iaitu :

1. Umat Islam tidak boleh berdiam diri di atas keganasan dan kezaliman yang berlalu di bumi Palestin dan Lubnan. Marilah kita menghulurkan bantuan segera kepada mereka dengan secepat mungkin, sekurang-kurangnya memohon doa kepada Allah s.w.t. agar ditamatkan kekejaman ini dengan segera.

2. Umat Islam patut sedar dan insaf serta sering bermuhasabah diatas segala perlakuan dan tindakan yang dilakukan agar tidak menjadi balasan kerana kelalaian sendiri. Hendaklah sedar bahawa setiap amal kebaikan dan kebajikan seseorang di dunia ini akan dibalas dengan balasan pahala dan syurga kenikmatan di akhirat. Manakala bagi orang-orang yang ingkar dan durhaka kepada Allah akan diberi pembalasan dan seksaan. Sepertimana firman Allah dalam surah As-Saffat ayat 39 :-

Maksudnya : “Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan”.

3. Umat Islam hendaklah bersatu hati menegakkan Islam di bumi Allah ini, ini sahaja cara yang boleh kita lakukan, hendaklah kita laksanakan. Jika tidak, tidak mustahil bumi Malaysia juga akan menjadi sasaran mereka. Kerana kita jangan lupa puak Zionis ini tidak pernah lupa untuk menakluki dan menguasai dunia. Dengan erti kata lain mereka tidak menjadi pemimpin terhadap umat Islam. Apa akan jadi jika cita-cita mereka ini tercapai ?

Marilah kita semua masyarakat, tak kira bangsa hendaklah bersatu mengutuk perbuatan kejam ini dan memohon kepada Allah agar perbuatan kejam ini dibalas sewajarnya dan semoga penderitaan umat Islam di Palastin dan Lubnan akan dibalas dengan kemenangan di akhirat. Firman Allah dalam Surah al-Insan       ayat : 3 – 4

Maksudnya : “(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan2 (yang benar dan yang salah), (maka terserahlah kepadanya) samaada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menjadi menderhaka).( dalam pada itu), sesungguhnya kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau mendurhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang ”

OpenProj pilihan lain bagi perisian Project


 
OpenProj adalah satu lagi alternatif bagi perisian Microsoft Project yang berlesen. Jika sesiapa yang telah biasa dengan Microsoft pasti dapat menggunakan perisian ini dengan mudah kerana ia mempunyai ciri yang hampir sama. Perisian ini juga dapat membaca format fail project yang dibuat menggunakan microsoft project. Ia amat sesuai digunakan oleh pembangun perisian yang mementingkan penjimatan kos dalam pembangunan dan ia akan menyokong perisian sumber terbuka. So apa lagi, jom download.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...